Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Sabtu, 25 Mei 2013

Ahad ke JPJ

PETAK KERETA SENTIASA PENUH RAMAI PELANGGAN JPJ BATALKAN NIAT BERURUSAN, ENGGAN TUNGGU LAMA.


Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor ingin merujuk kepada tajuk laporan rencana yang telah disiarkan pada hari Isnin 26 Sept 2011. JPJ Selangor merakamkan ucapan terima kasih kerana telah memberi maklumbalas berkaitan kesulitan pelanggan ketika berurusan di Pejabat JPJ Selangor. Jabatan ini mohon maaf diatas kesulitan yang diutara. Pihak kami sentiasa memberi perhatian dalam usaha meningkatkan perkhidmatan dan kemudahan kepada pelanggan yang berurusan di Kompleks JPJ Selangor Shah Alam.

Untuk makluman kawasan Kompleks JPJ Selangor Shah Alam mempunyai keluasan yang agak terhad untuk menyediakan ruang petak parkir yang secukupnya kepada pelanggan yang datang untuk berurusan. Dalam keluasaan yang agak terhad kita telah menyediakan sebanyak 110 Lot parkir kepada pelanggan. Kesesakan dan ruang parkir yang penuh sering kali berlaku terutama waktu puncak pada hari Isnin dan Jumaat. Hari Isnin merupakan hari pertama pejabat dibuka dan hari Jumaat pula penghujung minggu hari berkerja yang selalunya menjadi tumpuan pelangan untuk berurusan.

Menyedari masalah ini Pihak Jabatan telah memperluaskan semua aktiviti dan urusniaga JPJ seperti Urusan Pendaftaran Kenderaan Baru, Tukar Milik Kenderaan, Batal Tuntutan Hak Milik Kenderaan dan lain-lain lagi di kesemua 5 Cawangan JPJ iaitu di Cawangan Petaling Jaya, Cawangan Bangi, Cawangan Banting, Cawangan Sabak Bernam, Cawangan Kuala Kubu Bharu. Sebelum ini pejabat JPJ Cawangan hanya membuat urusan memperbaharui Lesen Memandu dan Cukai Jalan sahaja. Langkah ini dibuat bagi mengurangkan kesesakan pelanggan tertumpu di Kompleks JPJ Selangor Shah Alam sahaja.

JPJ juga telah memanjangkan waktu urusan kaunter iaitu kaunter dibuka seawal jam 7.30 sehingga jam 5.30 petang manakala waktu rehat jam 1.00 hingga 2.00 tengahari kaunter juga dibuka untuk urusan memperbaharui Lesen Memandu dan Cukai Jalan sebagai langkah memudahkan pelanggan memilih waktu yang bersesuaian untuk datang berurusan.

Pelanggan juga boleh membuat urusan memperbaharui Lesen Memandu , Cukai Jalan serta Bayar Saman JPJ secara atas talian online tanpa hadir ke Pejabat JPJ. Sekiranya ramai pelanggan memilih kaedah ini ianya boleh mengurangkan kesesakan di Pejabat JPJ.

Merujuk kepada cadangan pelanggan agar JPJ membuka kaunter JPJ pada hari cuti Sabtu dan Ahad, sebenarnya JPJ telah pun membuka Kaunter Online 1JPJ pada setiap hari Ahad bermula jam 10.00 pagi sehingga 4.00 petang di Kompleks PKNS Shah Alam dan PKNS Bandar Baru Bangi yang telah bermula pada bulan Julai 2011. Disamping itu kaunter Online 1JPJ juga turut dibuka di Pasar Tani Mega di Stadium Shah Alam dari jam 8.00pagi sehingga 2.00petang setiap hari Ahad bermula sejak April 2011 yang lalu. Pelanggan JPJ boleh membuat urusan memperbaharui Lesen Memandu, Cukai Jalan, Bayar Saman, Semak Senarai Hitam. Pembukaan kuanter Online 1JPJ ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pelanggan berurusan pada hari cuti Ahad disamping membeli barang-barang keperluan harian.

Selain itu kemudahan urusan JPJ juga turut boleh dibuat di Pejabat Pos. Sejumlah 101 Cawangan Pejabat Pos seluruh Selangor menyediakan perkhidmatan JPJ seperti memperbaharui Lesen Memandu dan Cukai Jalan.

Disini sukalah saya menyeru kepada pelanggan yang menghadapi sebarang kesulitan atau kemusykilan sila layari Laman Sesawang Jabatan Pengangkutan JPJ iaitu www.jpj.gov.my atau hubungi pejabat JPJ yang berhampiran untuk mendapat maklumat serta keterangan lanjut berkaitan apa-apa urusan JPJ. Saya juga berharap pelanggan-pelanggan yang ingin membuat urusan JPJ tidak menghadapi sebarang kesukaran memandang pihak kami menyediakan berbagai kaedah dan saluran untuk memudahkan pelanggan berurusan.
AHMAD BIN AWANG
Pegawai Perhubungan Awam JPJ Selangor
03 55669425 (P) 019 2037793 (HP)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan