PENAH DENGAR TAK CERITERA PASAL...
MONA FANDEY
ALA KISAH PASAL PEMBUNUHAN PALING NGERI DI MALAYSIA SATU MASA DULU...
AKU MULA MINAT NAK RAKAM PASAL CERITA NI..
MASA KELAS SIR NASIR LA... DIA BANGKITKAN CERITA NI.. JADI
AKU TERUS KAJI....
SEBENARNYA MONA FENDI ATAU NAMA SEBENARNYA MAZNAH BINTI ISMAIL...
IALAH SALAH SEORG SUSPEK BAGI KES PEMBUNUHAN
DATO MAZLAN IDRIS(ADUN PAHANG)
SUSPEK PERTAMA... JURAIMI HUSSIN. (YANG PAKAI KOPIAH)
SUSPEK KEDUA IALAH SUAMI MONA FANDEY... IAITU Mohd Affandi Abdul Rahman
(YANG BERMISAI)
(YANG BERMISAI)
SUSPEK KETIGA IALAH MONA FENDI.....
UNTUK PENGETAHUAN KAU ORG MONA NI FAMOUS SEBAB DIA NI DULU ARTIS...
NI BUKTINYA....
DAN UNTUK PENGETAHUAN KAU ORG CERITA PASAL KES NI TELAH DIFILEMKAN...
TAPI TELAH DI BANNED OLEH FINAS ATAS TUNTUTAN DARI KELUARGA MONA..
IYERLAH... KENA JAGA MARUAH DIA ORANG....
WALAU BAGAIMANA PUN CERITA NI MMG NMPK MELATOP...
MULA KITA TENGOK DULU KEADAAN MAYAT DATO MAZLAN..
YANG TELAH DIKERAT 18 BAHAGIAN...
cuba kau org bayangkan betapa kejamnya kes ni kan...
baik kita ikuti apa kisah mereka semasa perbicaraan.....
1. SUSPEK PERTAMA... JURAIMI...
ok... Juraimi dituduh sebagai suspek pertama kerana dialah yang
memulakan pembunuhan dengan mengerat kepala Datuk Mazlan...semasa di
kandang mahkamah dia kata yang mereka sudah merancang pembunuhan tu
sebulan sebelum kes berkenaan berlaku...semasa kejadian berlaku Juraimi
diarahan oleh Affendi untuk menetak leher Datuk Mazlan mengunakan
kapak..... kiranya dia nak cakap yang segalanya dirancang oleh mereka
and dia hanya mengikut arahan.. lagipun dia berjaya menunjukkan bukti
yang dia tiada niat untuk membunuh Datuk Mazlan.. kerana selepas
pembunuhan Mona hanya bagi dia RM1500.. itupun RM 1000 untuk makanan
itik and selebihnya untuk dia.... maka peguam dia pun cakap la yang upah
yang diberikan kepadanya lagi sikit berbanding makanan itik peliharaan
dorang...
tambahan.. dia kata semasa melakukan pembunuhan tu dia berada dalam
keadaan tidak sedar kerana telah dipukau oleh Affendi.. melalui minuman
semasa latihan silat..(Affendi bersetuju dengan kenyataan itu and
mengaku yang mereka suami isteri ialah bomoh) dan dia juga disokong oleh
kenyataan polis yang menangkap dia.. polis tu kata semasa pertama kali
Juraimi ditangkap dia berada dalam keadaan yang kusut-masai and bermata
merah... dia di tangkap kerana disyaki sebagai penghisap dadah.. namun
ujian air kencing menyatakan tidak.. selepas ditangkap dia diarahkan
datang semula ke balai polis keesokan harinya kerana dia mintak izin nak
bagi itik makan.. kalau membunuh Dato Mazlan dengan niat kenapa dia tak
larikan diri???... malah dia datang balik ke balai polis keesokan
harinya tanpa rasa bersalah and takut...
malah masa perbicaraan dengan polis mengenai Dato Mazlan dia
hanya cakap TAK tahu... tapi dia memberitahu segalanya selepas ditepuk
bahu oleh Affendi.. menurut Juraimi. semasa dibalai polis Affendi
menepuk bahunya dan menyuruh dia menceritakan segalanya.. barulah dia
sedar bagaimana kes tu berlaku and bagitahu polis kat mana dia tanam
senjata pembunuhan and mayat Dato Mazlan.....
2.SUSPEK KEDUA... AFFENDI..(suami Mona)
lain pulak citer si Affendi ni... dia kata sebenarnya dia dan
mona x penah merancang nak bunuh Dato Mazlan... dia kata duit RM500 000
dan Geran tanah yang diberikan oleh Datuk Mazlan bukan dicuri tapi
sebagai bayaran Datuk Mazlan membeli....
dia kata songkok dan tongkat ni bersakti dan dipercayai milik Sukarno satu masa duhulu... menurut dia harga dua barangan ini ialah RM2.5 juta... Dengan memakai songkok and tongkat ni together kita boleh menjadi kebal and akan dapat banyak kesaktian.... dia cakap kedatangan Datuk Mazlan kerumahnya malam itu ialah untuk mandi bunga.. kerana mereka percaya yang malam tu akan ada rezeki yang turun....
sedang Affendi dan Mona bersiap-siap nak mandikan Dato Mazlan dengan
membaringkan dia.. tiba-tiba Juraimi datang membawa kapak dan terus menetak
leher Datok Mazlan... dia kata yang Juraimi bertindak seperti orang yang
tidak ada pedoman siap kancing gigi... tindakan Juraimi membuatkan
Affendi dan Mona tergamam and terkaku seketika... selepas ditetak tiga
kali akhirnya kepala Datuk Mazlan pun tercabut... selepas tu dia kata
yang Juraimi mengarahkan mereka membawa anak mereka iaitu mazdiana lari
ker KL and biarkan dia menguruskan Dato Mazlan... maka mereka pun
pergilah ke KL seperti yang diarahkan oleh Juraimi....
3. SUSPEK KETIGA... MONA FENDI..
Mona pula hanya bersetuju dengan kenyataan suami nya Affendi...
dia menceritakan bagaimana perasaannya disaat itu and kesal dengan
perbuatan Juraimi... dia juga menyatakan buat apa dia nak ambil harta
Datuk Mazlan kerana dia dan suaminya sudah kaya.. menurutnya meraka ada
RM400 000 simpanan dalam bank...
bila ditanya apa yang dia buat selepas pembunuhan.. dia
bagitahu yang dia dan keluarganya termasuk anak mereka Mazdiana bermalam
di Hotel sebelum pergi bermalam di rumah saudara mereka pula.. selepas tu
mereka juga menyewa rumah... dia kata dia sempat membawa anaknya
bershopping.. and dia kata yang anak dia suka sangat bershopping...
bila ditanya kenapa membawa kereta Datuk Mazlan ke KL dan
menjualnya.. dia menafikan kenyataan itu dan dia kata sebenarnya kereta tu
rosak and dorg bawa baiki..
akhir sekali dia kata yang motif Juraimi membunuh Datuk
Mazlan kerana cemburu hubungan Datuk Mazlan dengan Noraini....
AGAK MENARIK JUGA PERBICARAAN DORG NI...
COZ JURAIMI KATA DIA DIRASUK...
WHILE, MONA AND SUAMINYA KATA YANG JURAIMI CUBA MENGENAKAN MEREKA....
maka bila turn pendakwa raya berbicara semua mesteri terungkap....
menurut pendakwa raya sebenarnya ketiga-tiga suspek bersalah kerana
meraka memang merancang bersama-sama untuk membunuh Datuk Mazlan....
PERTAMA.... pasal Juraimi yang dirasuk oleh Affendi sebenarnya satu penipuan....
kerana.. kalau Juraimi dirasuk bagaimana dia boleh mengingati adegen
pembunuhan yang dijalankan. dengan terperinci... lagipun cerita dia
semasa disoal jawab dengan polis and semasa perbicaraan di mahkamah
terdapat beberapa percanggahan.... tambahan lagi.. dia kata yang Mona
bagi dia RM1500 dan mengatakan RM1000 untuk makanan itik manakala RM 500
untuk dirinya... kalau dia dalam keadaan dipukau macam mana dia boleh
mengingati perkara berkenaan dengan terperinci... siap tahu lagi RM1000
untuk itik and RM 500 untuk dia..... antara fakta yang meragukan juga ..
dia kata dia ada cuba mencari Mona dan suaminya di KL selepas sepupu
Datuk Mazlan ugut dia untuk buat laporan polis jika datuk Mazlan tidak
pulang ke rumah..... kalau dia dirasuk macam mana pula dia boleh sedar
nak cari Mona dan Suaminya di KL siap pergi tido umah kawan agi....
sebenarnya niat dia mencari Mona dan suaminya ialah untuk memastikan
pembunuhan itu tidak terbongkar..... plus, peguam dia gagal menunjukkan
bukti rawatan drpd doktor yg menyatakan Juraimi berada dlm keadaan tidak
sedar semasa melakukan jenayah....
Kedua... pasal kenyataan Affendi juga menipu... sebab dia kata Juraimi bertindak seperti orang tidak pedoman dan bukan bertindak diatas arahan dia... kalau benar kes ni tiada kaitan dengan mereka kenapa mereka tidak melaporkan perkara ini kepada polis... kemudian lepas pembunuhan berlaku Mona and anak mereka sempat bershopping besar lagi... mengikut bahan bukti menyatakan yang Mona berbelanja sebanyak RM200 000 selepas pembunuhan berlaku dan kebanyakkan duit yang digunakan ialah not RM1000 sama dengan duit yang dibawa oleh Datuk Mazlan semasa datang ke rumah mereka semasa malam berlakunya pembunuhan.... tambahan pula, Mona mengaku dan mempunyai bukti telah membuat pemedahan plastik selepas pembunuhan dan kereta Datuk mazlan juga dijual... kenyataan Mona yang menyatakan mereka kaya sebenarnya satu penipuan kerana mereka gagal menunjukkan sebarang bukti yang mereka ada simpanan sebanyak RM400 000.....
Ketiga,. pendakwa raya berjaya, menunjukkan yang Juraimi ada motif pembunuhan iaitu pasangan Mona dan Affendi berjanji akan memberinya RM15 000 selepas selesai pembunuhan.... malahan alasan Juraimi memotong Datuk Mazlan kepada 18 bahagian adalah untuk mempercepatkan proses pereputan kepada mayat.....
maka, semua juri sebulat suara menjatuhkan mereka hukuman gantung mandatori mengikut Seksen 302 dalam Kanun Keseksaan....
bagaimana dengan anak mona fandy?
BalasPadamEntah la labu
PadamDia orang biasa baru-baru ini saya dudik di binaan pusara anak Mona Fandy... okey saja tak pula rasa seram & sebagainya.
BalasPadam