Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Jumaat, 28 Jun 2013

Tiket final habis dijual dalam 50 minit

Oleh Wan Fakhrul Bakar dan Rizar Mohd Noor 
Johor Bahru: Tiket final Piala FA yang dijual di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, semalam habis dalam tempoh hanya 50 minit selepas kaunter dibuka mulai jam 8.20 pagi - sekali gus mengecewakan kira-kira 2,000 daripada 3,000 penyokong Johor Darul Takzim (DT) yang beratur panjang sehingga ke jalan raya utama.

Difahamkan hanya antara 1,500 hingga 2,000 tiket dijual semalam kerana sebilangan besar daripada 30,000 tiket yang diperuntukkan kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sudah ditempah secara berkumpulan terutama membabitkan kelab penyokong.

Selepas pihak polis mengumumkan tiket habis pada jam 9.10 pagi, penyokong enggan beredar sebelum suasana menjadi kecoh 20 minit kemudian tetapi masih mampu dikawal 30 anggota polis dan 20 RELA diketuai Ketua Balai Polis Larkin, Yusoff Abu.


Tutup selepas 20 minit

Kesabaran segelintir penyokong yang terus beratur akhirnya berbaloi apabila kaunter tiket dibuka semula jam 9.55 pagi tetapi ditutup 10 minit kemudian selepas tiket yang dijual habis sekali lagi.

Buat kali ketiga, kaunter dibuka semula pada jam 10.35 pagi dan hanya selepas 20 minit penjualan, ia ditutup kerana sekali lagi kehabisan tiket.

Ternyata tiket final Piala FA ketika ini cukup berharga sehingga memerlukan pengorbanan dan kesabaran penyokong seperti apa dilakukan sekumpulan 15 pemuda dari Benut diketuai Bahari Ngadiman, 28, yang beratur seawal jam 12 tengah malam.
Kami tiba di sini jam 12 tengah malam dan tidur bergilir-gilir hanya beralaskan surat khabar. Sekitar jam 4 pagi, sudah ramai yang mula beratur dan keadaan menjadi lebih ramai menjelang jam 7 pagi. katanya.

Jualan tiket final Piala FA di Bukit Jalil lancar

SEBAHAGIAN penyokong bertindak memanjat bumbung kaunter jualan tiket setelah berjaya mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan di Stadium Nasional Bukit Jalil, di Kuala Lumpur hari ini. - BERNAMA
ORANG ramai sanggup bermalam di pintu kaunter seawal 1 pagi untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir yang hanya berbaki 20,000 tiket sahaja ketika tinjauan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini awal pagi ini. Tinjauan mendapati rata-rata penyokong sanggup datang dari Johor dan Kelantan setelah gagal mendapatkan tiket final itu di negeri masing-masing. Kaunter mula dibuka 9 pagi dan hanya empat tiket dijual kepada setiap seorang pembeli. - BERNAMA
 
KUALA LUMPUR 28 Jun - Proses penjualan tiket bagi perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara Johor Darul Takzim dan Kelantan esok di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini berjalan lancar.

Tinjauan Bernama sejak 9 pagi sehingga 12.30 tengah hari mendapati keadaan tempat penjualan tiket dengan kehadiran kira-kira 15,000 peminat bola sepak yang beratur sejak awal pagi kelihatan terkawal dengan pemantauan polis.

Kaunter yang dibuka pada pukul 9 pagi menjual tiket sebanyak 20,000 menggunakan konsep "siapa cepat, dia dapat".

Ketua Polis Balai Bukit Jalil, Inspektor Mohd Hafiza Mohd Razali berkata polis menjalankan pemantauan sejak 7 pagi dan tidak menerima laporan mengenai sebarang insiden kekecohan.
"Setakat ini proses penjualan tiket berjalan lancar dan saya harap keadaan terkawal sehingga selesai perlawanan esok.

"Saya minta orang ramai bersabar dan elakkan ejek mengejek yang boleh menyebabkan pergaduhan," katanya. - BERNAMA

© Utusan Melayu (M) Bhd 
 
 Larkin kecoh
SEORANG wanita pengsan akibat berasak-asak untuk membeli tiket perlawanan akhir Piala FA di Stadium Larkin, Johor Bahru semalam. 
 
JOHOR BAHRU - Penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin semalam kecoh apabila penyokong Johor Darul Takzim (JDT) berasak-asak sehingga menyebabkan seorang wanita cedera akibat dirempuh.

Kira-kira 3,000 penyokong mula membanjiri pekarangan stadium tersebut, termasuk ada yang sanggup tidur di hadapan kaunter jualan seawal pukul 12 tengah malam bagi mendapatkan tiket berkenaan.
Bagaimanapun, terdapat juga penyokong yang pulang dengan tangan kosong apabila tiket habis dijual apabila kaunter mula dibuka pukul 8.20 pagi.

Atas beberapa sebab, kaunter jualan terpaksa ditutup beberapa kali ekoran kesesakan di hadapan empat kaunter yang dibuka selain jumlah tiket yang dikatakan tidak mencukupi.

Seorang penyokong, Nazarudin Samsudin, 44, berkata, dia yang berasal dari Pontian tiba di stadium pukul 12.30 tengah malam semata-mata untuk memastikan dapat membeli tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir antara JDT dan Kelantan, esok.

"Saya sangka sayalah orang terawal yang tiba, tetapi sebaliknya apabila kira-kira 100 orang sudah berada di hadapan kaunter dan ada juga yang tidur di sini.

"Nasib baik saya dapat membeli tiket kerana ramai juga yang datang pada waktu pagi tidak dapat beli tiket kerana ia sudah habis," katanya.

Nasib berbeza dialami Mohd. Razli Mohamed, 19, dari Pasir Gudang yang terpaksa pulang dengan kosong apabila tiket yang dijual dua keping setiap seorang,kehabisan.

"Saya masih fikir cara untuk mendapatkan tiket dan mungkin akan pergi ke Stadium Nasional Bukit Jalil esok (hari ini) untuk beli tiket di sana pula," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd
 

Khamis, 27 Jun 2013

Catatan buat Dr Burhanuddin

  • Idan Radzi Ramai sangat nak tahu perkembangan kehidupan Allahyarham; sy banyak baca kisahnya pelbagai; sampai mereka ni bermesy di kandang babi; amat getir mahu menuntut kemerdekaan; yang nyata orang kata lembu punya susu sapi dapat nama... banyak kisah misteri kita tahu; kena banyak buat penyelidikan; sy sedih baca bagaimana Allahyarham ada yg masuk jadi komunis lama di hutan... Allahyarham banyak berjuang di luar perak; sampai ke Singapura sy mendapat maklumat beliau ni kawan baik dengan R Azmi penyanyi 50an tu... jika ikut perjuangan Allahyarham & sahabat-sahabatnya memang kita lambat merdeka; tapi merdeka kita secala total tidak terikat dengan perundangan British.
  • Mior Hashim Manap II Saya percaya kalau dirangka betul-betul..CERITANYA AKAN JADI MENARIK! Inn sya Allah....!
  • Idan Radzi Shamsiah Fakih ada menyebut akan nama Allahyarham; kita tahu Shamsiah Fakih berjuang dengan cara mereka PKM ini jua menjadi buruan kerajaan dalam majalah Mastika ada banyak siri perjuangan Shamsiah Fakih bersama Rashid Maidin ... hihihi bila kita sebut ni ada yg kena masuk lokap... tapi jika difilemkan semua ini mmg ianya memberi kesan mendalam perjuangan kemerdekaan orang kita Melayu; sampai kita sanggup masuk hutan ikut komunis... ini kena betul tejmahannya.
  • Idan Radzi dalam kata-kata akhir sebelum arwah Shamsiah Fakih meninggalkan kita dia tetap mengatakan perjuangannya suci & masih belum selesai.
  • Mior Hashim Manap II Betul..dah lama tertarik dgn Shamsiah Fakeh..tapi Almarhum Burhanudin memperjuangkan agama dan bangsa! Penggembaraannya ke. Indonesia sehingga India...lebih berwarna perjuangannya!

  • Idan Radzi Kita boleh banyak fakta sebegini tetapi belum tentu benar apa yang diuar-uarkan... yang penting kita mahu tahu dari kalangan pejuang yang luhur & sejati dengan Allahyarham & rakan-rakanya.

  • Idan Radzi Dr. Mahathir Mohamad hantar Rashid Maidin ke Makah
    oleh ANTI CHIN PENG (Nota) pada pada 7hb Februari 2010 pukul 4.02 ptg

    TUESDAY, JUNE 17, 2008
    PARTI KOMUNIS MALAYA
    Dr. Mahathir Mohamad hantar Rashid Maidin ke Makah

    Oleh: Mokhtar Petah

    Pada masa pendudukan Jepun, saya masih kanak-kanak; berusia kira-kira 9 dan 10 tahun. Saya bersama bapa, ibu, dan adik saya, Razali Petah , tinggal dalam huma atau ladang, milik bapa dan ibu saya, dalam kawasan bernama Paya Pak Banun, iaitu berhampiran dengan Tasik Cenderuh dan Sungai Perak, daerah Kuala Kangsar.

    Huma atau ladang bapa dan ibu saya itu dipenuhi oleh tanaman, seperti padi huma (padi darat), ubi kayu, ubi keledek, pisang dan anika jenis sayuran. Kerana tanaman-tanaman itu, maka kami kenyang dalam keadaan orang ramai lapar kerana tiada beras.

    Selain dari kami tinggal sebagai pelarian di sana, terdapat lebih lima belas keluarga tinggal di sekitar kawasan itu. Mereka itu dari kampung kami juga dan memiliki tanah huma sendiri.

    Pada masa itu ramai individu dari ‘orang-orang besar’ istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar yang datang ke huma sekitar huma kami dengan membawa pakaian mahal – songket, pakaian sutera, barang kemas dan sebagainya untuk ditukarkan dengan ubi kayu, pisang dan sebagainya

    Kampung kami, iaitu Kampung Ngor (telah berlaku kejadian Al Ma’unah tidak lama dulu, terletak dekat jalan raya). Huma bapa dan ibu saya terletak di pendalaman, kira-kira lima kilometer dari kampung kami.

    Kami dipaksa oleh komrad Parti Komunis Malaya (PKM) yang diketuai oleh Ah Wang Seng dan seorang Melayu, Baharuddin topi mengkuang, berasal dari Mendahiling, Sumatera Utara, dua orang wanita Cina, seorang bernama Che Som dan seorang lagi Che Bee serta kira-kira 200 orang gerila telah memaksa kami menyertai mereka.

    Kerana terpaksa, bapa saya telah memegang tugas sebagai ketua kumpulan pembantu Parti Komunis Malaya bagi kawasan Paya Pak Banon dan kampung Ngor.

    Lebih 200 orang gerila komunis berkawal siang malam disekitar kawasan huma kami. Pada malam Sabtu dan Selasa Wang Seng dengan Baharuddin topi mengkuang datang memberi ucapan penghuni-penghuni di sana.

    Kerana saya masih kanak-kanak, saya hanya ingat kata-kata dalam ucapan Ah Wang Seng, di antaranya:

    “Kami Parti Komunis tentang penjajah orang putih.”
    “Kami parti komunis mahu kasi ini Malaya merdeka.”
    “Sudah merdeka, orang Melayu, Cina, India perintah sama-sama, macam adik bang.”
    “Negeri kita negeri komunis, tapi Islam ada pakai.”

    Saya adalah kanak-kanak suka membaca. Saya suka membaca surat khabar komunis, Bintang Timur, Bintang Merah dan beberapa buah surat khabar lapan halaman bertulisan rumi. Semua surat khabar itu diterbitkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM).

    Ah Wang Seng berkata kepada saya, “ …Mokhtar mesti jadi wartawan, penulis ..., wartawan dan penulis jadi guru pada semua orang, raja tidak ada mahkota.”

    Ah Wang Seng telah membimbing saya membaca surat khabar. Dia telah menerangkan kepada saya pekerjaan wartawan. Dia berasal dari Negeri Cina dan editor dalam organisasi surat khabar Parti Komunis China (PKC).

    Kisah ini terkandung dalam buku ‘Patah Sayap Bertongkat Paruh (memoir penulis), akan terbit.

    Bertolak dari zaman pendudukan Jepun, setelah saya menuntut di sekolah menengah agama Islam dan sebagai seorang pemuda, saya menjadi rajin membaca buku komunis ( Dari Neraka Ke Neraka, oleh: Tan Melaka dan Das Kapital, oleh: Karl Marx dan banyak lagi). Saya juga gemar membaca buku karya penulis Islam, seperti Syed Qutb, Mustafa Al Ghalayin, Hassan Al Bana, Agus Salim dan lain.

    Saya juga cenderung menulis rencana, cerpen dan sajak. Mulai tahun 1951 tulisan saya telah tersiar dalam surat khabar dan majalah di Singapura.

    Parti Komunis Malaya (PKM) adalah cabang Parti Komunis Cina (PKC). Para pemimpin Parti Komunis Cina (PKC) dan Parti Komunis Malaya (PKM) sama dengan tujuan orang-orang Cina yang mengikut Komindan (Komintang), iaitu bertujuan menjadikan Tanah Melayu hingga Borneo sebuah Negara Cina dan diperintah oleh orang Cina... -bersambung
  • Idan Radzi .. sambungan..

    Pendeknya orang-orang Cina di Tanah Melayu dan golongan komunis, sosialis dan kapitalis memang mempunyai matlamat untuk menjadikan Tanah Melayu dan Singapura, sebuah New China State (Country) - Negara Baru Cina.

    Melalui sokongan berbagai pihak dan dengan usaha golongan Cina yang memperjuangkan sosio-demokrasi, maka Pulau Singapura, walaupun masih dalam wilayah kepulauan Melayu, tetapi telah menjadi negara cina baru.

    Pada masa Parti Komunis Malaya (PKM) berjuang dengan gerila bersenjata, ramai pula orang-orang Cina dari golongan kapitalis – pelombong bijih, hartawan dan pedagang menjadi talam dua muka – sokong Inggeris dan sokong Parti Komunis Malaya (PKM).

    Bila kita bertanya kepada diri kita sendiri, antara pejuangan UMNO yang mendapat galakkan dari Inggeris dengan Parti Komunis Malaya (PKM) yang dimusuhi oleh Inggeris; siapakah yang mendapat faedah dan keuntungan dalam bidang politik dan ekonomi?

    Pada masa Pesuruhjaya Tinggi Inggeris, Sir Edward Gent (1946 – 1948), Inggeris telah mengemukakan gagasan Malayan Union (lebih kurang seperti negara kita sekarang) kepada bangsa Melayu dan orang Melayu menentangnya dengan mengadakan kongres yang diadakan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada awal Mei 1946.

    Dalam kongres itu, Dato Onn Jaafar bersama orang Melayu telah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR). Kerana pertubuhan itu dikuasai oleh mereka berpendidikan Inggeris dan Barat, maka mereka melazimkan dengan nama UMNO, iaitu United Malays National Organization.

    Pada tahun Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Inggeris yang kedua (1948 – 1951) memerintah, UMNO berkembang sebagai sebuah parti politik yang disukai oleh Inggeris untuk menuntut kemerdekaan.

    Pada tahun-tahun itu malang bagi bangsa Melayu, beratus-ratus pejuang kemerdekaan Tanah Melayu dalam parti politik Hisbul Muslimin, pimpinan Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan cabang pemuda, API serta cabang wanita SWAS, telah ditangkap dan ditahan dalam khemah-khemah tahanan, di Ipoh, Batu Gajah, Tanjung Bruas, Melaka dan beberapa khemah tahanan politik lagi.

    Ramai pejuang Melayu – anggota Parti Kebangsaan Melayu Malaya -, telah membawa diri – lari -, ke dalam rimba dan menyertai Rajimen ke -10 Askar Melayu, dalam rimba Negeri Pahang. Mereka telah bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Di antara mereka itu, Rashid Maidin, Abdulah C.D., Shamsiah Fakeh, Abu Samah Kasim, Musa Ahmad dan Awang Ali.

    Pada tahun 1952 – 1953, Sir Gerald Temple, Pesuruhjaya Tinggi Inggeris yang ketiga memerintah Tanah Melayu. Semua penduduk yang terdiri dari orang Cina, India dan sedikit Melayu yang tinggal di kampung-kampung tepi rimba, setinggan tanah kerajan - hutan simpan-, iaitu penanam tembakau yang dikhuatiri oleh Inggeris akan membantu pengganas komunis telah dipindahkan ke dalam kampung - kampung baru yang dipagar dengan kawat berduri.

    Mereka telah diberi lot kawasan tanah untuk rumah yang luasnya kira-kira 45x 80 kaki atas nama mereka.

    Hampir semua kawasan kampung baru adalah Tanah Simpanan Melayu. Contohnya dalam kawasan Hulu Perak, semua kampung baru, Kuala Roi, Kelian Intan, Air Kala dan Kota Tempan, di Perak, adalah tanah simpanan Melayu, Sampai kini tanah dalam kampung-kampung itu telah menjadi milik orang bukan Melayu.

    Mereka yang tinggal dalam semua kampung baru seluruh Tanah Melayu diberi kemudahan asas termasuk bekalan api eletrik dan air. Begitu juga sekolah, balai polis, dewan orang ramai dan sekolah.

    Orang-orang Melayu yang tinggal di kampung-kampung tradisi yang tidak dipindahkan dan menyokong Inggeris tidak mendapat kemudahan demikian. Selepas bertahun-tahun Negara mencapai kemerdekaan, mereka masih menggunakan air sungai atau perigi, pelita minyak tanah dan anak-anak terpaksa belajar di sekolah yang jauh berbatu-batu dari kampung mereka.

    Saya mengakui, bahawa perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) telah menyumbangkan banyak faedah kepada pendatang yang dari orang-orang Cina di Tanah Melayu.

    Penjajah Inggeris telah mengalami kerugian wang yang terlalu banyak dan ramai tenteranya terkorban atau cedera kerana menentang pengganas komunis. Kerana menghadapi tekanan yang kuat dari parti Komunis Malaya (PKM) dan parti-parti komunis dunia, maka penjajah British terpaksa memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

    Pesuruhjaya Tinggi Inggeris yang ke-empat, Sir Donald Mac Gillivary (1954 – 1957), memerintah Tanah Melayu. Inggeris telah memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu, iaitu dengan nama Persekutuan Tanah Melayu melalui Perikatan UMNO, MCA dan MIC, pada tahun 1957.

    Apabila kita menulis, bercakap, berdiskusi dan menyelidik mengenai perjuangan orang Melayu, maka kita akan mendapati beratus-ratus pemuda Melayu yang telah bekerja sebagai Polis Khas – special constable (SC) -, menjaga segenap tempat dari serangan pengganas komunis. Di antaranya, ladang getah dan lombong bijih. Mereka itu dibawah pimpinan pegawai-pegawai bangsa Yahudi yang bergelar Tuan Palestin.

    Ramai anggota polis khas yang telah terkorban. Mereka yang telah berhenti dari perkhidmatan, tidak mendapat apa-apa habuan atau hadiah kerana pengorbanan mereka.

    Sebaik-baik sahaja perdamaian antara Kerajaan Siam, Kerajaan Malaysia dengan parti Komunis Malaya (PKM) dan Parti Komunis Thailand (PKT) selesai diadakan di Thailand, maka Kerajaan Malaysia dengan ihsan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Megat Junid telah membiayai tiga bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM), bersama isteri masing-masing menunai fardu haji di Mekah.

    Mereka itu, ialah Rashid Maidin, Abdullah C D dan Abu Samah Kassim. Mereka telah berangkat ke Tanah Suci Makah melalui lapangan terbang antarabangsa Bangkok, Thailand.

    (Lihat buku-buku mengenai Rashid Maidin dan Abdullah C D, masih ada dalam pasaran.
    Editor- Petah Shahrir Aidid).



    • Idan Radzi Ada sedikit biodata Allahyarham di Wikipedia ini:

      http://ms.wikipedia.org/wiki/Burhanuddin_bin_Muhammad_Nur_al-Hilmi


      ms.wikipedia.org
      Dr. Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi (1911, Kota Bharu - 25 Oktober1969, Taiping, Malaysia)[1] merupakan bekas Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

    • Tepung Gomak ALLAHUAKBAR!!!!

    • Tepung Gomak Adakah Mokhtar Petah ni ada kena mengena dengan Alang Petah bekas ketua kampung Matang Kulim.....

    • Tepung Gomak Awal kehidupan

      Burhanuddin merupakan anak pertama dari pasangan Haji Mohamad Nor dan Sharifah Zaharah bt Habib Osman.[2] Ayahnya berasal dari Batusangkar, Tanah Datar, Sumatera Barat yang merantau ke Malaysia pada tahun 1908, sedangkan ibunya berasal
      dari Malaka. Burhanuddin dilahirkan di Kota Bharu, Gopeng, Perak pada tahun 1911, dan belajar di Universiti Muslim Aligarh di India.[1][3] Sekembalinya dari pelajarannya di India dan pengembaraannya ke Palestin dan Turki, Burhanuddin Al-Helmy kembali bertugas sebagai guru bahasa Arab di Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Aljunied, Singapura.

    • Tepung Gomak Aktiviti selepas perang

      Selepas Perang Dunia II, Burhanuddin menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris, dan Dr. Burhanuddin membawa PKMM k
      e arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan "kesatuan politik" Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utamanya.[3][4]
      Presiden PAS

      Pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berpindah tangan kepada Burhanuddin pada tahun 1956,[3] hingga kematiannya pada tahun 1969.[5] Di bawah kepimpinan Burhanuddin, PAS mempunyai orientasi menyokong kesatuan sekerja dan anti-kolonialisme.[6] Beliau digambarkan sebagai seorang "nasionalis radikal dan pemikir Islam".[7] Kepemimpinannya terpotong oleh penangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1965, dan selanjutnya dipenjara selama satu tahun atas tuduhan berkomplot untuk menggulingkan kerajaan Malaysia dan memasang sebuah kerajaan pengganti yang lebih ramah kepada Indonesia.[3][8]
      Meninggal Dunia

      Burhanuddin meninggal dunia pada tanggal 10 Oktober 1969 akibat penyakit lelah dan juga kesan seksaan yang beliau terima semasa dalam tahanan ISA.