Pembinaan yang bermula pada tahun 1915 ke atas istana besar yang mempunyai seni bina lain dari yang lain ini berhenti secara mendadak dengan kematian mengejut pemiliknya. Suasana misteri masih menyelubungi rumah besar yang menyeramkan ini. Adalah dipercayai istana ini juga mempunyai bilik-bilik rahsia dan terowong bawah tanah.
Setelah 67 tahun berlalu, khabar-khabar angin tentang peristiwa misteri istana ini telah menguatkan lagi lagenda impian yang tidak kesampaian bagi William Kellie Smith. Lagenda ini jugalah yang telah memberi satu daya tarikan kepada istana ini untuk terus menjadi satu destinasi pengunjung yang bersejarah.
Penemuan ganjil menyerupai seekor beruang
di batang pokok batai atau dagang menjadikan Kellie's Castle sebagai
kawasan pelancongan yang semakin terkenal dan terus dikunjungi
pelancong domestik serta luar negara. Pengarah Eksekutif Kellie's
Castle, Tajuddin Yaacob, berkata beliau berharap penemuan itu akan
membawa kebaikan dan keuntungan kepada kawasan pelancongan berkenaan
khasnya serta Perakamnya.
Kellie's Castle adalah
istana zaman kolonial yang dibina antara 1909 hingga 1926 oleh seorang
hartawan dari Scotland, Wiliam Kellie Smith di Kilometer 5.5 Jalan
Simpang Pulai-Batu Gajah, dekat sini.Tajuddin berkata, penemuan pada
minggu pertama Aidilifitri lalu mengubah senario Kellie's Castle yang
terkenal sebagai kawasan pelancongan penuh misteri di negara ini. Beliau
berkata, jika selama ini pengunjung yang datang hanya memberi tumpuan
kepada bangunan istana lama terbabit, kini mereka juga tidak melepaskan
peluang melihat pokok batai atau dagang yang mirip wajah beruang itu
serta meninjau kawasan berhampiran.
Katanya, apa
yang menjadikannya lebih unik hanya terdapat satu pokok yang nama
saintifiknya Albizia di kawasan pelancongan itu dan ia berasal dari
Brazil. "Kami dapat melihat rupa seekor haiwan menyerupai beruang
seakan-akan memeluk batang pokok batai atau dagang yang besar itu."Pokok
terbabit terletak kira-kira 50 kilometer dari Kellie's Castle dan
dikatakan berusia lebih 40 tahun."Pihak pengurusan Kellie's Castle akan
membuat satu papan tanda khas mengenai pokok itu supaya ia menjadi
tumpuan pengunjung terutama pengunjung Kellie's Castle," katanya.
Tajuddin
berkata, Kellie's Castle menjadi tumpuan ramai pengunjung terutama
pada hujung minggu dan musim cuti seperti cuti umum atau
persekolahan. Katanya, selain pelancong domestik dari negeri ini dan
seluruh negara, ia dikunjungi pelancong luar dari Australia, Jerman,
Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara Eropah lain serta
Asia. "Boleh dikatakan ramai yang datang dari United Kingdom, mungkin
kerana Smith berasal dari Scotland," katanya. Kellie's Castle adalah
istana lama yang dibangunkan sebagai lambang cinta Smith kepada
isterinya, Agnes.
Bagamanapun, ia gagal disiapkan
kerana kematian Smith pada 1926. Kellie's Castle yang diperbuat
daripada batu bata merah dan marmar diimport dari India setinggi enam
tingkat mempunyai 24 bilik dan sebuah terowong bawah tanah yang
menghubungkan istana itu dengan kawasan estet berhampiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan