Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Rabu, 1 Februari 2006

Cikgu Nayan Dari Semanggol


Kak Mila (ibu Afiz, isteri, kekasihku) ini asyik bertangguh saja nak balik kg; dah masuk hari ke 3 aku terbantut semua urusan. Sabtu 28 Januari 06 Hari pertama cuti Raya Cina cadangnya nak bawa anak berkelah; terhalang lantaran Bryan kononnya nak datang ke rumah tiusyen untuk Afiz, tunggu2 tak datang dia antar sms katanya ada jamuan dgn geng sekolah lama. Tentunya aku bising baru datang ke rumah 2 kali bulan Januari dia minta duit dekat Kak Mila RM270, rasanya terlalu mahal; tiap kali datangnya pun cuma sejam setengah, maknanya dua kali datang baru 3 jam mahukan upah hampir2 RM100 sejam. Isk! aku memang tak mampu, tapi Kak Milanya ada duit, dia ingin anaknya berjaya, bayaran tiusyen bukan jadi masalah.

Lalu aku cadangkan Afiz ambil tiusyen di tempat lain, tentunya ada tempah yg lebih baik & berpatutan. Lagipun kalau belajar sendirian dengan cikgu datang ke rumah, rasanya tak sebaik belajar berkumpulan; tak perlulah kelas tiusyen itu ramai org. Aku suka kelas tiusyen PMR Afiz tempoh hari; ada dlm 5 orang. Sebulan baru RM150, seminggu dua kali kelas, tiap kali 2 jam setengah rasanya itu berpatutan. Afiz dapat cemerlang dalam matematik tentunya lantaran kelas tiusyen tu.

Hari ke 2 cuti Raya Cina, Ahad 29 Januari 06; kata Kak Mila nak balik petang nanti sebab Nyaie (Mak Mertuaku) akan buat dialisis pagi Senin; Dah dekat maghrib Kak Mila macam tak kisah saja pasal balik kampung. Dia asyik tenguk DVD dengan komputer Acer yg aku kutip dari bangunan kayu terbakar, aku dah banyak tokok-tambah (upgrade) komputer Celeron tu, sampai bolehlah tenguk DVD. Pemain Dvd cap ayam yg dapat cabutan bertuah masa jamuan mlm di ofis Kak Mila meragam, mlm tadipun sampai jam 3 pagi aku cuba baik, jln kejap2 kemudian dia mamai balik. Jadi dengan komputer terbuang itulah lebih lancar aku nonton DVD. Bila tanya lepas maghrib .. huh lain pulak keputusan Kak Mila ... esok-esok katanya.. esok-esok tu bila iyer.

Mlm tu aku dengan Anif & Azim ke pasar mlm, masih ada jual DVD di pasar mlm Jenaris, ada VCD yg Ori cerita hindustan & ada juga yg cetak rompak, DVD cetak rompak yg selalunya mendapat pelanggan yg ramai, di komplek beli belah biasanya DVD sekeping RM8 kalau di pasar mlm dapat RM6, jika VCD 3 dlm satu di pasar mlm boleh dapat harga RM10. Secara jujur aku kasi tahu orang seperti aku, memang akan fikir dua tiga kali kalau nak beli VCD Ori Inggeris di pasaran, apatah lagi DVD sebab harganya terlalu mahal. Berbeda jika aku nak nonton VCD hindustan, pasti aku beli yg Ori sebab beberapa perkara, salah satunya kepuasan, pun kualiti VCDnya bagus, tak sampai Shahrukh Khan terpotong remusnya, Preety tak nampak lesong pipitnya. Lagi pun jika pergi Mydin dapat potongan harga yg berbaloi, dlm RM12 dah dapat nonton kualiti VCD Ori yg terang & jelas. Kalau cerita hindustan yg aku suka seperti Kusyi, Pardes & Dilwale Dulhaniya Le Jayenge aku sanggup beli dua kali yg Ori sebab VCD yg ada rosak dipinjam kekawan.

Rasanya semua rakyat Mesia mampu menangani jualan VCD & DVD cepat rompak jika yang Ori memang berpatutan & murah harganya. Tanyalah siapa yg jadi peminat cerita hindi pastinya setuju dgn pendapatan saya kan..?

- bersambung



CIKGU NAYAN
eris | Posted on 2.2.2006 at 6:52 PM
sape cikgu nayan tu eeekk....?ape kene mengena dgn tuition si Hafiz.......Bryan tu makan gaji buta tu> jam kredit rak cukup VCD cetak rompak yg beli di Low YATT quality nya bagus....aku tengok brad pitt dan julia robert serta george clooney clear dia org berlakon macam real ERis Paya Dalam, Melaka


Eris! sabo-sabo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan