Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Selasa, 28 Mei 2013

Sastera ejen transformasi tamadun


Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah serta Tuanku Haminah Hamidun diiringi Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman tiba ke Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara 2013 di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, semalam. 
KUALA LUMPUR 28 Mei - Sastera dilihat berperanan sebagai ejen transformasi ketamadunan bangsa dan perubahan sosiobudaya yang mampu membawa impak besar terhadap pembinaan jiwa dan minda masyarakat.

Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selain berfungsi sebagai sumber ke arah perubahan sosial dan budaya, karya sastera dan penulisan juga berpotensi menggugat kestabilan negara jika penulis menyebarkan perkara-perkara yang menimbulkan rasa tidak tenteram dalam kalangan rakyat.

Sehubungan itu, beliau berharap agar wahana penulisan dapat digunakan sebaik mungkin untuk membina negara bangsa, memupuk nilai-nilai murni serta mewujudkan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Katanya lagi, kerajaan juga sedar sumbangan bidang persuratan dalam pembangunan negara dengan memberikan pengiktirafan kepada mereka yang berkecimpung dalam bidang tersebut.
"Dalam kategori kreatif, kerajaan mewujudkan Anugerah Sastera Negara, sementara bagi kategori akademik pula diperkenalkan Anugerah Buku Negara dan Anugerah Buku Ilmiah yang dianjurkan Majlis Profesor Negara dan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia.

"Malah, kerajaan melalui Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) akan mengadakan program memperkenalkan sasterawan dan karyanya menerusi penganjuran forum, ziarah sastera dan seminar," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara Ke-12 di sebuah hotel terkemuka di sini malam ini.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah telah berkenan mengurniakan Anugerah Sastera Negara dan seterusnya menobatkan Datuk Dr. Baharudin Zainal atau yang lebih dikenali dengan nama penanya Baha Zain sebagai Sasterawan Negara yang ke-12.

Yang turut berangkat hadir Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Mengulas lanjut, Muhyuddin memberitahu, kerajaan juga berhasrat untuk menjadikan penulisan sebagai agenda nasional yang harus dipupuk dalam kalangan masyarakat bermula dari peringkat sekolah rendah sehingga pengajian tinggi.

Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi Panel Anugerah Sastera Negara kali ke-12 memberitahu, Baha Zain merupakan seorang penulis yang amat prolifik dalam genre puisi dan kritikan sastera.

"Saya bagi pihak panel mengucapkan tahniah dan berharap anugerah ini akan menyuntik semangat beliau untuk terus berkarya dan menyumbang buah fikiran ke arah pembangunan bangsa dan sastera negara," ujarnya.

iDAN:

Aku mendapat undangan & telah hadir di majlis ini.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan