TANDA AMAL TIDAK DITERIMA ALLAH
Siapa yang melakukan empat macam kemudian dia tidak bertambah baik, maka itu tanda tidak diterima amalnya.
Siap yang berjihad, kemudian ia kembali tidak bertambah kebaikan, maka itu tanda jihadnya tidak diterima oleh ALLAH.
Orang yang berpuasa di Bulan Ramadhan, kemudian tidak bertambah kebaikan, maka itu tandanya puasanya tidak diterima.
Orang yang naik haji kemudian tidak tambah amal kebaikannya, maka itu tanda tidak diterima amalan hajinya.
Orang yang sakit lalu sesudah sembuh tidak bertambah baik amal perbuatannya, maka itu tanda bahawa dosa-dosanya belum ditebus.
Jihad...Memerangi hawa nafsu berupa satu jihad; Dalam negara aman seperti Mesia memang tidak mungkin kita sebagai ummah dapat berjihad. Tetapi kita memang tidak dapat lepas dari tuntutan jihad. Sesungguhnya di negara aman begini, jihad kita lagi payah & sulit. Mengekang hawa nafsu. Hawa nafsu itu sendiri amat luas pengertiaannya. Bukan sekadar nafsu batini; tapi nafsu kepuasan seperti terlalu ghairah mengejar pangkat; kedudukan; kemewahan sampaikan kita jadi manusia yg hilang pertimbangan. Islam memang melarang ummahnya jadi miskin pun tidak menghalang berdoa agar jadi orang kaya. Tetapi yg selalu disarankan agama kita adalah kecukupan ia itu kesederhanaan. Jika kita mengkaji sejarah Islam ramai sahabat nabi yg kaya raya membelanjakan hampir semua hartanya berjihad membantu Islam agar berkembang. Berjihad hawa nafsu memerlukan ketulusan hati pun kezuhudan barulah dapat memimpin diri ke arahan budi pekerti yang baik & diterima jihad kita.
Puasa...Banyak fadilat puasa yang dapat menyatukan ummah; berpuasa wajib lantaran menunaikan rukun kita sebagai umat Islam dapat melatih diri agar mengeratkan ukhwah dengan golongan miskin. Menahan lapar & dahaga dapat di samping menjauhi perkara yg boleh membatalkan puasa sebenarnya adalah latihan pada ketaatkan kita terhadap Allah S.A.W. Seharusnya amalan semasa puasa diteruskan biarpun kita tidak berpuasa. Mengawal diri agar tidak melanggar perintah Agama. Aturan Agama itu amat jelas, jika kita tidak mahu batalkan puasa kita, kenapa mesti kita mudah melanggar peraturan Allah; apakah kita tidak takut Allah membatalkan terus Islam di diri kita. Seharusnya kita sentiasa menakuti dosa, bukan berani melakukannya & bermunajat, bertaubat mengharapkan keampuan Ilahi. Rugilah kita jika amat mudah mengingkari amanat Ilahi & berdoa agar kita jadi kalangan orang yg dirahmati-Nya.
Puasa sebenarnya tidak cukup sekadar puasa wajib di bulan Ramadhan. Kita perlu perbanyakkan puasa sunat, lantaran ditakuti puasa yang wajib itupun belum tentu sempurnanya. Sesuatu yg tak sempurna dengan apalah dapat kita tampung selain puasa sunat.
Naik haji; peringkat haji itu ada tiga, pertama sebelum pergi haji seorang insan itu kena membersihkan diri, menjelaskan hutang piutang, meminta maaf pada sahabat handai, musuh sekalipun. Maka itu Islam menyaratkan agar siapa yang berkeluarga memastikan tangggungnya mencukupi nafkahnya semasa beliau ke Tanah Suci. Banyak lagi perkara lain yg harus kita sediakan sebelum ke Mekah. Termasuk memperlajari segala rukun haji & pantang larang yang menyebabkan kita dikenakan dam. Peringkat ke dua barulah kita berniat dan berhijrah ke ke sana, menyerah diri dengan segala kudrat & taubat yang ikhlas. Pergi ke sana belum tentu kita akan kembali ke keluarga kita. Bertamu ke rumah Allah memungkinkan kita dijemput dan abadi di sana. Di Tanah Suci juga di Madinahlah kita diuji; apakah sempurna haji kita, penuhkah rukun serta syarat haji?. Di sanalah kita dapat membersihkan dosa-dosa kita agar menjadi jiwa, hati rohani kita putih seperti baru dilahirkan di dunia. Siapakah yang tidak mengalir airmata sekita mengadap Kaabah, pun semasa tawaf selamat tinggal. Harapan kita memang kita mahukan haji yang sempurna, mahbul; Peringkat ketiga adalah sekembalinya kita dari naik haji;
Kenapa Islam meletakkan Menunaikan Haji itu dirukun paling akhir?. Selalunya yg akhir itulah kesempurnaannya Islam seseorang.
Pengalaman aku sendiri; rasanya dugaan selepas haji di peringkat ke tiga memang teramatlah getirnya. Ia melibat segala, jihat nafsu, puasa batini, cinta terlarang semuanya memerlukan keimanan yg bukan calang-calang. Panggilan Haji ....Tahun 1992 MH433 Dalam Kumpulan KT/32. Selang beberapa tahun pada sekitar 1994 aku diuji dengan kehadiran cinta lain yg hampir membahagikan cintaku; Membahagikan cinta maksud aku, aku tidak pernah membuang cintaku kini terhadap kekasihku, cumanya saat itu aku rasakan perlukan seseorang tempat mengadu kasih kononnya. Dalam kemaruk cinta itu memang perbagai ujian yg Tuhan beri, bila diingat-ingatkan memang semua amat kabur & tak seindah cinta kini yg kumiliki. Gangguan cinta lain dlm rumahtangga bagiku adalah sapaan syaitan yg boleh meruntuhkan iman. Bukan aku menolak poligami tetapi cinta yg datang bagiku cumalah serpihan kasih yg memang tidak mampu aku gapai sekalipun. Syukurlah aku tidak hanyut & terperangkap dengan bujukan iblis yg memanggil aku ke arah dosa besar. Emmm itu masalah seorang lelaki.
Ramai juga aku perhatikan masalah kaum wanita, isteri terutamanya setelah naik haji, makin jauh meninggalkan ajaran Agama. Suami makin dibiari, malahan semasa suami nazakpun tiada langsung menziarahi. Kalau syurga itu di bawah tapak kaki ibu, apatah lagi suami; Ada banyak faktor isteri langsung hilang hormat terhadap suami. Kadang-kadang punca hilang hormat itu amat remeh & boleh dibaiki; Salah satu contoh bila suami berpoligami, memang ramai kalangan isteri tidak reda suami miliki isteri kedua biarpun Islam membenarkan. Malahan ramai isteri bermadu tidak mahu mencermin diri kenapa suaminya berkahwin lain. Sikap tidak reda bermadulah yg sering melupakan amanat Ilahi agar menghormati serta mentaati suami; Aku menceritakan ini dan mengaitkan masalah cabaran setelah naik haji adalah kerana memang ramai suami isteri cerai berai di usia tua. Makin tua makin menjadi perbalahan, suami makin menggiler, isteri pula makan melaram bergaya ketika luar rumah...bagai kelapa makin tua makin pekat santannya. Sepatutnya santan pekat itu biarlah diadunkan sebagai resepi kebahagiaan keluar bukan diperah ke luar rumah! Paling sedih terbabas tingkah laku bilamana sudah bergelar haji@hajjah emmm makin menyongsang arus... makin melanggari perintah Ilahi.
Tak payahlah aku mahu dedahkan masalah haji & hajjah lain. Cuma dari pengalaman aku memang amat getir cabaran selepas naik haji; apatah lagi haji semuda aku. Pun perlu diingat jangan sesekali ada niat di hati ingin terus bergelumang dosa bila sudah bergelar haji atau hajjah. Kononnya usia masih mengizinkan untuk menunaikan lagi sekali. Syarat taubat itu kenalah diingat; taubat nasuha adalah taubat sesungguhnya & tidak akan mengulangi dosa yg sama. Jika leka bermain dgn dosa apatah melibatkan orang ke dua pun ke tiga... itu namanya mempersendakan larangan Allah Azzawajalla.
Sakit... Aku teringat akan Dr Luqman. Dulunya Dr Chuah, semasa aku pergi mengimbau hutan di Eco Resort; malam ke dua aku berjaga malam bersama Dr Luqman & Dr Khairi. Dari bualan kami, memang nur yg lahir dari Arasi Allah S.A.W tak siapa dapat menduga. Antara sebab Dr Luqman memeluk Islam adalah lantaran kemalangan yg dia terlibat; dari cerita Dr Luqman memang dia sendiri tidak percaya ajalnya masih panjang; sebab ketika amat teruk diri, yg ajaibnya disembuhkan Ilahi amat cepat. Dia dapat menghadiri peperiksaan penting yg mengejutkan semua rakan-rakannya. Maka itu dia yg sebelum itu memang banyak mendalami Islam sedar akan ujudnya Kasih Sayang Ilahi.
Sakit itu sendiri adalah penghapus dosa-dosa kecil kita. Tiada sebab Allah menyakitkan kita tanpa sebelum itu kita melakukan sesuatu dosa. Contoh terbaik jika kita minum arak... dosa besar; pastinya kita akan mabuk; bila mabuk perbagai yg kita lakukan; mungkin dlm tak sedar kita jadi penzina; pun bukan sedikit kemalangan berlaku lantaran mabuk. Allah terus melaknat mereka yg mabuk. Kalau kita amati segala larangan Allah S.A.W pasti ada sebabnya kenapa tak boleh kita lakukan. Selalunya kalau kita langgari jua pasti kita akan mendapat azabnya... sakitnya; jika sakitnya di dunia sempatlah kita memunajat diri; bertaubat, membiaki kesilapan diri. Paling malang jika kita dibiarkan Allah Azzawajalla melakukan segala larangannya; bergelumang dengan dosa & noda kita tidak dikejutkan dgn kesakitan malahan kita masih bahagia, kaya raya, aduhai diagung dipuja lagi. Ketahuilah jika Allah Azzawajalla tidak menguji kita dgn kesakitan, membiarkan kita berleka dengan dosa, diagung dipuja dalam kesesatan ; martabat kita samalah orang yg Dia tidak perdulikan, orang kafir umpamanya. Ya Allah yang Maha Mengasihi.. agar aku terus rapat di sisi-Mu.. biarpun perit sakit menahan ujian-Mu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan