Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Jumaat, 27 Januari 2006

Kekalkan Cinta ii.. Melancung ( Famili )


- Seharusnya kenalah tanya suami jika mahu melancung sejauh itu, negara China bukannya dekat. Lagipun jika mahu pergi bersama kakak Nurul, abg ini mesti ditinggalkan dgn anak2; tinggal menjaga anak.

- Abg ... penat Nurul berkerja, apalah salahnya jika Nurul ingin melancong, ini kesempatan terbaik, Nurul pergi pun dgn kakak Nurul... jika tidak bila lagi Nurul boleh pergi

-Kenapa tidak kita mengumpul duit & pergi bersama anak-anak, kita pergi sekeluarga.

-Nak mengumpul duit itu bila, bukan sedikit belanjanya kalau nak pergi sekeluarga. Anak kita empat, abg kena ingat mampu ke kita berbelanja jika mahu melancung sejauh itu sekeluarga.

-Tahupun kita tidak mampu Nurul, & apakah Nurul sanggup bergumbira sendiri, melancung sendiri, bukankah lebih baik kita guna duit melancung itu untuk perbelanjaan rumahtangga kita. contohnya bantu abg dalam perbelanjaan persekolahan anak-anak kita.

-Itu bukankah tanggungjawab abg?

-Habis tu apalah guna abg izinkan Nurul bekerja, jika Nurul berkira sangat membantu abg dlm perbelanjaan rumahtangga. Biarpun abg tiada hak mutlak dgn segala pendapatan Nurul. Tapi bukankah semua itu kita boleh kelaskan sebagai mata pencarian bersama. Jika abg tidak izinkan Nurul berkerja, Mana ada rezeki itu turun sebegini;

-Emmm terpulanglah pada abg.. tapi Nurul memang nak pergi melancung ke China tu!

Ntahlah!

Bagi aku dlm kes di atas, memang suami ada hak menghalang isteri melancung sendirian. Biarpun guna 100% duit Sang Isteri. Sebab biarpun isteri boleh mengatakan duit simpanan sendiri; isteri yg punya duit.. adalah hak isteri untuk mengguna segalanya; tapi kita kena kembali keakar umbi. Isteri dapat mengumpul duit itu datangnya dari mana? Kerja kan? Isteri bekerja pula atas keizinan siapa. Suami..kan; Bukankah seharusnya masa itu adalah milik keluarga asalnya. Tetapi isteri terpaksa bekerja mungkin salah satu faktornya; tuntutan ekonomi keluarga. Bagi aku bukan lagi melancung sendirian aku tak izinkan; malahan menggunakan duit gaji ke arah kepentingan diri pun boleh dipersoalkan. Kecuali guna duit itu untuk ibadah, pergi menunaikan haji ke? Bantu emak ayah ke! atau sesuatu yg memberikan kebaikan keluarga sendiri & ukhwah saudara mara.

Dalam menentukan sesuatu tindakan sepatutnya kita dapat membezakan mana yang Penting dan Segera, Mana pula yang Penting tapi Tidak Segera. Mana pula Segera tapi Tidak Penting, mana pula Tidak Penting & Tidak Segera.

Utamakan yg Penting & Segera. Perkara yg Penting & Segera sebagai contoh. Keperluan dapur. Kalau katakan beras di rumah sudah habis kenalah beli Segera ianya memang amat Penting kalau tidak mati kelaparanlah kita anak beranak.

Penting tapi tidak Segera; membayar bil memang ianya penting tapi ada tempuhnya untuk tidak kita tergesa-gesa. Saman ianya jugak penting tapi ada waktu agar tidak disegerakan; malahan mungkin kita boleh buat rayuan.

Apa pula contoh Segera tapi Tidak Penting. Tawaran Murah; kadang2 Tesco mengadakan Tawaran Murah tapi penting ke untuk kita berpusu-pusu ke sana .... jika barangan tawaran itu memang semua kita dahh ada; duit kita boleh gunakan untuk lain.

Tidak Penting & Tidak Segera pula memang kita boleh abaikan. Sebagai contoh Aksesori kereta; Ada atau tiada kereta kita bergerak jugak kan..! Perabut Mewah... ianya cuma kepuasan! memiliki kemewahan, duit sepatutnya boleh digunakan kpd barangan lain yg lebih diperlukan.

Pernah Prof Rusia pakar motivasi membahaskan kes ini; dia meletakkan chit chat salah satu perkara yg Tidak Penting & Tidak Segera. Dengan siapa kita berchat boleh dipersoalkan; Sebab org yg kita berchit chat itu ramai yg hanya bersuka-suka; Kecualilah yg nak berchit chat tu saudara mara kita, tunang kita abak-anak kita yg jauh di perantauan, atau kawan-kawan yg kita kenali yang memang perlu pertolongan melalui chating. Paling bahaya jika rakan chit chat boleh menggabaikan kita, melekakan kita, tidak menghormati masa kita, malahan mempermainkan perasaan kita sampai boleh menyebabkan rumahtangga kita goncang & purak-peranda.

Dari berchit chat bersms kemudian berjumpa. Amat besar dosanya tunangan orang apatah lagi isteri org jika melakukan perkara sedemikan, sebab jika isteri orang; keluar rumahpun kena pinta izin suami apatah lagi berjumpa lelaki lain.

Begitu jugak tunangan org telah termasuk dalam hukum agama, siapapun tidak boleh merisik tunangan orang. Perlu diingat tempuh bertunang dugaannya amat tinggi. Ramai amat terjadinya putus tunang lantaran ada orang ketiga. Jika tiada kesetiaan dlm bercinta memang amat mudah cinta akan luntur.

Begitu juga sms; sms itu sendiri amat bahaya, jika isteri org atau suami orang leka bersms dgn org lain memang risiko malapnya cinta suami isteri akan terus terpadam. Memang sesen atau sepuluh sen bersms itu amat kecil nilainya. Tapi lambat laun sebab sms itu juga boleh melupakan kita untuk memelihara cinta suami isteri. Apatah lagi di segi hukum sesen dua wang yg kita sms itu; adalah wang pencarian bersama kenapa mesti kita buang untuk org luar yg tiada kaitan dgn keluarga & rumahtangga kita. Apatah lagi dengan sms itu boleh meretakkan cinta terhadap suami atau isteri. Ianya akan jadi satu dosa jika sms itu menjadi jambatan keretakkan rumahtangga. Kenapa mesti kita leka dengan kemajuan komunikasi sampai boleh meretakkan hubungan suci perkahwinan. Seharusnya sms itu jadi penghubung & pengikat kasih suami isteri. Bukan sebaliknya. Eloklah dijauhi penyalahgunaan sms ini.

Berapa ramai pasangan yang telah terperangkap dengan perasaan geram sms. Jatuh talak tanpa berbincang secara waras lantaran sms. Hantar saja di sms rasa kemarahan. Mungkin ramai kalangan suami isteri tidak sedar, sms itu adalah satu jalan paling mudah syaitan menggoda kita. Geram kita mudah sangat diapi-apikan syaitan untuk menujah hati pasangan kita, ditarik-tariknya jari-jemari kita agar menghantar sms yang akan lekat mengguris pasangan kita. Kenapa dikatakan mudah?. Sebab kita bersms hanya bersendirian, bersendirian memang syaitan amat mudah bersama. Cubalah berhadapan dengan isteri bilamana ada bermasalah, selesaikan secara bersemuka. Rasanya tak semudah pantas sms itu. Kena pula isteri yang cepat menangis. Sanggupkah kita melafazkan talak kalau isteri menangis sambil meminta ampun?. Tolonglah jaga-jaga dengan sms.

Perlu diingat bukan sedikit rumahtangga cerai-berai lantaran chit chat, sms, mms, emel perbagai lagi kemudahan ICT yg disalahguna; ini amat bahaya. Begitu juga bukan sedikit cinta yg suci terkubur lantaran hanyut dlm arus kejutan ICT yg global ini. Semakin ramai tak kenal mana intan mana permata lantaran kesilapan mengutip cinta di internet yg amat kabur & mengelirukan. Selalunya yg jadi mangsa ialah kalangan gadis yg mudah terpedaya dengan kepalsuan & penyamaran mereka di internet. Yang paling sedih terputusnya hubungan cinta yg sedia ada lantaran terpedaya dgn pujuk rayu ICT; yang dikejar tak dapat yg dikendong keciciran.

Inilah bahaya jika kita tidak dapat membedakan mana yg palsu mana yang nyata mana yang hak & mana yg batil.

Samalah kes melancung tadi, melancung kita boleh kategorikan sebagai Tidak Penting & Tidak Segera, kecualilah memang kita berlebihan duit. Itupun biarlah kita pergi bersama suami isteri bergumbira bersama anak-anak; sebabnya kes seperti Nurul memang kerap berlaku dalam berkeluarga. Orang sudah berkeluarga kita kena bertindak cara orang berkeluarga.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan