Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Rabu, 11 September 2013

CapSquare Tinggal kenangan

Sungguh mengejutkan aku. Bila aku nak lihat filem hindi terkini aku teruja nak ke Capquare. Tetapi dalam Cinema Online ianya telah ujud lagi. Kini nak nonton filem hindustan terpaksa ke MidValley atai Odeon. Lokasi paling aku menyampah.

 Kenapa ianya tutup; masalah sambutankah masalah sewakah? Hanya orang dalam industri ini yang tahu. Terbaru ianya telah pun diuar-uarkan sebagai PIKOM ICT Mall. Seharusnya tambah ramai pengunjung. Aku memang suka persekitaran sini sebab santai tak ramai orang & tak jem. Sekarang jika aku MidValley rasanya belum tentu sempat atau lancar perjalanannya. Apatah Odean nun di tengah bandar. Giler sesaknya.

Seremban pula bukan dekat tak berbaloi kalau balik larut malam; emm seram jika lalu LEKAS itu. Harapanku agar Alamanda atau ada pawagam terdekat sekitar Kajang akan tayangkan filem hindi ini. Masih ada pengikutnya. Buat kata Eris semalam, di Australia sana; Mat Salleh pun ada yang suka tenguk filem hindustan ini. 
 

 

Ini artikel sekitar 3 tahun lalu

Singgah Ke CapSquare untuk Hindi dan Tamil

Hari itu, aku ajak kawan-kawan di Facebook untuk ikut aku tonton filem Hindustan atau Tamil di TGV CapSquare. Takde sape nak layan. Aku rasa kawan-kawan aku hanya layan filem Melayu (ini bagus) atau filem Hollywood (ini tak berapa bagus) sahaja.

Aku nak tonton filem "politik" hindustan itu (dibantai oleh pengkritik barat sebagai filem saduran The Godfather, tetapi disukai penonton India, Raajki ke apa ntah) tapi tak ada siapa nak layan.

Jadi aku pergi tonton seorang, semalam.

Aku tonton filem Raavan(2010), filem gandingan suami isteri Bachan (yang jantan aku dah lupa namanya, yang wanita, ehem, Aishawara Rai pascakahwin, agak, berisi juga dia, tapi makin lama makin kurus pada akhir filem, agak pelakon kaedah [method actor] juga dia ni). Arahan Mani Ratnam (nama besar tu!) dan lagu A. Rahman.

Filemnya suam-suam kuku, tak ada apa yang baharu (kecuali sinematografi serta penggayaan yang ampuh, ini filem style over substance), malah memusing legenda Rama-Sita-Ravana sekali lagi (ini kelaziman filem Hindustan, mainan Ramayana ataupun Mahabrata). Mengejutkan kerana selalunya filem-filem Mani Ratnam mempunyai "jiwa" yang kritis dan terdasar dalam persoalan yang enak. Memang filemnya masih mempunyai provokatif politik (ideal sang penjahat sebagai penyelamat kampung dan insani sebenar) serta mempersoalkan polisi penguatkuasa (di sini, polis India), tetapi sulaman romantis pasangan suami isteri ini terlalu mengambil masa filem ini, malah imbauan lepas yang kita mahu (kenapa Raavan bertindak menculik Aishawara) hanya berlaku selepas intermisi filem, sewaktu kita sudah agak "leka" dengan mesin bintang pasangan Bachan itu (baca: bosan).

Apa-apa pun, lagu A. Rahman tetap ada kelas, malah lakonan Aishawara dan suaminya memang terbaik (mereka kan BINTANG).

Yang aku nak nyatakan di sini ialah. CapSquare tempat terbaik untuk anda pergi tonton filem Tamil dan Hindustan yang terkini, walaupun sekarang, terdapat beberapa panggung lama dan baharu, seperti di Mid Valley, KLCC, Federal Chow Kit, Odeon, Colliseum Jalan TAR, sebuah pawagam di Sentul (dekat rumah Azwan) yang aku dah lama tak jejak (sebab asyik kena tipu, tak ada sari kata) kira CapSquare paling terbaharu, dan senang nak pergi sebab tak ramai orang. Itu yang lebih terbaik (kalau korang nak tonton filem blokbuster yang ramai tonton sampai penuh, datanglah ke pawagam ni).

Aku masih beromantis untuk filem Melayu/Malaysia mempunyai pawagamnya yang tersendiri dan dapat menayangkan filem-filem lama Melayu (walaupun hal ini sedang berlaku di Colliseum KL, dalam format yang amat buruk: VHS/DVD/VCD

TGV CapSquare closes today
Follow CinemaOnline on Twitter

By Naseem Randhawa

Rajnikanth lookalike at TGV CapSquare's "Endhiran" premiere in Oct 2010.
1 Jul – Favourite Bollywood film hotspot TGV CapSquare at PIKOM ICT Mall CapSquare along Jalan Munshi Abdullah in Kuala Lumpur closes today, 1 July 2013, after operating for close to six years.


Previously known as Capital Square Mall, the building which once housed the TGV cineplex is now known as PIKOM ICT Mall CapSquare.
Plans to close down the 6-screen cineplex owned by TGV Cinemas was first made public in early 2011, but the project was delayed up to now due to unforeseen circumstances that according to sources, involved mainly leasing and renovation negotiations for the mall which first went by the name of Capital Square Mall when it opened in 2007.

The closure is planned to make way for a full IT mall owned by PIKOM (Association of the Computer and Multimedia Industry, Malaysia). As of now, the older tenants have moved out or are in the midst of running clearance sales, while IT retailers are fast in moving in.

According to a TGV spokesperson, ""It is most unfortunate that we are bidding farewell to this location, however considering the new management's plans for this place, it was a mutual decision for all the tenants and the management to terminate our tenancy agreements".
Letting patrons know about the new cinema TGV maintains its distinctive star-motif carpeting
One of the larger halls
at TGV CapSquare
The public cashing in on Tuesday
afternoon free test runs
Couple seats – a must for cinemas
these days
The concessions counter seemed
to offer a wide variety of snacks
Apart from TGV CapSquare, its neighbouring cinemas, Odeon KL and the newly renovated Lotus Five Star (LFS) Coliseum KL both located along Jalan Tuanku Abdul Rahman also screens Bollywood films.

TGV CapSquare now joins the fate of the other Bollywood cinema hotspots of yesteryears; the Wilayah Complex cinema which closed 15 years ago, the cinema at Central Market which closed 10 years back as well as Petaling Street's famous REX cinema.

A representative from Odeon Cinemas told Cinema Online that to meet the demand of the Bollywood moviegoers, their Odeon KL cinema will now be focusing more on Hindi titles, whereas before it only played selected big Bollywood films as well as Tamil films.

TGV CapSquare opened on 20 December 2007, it was the 11th location for the cinema chain. TGV plans to open several locations by this year's end and in 2014, they are; Cheras Sentral Shopping Mall in KL, Gurney Paragon in Penang and another in Miri, Sarawak.

TGV will also be opening an 8-screen cinema at the re-constructed, formerly known- Jaya Shopping Centre building at Section 14, Petaling Jaya which aims to be completed by next year.

1 Jul - Bollywood filem kegemaran hotspot TGV CapSquare di PIKOM ICT Mall CapSquare di Jalan Munshi Abdullah di Kuala Lumpur ditutup hari ini, 1 Julai 2013, selepas beroperasi selama hampir enam tahun.

Sebelum ini dikenali sebagai Capital Square Mall, bangunan yang pernah menempatkan pawagam TGV yang kini dikenali sebagai PIKOM ICT Mall CapSquare.

 
Rancangan untuk menutup pawagam 6 skrin dimiliki oleh TGV Cinemas pertama kali diumumkan pada awal tahun 2011, tetapi projek itu ditangguhkan sehingga sekarang kerana keadaan yang tidak diduga yang menurut sumber-sumber yang terlibat terutamanya pajakan dan pengubahsuaian rundingan bagi pusat membeli-belah yang pertama dengan nama Capital Square Mall apabila ia dibuka pada tahun 2007.

Penutupan ini dirancang untuk memberi laluan kepada pusat IT sepenuhnya dimiliki oleh PIKOM (Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia).

Sehingga kini, penyewa lebih tua telah berpindah keluar atau berada di tengah-tengah menjalankan jualan pelepasan, manakala peruncit IT cepat dalam bergerak masuk

Menurut jurucakap TGV, "" Ia adalah yang paling malang yang kita mengucapkan selamat tinggal ke lokasi ini, bagaimanapun memandangkan rancangan pengurusan baru untuk tempat ini, ia merupakan keputusan bersama untuk semua penyewa dan pihak pengurusan untuk menamatkan perjanjian penyewaan kami ".


Selain daripada TGV CapSquare, pawagam jirannya, Odeon KL dan baru diubahsuai Lotus Five Star (PTB) Coliseum KL kedua-duanya terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman juga menayangkan filem-filem Bollywood.

TGV CapSquare kini menyertai nasib yang lain Bollywood pawagam hotspot yesteryears; pawagam Wilayah Complex yang ditutup 15 tahun lalu, pawagam di Pasar Seni yang ditutup 10 tahun yang lalu serta Petaling
Street terkenal  pawagam REX.

Seorang wakil dari Odeon Cinemas memberitahu Cinema Online yang untuk memenuhi permintaan daripada moviegoers Bollywood, Odeon mereka KL pawagam kini akan memberi tumpuan lebih kepada tajuk Hindi, sedangkan sebelum ini ia hanya dimainkan filem dipilih besar Bollywood serta filem-filem Tamil.

TGV CapSquare dibuka pada 20 Disember 2007, ia adalah lokasi ke-11 untuk rantaian pawagam. TGV rancangan untuk membuka beberapa lokasi menjelang akhir tahun ini dan pada tahun 2014, mereka adalah; Cheras Sentral Shopping Mall di KL, Gurney Paragon di Pulau Pinang dan satu lagi di Miri, Sarawak.

TGV juga akan membuka pawagam skrin 8-di-dibina semula, sebelum ini dikenali bangunan-Jaya Shopping Centre di Seksyen 14, Petaling Jaya yang bakal siap pada tahun depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan