Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Isnin, 21 Julai 2014

Di mana Penyair iDANRADZi berada

Sekarang saya banyak lepak di sini, blog tentang MH17 yang terhempas
http://menitigerigi.blogspot.com/ 

Jika ada FB saya banyak lepak di sini juga banyak tentang MH17 yang terhempas
https://www.facebook.com/groups/mh17Tragis/


Ini juga milik saya https://www.facebook.com/groups/mashilang/

Jika ada Wsapp ini talian yang saya sesekali lepak di Wsapp +6019 464 4343 sila ADD

Semua URL di atas milik saya. Sebenarnya ada sekitar 7 akaun FB saya miliki yang masih aktif cubalah mengesannya. Paling ramai pengikut akaun FB saya ialah Idanradzi KCT.



Khamis, 3 Julai 2014

Rasulullah Mengingatkan Agar Berakhlak Mulia

Ikmal Johari | Tuesday, 7 September 2010

Semasa rasulullah menghantar Mu’az bin Jabal ke Yaman, baginda sempat menitipkan beberapa pesananan kepadanya. Antara pesanan yang diingatkan oleh rasulullah kepada Mu’az ialah agar beliau sentiasa berlaku baik dalam pergaulan dengan orang ramai.

Sabda Rasulullah dalam hadith hasan sahih yang direkodkan oleh Imam Tirmidzi, “Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.”

Pesanan ini diberikan oleh Rasulullah kerana ia mempunyai kepentingan yang tersendiri. Lebih-lebih lagi, kehadiran Mu’az di Yaman adalah sebagai duta Islam yang akan menjadi guru, tempat rujukan feqh dan hakim kepada penduduk di sana. Oleh sebab itu, Mu’az perlu bergaul dengan cara yang baik dan sentiasa menunjukkan akhlak yang mulia kepada para penduduk.

Menurut Ibnu Rajab al-Hanbali, Rasulullah mengingatkan Mu’az terhadap hal ini kerana kebanyakkan manusia menyangka bahawa ketaqwaan hanya boleh dicapai dengan melaksanakan perintah Allah tanpa mengambil kira hak hamba-Nya. Sedangkan bersikap baik dengan orang ramai juga antara pra-syarat seseorang itu mendapat keredhaan Allah.

Allah telah berfirman dalam surah al-Imran 3: 133-134 yang bermaksud, “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”

Bersikap baik dengan akhlak islam adalah tuntutan yang besar dalam agama. Dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam Ahmad, An-Nasai, Ibnu Majah dan Abu Daud, Rasulullah pernah ditanya oleh para sahabat tentang apakah anugerah terbaik yang boleh diberikan oleh seorang Muslim kepada orang lain. Maka Rasulullah menjawab, “Akhlak yang baik.”

Bukan itu sahaja, Rasulullah juga memberitahu kepada para sahabat bahawa orang yang berakhlak mulia akan mencapai darjat seperti seorang yang berpuasa dan berqiamulail (solat malam). Berita gembira ini disampaikan oleh Rasulullah agar orang yang mengejar takwa tidak hanya terus-menerus berpuasa dan berqiamulail sedangkan mereka meninggalkan akhlak yang mulia.

Imam Ahmad dan Abu Daud merekodkan bahawa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya seorang mukmin yang berakhlak mulia mencapai kedudukan seperti seorang yang berpuasa dan berqiamulail.

Jika bercakap tentang akhlak mulia, pasti semua agama turut menekankan hal ini. Namun yang membezakan Islam dengan agama yang lain ialah petunjuk datang dari Allah dan Rasul.

Neraca ataupun petunjuk bagaimanakah sikap akhlak yang diterima oleh Islam sudah pasti diambil dari diri Nabi Muhammad SAW. Selari dengan apa yang difirmankan oleh Allah dalam surah al-Ahzab 33:21 yang bermaksud, “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”

Manakala Imam al-Hakim pula merekodkan sebuah hadith dari Uqbah bin Amir al-Juhani, katanya: “Rasulullah bersabda kepadaku: Wahai Uqbah mahukah saya memberitahumu akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling mulia? Kamu menyambung silaturahim orang yang memutuskannya, kamu membantu walaupun sebelum ini dia enggan membantumu, dan kamu memaafkan sesiapa yang menzalimimu.

Manakala Salam bin Abu Muti’ pernah ditanya oleh orang ramai tentang akhlak mulia. Kemudian beliau menjawab soalan ini dengan membaca beberapa rangkap puisi. Katanya:

Kamu melihatnya apabila dia datang dengan wajah yang girang, Seolah-olah kamu memberinya barang yang kamu minta daripadanya, Jikalau hanya rohnya sahaja yang dimilikinya, Dia tetap bermurah hati memberinya kepada pemintanya, Maka peminta hendaklah bertaqwa kepada Allah, Dia tetap lautan walau dari sudut mana kamu mendatanginya, Laut dalamnya mengandungi kebaikan dan pantainya mencurahkan kemurahan.

Belajar demi ibu bapa

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah

KUALA LUMPUR: “Semua yang saya lakukan untuk ibu bapa menyebabkan sentiasa belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan terbaik,” kata penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Kolej Teknologi YPC iT-WEB (Kolej YPC), Nur Aini Mawi, 21.

Nur Aini yang mengikuti Diploma Teknologi Maklumat Perniagaan di kolej itu berkata, dia berharap anugerah diterimanya itu dapat membalas jasa ibu bapa yang membanting tulang bagi membiayai pengajiannya.

“Bapa seorang buruh kasar di tapak pembinaan. Bapa melakukankerja berat, manakala ibu terbabit sama dengan mengacau simen. “Saya berharap ini dapat memberi semangat supaya saya lebih berjaya pada masa depan,” katanya selepas menerima anugerah itu dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon, pada Majlis Konvokesyen ke-8 Kolej YPC, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Kolej YPC , Datuk Wira Syed Ali Alhabshee dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Noel Robert. Pada majlis itu, 201 graduan menerima diploma dan sijil kursus persediaan.

Nur Aini berkata, anugerah itu juga membuktikan sesiapa saja boleh berjaya meskipun tidak berpeluang melanjutkan pelajaran di universiti selepas Sijil Pelajaran Malaysia. “Saya berharap melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi menyumbang kepada pembangunan teknologi maklumat negara,” katanya.

Penerima Anugerah Pelajar Terbaik, Lim Chin Tiong, 21, pula berkata, pengiktirafan itu adalah hadiah kepada pengorbanan bapanya yang menyara keluarga dengan bekerja sebagai mekanik di Klang. Dia yang turut mengikuti Diploma dalam Teknologi Maklumat Perniagaan berkata, ia juga umpama ganjaran atas penat lelah berulang-alik dari rumahnya di Telok Gadong, Klang bagi mengikuti kelas di Cheras.

“Saya keluar rumah seawal jam 4 pagi, menaiki komuter sebelum bertukar bas untuk ke kolej. Saya melakukannya kerana perlu berjimat,” katanya.

Lim juga berterima kasih kepada kolej yang turut memberikan bantuan kewangan kepada pelajar kurang berkemampuan sepertinya sehingga berjaya menamatkan pengajian dengan nilai purata gred 3.85. Seorang lagi penerima Anugerah Pelajar Terbaik, pelajar Diploma Perakaunan, M Thaevieswari, 21, pula berkata, ia adalah kenangan manis memandangkan dia terpaksa menjaga ibunya yang sakit sehingga menamatkan pengajian.

“Ibu saya tidak sihat, mengalami kemurungan dan sukar tidur. Saya kena jaga dia dan pada masa sama perlu mengikuti kelas,” katanya yang bercita-cita menjadi akauntan. Selain mereka, seorang lagi pelajar Diploma Perakaunan, Ayu Oktaviani, 21, turut menerima Anugerah Pelajar Cemerlang.

Sementara itu, Koh pada ucapannya menyarankan graduan supaya merebut pelbagai peluang pekerjaan hasil pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pada masa sama katanya, graduan perlu meneruskan kecemerlangan dalam pendidikan untuk diterapkan apabila menceburi alam pekerjaan kelak.

“Kita kena hormat dan sukakan pekerjaan kita,” katanya.

 http://my.linkedin.com/pub/nur-iezah-ibrahim/5/30b/787

Sumbangan Swasta Dan NGO Diperlukan Dalam Penyediaan Biasiswa, Kata Muhyiddin

PUTRAJAYA, 3 Mac (Bernama) -- Kerajaan masih memerlukan sumbangan sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam penyediaan biasiswa pendidikan untuk membantu meningkatkan kualiti modal insan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata walaupun kerajaan ada menyediakan biasiswa dan bantuan kewangan tetapi ia tidak mencukupi kerana bilangan yang masih memerlukan bantuan pendidikan amat besar terutama mereka yang kurang berkemampuan.
"Jadi kerajaan amat mengalu-alukan sumbangan sektor swasta, NGO dan syarikat yang berkemampuan untuk membantu negara meningkatkan dan melahirkan anak-anak Malaysia yang terpelajar terutamanya dalam bidang sains dan teknologi," katanya pada majlis pelancaran Biasiswa Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dan Utusan Malaysia di sini Rabu.
Beliau berkata inisiatif seperti itu perlu diteruskan dan gabungan antara YPC dan Utusan Malaysia sesuatu yang amat baik kerana pelajar berbilang kaum akan mendapat faedah yang bersandarkan kepada Gagasan 1Malaysia.
"Saya berharap pelajar yang terpilih mengambil peluang itu dengan sebaik mungkin dan selepas ambil sijil dan diploma mereka akan berpeluang pula untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi," katanya.
Projek biasiswa YPC-Utusan itu akan memberi peluang kepada 200 pelajar kurang berkemampuan yang memperoleh sekurang-kurangnya lima kredit dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.
Pelajar terpilih akan mendapat biasiswa bernilai RM5,000 setahun untuk mengikuti kursus Foundation in Business dan Teknologi Maklumat selama setahun.
Pada sidang media kemudiannya, Pengerusi YPC Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata borang permohonan untuk biasiswa itu boleh didapati menerusi akhbar Utusan Malaysia mulai bulan ini.
"YPC memperuntukkan sejumlah RM1 juta untuk biasiswa itu dan akan diberikan untuk pelajar yang memilih untuk melanjutkan pelajaran di Kolej YPC sahaja," katanya.
YPC sejak ditubuhkan sepuluh tahun lepas telah menyediakan bantuan pendidikan pelbagai bentuk berjumlah hampir RM7 juta.

Sumber

belajar

Thursday, 8 September 2011


assalamualaikum....

nama saya muhamad nor arif bin marzuki, umur saya masih lagi 17 tahun, 20,10,1993 baru umur saya cukup18 tahun. sekarang saya penuntut di kolej di cheras, nama kolej saya ialah KOLEJ TEKNOLOGI YPC-iTWEB. saya telah mengambil DIPLOMA IN ACCOUNTANCY. saya mengambil 5 mata pelajaran bagi sem pertama ini :
1. principle of marketing
2. business mathematics
3. english 1
4. financial accounting
5. computer application
di dalam kelas saya mempunyai 10 orang pelajar. pelajar lelaki mempunyai 6 orang manakala pelajar perempuan mempunyai 4 orang.. 2 orng berbangsa india dan 2 orng berbangsa melayu. saya pergi ke kolej saya menaiki rapid. setiap hari saya akan pergi ke taman melati pada pukul 12 tengah hari. selepas itu saya akan menaiki LRT putra. saya berada dalam itu selama 25 minit untuk sampai ke masjid jamek, dan saya akan membuat pertukaran kepada LRT star untuk pergi ke taman maluri. tren ini akan mengambil masa 10 minit. selepas itu saya akan berjalan kaki selama 15 minit untuk sampai ke kolej saya. setelah saya sampai saya akan mesej kawan2 saya. selepas itu kami semua duduk bersama di medan selera. selepas itu kami akan bersama-sama pergi ke kelas untuk menjalani p&p atau nama penuhnya PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. setiapa hari dari isnin hingga jumaat saya akan lalui benda yang sama cuma perbezaan dari segi masa.

sekian karang saya yang x seberapa macam karangan..

yang benar

(MUHAMAD NOR ARIF BIN MARZUKI)



                                                                                                     DI SEMAK OLEH AKU!

                                                                                                          AAAAAA+++++++++


TAHNIAH ARIF!

CAM CILAKOS! JER.... HAHA 


http://blog.aribismail.com/2012/04/universiti-tenaga-nasional-atau-kolej.html


Universiti Tenaga Nasional atau Kolej YPC? Dilemma.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D


*surat-surat yang dapat harini, whoaaa -.-"

Hi hi hi! Apa khabar korang semua! :3

Hoho, kalau korang baca tajuk post kat atas ni mesti korang suruh Arib pilih Universiti Tenaga Nasional punya. Ahha, kalau macam tuu takkan lah Arib buat post ni. Tanya kat mak cik goreng pisang pun dah sah sah mesti kata suruh masuk UNITEN, haha.

Harini Arib dapat banyak surat setelah lama tak menjenguk peti surat kat bawah rumah tuu. So ada jugak dapat tawaran antaranya UNiSEL yang menawarkan Diploma Industri Multimedia dan paling membuatkan Arib tersedak sikit, tawaran untuk melanjutkan Diploma Farmasi (Ehh?). Haha, serius, Arib ni dah lah tak minat dengan benda yang berkaitan dengan doktor, ubat, dan hospital ni. Senang kata bidang perubatan. Memang tak minat. Macam mana lah surat tawaran tu boleh sesat -.-" Okay, dan harini jugak Arib dapat tawaran ke Universiti Tenaga Nasional untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Foundation in Information Technology.


*jangan tanya ke mana perginya Start button, ekekeke.

Ermm, sebenarnya Arib agak dilemma sikit pasal pemilihan nak study ni. Ada dua pilihan sekarang ni sama ada UNITEN atau Kolej YPC. Dua-dua dapat tawaran yang sama iaitu Foundation in Information Technology. Nampak macam pilihan mudah kan? Okay, bagi Arib tulis opinion dulu.

Ops ops, sebelum tuu, maybe ramai yang tak kenal dengan Kolej YPC ni. Okay, Kolej YPC ni ialah Kolej Yayasan Pendidikan Cheras. Sekarang nama dia dah advance sikit jadi Kolej Teknologi Yayasan Pendidikan Cheras IT-Web. Kalau korang yang duduk kat area Cheras, Kuala Lumpur lebih-lebih lagi yang duduk dekat area Jusco Taman Maluri mesti tahu kewujudan kolej ni. Kolej ni dekat sangat dengan rumah Arib. Jalan kaki pun boleh.


Apa yang membuatkan Arib dilemma sekarang ni ialah jika Arib masuk ke Kolej YPC, kesemua pengajian Foundation Arib ditanggung oleh biasiswa daripada Utusan. Korang tau, kalau Arib masuk UNITEN, Arib kena tanggung bayaran sebanyak RM11,500 untuk Foundation sahaja. So kalau masuk Kolej YPC ni, Arib dah boleh save RM11,500 sebab semua biasiswa yang uruskan. Wuuu, dengan RM11,500, dah boleh beli dua MacBook Pro kowt -.-"


Ouh MacBook Pro idamanku :3 *cair*

Okay, seperti mana yang Arib cakap kat atas, kedudukan Kolej YPC ni dekat sangat dengan rumah Arib. Jalan kaki pun sampai. So ini bermakna Arib tak perlu sewa hostel. Kalau Arib masuk UNITEN, sewa hostel dalam RM280 sebulan. Tempoh pengajian di UNITEN 1 (Foundation) + 3 (Degree) Tahun. So kalau didarabkan untuk bayaran hostel selama 4 tahun, RM280 x 48 bulan = RM13,440! Fuhhhh, ini sangat tidak berbaloi ;O


*ehemm. yang bertanda merah tu rumah saya. depan Jusco tepi LRT, haha.

Berdasarkan result SPM yang Arib dapat haritu, Kolej YPC tawarkan Arib untuk ambik Foundation selama 6 bulan sahaja. Maknanya dalam bulan Oktober Arib dah start belajar untuk degree. So dapatlah jugak save dari segi masa. Kalau Arib masuk UNITEN, Foundation still 1 tahun dan 1 tahun tuu pun sangat lama wooo. Bukannya apa, tapi kalau boleh tak nak habiskan masa terlalu lama untuk foundation. So dalam tahun ni jugak, Insya'Allah Arib akan terus sambung ke degree, hee.

Lastly, benda paling best, kalau Arib masuk Kolej YPC ni, Arib akan dapat Degree dari Liverpool John Moores University UK. Arib pernah tengok ijazah dari universiti ni masa Arib pergi karnival Jom Masuk U haritu. Serius rasa macam WOWWW sebab dia bagi ijazah dari UK. Pastu kad pelajar pun dari Liverpool John Moores University ni jugak. Akak tuu siap tunjuk demo lagi kad pelajar dia. Serius rasa macam err err jealous. So rasa yakin tuu memang ada nak masuk Kolej YPC ni.


Universiti Tenaga Nasional? Ermm, sebab tuu fikir berkali-kali jugak bila dapat tawaran ke universiti ni. Banyak benda nak kena fikir terutama pasal kos itu kos ini yang sememangnya tinggi bila berada di universiti.


Andai kata Arib masuk ke Kolej YPC, ini antara perjalanan further study Arib. Umur 21 dapat ijazah dan paling penting, dapat jimat banyak! Weee~


So mungkin anda semua yang lebih arif boleh share pendapat yang mana better untuk further study. Pening jugak nak buat pilihan walaupun nampak mudah kan? Oh yea, UPU maybe tak dapat nak follow kowt sebab dalam UPU tiada sebarang kursus Foundation untuk IT. Diploma jea yang ada. Serius sedih. Kalau ada kursus Foundation in IT dalam UPU, memang sekarang Arib letakkan keputusan untuk tunggu dulu. Tapi apakan daya, kesemua bidang IT dalam Diploma. Lama tuuu, 3 tahun untuk Diploma sahaja. Belum masuk Degree :/


Sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam.

Nota Arib: Dateline jawapan untuk Universiti Tenaga Nasional 27 April dan daftar lapor diri ke Kolej YPC pada 16 April ni. Masa semakin suntuk. Tidakkkkk.

Biasiswa Mahathir bantu pelajar miskin

Posted: 21 Apr 2013 11:40 AM PDT
Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
pendidikan@utusan.com.my
Syed Ali Al-Habshee (tiga dari kanan) meninjau proses pembelajaran di makmal komputer Kolej Teknologi YPC IT-WEB di Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kolej Teknologi YPC IT-WEB memperkenal Biasiswa Tun Mahathir-Yayasan Pendidikan Cheras (YPC)) dengan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah mengikuti Kursus Foundation selama setahun di kolej itu.

Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee berkata, golongan pelajar yang berpendapatan rendah diberi keutamaan untuk menerima biasiswa tersebut dan mesti mempunyai lima kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

"Kita memilih nama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed pada nama biasiswa YPC ini kerana menghargai sumbangan beliau dalam pembangunan pendidikan dan pencapaian cemerlangnya sepanjang memimpin negara suatu ketika dulu,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kolej itu di Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain biasiswa ini, menepati moto sebagai peneraju pendidikan yang berkualiti dengan yuran pengajian yang mampu dibayar, Kolej Teknologi YPC IT-WEB turut menawarkan Biasiswa Utusan Malaysia-YPC.
Setakat ini, bilangan pelajar di kolej berkenaan mencapai jumlah sebanyaki 1,600 orang.

Kolej ini menawarkan empat kursus di peringkat diploma iaitu Diploma In Business and Information Technology (IT), Diploma In Accounting, Diploma In Business Management dan Diploma In Creative Multimedia.

Kemudahan canggih yang disediakan di kampus Kolej YPC antaranya termasuklah dewan kuliah berhawa dingin dilengkapi skrin projektor, perpustakaan yang boleh memuatkan 500 pelajar, makmal komputer, makmal animasi digital, dewan seminar dan kemudahan jalur lebar.

Syed Ali menjelaskan, YPC membiayai 100 peratus biasiswa penuh serta menyediakan dua Kursus Foundation di bawah biasiswa ini iaitu Foundation In Business dan Foundation In IT.

''Jika pelajar melanjutkan pengajian mereka di kolej swasta lain, kos yuran Kursus Foundation adalah antara RM8,000 hingga RM30,000 tetapi di Kolej Teknologi YPC IT-WEB, pemberian biasiswa ini menjadikan yuran adalah percuma.

"Jadi, biasiswa yang diberi amat menjimatkan ibu bapa dan perbelanjaan sekiranya anak mereka melanjutkan pengajian di kolej ini.

"Biasiswa ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial YPC kepada masyarakat,'' jelas beliau.
Selepas pelajar lulus Kursus Foundation, kata Syed Ali, mereka boleh menyambung pengajian di peringkat ijazah di kolej YPC melalui kursus berkembar Liverpool John Moores University (LJMU) United Kingdom.
"Empat pengajian ditawarkan iaitu e-business Technology, IT Multimedia, Pengurusan Perniagaan dan Akaun serta kewangan," ujarnya.

LJMU merupakan universiti yang berada pada ranking 'Top 100' bagi kategori universiti 50 tahun ke bawah mengikut The Times Higher Education World University Ranking.

Hal ini, tegasnya, bersesuaian dengan kedudukan Kolej YPC yang menawarkan yuran berpatutan, universiti yang diiktiraf di samping menawarkan kursus yang mempunyai nilai serta menepati keperluan pasaran pekerjaan semasa.

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 17 Bab Bersembahyang Dengan Melapik

بَاب الصَّلَاةِ عَلَى الْخُمْرَةِ
Bab 21 Bersembahyang Dengan Melapik Sejadah Kecil
Imam Bukhari masih lagi membincangkan tentang penggunaan lapik dalam solat. Walaupun sebelum ini telah disentuh dalam bab yang lain tapi Imam Bukhari meletakkan dalam satu tajuk yang khas. Supaya manusia tidak terkeliru. Takut ada yang baca hadis tentang Nabi mengatakan bahawa bumi dijadikan tempat sujud. Takut ada yang ingat kena betul-betul sujud atas tanah. Tidak begitu.

Perbuatan Nabi menggunakan pelapik itu menunjukkan harus. Bukanlah Sunnah. Sebab bukanlah sentiasa Nabi pakai pelapik. Ada ketikanya Nabi sujud terus atas tanah. Cuma bagus kalau dengan pelapik itu akan menyebabkan kita lagi khusyuk kerana sebab-sebab tertentu, seperti tempat sujud panas. Atau tempat sujud kotor dan sebagainya.
368 – حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ الشَّيْبَانِيُّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ شَدَّادٍ عَنْ مَيْمُونَةَ قَالَتْ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي عَلَى الْخُمْرَةِ
368. Telah menceritakan kepada kami Abu Al Walid berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah berkata, telah menceritakan kepada kami Sulaiman Asy Syaibani dari ‘Abdullah bin Syaddad dari Maimunah ia berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam selalu solat dengan melapik khumrah (sejadah kecil).”
Dari segi bahasa, hadis menunjukkan Nabi selalu pakai khumrah. Bukan setiap kali dan bukan hanya sekali sekala sahaja. Kalau faham bahasa Arab, kita boleh faham banyak benda dari ayat yang ringkas sahaja. Sebab itu ada yang kata Sunnah dan ada kata tidak.
————————————————————————————————–
بَاب الصَّلَاةِ عَلَى الْفِرَاشِ
Bab 22 Bersembahyang Di Atas Tilam
وَصَلَّى أَنَسٌ عَلَى فِرَاشِهِ وَقَالَ أَنَسٌ كُنَّا نُصَلِّي مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَسْجُدُ أَحَدُنَا عَلَى ثَوْبِهِ
Anas bin Malik bersembahyang di atas tilamnya. Anas berkata: Kami selalu bersembahyang bersama Rasulullah SAW dalam keadaan ada diantara kami orang yang bersujud di atas kain yang dipakainya – (dipakainya sendiri)
Hadis ini menunjukkan solat atas tilam bukan khusus untuk Nabi sebab Anas pun buat. Takut ada yang kata bahawa solat atas tilam itu hanya khusus kepada Nabi sahaja. Tapi kali ini kita boleh lihat, Anas pun solat atas tilam juga. Ini terjadi lepas wafat Nabi. Jadi kebolehan solat di atas tilam tak mansukh.
Nabi sering solat atas tilam. Dan tilam itu bukan yang khusus untuk solat. Memang tilam yang dipakai untuk tidur. Tidak kotor kah kalau begitu? Hukumnya adalah, kalau tak nampak kekotoran, boleh pakai. Mudah kalau begitu. Boleh pakai walaupun tilam yang sama digunakan untuk bersetubuh dengan isteri. Sebab nanti kita akan lihat ada hadis yang menunjukkan tilam yang digunakan oleh Nabi itu adalah tilam yang sama digunakan oleh baginda dan isterinya.

Bahagian kedua tajuk diatas menunjukkan boleh menggunakan sebahagian kain yang dipakai. Contohnya, sebahagian dari lengan baju, sebahagian dari serban, sebahagian dari kain kelubung wanita dan sebagainya. Ini hendak menolak pendapat syafiiyah yang kata tak boleh sujud atas kain baju yang bergerak sekali dengan kita. Kalau pakai kain lengan, tentulah bergerak sekali sebab kain itu bergerak bersama dengan kita. Imam Bukhari nak mengatakan bahawa boleh kalau berlapik dengan kain yang macam itu pun. Dan inilah juga pendapat jumhur ulama. Kalau mazhab Syafie kata tak jelas bahawa itu adalah kain yang dipakai dibadan, mungkin kain lain yang dipakai mereka, jawapannya adalah zaman itu memang sahabat tak banyak kain.

Ini bukan guna kain yang lain tapi yang dipakai oleh kita. Yang ada ditubuh. Kalau ada hadis yang mengatakan tidak boleh, itu adalah bercanggah dengan hadis yang sahih. Kerana memang hadis yang mengatakan Nabi tidak menggunakan ‘kain dalam’ sebagai lapik sujud. ‘Pakaian dalam’ disini bukan kain dalam yang macam kita faham tapi adalah bermaksud yang kena tubuh. Hadis itu tidak kuat.
369 – حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ أَبِي النَّضْرِ مَوْلَى عُمَرَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهَا قَالَتْ كُنْتُ أَنَامُ بَيْنَ يَدَيْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرِجْلَايَ فِي قِبْلَتِهِ فَإِذَا سَجَدَ غَمَزَنِي فَقَبَضْتُ رِجْلَيَّ فَإِذَا قَامَ بَسَطْتُهُمَا قَالَتْ وَالْبُيُوتُ يَوْمَئِذٍ لَيْسَ فِيهَا مَصَابِيحُ
369. Telah menceritakan kepada kami Isma’il berkata, telah menceritakan kepadaku Malik dari Abu An Nadlr mantan budak ‘Umar bin ‘Ubaidullah, dari Abu Salamah bin ‘Abdurrahman dari ‘Aisyah isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, ia berkata, “Aku tidur di depan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam keadaan kakiku berada di sebelah Qiblatnya (melintang di tempat sujud). Baginda akan mengisyaratkan kepadaku dengan menyentuh kakiku apabila hendak sujud, maka aku melipat kedua belah kakiku. Dan apabila baginda bangun, aku kembali meluruskan kakiku.” ‘Aisyah berkata, “Pada masa itu di rumah-rumah tidak ada lampu.”
Hadis ini menunjukkan bahawa Nabi sedang solat atas tilam walau tidak nyata. Sebab kalau dilihat bahawa Aisyah tidur depan Nabi. Tentulah Aisyah tidur atas tilam. Itu adalah lihat dari keadaan.

Ada juga hadis yang mengatakan ada tiga perkara yang boleh memotong solat: perempuan, himar dan anjing. Tapi hadis ini menunjukkan kalau lintas jalan tak boleh tapi kalau tidur tetap macam Aisyah ini, boleh.
Hadis ini juga menunjukan bahawa kalau sentuh perempuan tidak batal wudu. Selalunya kalau seseorang itu tidur, ada kemunginan kakinya terdedah. Keadaan waktu itu gelap pula sebab Aisyah sendiri kata masa itu rumah tidak ada lampu. Nabi pun tak pesan awal-awal kepada Aisyah untuk menutup bahagian tubuhnya. Tiada dalil pun yang kata Aisyah itu berlapik. Kerana kepada mereka yang kata kaki Aisyah waktu itu berlapik, tidak ada dalil. Kalau menyentuh perempuan akan membatalkan wudu, tentu Nabi akan berhati-hati. Tapi tidak nampak dalam hadis ini. Nabi terus sahaja sentuh kaki Aisyah. Takkan Nabi nak ambil kebarangkalian solatnya akan terbatal pula. Sudahlah dah lama solat, tapi waktu sujud, terbatal pula.
Lelaki boleh solat dengan perempuan dihadapan. Tidak memotong atau membatalkan solat itu. Asalkan tidak terganggu. Janganlah buat macam itu kalau sambil solat itu, teringat pula apa yang dia nak buat kepada isterinya.

Sedikit pergerakan tidak membatalkan. Dalam hadis ini, Nabi menjamah kaki Aisyah. Itu bukanlah sebahagian dari perbuatan solat.

Boleh mengadap orang tidur. Walaupun terbuka kepada berbagai kemungkinan. Ada kemungkinan kaki dia akan sepak kita, dia tersentuh kita dan sebagainya.

Selalu kita dengar Nabi solat tapi isterinya tidur. Ini kerana kepada Nabi, solat sunat malam adalah wajib bagi baginda, tapi tidak kepada orang lain. Nabi tidak menyusahkan isteri-isteri baginda. Tapi selalunya, selepas waktu tertentu, Nabi akan menggerak juga isterinya untuk solat juga. Jadi, kalau kita kuat untuk solat malam, tidak semestinya isteri kita juga kena solat bersama kita. Mungkin mereka penat menjaga anak dan memasak. Kena faham situasi mereka.
370 – حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ حَدَّثَنِي عُقَيْلٌ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ أَخْبَرَنِي عُرْوَةُ أَنَّ عَائِشَةَ أَخْبَرَتْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي وَهِيَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْقِبْلَةِ عَلَى فِرَاشِ أَهْلِهِ اعْتِرَاضَ الْجَنَازَةِ
370. Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Bukair berkata, telah menceritakan kepada kami Al Laits telah menceritakan kepadaku ‘Uqail dari Ibnu Syihab berkata, telah mengabarkan kepadaku ‘Urwah bahwa ‘Aisyah mengabarkan kepadanya, sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam salat diatas tilam isterinya dalam keadaan dia terlintang diantara baginda dan kiblat (tempat sujudnya) seperti terlintangnya jenazah (apabila disembahyangkan).”
Hadis ini jelas bahawa bukanlah tilam itu tilam khas untuk solat tapi tilam yang digunakan untuk tidur.
Kepala Aisyah di sebelah kanan Nabi. Macam itulah juga cara solat perempuan. Menunjukkan boleh belaka nak letak jenazah. Lelaki perempuan. Kerana di tempat kita, ada yang meletakkan kepada jenazah di bahagian kiri makmum solat jenazah. Padahal tidak begitu. Dan imam solat jenazah juga berada di bahagian mana-mana jenazah itu samada jenazah lelaki atau perempuan.
Kaki Aisyah waktu itu ada di tempat sujud.
371 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ يَزِيدَ عَنْ عِرَاكٍ عَنْ عُرْوَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي وَعَائِشَةُ مُعْتَرِضَةٌ بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْقِبْلَةِ عَلَى الْفِرَاشِ الَّذِي يَنَامَانِ عَلَيْهِ
371. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah menceritakan kepada kami Al Laits dari Yazid dari ‘Irak dari ‘Urwah, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam shalat dalam keadaan ‘Aisyah terlintang diantara baginda dengan kiblatnya, di atas tilam yang berdua mereka tidur.
Tilam yang sama pakai tidur dan bersetubuh tentunya. Menunjukkan boleh pakai tilam itu walaupun ada kemungkinan najis. Asalkan tidak nampak najis. Atau kalau ada bekas mani atau mazi pada bahagian lain tilam itu, kalau tidak kena pada bahagian tubuh kita waktu solat, tidak membatalkan wudu.