Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Isnin, 24 Jun 2013

Jerebu: Cuti Sekolah 25 Jun 2013

Berikutan fenomena jerebu yang teruk melanda kini, Kolej Vokasional Gombak masih lagi bercuti pada esok hari, 25 Jun 2013 (Selasa). Maklumat tentang tarikh mula persekolahan akan diumumkan lagi melalui blog ini. Harap maklum dan sentiasa mengikuti maklumat terkini daripada media massa.

Semua sekolah sekitar Kajang juga Cuti : Jerebu masih tidak berkurangan.

Monday, June 24, 2013

SEKOLAH KL, SELANGOR CUTI LAGI ESOK

KL kini teruk dilanda jerebu



Semua sekolah yang ditutup kerana jerebu akan dibuka esok kecuali di Kuala Lumpur dan Selangor, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Seri G Palanivel.

Ini berikutan keadaan jerebu yang tidak sihat dan merbahaya di Kuala Lumpur dan Selangor, katanya kepada BERNAMA.

"Saya akan berbincang dan bertanya mengenainya (kemungkinan sekolah ditutup)dengan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh," katanya kepada pemberita selepas majlis mengangkat sumpah anggota parlimen bagi Parlimen Ke-13 di Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan kuliti udara di enam kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur yang mempunyai alat pemantauan kualiti udara mencatat paras 'tidak sihat' dengan bacaan antara 128 dan 198 pada pukul 11 pagi ini.

Datuk Azmi Murad
Sementara itu, Jadual penerbangan di semua lapangan terbang kendalian Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) tidak mengalami sebarang perubahan walaupun jerebu teruk melanda ketika ini, kata Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Operasi MAHB Datuk Azmi Murad.

Katanya walaupun jerebu melanda negara ini, namun jarak penglihatan ketika ini adalah kira-kira 1,000 meter iaitu masih selamat.

"Jika jarak penglihatan kurang daripada 300 meter, baru Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan mengambil tindakan dengan menutup landasan kapal terbang.

"Setakat ini tidak ada penerbangan yang terjejas dan jadual penerbangan berjalan seperti biasa, " katanya ketika dihubungi Bernama, Isnin.

Azmi berkata pihaknya akan terus memantau keadaan bagi memastikan jadual penerbangan berjalan lancar.

Antara lapangan terbang kendalian MAHB ialah Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu; Lapangan Terbang Antarbangsa Kuching; Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi; Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang; Lapangan Terbang Melaka; Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan