SEBAHAGIAN penyokong bertindak
memanjat bumbung kaunter jualan tiket setelah berjaya mendapatkan tiket
perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan di Stadium Nasional Bukit
Jalil, di Kuala Lumpur hari ini. - BERNAMA
ORANG ramai sanggup bermalam di pintu
kaunter seawal 1 pagi untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir yang
hanya berbaki 20,000 tiket sahaja ketika tinjauan di Stadium Nasional
Bukit Jalil di sini awal pagi ini. Tinjauan mendapati rata-rata
penyokong sanggup datang dari Johor dan Kelantan setelah gagal
mendapatkan tiket final itu di negeri masing-masing. Kaunter mula dibuka
9 pagi dan hanya empat tiket dijual kepada setiap seorang pembeli. -
BERNAMA
KUALA LUMPUR 28 Jun - Proses penjualan tiket bagi perlawanan akhir
bola sepak Piala FA antara Johor Darul Takzim dan Kelantan esok di
Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini berjalan lancar.
Tinjauan
Bernama sejak 9 pagi sehingga 12.30 tengah hari
mendapati keadaan tempat penjualan tiket dengan kehadiran kira-kira
15,000 peminat bola sepak yang beratur sejak awal pagi kelihatan
terkawal dengan pemantauan polis.
Kaunter yang dibuka pada pukul 9 pagi menjual tiket sebanyak 20,000 menggunakan konsep "siapa cepat, dia dapat".
Ketua Polis Balai Bukit Jalil, Inspektor Mohd Hafiza Mohd Razali
berkata polis menjalankan pemantauan sejak 7 pagi dan tidak menerima
laporan mengenai sebarang insiden kekecohan.
"Setakat ini proses penjualan tiket berjalan lancar dan saya harap keadaan terkawal sehingga selesai perlawanan esok.
"Saya minta orang ramai bersabar dan elakkan ejek mengejek yang boleh menyebabkan pergaduhan," katanya. - BERNAMA
© Utusan Melayu (M) Bhd
Larkin kecoh
Oleh AZIZI MAJID
sukan@utusan.com.my
SEORANG wanita pengsan akibat
berasak-asak untuk membeli tiket perlawanan akhir Piala FA di Stadium
Larkin, Johor Bahru semalam.
JOHOR BAHRU
- Penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA di Stadium
Tan Sri Hassan Yunos, Larkin semalam kecoh apabila penyokong Johor
Darul Takzim (JDT) berasak-asak sehingga menyebabkan seorang wanita
cedera akibat dirempuh.
Kira-kira 3,000 penyokong mula membanjiri pekarangan stadium
tersebut, termasuk ada yang sanggup tidur di hadapan kaunter jualan
seawal pukul 12 tengah malam bagi mendapatkan tiket berkenaan.
Bagaimanapun, terdapat juga penyokong yang pulang dengan tangan
kosong apabila tiket habis dijual apabila kaunter mula dibuka pukul 8.20
pagi.
Atas beberapa sebab, kaunter jualan terpaksa ditutup beberapa kali
ekoran kesesakan di hadapan empat kaunter yang dibuka selain jumlah
tiket yang dikatakan tidak mencukupi.
Seorang penyokong, Nazarudin Samsudin, 44, berkata, dia yang berasal
dari Pontian tiba di stadium pukul 12.30 tengah malam semata-mata untuk
memastikan dapat membeli tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir antara
JDT dan Kelantan, esok.
"Saya sangka sayalah orang terawal yang tiba, tetapi sebaliknya
apabila kira-kira 100 orang sudah berada di hadapan kaunter dan ada juga
yang tidur di sini.
"Nasib baik saya dapat membeli tiket kerana ramai juga yang datang
pada waktu pagi tidak dapat beli tiket kerana ia sudah habis," katanya.
Nasib berbeza dialami Mohd. Razli Mohamed, 19, dari Pasir Gudang yang
terpaksa pulang dengan kosong apabila tiket yang dijual dua keping
setiap seorang,kehabisan.
"Saya masih fikir cara untuk mendapatkan tiket dan mungkin akan pergi
ke Stadium Nasional Bukit Jalil esok (hari ini) untuk beli tiket di
sana pula," katanya.
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan