Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Selasa, 31 Januari 2006

Kekalkan Cinta vi Skala Cinta (Singgahsana)


Bagaimanakah mahu menyukat skala cinta seorang kekasih. Bilamana tiap kali mencari nilai setia, tiap kali ingin mengekal nilai cinta, kesungguhannya hanya sebelah pihak. Kenapa mudah sangat seorang kekasih tenggelam dengan duniawi, tanpa memikirkan seorang aku, kau biarkan aku bagaikan jejaka walang memegang sejambak bunga kasih sendirian di taman sepi. Selama-lamanya.

Dikau bagaikan tidak mahu menyingkap kenangan semalam, bagaikan tidak mahu menghitung duri-duri halangan semalam yg banyak mengeruhkan hati & perasaan. Betapa payahnya kita merentas belantara rindu, hingga kini mahligai cinta kita telahpun tersergam indah, taman kasih kita telah terhias indah dengan keriangan cahayamata. Betapa payahnya kita mengubati nyilunya cabaran Ilahi.

Adilkah seorang aku termangu dengan kesepian & ketidaktentuan, terbaring dengan mimpi ngeri di anjung kasihmu. Kau terusan mengejar fatamorgana yang membakar kelopak kasihku. Aku makin terbiar.

  • Hatiku dah kosong dan biarlah aku mencari kebahagianku sendiri.
  • Habis tu bagaimana anak-anak.
  • Mereka akan faham nanti.

Sungguhkah katamu kekasih mahu mencari kebahagian sendiri. Kebahagian yang bagaimana sebenarnya. Bilamana dalam sepi aku lihat kau begitu leka melayan perasaanmu. Bertubi-tubi bersms, berleka chit-chat, asyik bere-mel rahsia, entah dengan siapa. Tiap kali seorang aku cuba bersms denganmu cuma mendapat darimu panahan & tujuhan sms yang akan mencakar hatiku. Bagaikan tiada lagi patah perkataan yang dapat membalut kasihku & kasihmu. Biar dari bibir, biar hati sekali pun. Dikau bagaikan ingin lari jauh dari mahligai kasihku.

Satu ketika pula kau beriya-iya memohon maaf & mahu mengukuhkan lagi cinta kita, katamu fatamorgana yang kau kejari telah pun kau lupakan; memang tidak akan membakar cinta kita, tapi dari hakikat tindakanmu seolah-olah kau semakin jauh. Semakin membelakangi mahligai impian kita. Aku bagaikan terkapar sendirian dengan kedinginan cinta yang tidak lagi berselimut rindu. Saban malam aku bagaikan disergah ketidaksetiaan seorang kekasih. Dalam diam sedar tak sedar kau terusan langgari apa yang kupohonkan darimu jangan lakukan lagi. Kau terusan mengosongkan taman cinta dengan nilai tepisan kesetiaan. Dari lirik pandangmu lagi segalanya makin kabur & semakin merencong ke lain arah. Bagaikan haluan cinta kita semakin serong ke lain, aku yang terkejar-kejar untuk menarikmu ke arah mahligai yang kita cipta. kau mengurung diri dengan keakuan sepimu.

Seolah-olah kau tidak nampak lagi lambaian anak-anak yang mahukan kita bahagia. Mahukan kedua ibu ayah seiya sekata. Apakah lantaran tuntutan kerjaya, kau ingin membelakang rumahtangga?. Apakah lantaran kerjaya kita akan terpisah jauh & terasing. Kita akan menghabiskan sisa usia dengan perpisahan yang maha panjang. Tidak adakah cara lain untuk merapatkan lagi ikatan, agar dua hati akan terasa paling memerlukan pun tidak sampai, akuku & akumu tidak lagi bersatu.

Aku amat memerlukan dirimu kekasihku untuk mengekal nilai cinta nan murni & abadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan