Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Sabtu, 25 Mac 2006

MENUMPANG KASIH ( Misteri Ilahi )


Hujan bukan main lebat. Tak siapa pula yang datang ke makmal. Selalunya menjelang magrib Eris mesti datang ketuk pintu makmal dengan ketukan irama rahsia kami. Kadang-kadang Sahak mahu juga datang ke makmalku. Bual-bual kosong menanti hari gelap. Sahak tak pernah melepasi Isya, paling lewat Magrib dia pulanglah. Eris saja yg rajin temani aku malam2. Kadang-kadang jika ada Pak Subari memang rasa tenteram, tidaklah terasa sunyi sangat. Muataz pelajar PhD dari Palestin jika masuk bilik dia, macam ayam mengeram senyap sepi.

Guruh bertalu menggegar suasana. Sesekali kilat memintas DB di makmal, meraung-raung UPS. Kebanyakan komputer aku dah padam. Emmm! sunyinya makmal ini, tak ubah macam di kuburan. Memang sejak pemergian Arwah Nasha aku jarang balik lewat. Biarpun semangat aku dah pulih dengan air jampi Datuk Dr Amran Kasimin, tapi rasa seram di makmal masih ada.

Hari ini terkurung di makmal sendirian, nak buat macam mana, nak redah hujan dengan kapcai laeh aku tu takut meragam di jalan, satu bahana pula. Aku tutup lampu utama, pakai lampu tidur pemberian Dr Tinia. Suram, sesekali sendirian begini memang seronok, melayan fikiran.

Buka e-mel2 lama, nak bercit-cat rasa bosan, aku hilang ramai kenalan sejak kejadian Suram Februari. Lagipun bercit-cat ni rasa terkongkong. Kalau dulu aku ada Wanie@Joyahhh nick dia, jika bercit-cat aku selalu dengan dia. Kenal sebarangan orang memang rasa buang masa. Hari ini kenal esok tak jumpa lagi.

Wanie lain; Dengar masalah cinta dia yang tidak kesampaian, memang leka sangat-sangat. Dari cerita dengan Hatta, Raja & Sanusi memang ceritera tak habis-habis. Bayangkan kenal Joyahhh itu sejak tahun 97. Masa itu dia kerja di Wisma Putra sampai lah kes Anwar meledak dia ditukarkan di Mahkamah Tinggi KL. Tempat orang selalu tunjuk perasaan itu. Nak telefon Wanie pun tak boleh bual pelikpelik, semua telefon dirakam pihak kerajaan kita..katanya. Masa di Wisma Putra dia berkerja dengan Pak Lah. Masa itu Pak Lah jadi Menteri Luar. Memang Wanie rapat dengan Pak lah.

Sedih jugak masa dia putus dengan Sanusi, merayau bawa kereta sampai lebih 200km tak tentu haluan.

"Baguslah tu Wanie, nanti bawak terus kereta tu sampai tertidur dalam kereta kemudian terbabas dalam longkang. Nak buat apa terkenang Sanusi itu, kalau dia dah tipu Wanie nak buat menumpang kasih dengan org macan tu. " Bebelku dalam sedu-sedan Wanie.

Seminggu sebelum peristiwa itu Wanie memang mengadu gembira amat beritahu aku yang hujung tahun nanti dia nak naik pelamin. Katanya Sanusi dah setuju mereka nak diijabkabulkan. Entah jadi macam mana; bilamana dirisik-risik Sanusi itu rupa suami orang, dah punyai dua orang cahayamata lagi. Itulah lelaki cit-cat pandai sangat melacurkan cinta mereka. Memang aku terkilan sangat dengan kepuraan Sanusi. Gara-gara Sanusi juga memang tiap bulan Wanie berkorban beribu ringgit bil telefon pun berulang alik bantu perubatan kekasihnya Sanusi.

Sanusi asyik keluar masuk hospital sakit misteri. Terengganu itu jauh, Wanie sanggup berkejar ke sana dengan kapal terbang tiap kali Sanusi masuk hospital. Biar sibuk bagaimana sekali pun. Gerladangan betul lelaki begitu, menyamar, pura-pura memang aku tak dapat terima tindakan Sanusi terhadap Wanie. Kenapa tak berterus terang sedari awal yang dia sudah berkahwin.

Memang Wanie itu baik sangat orangnya, lurus sangat! Peguamlah katakan, takkan Peguam ada perasaan tak baik di hati... kan!. Yakin sangat dengan cinta dia. Baik Hatta, Raja, maupun Sanusi. Curah 100% cinta dia terhadap kekasihnya.

Memang kami intim dalam segala masalah. Ke mana saja dia pergi, baik di London, Las Vegas, New York atau Jepun jika sempat dia akan hantar berita, melalui e-mel. Cerita macam mana keadaan dia di sana. Aku selalu risaukan Maigrain dia. Maigrain Wanie memang selalu menyerang, tak kira waktu. Aku paling bising jika dia terlupa bawa ubat ke mana saja.

Kalau berkesempatan dia akan masuk ruang cit-cat, masuk mirc terutamanya. Berbual dari New York ke Serdang. Las Vegas ke Serdang. Kerja Wanie memang tak menentu kejap di Mesia kejap ntah bumi mana. Kalau ada kes kerajaan Mesia kena perbetulkan dialah kena mengadap. Maka itu Pak Lah memang rapat dengan dia, rajin belanja, keluar makan tengah hari bersama.

Kehilangan Wanie cara mendadak memang menjadikan aku tidak yakin lagi kejujuran mereka di ruang chit-chat. Rasanya kekasih akhir Wanie menghalang hubungan kami. Dia tak terima aku ni jadi abang angkat Wanie. Memang ada sekali tu Wanie ngadu, orang yag bergelar Datuk kekasihnya itu marah2 akan sms aku. Dia rasa cemburu dengan isi sms aku itu mungkin.

Memang aku dah rasakan Wanie itu seperti adik sendiri. Lebih lima tahu kenal dengan Wanie memang banyak amat menyimpan kenangan. Aku pula memang jenis suka menyakat, kadang-kadang aku antar sms jiwang kat Wanie tu... dah memang sikap aku macam tu. Tapi segalanya bukan sampai ke hati pun. Saja buat kejutan agar ingat & antar berita jika lama sangat menyepi. Mungkin sms itu jadi punca kesepian Wanie.

Kemudian ada juga aku antar e-mel merasakan payah pulak nak menamakan hubungan aku dengan Wanie. Hubungan apa kita ni iyer Wanie? kalau sekadar hubungan saudara angkat; Kenapa pula bila lama tak dengar berita teringat-ingat pula. Kenapa kita tak pula selalu berjumpa. Tapi semua rahsia kita sesama kita memang banyak kita selesaikan bersama.

Masing-masing memberi semangat untuk terus memburu cinta Wanie.. cinta aku terhadap kekasihku isteriku. Dulu ada telefon di rumah Wanie boleh bual panjang-panjang. Sejak bercinta dengan Sanusi sampai bil mencecah beribu2 RM sebulan langsung terputus, tergantung saja talian telefon tu. Siap dapat surat saman peguam... emmm peguam dapat surat peguam...

Nak guna telefon bimbit berbual... biar bebetul Wanie.. rabak duit kita. Tapi rasanya memang rindu pula nak bual panjang melalui telefon di bawah pokok Penaga Laut macam dulu.

Bila dengar kisah hidup dan dunia percintaan Wanie, aku cuma dapat melimpahkan rasa kasihan, simpati dan doa agar Wanie tabah. Sebab aku kena jaga batas aku sebagai suami Kak Mila. Cinta aku terhadap Kak Mila memang tak mahu aku ganggu gugat. Jauh sekali bedanya simpati & rasa cinta, aku tak mahu campur adukan rasa simpati & cinta. Tapi bila terkenangkan& tersedar status aku siapa dan Wanie siapa, memang aku makin menghormati Wanie sebagai adik. Tak lebih dari itu. Jangan giler nak menggapai awan.

Tapi memang pada akulah Wanie mengadu segala. Masalah Raja yg kebudak-budakan... Hatta yang payah dia lupa, Sanusi yang paling aku tak sukai, alahai Wanie memang simpati itu bagaikan bercampur-baur dengan perbagai perasaan.

Pun dipihak aku. Wanie sendiri kerap persoalkan tindakan Kak Mila terhadap aku, tapi aku kerap menghalang dia agar jangan sertakan masalah rumah tanggaku dalam hidup dia. Masalah Kak Mila sekadar dugaan rumah tanggaku, doakan lah jodoh kami panjang. Agar jodoh kami tetap utuh.

- Jangan campur adukkan cinta yang sedia ada dengan hubungan luar!.

Itu yang selalu aku bisikkan dalam diri.

Aku terusan mendoakan agar jodoh Wanie sampai segera. Sebab dia dahpun melangkaui 33 tahun. Memang sejak perbalahan sms & e-mel keraguan hubungan itu, kami terpisah terus. Paling akhir aku tahu Wanie sudah bertugas di Mahkamah Persekutuan Putrajaya. Tak dapat dikesan e-mel terbaru dia. Mana itu Salwanie Abdullah. Hantar e-mel dia di hotmail sepi, sms senyap....Tiba-tiba kenangan adik siber Wanie aku terganggu.

Isk bau apalak ni, harum semacam... dari mana datangnya, macam bau Bunga Tanjung pun ada, mana ada pokok Bunga Tanjung di sekitar makmal aku. Cahaya kilat menyilau dari celahan tingkap. Aku terpandang pintu dari makmal sebelah yang kosong terbuka perlahan.... kemudian tetutup semula. Angin apa pula boleh buka & tutup pintu. Kipas tak terbukapun.

Pintu utama terkunci. Bilik ini memang sejuk lantaran penghawa dinginnya memang aku buka sesejuk mungkin. Ya Allah. apa pula asap keputihan nampak berkepoi-kepoi tinggi. Menuju ke arah aku; Kemudian hilang, ilusi aku ke ini? Bau Bunga Tanjung makin menyesak hidung. Aku mengucap banyak-banyak. Aku tenguk jam di tangan.

"Padanlh dah dekat jam 1:30 pagi malam ini malam Rabu. Malam paling kerap aku diganggu, Malam Rabu & malam Jumaat."

"Kau jangan kacau aku sayang oii, aku terperangkap dalam hujan ni. Bukan nak kacau taman mainan kau! " keluhku.

Aku melafazkan kata-kata itu sekadar nak kuatkan semangat aku. Sebenarnya selurus badan aku dah sejuk lesi, bulu roma meremang semua. Toreh tak berdarah! Degup jantung bagaikan nak terhenti. Aku menarik nafas panjang-panjang!

- bersambung
(Nak balik !!! nak berbuka kat rumahhh! hujan lak UPM ni... perut dahh masukk angin)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan