Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Jumaat, 28 Jun 2013

Tiket final habis dijual dalam 50 minit

Oleh Wan Fakhrul Bakar dan Rizar Mohd Noor 
Johor Bahru: Tiket final Piala FA yang dijual di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, semalam habis dalam tempoh hanya 50 minit selepas kaunter dibuka mulai jam 8.20 pagi - sekali gus mengecewakan kira-kira 2,000 daripada 3,000 penyokong Johor Darul Takzim (DT) yang beratur panjang sehingga ke jalan raya utama.

Difahamkan hanya antara 1,500 hingga 2,000 tiket dijual semalam kerana sebilangan besar daripada 30,000 tiket yang diperuntukkan kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sudah ditempah secara berkumpulan terutama membabitkan kelab penyokong.

Selepas pihak polis mengumumkan tiket habis pada jam 9.10 pagi, penyokong enggan beredar sebelum suasana menjadi kecoh 20 minit kemudian tetapi masih mampu dikawal 30 anggota polis dan 20 RELA diketuai Ketua Balai Polis Larkin, Yusoff Abu.


Tutup selepas 20 minit

Kesabaran segelintir penyokong yang terus beratur akhirnya berbaloi apabila kaunter tiket dibuka semula jam 9.55 pagi tetapi ditutup 10 minit kemudian selepas tiket yang dijual habis sekali lagi.

Buat kali ketiga, kaunter dibuka semula pada jam 10.35 pagi dan hanya selepas 20 minit penjualan, ia ditutup kerana sekali lagi kehabisan tiket.

Ternyata tiket final Piala FA ketika ini cukup berharga sehingga memerlukan pengorbanan dan kesabaran penyokong seperti apa dilakukan sekumpulan 15 pemuda dari Benut diketuai Bahari Ngadiman, 28, yang beratur seawal jam 12 tengah malam.
Kami tiba di sini jam 12 tengah malam dan tidur bergilir-gilir hanya beralaskan surat khabar. Sekitar jam 4 pagi, sudah ramai yang mula beratur dan keadaan menjadi lebih ramai menjelang jam 7 pagi. katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan