Meru
Khamis malam Jumaat bilamana aku pulang ke rumah tiada pun sebarang hidangan di meja.
"Ishk! ayah nak makan apa malam ni Azim?" Aku bersungut dengan anakku yang bungsu.
"Selalu kan ke ayah puasa sunat hari Khamis, ayah kan ke selalu beli makanan sendiri.."
Telahan aku silap rupanya, ingatkan jika Mila puasa dia akan belikan aku makanan atau pun masak & berbuka bersama. Emmm! malas nak komen, Mila siap bersahur tak kejutkan aku. Berbuka pun mahukan hidangan berasing. Sekadar terfikir sendirian, sebenarnya aku tal larat nak puasa jika tidak bersahur. Telah dua minggu aku telan ubat Glucophage/Metformin. Pasti ada yang perasan jenis apakah ubat ini.
Sebelum ini aku memang telah penat makan ubat untuk buah pinggang, darah tinggi & kolestrol. Tetiba Doktor Imah mengesyaki aku mengidap sakit paling aku takuti.
Permandangan Dari Jeti Pak Senon, bot nelayan tersadai berlabuh.
"Jom temankan ayah makan, Azim boleh minum air Milo Ais ke..!" Aku tahu semua bebudak suka minum Milo Ais. Tak menarik langsung jika makan sorang-sorang di restoran.
"Jom!..!" Cepat saja Azim menjawab & mengambil kunci Avanza ibunya. Aziq & Anif memang leka dengan komputer. Memang mudah berunding dengan Azim berbanding cahaya mata yang lain.
Restoran Erawan Sea Food di Kantan Permai, telah bertukar pekerjanya. Masakannya tak banyak berbeda. Aku membuat pesanan sup campur, nasi putih, air suam & Milo Ais. Sebelum ini memang aku amat gemar minum minuman bergas.
"Esok ayah akan jadi nelayan, Azim doakan ayah dapat ikan besar-besar, Azim suka makan ikan tenggiri kan?"
"Berapa hari ayah pergi tu? Boleh dapat ke ikan besar, galak dah ayah mancing tak ada pun bawa balik ikan besar!"
"Ahad petang ayah baliklah, nanti Azim kasi tahu ibulah ayah ke Terengganu, kali ini ayah pergi dengan kawan ayah yang handal memancing, mesti dapat ikan besar!..." Aku cuba menangkis telahan Azim & aku sekadar cuba menyedapkan hati sendiri.
Aku masih merahsiakan tentang niat pergi memancing dari pengetahuan Mila. Bukannya apa, selalunya jika aku merancang pergi jauh mesti ada perancangan Mila. Kerapkali bila aku berjalan jauh apabila pulang ada saja perkara tidak terduga berlaku di rumah.
Sekembalinya dari makan malam, aku mula mengemaskan barangan pancing. Memilih pancing mana yang harus kupakai. Aku tak punyai banyak pilihan selain dari kekili aktik ABU Cardinal 757 & dua lagi kekili sebagai simpanan jika terjadi sebarang kemungkinan.
Aku ada membeli rapala, teringin nak mencuba memancing secara menggedik (Jigging). Cumanya aku tak pasti apakah sesuai untuk digunakan di laut. Rapala yang aku beli kecil amat & seeloknya ditukar matanya agar lebih keras lagi; tidak mudah bengkok jika diragut ikan.
Cuma barangan pancing sahaja yang sempat aku kemaskan, belum lagi pakaian & keperluan lain. Aku terlelap awal tentnyua kesan ubat-ubatan yang terpaksa aku telan saban malam. Aku bercadang esok Jumaat sebelum magrib segalanya akan tersedia. Aku tahu gelagat Fairuz, biasanya tiga hari sebelum semuanya dia telah sediakan.
Jumaat Pagi; Awal pagi Fairuz telah datang ke bengkel komputerku. Kebetulan tiada peperiksaan yang perlu kami jaga. Sekarang memang musim pelajar UPM periksa akhir tahun. Menjaga pelajar periksa sememangnya satu kerja yang amat membosankan. Mana tidaknya, aku yang telah berkhidmat lebih dari 25 tahun, taraf akademik aku masih di takah ini. Pelajar yang kami keluarkan dai UPM ini makin pandai, makin kaya & makin lupakan kami. Kebelakang ini pula koata pelajar makin berubah lebih dari 50% pelajar kejuruteraan dimonopoli oleh pelajar cina. Semuanya lantaran sistem merit yang telah mengetepikan anak bangsa kita. Pelajar Melayu memang rendah CGPAnya.
Sasaran kami paling tidak kena ada sepuluh ikatan Apollo mata dua, tiga set untuk candat sotong, lima set untuk mata kail tenggiri. Belum pun siap semuanya aku mendapat panggilan dari Mila; Pakciknya sebelah arwah Yaie Wak Jopri meninggal dunia di Meru Klang. Aku terpaksa bergegas ke sana. Biasanya masyarakat di Bukit Kapar tidak akan melengahkan urusan pengkebumian. Aku mencongak waktu; pasti sebelum sembahyang Jumaat Jenazahnya akan dikebumikan. Jangkaan aku meleset; selepas asar barulah selesai. Lantaran ramai anak-anaknya berada jauh. Aku hanya sampai di Jenaris sekitar 7:30 malam. Ada waktu sekitar sejam mengemas segala.
Bersambung...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan