Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Rabu, 11 September 2013

Rawatan kanser payudara secara bukan pembedahan mengikut perspektif Pakar Onkologi Klinikal

Oleh: Dr Mohd Ibrahim Abdul Wahid, Pakar Onkologi Klinikal dan Radioterapi

Kanser payudara adalah antara masalah kesihatan yang paling biasa di kalangan wanita di Malaysia. Sebanyak 4500 kes baru di kenal pasti setiap tahun dan kemungkinan kanser payudara berlaku adalah 1 daripada 19 wanita sepanjang hayat mereka. Di Malaysia kekerapannya separuh daripada bilangan kes yang terdapat di  United Kingdom atau Amerika Syarikat yang menghadapi kes kanser payudara yang semakin meningkat. Kanser payudara adalah antara punca maut (daripada kanser) yang utama di kalangan wanita. Walau bagaimanapun di Amerika Syarikat terdapat kekurangan dalam kadar maut baru-baru ini. Ini adalah kerana pengesanan awal serta kemajuan dalam rawatan terutama sekali dalam penggunaan kemoterapi bagi kanser tahap awal. Oleh itu memang penting untuk memulakan program bagi pengesanan awal serta memahami opsyen mengenai rawatan yang wujud demi melihat kekurangan kes maut akibat kanser payudara di Malaysia juga.  
Secara umum, rawatan bagi kanser payudara termasuk: 
  1. Pembedahan  
  2. Radioterapi atau terapi radiasi
  3. Kemoterapi
  4. Terapi Hormon
  5. Lain-lain contohnya: Herceptin  
Pesakit mesti sedar bahawa mereka tidak akan dirawat oleh satu orang sahaja. Penyakit ini memerlukan beberapa jenis kepakaran termasuk patologi, radiologi, pakar pembedahan dan onkologi. Pembedahan masih merupakan rawatan utama, pakar onkologi akan mengendalikan terapi seterusnya. Pesakit mula-mula menjalani  X-ray atau skan dan tisu kanser mereka akan dikaji untuk ditentukan sebarang faktor risiko tinggi sebelum jenis rawatan yang terbaik dicadangkan. Pesakit kemudian akan diberitahu tahap kanser mereka sebagai awal (tahap 1 atau 2)atau maju/lewat (tahap 3 dan 4) kanser.
Kanser tahap awal bermakna kanser ini masih kecil dan terhad ke kawasan kecil. Kanser jenis ini senang dirawat tanpa pembedahan yang radikal. Tujuan rawatan jenis ini adalah untuk: 
  1. Membaiki kawalan setempat selepas pembedahan
  2. Meningkat kadar hidup
  3. Kurangkan kadar pulang semula kanser
  4. Menghalang kanser di payudara yang sebelah 
Kanser tahap maju terutama tahap 4 biasanya tidak dapat dirawat dan tujuan rawatan bukan untuk memulihkan tetapi untuk menjaga mereka dan mengawal penyakit. Ini bermaksud mengawal penyakit selama boleh dan mengurangkan kesakitan dan masalah kesihatan lain yang berkait. Secara umum rawatannya untuk meningkatkan mutu hidup bagi masa yang tertinggal.   
Memilih jenis rawatan selepas pembedahan bergantung kepada beberapa faktor. Ini termasuk tahap kanser, umur pesakit, sama ada pesakit tersebut telah putus haid, status reseptor hormon, serta laporan keadaan tisu. Terapi kombinasi sangat penting bagi mencapai kadar pulih yang tinggi dalam kanser payudara. Jadi memberi kemoterapi, radioterapi dan/atau terapi hormon bagi penyakit tahap awal tetapi risiko tinggi boleh meningkatkan kemungkinannya pulih.   
Di Malaysia lebih kurang 50% hingga 60% daripada jumlah pesakit yang hadiri di pusat perubatan adalah pada tahap I & II penyakit tersebut dan masih boleh di rawat. Walau bagaimanapun, lebih kurang 15-20% daripada pesakit mungkin tidak dapat dirawat jika mereka pada tahap 4 atau datang untuk rawatan lewat. Sebagai bandingan, lebih 80% daripada pesakit di United Kingdom dan Amerika Syarikat, jatuh dalam kategori dapat dirawat.  
Sebab para pesakit datang lewat adalah kerana beberapa faktor. Ini termasuk kekurangan kesedaran mengenai penyakit ini, lewat menjalankan diagnosis, pesakit mencari terapi alternatif atau takut akan hospital atau rawatan.  
Perkara terakhir yang membimbangkan adalah persepsi masyarakat umum mengenai rawatan kanser terutama mengenai kemoterapi dan radioterapi. Mereka menggunakan istilah seperti ‘radioterapi membakar/melecur kulit’ dan kemoterapi pula ‘membunuh sel buruk dan sel baik’ (dan akhirnya membawa maut) menjadikan si pesakit terlalu waswas mengenai menerima rawatan yang baik. Publisiti yang negatif seperti ini serta kurang kesedaran dan pemahaman mengenai kanser menggalakkan si pesakit mencuba rawatan alternatif sebagai rawatan pertama. Mereka mempercayai bahawa perubatan alternatif atau herba menyebabkan kurang kesan sampingan negatif serta menawarkan kadar pulih yang baik. 
Adalah mengejutkan bahawa sesetengah orang yang menjalankan rawatan alternatif adalah dari golongan berada dan mempunyai kebolehan mendapat maklumat terkini melalui internet serta sumber bacaan kanser yang senang diperoleh. Kumpulan ini biasanya membuat keputusan mengenai rawatan mereka berdasarkan sumber bacaan mereka serta pemahaman maklumat tersebut (atau boleh dikatakan salah faham) dan kemudian mencari rawatan alternatif yang menjanjikan rawatan tanpa kesan sampingan. Memang sedih untuk melihat kes wanita yang datang ke hospital selepas mencuba rawatan alternatif yang gagal pada tahap maju. Sebenarnya, jika mereka datang ke hospital untuk rawatan pada permulaannya dan tidak mencari rawatan alternatif, kemungkinan  besar mereka dapat dirawat. Wanita ini mengalami penderitaan yang boleh dielak dengan kanser yang membesar dan bernanah dan kemudian diberitahu oleh pengamal rawatan alternatif ini bahawa itu adalah satu perkara biasa dan adalah sebahagian daripada “proses pulih”.    
Oleh itu adalah penting untuk memastikan kempen kesedaran kanser berfokus bagi penyaringan dan pengesanan awal tetapi juga berfokus tentang keperluan terapi yang sesuai. Pengesanan awal serta rawatan yang patut menyelamatkan nyawa dan menjimatkan wang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan