Sejak kecik ubat batuk paling mujarab ialah Ubat Batuk Cap Kelapa Laut Afrika. Memang selalu ada di rumah. Aku telah cuba telan ubat itu, ngantuk sahaja batuknya masih tak hilang. Cuba pula ubat batuk ibu & anak. Ubat batuk ini manis sahaja, batuk masih menjadi. Telan pula ubat batuk Bena yang PK UPM kasi. Masih tak berubah batuknya.
Demam makin kurang, tapi sejak kebelakangan ini memang cuaca amat panas, diam tak diam telah masuk minggu ke dua aku dilanda sakit sekeras ini. Tidurnya tak menentu. Jam 3 pagi masih terjaga & batuknya menggegarkan seblok bangunan rumah teresku. Tak siapa hirau akan sakit aku. Mengidam makan gulai asam pedas masih tak kesampaian. Senin pagi awal-awal ajak Eris ke ABIM makan sup daging. Berpeluh juga badan, batuknya sama sahaja.
Thalatha Ana Stor suruh aku cuba makan ubat batuk Hurix Gamat & Madu Plus. Petangnya aku sudah mengadap Dukun Kim Loy. Susahnya nak telan ubat batuk ini. Rasa gamatnya melampau kuat. Pening kepala menjadi-jadi. Sejak malam tadi makan ubat batuk gamat ini. Masih kuat batuknya. Begini rupanya bila umur meningkat tua, diserang sakit punyalah payah untuk cepat pulihnya. Bila batuk ditariknya semua sendi-sendi sampai menitis air mata menahan peritnya tekak.
Takut amat diserang radang paru-paru jika lama sangat batuk ini. Kot jadi macam arwah Datuk Nasimuddin. Kansel paru-paru rupa tak boleh bertahan lama, tiga bulan sahaja pasti pergi. Masih muda 53 tahun telahpun pergi. Bahaya amat rupanya kansel paru-paru. Seorang jutawan juga tidak sempat mengubati sakitnya.
Tidak dinafikan keadaan batuk aku ini bertambah sakit akibat merokok. Tabiat merokok memang payah dibuang biarpun aku bukan perokok tegar. Memang sepanjang aku di Melaka tempoh hari aku banyak merokok. Tidak boleh ada seorang pun yang merokok pasti aku akan terikut merokok. Apatah merokok gudang garam atau nusantara yang memang agak keras. Ayah Alang memang perok tegar.
Penat amat rasanya mahu menelan ubat. Tapi nak buat macam mana jika memang sudah sakit. Tidak dapat tidak kena juga bergantung dengan ubat-ubatan. Tak makan ubat nanti dikatakan pula sengaja tidak mahu berusaha. Dipersalahkan pula sengaja mahu membiarkan diri menderita. Memang naik muak tenguk pil & segala cecair ubat-ubatan ini.
Nasimuddin rahsia penyakit
Oleh Abdul Halim Yusoff, Azrina Ahzan dan Khairul Azran Hussin
KUALA LUMPUR: Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Naza, Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, yang meninggal dunia, Khamis lalu, akibat kanser paru-paru, merahsiakan penyakit yang dihidapinya kerana tidak mahu merisaukan keluarga.
Abang sulungnya, Datuk SM Sharifuddin SM Amin, berkata beliau sendiri serta beberapa ahli keluarga terdekat hanya mengetahuinya selepas Allahyarham dalam keadaan kritikal sejak Januari lalu.
Bagaimanapun, katanya, mereka diamanahkan oleh Allahyarham untuk tidak mendedahkannya kepada umum.
"Ketika itu Allahyarham sedang bertarung dengan penyakitnya dan saya tidak terkilan dengan sikapnya itu kerana Allahyarham memang suka berahsia.
"Ketika sedang bertarung dengan penyakitnya itu, apa yang sering dilafazkan oleh Allahyarham ialah... saya akan kembali, saya akan kembali, jangan beritahu orang penyakit saya.
"Itulah sifat Allahyarham, kalau boleh dia tidak mahu sesiapa risau memikirkan masalah dia. Sebab itu kami seluruh keluarga amat terasa kehilangannya kerana dia begitu baik," katanya selepas upacara pengebumian jenazah Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Batu 9, Kampung Melaka, Hulu Langat, petang semalam.
Allahyarham Nasimuddin, 53, yang meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Long Beach, Los Angeles setelah mendapatkan rawatan kanser paru-paru sejak Januari lalu, dikebumikan di sebelah pusara ibunya, Salbiah Abdul Majid.
Sharifuddin, 57, berkata kali terakhir semua ahli keluarganya berkumpul ialah pada Januari lalu sempena sambutan ulang tahun kelahiran beliau dan dua adiknya termasuk Allahyarham.
"Ulang tahun kelahiran kami adalah dekat... saya pada 23 Januari, manakala Allahyarham dan seorang lagi adik saya pada 27 dan 30 Januari," katanya.
Katanya, beliau juga menerima panggilan Allahyarham tiga minggu selepas pemergiannya ke Los Angeles bagi menerima rawatan.
"Tetapi Tuhan lebih sayangkan dia dan saya akan tunaikan segala amanah yang sudah diserahkan kepada saya dengan sebaik mungkin. Saya akan berdosa besar jika saya gagal tunaikan amanah itu," katanya.
Katanya, Allahyarham disifatkan sebagai seorang yang berperwatakan lembut, tenang dan mudah berurusan.
Sementara itu, anak sulung Allahyarham, SM Faizal SM Nasimuddin, berkata bapanya sempat berpesan dan mengamanahkan keluarga untuk meneruskan perjuangannya dalam dunia korporat dan berbakti kepada seluruh insan.
Faizal berkata, keluarga besar Naza yang merangkumi lebih 4,800 kakitangan komited untuk meneruskan perjuangan Allahyarham.
"Kami daripada setiap kakitangan hinggalah pengurusan tertinggi mesti menanamkan iltizam dan memikul tanggungjawab untuk memastikan legasi Naza diteruskan," katanya.
Faizal berkata, bapanya juga berpesan supaya beliau menjaga ahli keluarga dan Kumpulan Naza kerana ia adalah juga sebahagian keluarganya.
"Ayah selalu berpesan, apa yang dibuat mestilah memberi manfaat dan memberi sumbangan kepada orang ramai kerana itulah yang beliau percaya selama ini. Beliau membuat segalanya untuk orang ramai.
"Ayah juga berpesan supaya langkah dilaksanakan untuk memastikan orang Melayu sentiasa mendapat peluang untuk memperbaiki diri mereka dan ayah sudah memainkan peranannya untuk merealisasikan wawasan itu," katanya sambil menambah Kumpulan Naza komited untuk meneruskan usaha itu.
Mengulas perasaan ahli keluarga mengenai kehilangan ayahnya, Faizal berkata, sudah tentulah ia sangat menyedihkan, tetapi kehidupan mesti diteruskan dengan menyandarkan kepada apa yang sudah disumbangkan Allahyarham sebagai tunjang kekuatan.
"Bagi kami, ayah sebagai warga korporat, sudah banyak menabur bakti kepada syarikat dan negara... beliau adalah bapa kepada dunia automotif baru. Kami sekeluarga akan meneruskan apa yang sudah dimulakannya. Masih banyak yang perlu dilakukan," katanya.
Terdahulu, pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH 95 yang membawa jenazah Allahyarham dari Los Angeles, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada jam 12.15 tengah hari.
Ketibaan jenazah Allahyarham yang diiringi isterinya, Puan Sri Zaleha Ismail dan anak perempuannya, Nur Diana, disambut ahli keluarga dan kenalan yang menunggu sejak jam 11 pagi lagi.
Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada jam 1.50 tengah hari.
Sebaik tiba di Masjid Wilayah Persekutuan, jenazah Allahyarham ditempatkan di Dewan Serbaguna untuk membolehkan lebih 6,000 orang yang memenuhi masjid itu sejak 12 tengah hari, termasuk orang kenamaan dan tokoh korporat menziarah dan memberi penghormatan terakhir.
Berita Harian
Posted on 3.5.2008 at 3:26 PM

Tiada ulasan:
Catat Ulasan