Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Jumaat, 2 Mei 2008

Singgahsana: Deman Terlalu Keras


Tetiba demam ini terlalu keras. Sejak Ahad lagi, sampai ke Jumaat masih berterusan. Amat payah untuk terlelap, batuknya bertaut.

Tetiba demam ini terlalu kuat. Sesekali aku mimta bantuan Mila untuk menghantar ke klinik. Dia dengar tak dengar. Malahan lebih rapat dengan telefon bimbitnya. Kalau tidak SMS dengan laguannnya. Aku mendengar suara Mawi macam semut bergaduh sahaja. Apaankah pentingnya duniawi ini.

Deman ini masih tidak kebah. Si Fairuz sibuk bohongi isterinya mengatakan aku akan ikut memancing di hari pekerja. Padahal dia tahu Senin lepas jumpa orang besar-besar aku langsung tak boleh bangun. Minta Eris tolong klik waktu aku keluar pun tidak tertunai. Katanya Tok Perak juga mahu memancing di kolam Pak Ali tetapi bolehkah dipercayai janji Tok Perak.

Aku masih terlantar sakit, teringin agar Mila masakkan asam pedas tetapi dia tetap dengan selera Jawanya goreng & tumis taruh gula. Amat berat tekak mahu menelannya. Akhirnya tengah malam masak maggi sendiri. Pedas-pedas.

Telah hampir masuk tahun ke tiga ceriteranya sama, aku terus melayan sendirian kesakitan ini. Kuatkan diri sendiri. Jika perlu ke klinik atau hospital sendiri. Jika di ofis mungkin Fairuz rajin menemaniku. Harapkan keluarga terdekat nampaknya mungkin tidak. Jadi aku telan saja apa saja ubat yang ada di rumah.

Sakit Darah Tinggi dua jenis ubat
Sakit Diabetes sebiji besar amat saiznya
Sakit Buah Pinggang dari Dukun Kim Loy
Kolestrol sudah bertambah dosnya
Kini kena telan ubat demam yang ada cuma Panadol.
Ubat batuk memang banyak botol lagi tak habis.

Nak datuk ada sampai lapan jenis ubat kena telan memang buat aku makin lemah.

Teringin sangat mahu mengarang puisi tetapi ilhamku bagaikan beku. Agak lama karyaku tidak terbit di akhbar makin amat rindu untuk menatap karyaku di akhbar. Banyak juga karyaku tidak diterima oleh penerbit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan