Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supritendan Zulkefly Yahya berkata, mereka ditahan pada pukul 12.50 pagi oleh sepasukan anggota polis yang bertindak atas maklumat berkaitan perjudian berkenaan.
"Polis yang tiba di tempat itu mendapati sekumpulan lelaki berkenaan sedang berdiri mengelilingi meja dengan bermain judi mempertaruhkan wang.
"Mereka kemudian lari bertempiaran apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa sebelum akhirnya berjaya ditahan," katanya kepada pemberita, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya di sini, hari ini.
Zulkefly berkata, polis turut merampas wang tunai RM17,358 dan 944 Dolar Singapura, dua dadu, beberapa peralatan judi, sebuah meja, lima kerusi dan sehelai kertas mahjong daripada mereka.
Beliau berkata, siasatan mendapati mereka dipercayai berjudi di situ sejak Jumaat lalu dalam perjudian jenis tong kow, chee kee pee, poh poh dan pai kaw.
Katanya mereka yang berumur 36 hingga 63 tahun itu kini disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - BERNAMA

ZULKEFLY Yahya (tengah) mengumumkan mengenai penahanan 12 lelaki anggota sindiket judi dan rampasan wang tunai serta peralatan judi dalam sebuan di sebuah tokong di Kelapa Sawit, Isnin lalu, pada sidang akhbar di IPD Kulaijaya hari ini. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan