Streamyx meragam lagi, dulu Akses Modemnya meragam, ini router pulak. Afiz teringin sangat nak pergi ke Sungei Wang. Tak pernah ke sana katanya. Plaza Sungei Wang, Bukit Bintang, Imbi & Low Yat memang sebelahan; Lalu inilah peluang nak bawa Afiz & adik2 ke sana. Lalu aku ajak Afiz & adik-adiknya sama-sama antar router ke Plaza Low Yat. Plaza Low yat sekarang ini tak lagi macam dulu, kekinian dengan saingan barangan ICT yg berganda, dari setingkat barangan komputer; sekarang dah jadi tiga tingkat.
Perkembangan baru yg menarik, kekinian org telah beralih Dari Desktop ke Notebook@Laptop. Dah kurang org membeli Desktop atau PC biasa. Mungkin lantaran harga. Laptop sekarang dah dapat yg terbaik dlm harga RM3000. IBM pun sekarang dahh boleh dapat harga RM2500 jika Celeron. Dengar khabarnya IBM pun sekarang dah dibeli oleh syarikat dari China. Jika kilang di negara China memang murah lantaran kos buatan yg memang tak boleh tanding negara membangun seperti Mesia.
Aku ikut pintu belakang Sungei Wang untuk sembahyang magrib di sana. Kemudian pergi makan2 di Giant, makan ayam panggang, pizza, roti, nasi lemak bersama anak-anak.
- Apa perasaan Afiz bila sampai di Sungei Wang & Bukit Bintang ni?
- Emmm ntah lerr ayah rasa tinggal kat Hong Kong jerr, ramai sangat cina kat sini.
Memang ada benar kata Afiz tu, terlalu ramai cina di Plaza sana tu, tak jauh beda dgn MidValley. Kalau ada Melayupun nampak amat sophisticated sangat. Dengan pakaian rugged, berambut blonde, memang rasa bukan kat Mesia. Apatah lagi rata-rata kedai, gerai kecil sekalipun adalah milik org cina. Kebetulan esok tahun baru, emmm memang nampak meriah, Jln Bukit Bintang ditutup memang seawal petang tu dahh ramai org berkumpul. Dengar muzik yg bergema dari pentas yg amat canggih hiasan pentasnya. Ramai pula dahh mula main snow spray, belum lagi jam 12:00mlm.
Sekitar Jln Bukit Bintang ramai jugak kumpulan anak-anak Melayu, tapi memang bukan macam anak org kita di segi pakaian dan make up diri. Memang kuat arus moden terutama dari barat melanda pengaruh bangsa kita. Jangan sebut lerr pasal tutup aurat, keketatan pakaian dengan pusat terdedah pun sudah amat mengimbau mata.
- Afiz nak sambut Tahun Baru di sini atau nak tenguk bunga api di Putrajaya.
- Ntah lerr .. Afiz lebih suka pergi ke Opis ayah akses internet.
Adik2 lain rata2 camm Afiz juga, opis ayah memang markas paling mereka suka untuk lepak!. Dlm Avanza, ayah buat keputusan!. Biar kelainan sikit tahun baru ni...
- Tadi Afiz kata ibu nak ikut kita pergi sambut Tahun Baru. Baik kita tenguk bunga api di Putrajaya, cuba call ibu.
Sebenarnya aku sajer buat cerita yg Mawi nak datang ke Putrajaya, supaya ibunya ikut serta. Ibu selalu sangat tidak mahu bersama kami biar apa saja aktiviti yg kami pergi. Aku tahu Mila ibunya Afiz memang amat meminati Mawi. Jam masa tu sekitar kul 8 mlm. Ibu menolak pelawaan kami untuk sama ke Putrajaya. Tak apalah nak buat camm mana .. mana boleh nak paksa ikut kita.. rungut aku.
Tidaklah sesesak mana perjalanan ke Alamanda Putrajaya, cumanya nak letak kereta, punya lerr jauh terpaksa berjalan kaki.
Emmm memang berbeda, suasana di Sungei Wang Bukit Bintang & Putrajaya. Di Putrajaya terasa macam suasana kampung, boleh bentang tikar di padang. Hujan yg lebat petangnya membuatkan agak becak di depan pentas. Masa aku sampai Amy Mastura baru menyanyi, ramai jugak artis yg dijemput. Aku paling suka Amy Search... dengan UuuiiiTnya. Amy nii biarpun dah berumur tapi memang bertenaga persembahannya siap panjat2 tiang lagi. Aku duduk agak jauh dari pentas utama lantaran skrin yg besar sudah cukup bagi aku untuk melihat persembahan mlm tahun baru tu.
Majoriti yg datang adalah org Melayu, memang amat kurang cina. Fara Fauzana yg jadi pengecara mlm tu memang meriahkan suasana, aku sendiri tak tahu siapa partner pengecara lelaki mlm tu. Bila Amy dah menyanyi gemik artis yg ditunggu tunggu memang lerr Spider. Anak2 akupun semua meminati Spider. Lagu Rela Kupujuk siapa yang tak minat. Cuma penonton kita org Melayu memang tidak spotting suruh lambai-lambai tanganpun malas. Tak macam jaman a go go atau jaman jogek menggila di zaman 60an. Tapi ada jugak yg pengsan mlm tu!
Detik 12:00 pun tiba, sayang lampu pentas amat terang bilamana dentuman bunga api bersemarak. Silauan lampu pentas memang menganggu untuk menikmati kecantikan bunga api. Adalah sekitar 5 minit bergemanya bunga api. Kumpulan Spider pun kuar buat persembahan... namun kantoi, tak jadi langsung! Kumpulan Spider bersungut sistem audionya hancur. Bila Spiderpun tak kuarkan bisa.. aku mula gelisah tenguk jam tangan dah dekat jam 1 pagi.
Aku lihat Azim dah mula nak jadi robot...terangguk-anguk.. ngantuk amat; akupun beransur pulang. Anif bersungut nak ke bilik air, iskk selalunya aziq@angah yg banyak karenah bab ke bilik air! manalah nak cari tandas tengah padang ini...aku singgah di petronas kut Anif bocor dlm Avanza.
Dlm perjalanan aku terfikir; kenapalah ibu anak-anakku ini tak ingin bersama kami; sedangkan ramai org lain pergi sekeluarga, malahan ada bawa baby bentang tikar .. ghairah sangat nak tenguk bunga api! sempena menyambut tahun baru.
Memang aku tahu apa yg merantai hati ibu di rumah... dah lama aku perhatikan!. Tapi aku nak titik jerr pasal tu!
Posted on 1.1.2006 at 2:03 AM

Tiada ulasan:
Catat Ulasan