Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Isnin, 27 Mac 2006

Gadis Suci Tsunami ( Misteri Ilahi )


"Kak Nona tengah buat apa masa tsunami itu? " aku teruja sangat nak tahu.

"Masa itu saya tengah memasak di dapur, terasa gegarannya dan diikuti oleh suara orang menjerit "Selamatkan diri!, Selamatkan diri", memang saya amat panik & teringatkan suami saya. "

"Masa itu Dr Medyan di mana? "

"Dia tengah mandi di bilik air. Saya mengetok bilik air dengan kuat & mengajak dia agar cepat keluar rumah berkumpul dengan orang ramai di tempat lapang. "

"Sempat ke Dr Medyan pakai pakaian kemas "

"Tak... mana nak ingat lagi, dia cuma sempat capai baju dan memakai tuala saja. Saya pula cuma berseluar pendik. "

"Kuat tak gegarannya Kak Nona. "

"Agak kuat juga gegarnya bagaikan guruh biarpun tempat tinggal saya tu jauh dari pusat gegaran tsunami itu.

Memang paling teruk adalah sekitar Kawasan Aceh Besar, ia itu Banda Aceh itu sendiri. Kak Nona tinggal sekitar Aceh Utara. Ombak Tsunami memang sekadar sedikit di sana tetapi gegaran tsunami memang amat menakutkan. Itulah Misteri Ilahi. Gempa bumi sesungguhnya bukan sekadar bencana alam tetapi ianya adalah bala petaka bagi mengingatkan manusia. Kes Aceh lantaran ingin mengejar anggota GAM oleh anggota TNI, PNS juga Polri telah menjadikan Aceh tempat segala bencana. Penuh kekejaman, hanyirnya maksiat. Keujudan askar dari kerajaan pusat yang semakin ramai di Aceh telah menyebabkan keadaan sosial di sana amat geroh & runtuh. Seperti cerita Pak Jupri.

Saya diacukan senjata semata-mata ingin menegur anak buah saya agar jangan mengikuti anggota TNI.

"Jika kau menghalang gadis ini mengikuti saya ke kem saya tidak maafkan kamu".

Diugut mahu dibunuh lantaran ingin menghalang agar maksiat tidak bermaharajalela. Memang keruntuhan moral di Aceh sebelum tsunami amatlah gawat. Di mana saja yang ramai sangat kebanjiran anggota askar akan pasti mengakibatkan keruntuhan moral. Pesta maksiat menjadi-jadi. Apatah lagi jika askar yang hadir bukan orang beragama Islam. Arak & zina jadi ulaman belaka. Bila moral sudah tenat, tidak dapat lagi siapapun menegur perkara mungkar. Hati setiap mengamal maksiat, kemungkaran memang telah pekat hitam. Telah lali. Memang bala akan datang. Memang datang itu janji Allah Azzawajalla.

Sebut juga tsunami aku teringat akan Arwah Pak Zul KMP, orangnya segak sentiasa senyum, dengan kumisnya lebat. Dia hilang bersama seluruh keluarganya. Anak-anak & isteri semuanya ghaib ditelan tsunami. Rumahnya memang di tepi pantai, jadi habis ranap dilanda tsunami. Dia telahpun menghantar repot untuk Masternya, cuma menunggu viva sahaja. Proses viva di UPM memang memakan masa yang panjang, paling tidak 3 bulan, maka itu dia pulang ke kampung. Pulang mengabadikan nyawanya.

"Kasihan dia abg iDAN, di telah bergadai segala untuk menyudahkan Master dia, sampai berhenti kerja, menggunakan wang tabungan lantaran payahnya nak selesaikan Master dia. "

"Entahlah Kak Nona Pak Zul KKA pun sama, bukankah sampai 6 semester mahu sudahkan Master, patutnya cuma 3 semester segalanya boleh beres. "

"Payahnya nak jadi graduan UPM. Ramai kalangan pelajar Aceh mengadu kepada saya bagaikan mereka terbiar. Buat Master atau PhD bagaikan sendirian, tanpa hala tuju yang jitu dari penyelaras. Bila diajak berbincang penyelarasnya seorang Prof. bolehkan mengelak. Mengelak bermakna bagaikan tidak tahu. Itu sungutan mereka. Saya sendiri melihat, Kak Nona... Prof. di sini mengejar amat kebendaan, ghairah nak miliki banglow mewah siap kolam renang. Kereta mewah, ego mereka memang terkadang melampau. Lebih utamakan penyelidikan untuk kejar journal, mudah menggagalkan pelajar amat sikit komitmen di sudut pengajaran.


Tidak salah kalau ingin membina hidup kaya raya tapi mestilah ada sikap mesra pelanggan. Pelajar itu bukankah pelanggan di universiti!. Memang mengenangkan Pak Zul KMP saya rasa terguris hati, dia amat baik dengan saya, dari jernih wajahnya memang seorang yang amat senang untuk kita jadikan teman. Dia mangsa keadaan. Cita-cita tidak kesampaian. Kita menangguhnya. Kita menangguhnya bermakna menyekat rezeki orang. Sedari awal kita telah melahirkan ombak tsunami di fakulti kita.

Belum lagi soal perkerja kontrak di sini!. Fakulti memang tak prihatin Kak Nona. Orang sini Kak Nona memang tak takut bala Allah S.A.W tak takut pun tsunami. Bukan Pak Zul KKA pun Pak Zul KMP saja ditangguh-tangguh Masternya, 3 bulan tu terlalu lama. kami stafpun jadi mangsa. Terusan disekat-sekat ditangguh-tangguh untuk mendapat jawatan tetap sekalipun. Naik pangkat!... huh..! "

Rungut aku, bilamana terkenangkan masalah pelajar2 yang rapat denganku. Begitu juga teringat kekawan aku macam adik kesayanganku Sal pun kerani-kerani yang dah hampir sepuluh tahun masih kontrak!. Memang patutnya tsunami tu redah di sini; Tapi kami yang teraniaya biarlah selamat :)

"Kak Nona, ada tak kejadian anih yang berlaku semasa tsunami?"

"Memang banyak abg iDAN, antaranya ada seorang kanak-kanak lelaki yang tersangkut di pohon kelapa, hampir tiga hari di atas pokon tersebut barulah dapat diselamatkan."

"Dia bercerita ada orang tua yang memberi dia makanan berupa kacang, maka itu dia tidak sampai kelaparan sepanjang 3 hari di pucuk pohon kelapa tersebut! Elok selamat Alhamdulillah."

Menjadi tanda tanya bagaimana orang tua itu boleh tiba-tiba muncul di pucuk pohon kelapa?. Memanjatkah dia? berakitkah dia?. Atau tiba2 muncul dengan cara ghaib. Apakah perasaan atau ilusi sahaja oleh kanak-kanak tersebut?. Kut sepanjang 3 hari itu dia tidur!. Misteri amat.

"Satu lagi kejadian anih, pengalaman teman karib Kak Nona sendiri. Teman karib Kak Nona itu seorang gadis yang memang rajin beribadat. Bilamana dia kelapangan memang dia banyak menghabiskan membaca Al Quran. Semasa Tsunami, memang rumahnya ranap dilanda ombak, dia melihat ombak tsunami bagaikan mulut jin meratah mangsanya, ada yang sempat lari ke dataran tinggi dari ngangaan mulut ombak yang begitu besar. Setinggi pohon kelapa. Datang dengan segala kazanah alam, yang dikumpul dari laut, pantai & bumi. Bunyinya amat gerun mengaum. Bagai Guruh. Bagai tentera perang. "

"Dia sendiri dapat ditangkap oleh ombak ganas tersebut. Tenggelam dalam arus ntah berapa kali tercungap tengelam timbul. Lalu dibawa jauh ke tengah lautan. Biarpun ombak tsunami terlalu ganas tapi bagaikan dia dibelai dalam keganasan ... terapung... di permukaan lautan tanpa cedera apapun. Tapi katanya pada Kak Nona, pakaiannya ketika itu habis tertanggal. Tiada seurat benang pun yang lekat di badan. Dari tengah laut dia nampak bagaimana ombak tsunami mengganas nun jauh di dataran. Bala Ilahi, murkanya Allah Azzawajalla bukanya mainan. Bergulung-gulung meratah-ratah. Sehinggalah keadaan reda, dia masih dapat berpahut pada kayu-kayu yang terapung. "

"Berjam-jam dia terapung bergayut dikayu-kayu, tiada kelihatan siapapun bersamanya yang selamat ketika itu. Cuma dia seorang terapung di lautan dengan berkeadaan sejuk menggigil tanpa pakaian. Dia terus berdoa agar Ilahi menyelamatkan nyawanya. Macam2 terlintas difikiranya. Segala jembalang pastinya sedang mengasah gigi siungnya ingin meragut mangsa. Maklumlah lautan adalah rumah jin bertendang. "

"Dalam kepayahan tiba-tiba matanya tertumpu kepada sebuah beg plastik berzip terapung-apung bagaikan ada kuasa ghaib mengarah ke sisinya. Dia dapat mencapai beg tersebut, bila dibuka terlipat rapi, telekong bersama kain batik. Bersih. Allamdullilah dia dapat menutup tubuhnya. Selang beberapa ketika dia terdengar bunyi bot penyelamat. Dia melambai-lambai & anggota penyelamat segera membawa dia ke dataran. "

Bala bencana memang akan menimpa siapa saja; Bila bala datang ianya tidak memilih bulu lagi. Kita sewajibnya kena mencegah kemungkaran sebelum bala itu menimpa; Tapi bukan mustahil Tuhan Yang Maha Pelindung, biarpun dalam keadaan bala melanda Ilahi melindungi hambanya dengan penuh kasih sayang. Bayangkan jika kawan Kak Nona diselamatkan dengan penuh kasih sayang tanpa diaibkan sama sekali, diberi pakaian ketika suasana yang berentakan begitu?. Sepanjang hayat tentunya imannya akan tambah megar. Begitulah rahmat Allah Azzawajalla jika kita benar-benar takwa qudus ke hadrat-Nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan