Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Ahad, 30 September 2012

Tingkap Itu Sumber Ilham

Semasa kecil lagi; aku suka meletakkan meja tulis di tepi tingkap. tak kiralah permandangan bagaimana. Janji mata jika penat menulis atau membaca dapat tenguk apa ada di luar tingkap. Damai.

2. Semasa kerja pun sama aku akan cuba ubahsuai bilik yang meja tulisnya bersebelahan tingkap. Rasa terkurung jika berjauhan dengan tingkap.

3. Tak suka meja kosong; paling tidak aku mahu ada barangan hiasan. Tak kiralah apa jua barangan. Botol salah satu barangan yang aku sayang. Botol kicap lama; botol minyak wangi. Yang menjadi masalah botol arak sering cantik belaka. Disimpan orang kata awak ni kaki arak. Tapi aku menghormati/ menyayangi botol. Jika kita buang botol tanpa dikitar semula dunia akan tercemar.

4. Di Jenaris ni aku tinggal bersama anak-anak di kamar panjang. Sebab kamar ini yang ada penghawa dingin. Meja komputer ini di sisi tingkap belakang. Cumanya permandangan belakang ini serabut. Dua-dua jiran sebelah belakang (blok lain) orang india sebelah kiri suka simpan barangan lama. Kayu, genting, batu-bata, suaminya selalu tak berbaju; anaknya ada dua orang yang aku cam; seorang agak gempal kuat merokok; seorang lagi macam belasan tahun minaci; jarang nampak, selalu sabtu & hari minggu sahaja muncul dia. Isterinya rapat dengan anjing belaannya; anjing comel kecil nampaknya sentiasa dalam rumah.

5. Sebelah kanan aku tak pasti; sebab penghuni nya tak nampak keluar belakang rumah; ada anak lelakinya kadang-kadang kemas belakang rumah. Buat masa ini nampak semak sangat. Bagusnya berjiran india ni mereka tak pernah ganggu aku. Berbual pun jarang. Bila aku buat stor zink suami jiran sebelah kiri; sekadar bersapa & berpendapat. Ayooyoo rugi ooo buat cam ni; kenapa dia kata RUGI entahlah; Itu saja bajet yang ada. Isterinya pula menyukai bentuk stor zinkku nampak melengkong & kelainan. Ada tingkap kaca. Katanya nampak santai & moden. Dua pendapat laki bini yang kontras. Ala stor takkan nak buat anggun sangat.

PESARA TERPINGGIR

Dalam perniagaan Pati Delima yang baru Mila ceburi nampaknya mendapat sambutan yang baik oleh rakannya. Ini hasil cadangan aku sebab Pati Delima memang banyak membantu aku dalam masalah sakit kronik yang kritikal.

2. Sebenarnya selain Pati Delima ada banyak lagi jualan secara terbuka yang dapat membantu rakan kita yang sakit. Jangan dera rakan yang sakit dengan jualan secara langsung MLM. Dengan kos yang mahal pasti membuatkan poket rakan kita sakit. Sakit bertambah sakit. Ada rakan Mila beli RM18 sebotol tapi kami menawarkan lebih murah RM15 lantaran kami tiada lesen berniaga cuma sekadar usaha membeli secara borong.

3. Aku sempat mencungkil hati budi dalaman orang yang berada. Selalunya isu semasa bajet 2013 menjadi agenda utama topik perbualan. Terpacul dari mulut Mila tentang bonus yang bakal pesara dapati. Bagiku memang itu perkara rutin sejak lama. Isu yang lebih menarik adalah pesara yang dapat pencen di bawah RM800. Yang berkhidmat 25 tahun. Akan mendapat pencen minima RM800. Syukur.

4. Ada juga suara yang terdengar, takkan orang lepasan Sekolah Rendah atau SRP nak sama pencennya dengan SPM. Alahai ada ketika kita ni lupa; semasa golongan ini menanda tangani Surat Perjanjian Perkerjaan; rata-rata mereka mendapat opsyen Jawatankuasa Khas Kabinet (JKK).. ada orang sebut Gaji Kabinet.

5. Antara yang tertera adalah dua tahun pengalaman kerja menyamai setahun pembelajaran. Jika LCE/SRP mengambil masa 3 tahun; enam tahun berkerja pemegang Sijil Tammat Darjah Enam dah layak dipertimbangkan ke tangga LCE/SRP. Sebab itu dahulu ada pepereksaan khas. Samalah bagi SPM nak naik ke jawatan Diploma; setelah berkerja enam tahun layaklah dia menjawat jawatan di tangga/skim gaji Diploma. Ada peperiksaan khasnya. Ini dinamakan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan. (KPSL).

6. SSB atau SSM atau apa jua sistem baru semestinya tidak menolak KPSL ini demi menjaga kebajikan golongan pekerja ini. (Tak ramai mana pun lagi) HABIS tu apa pula timpulnya suara yang mempersoalkan pencen pesara ini tak boleh sama dengan pemegang SPM, Diploma malahan Ijazah sekali pun jika memang mereka ini pekerja cemerlang. 25 tahun mereka berkhidmat untuk negara. 25 tahun pengalaman mereka tak CUKUP hebatkah?. Takkan manusia/insan/hamba Allah ini kita nak kastakan. Cukuplah tenaga mereka dikerah selama 25 tahun. Golongan elit sentiasa mendapat LABA yang berganda sejak di zaman berkhidmat lagi. Takkan sampai bersara malahan hingga ke LIANG LAHAT kita anak sebut-sebut juga status warga marhaen ini yang aku anggap semua dah pangkat ayah atau ATOK buatku.

7. Berbalik dengan Pati Delima tadi percaya atau tidak jika rajin menjualnya dalam sebulan boleh laku sekitar sekotak 24 botol. Bermakna bersamaan setahun punya kenaikan bonus pencen tapi berusaha sikit membeli secara borong & menjual ikut harga pasaran tempatan.

Rita Rudaini syukur menang hak penjagaan anak-anak




Hanya rasa syukur yang dapat dipanjatkan aktres Rita Rudaini kepada Ilahi, Selalu lalu, selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam membatalkan permohonan suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak untuk mendapatkan hak penjagaan (hadanah) ke atas dua anak mereka.

Menurut Rita, sehingga kini, dia tidak mempunyai apa-apa perancangan berkaitan rumah tangganya dan akan mengikut sahaja rentak Aidil berhubung kemelut rumah tangga mereka.

Bagaimanapun katanya, kemenangan itu juga menjadi pendorong buatnya untuk terus memperjuangkan maruah diri dan anak-anak.

"Saya rasa amat bersyukur kepada ALLAH SWT dengan keputusan yang diputuskan mahkamah Selasa lalu. Saya tidak takut kerana saya tidak pernah membuat apa-apa kesalahan dalam rumah tangga. Saya juga yakin,
ALLAH SWT sentiasa bersama saya dan anak-anak.

"Saya berdoa agar ALLAH menolong orang teraniaya seperti saya dan anak-anak. Saya cuma ingin buktikan saya tidak bersalah," katanya menerusi sistem pesanan ringkas (sms).

Selasa lalu, Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar menerima bantahan awal Rita berhubung status pemastautin pemain bola sepak kebangsaan tersebut dan Aidil gagal membuktikan yang dia tinggal di USJ Subang Jaya kerana tidak mengemukakan alamat tempat tinggal secara kursus kepada mahkamah.

Selain itu, Mohamed Fouzi juga memerintahkan Aidil Zafuan membayar kos RM3,000 kepada Rita.

Jumaat, 28 September 2012

Penyair Idanradzi MENGANDUNG Siri 2


Jumaat pagi: makin teruk rasanya badan ini. Semalaman tidur sendirian mimpi lebih menakutkan; siap ada hantu yang cuba menganggu. Terjaga jam 3:00 pagi; tak berani tidur ngadap tingkap. Beralih ke katil anak-anak yang kosong.

2. Selepas subuh mata tak boleh celik; sempat pesan kat Azim sarapan pagi ini cari sendiri. Azim bertanya takkah selalu hari Jumaat maka

n-makan di Seremban. Hari ini Anif ada kelas sampai jam 4:30 petang. Ayahnya kena jemput sekitar jam 5:00 petang.

3. Sedar-sedar dah jam 10:00 pagi. Demam masih tak kebah. Badan masih tak bertenaga. Impian mengidam nak makan Mee Bandung Pak Jamarudin Botak masih tak kesampaian. Semalam Mila puasa dia singgah pasar malam beli Nasi Kerabu berlauk daging bakar. Buka Astro talian kena potong. Bukan masalah tak bayar tapi kesilapan pihak bank; asyik Maybank2Unya tak berfungsi.

4. Hari ini nampaknya aku sendirian memandu ke STTJ Seremban. Azim sekolah petang. Selalunya dia yang temankan aku. Agar aku tak mengantuk. Kuat tak kuat badan aku kena ambil Anif di asrama siapa nak diharapkan lagi. Memandu sendirian sekitar sejam memang amat membosankan. Habis tu nak buat bagaimana. Tak dapat nak berehat sebab jam 6:30 petang kena jemput Azim pulang sekolah.
- Pak Jamal leka bermain dengan cucunya; aku makan Mee Bandung minum Teh O Ais Limau, Ais Kosong, Azim minum Limau Ais Asam Boi, jumlah semua RM9.00 memang sedap Mee Bandung Pak Jamarudin Botak cubalah sesekali kalau ke Jenaris; gerai di Medan Satay Prima Saujana. Buka sebelah petang sampai larut malam. Pelbagai sate ada termasuk sate perut yang aku sukai.

Penyair Idanradzi MENGANDUNG.




Nak LOYA pun ada nak MUNTAH pun ada. Dua tiga hari ni macam tak kena, mabuk bagai orang mengandung. Alahai penat rasa badan. Bagaimanalah kalau sakit ini sampai 9 bulan.

2. Mungkinkah sebab alahan ubat. Lagi makan ubat ikut jadual lagi teruk. Tadi lepas hantar Azim aku terbuntang depan TV. Semalam pun sama. Tekak rasa tak larat nak makan. Perut memboroi macam sarat
mengandung anak kembar. Bam gamat disapu seluruh dahi pun tak berkesan. Pening.

3. Mulalah MENGIDAM nak makan Mee Bandung Pak Jamarudin Botak. Teringatlah nak minum Ais Krim Soda. Tak ada selera nak makan nasi. Selera meragam.

4. Malam pula asyik mimpi yang takut-takut. Entah kenapa malam tadi mimpi naik kereta Kancil putih dengan Mila. Bila aku tanya kereta siapa Mila bawa ni; dia kata kereta curi. Biar bebetul kemudian tengah jalan sesak enjin mati; penat aku ikat dengan dawai; banyak sangat hos airnya bocor. Huh. Apa nama mimpi LETIH begini. Letihnya sampai ke siang hari.

: Teringin nak mandi jeram. Jeram tak ada orang. Siapa nak tolong bawa ni.

Khamis, 20 September 2012

Penemuan Makhluk Asing Di Marikh Obama Minta Segera Diberitahu

Obama memberi arahan kepada beberapa saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) yang bertanggungjawab dalam penerokaan kenderaan Curiosity di Marikh, agar memaklumkan dengan segera kepadanya jika mereka bertemu dengan makhluk asing di planet tersebut.

 "Jika secara kebetulan anda bertemu dengan hidupan asing di Marikh tolong beritahu saya dengan segera," kata Obama sambil bergurau ketika dia menghubungi para saintis di sebuah makmal NASA di California dari pesawat Air Force One.

"Saya mempunyai banyak perkara lain yang perlu difikirkan namun ia (penemuan itu) akan berada dalam senarai utama saya. Walaupun ia hanya sejenis mikro organisma, saya sangat teruja untuk mengetahuinya," kata Obama.

Kenderaan robotik Curiosity itu mendarat di Marikh pada 5 Ogos lalu dengan misi selama dua tahun untuk mencari sebarang tanda kewujudan kehidupan.

Ia mendarat di Kawah Gale yang mempunyai pemandangan Gunung Sharp dan jerebu.

Kos projek yang dikendalikan NASA itu ialah AS$2.5 bilion (RM7.8 bilion).

Kenderaan robotik berkuasa nuklear itu mengharungi penerbangan sejauh 566 juta kilometer selama lapan bulan sebelum ia tiba di Marikh.

Khamis, 13 September 2012

HSPM Ke-18 undang persoalan

Oleh Salbiah Ani

Kaedah pemilihan panel hakim biar lebih telus

HADIAH Sastera Perdana Malaysia (HSPM) ke-18 yang memberi pengiktirafan kepada 69 karyawan sastera negara ini bagi tahun penilaian 2004-2005 dan 33 penerima bagi tahun penilaian 2006-2007, undang beberapa persoalan.

Tidak pernah terjadi dalam sejarah pelaksanaan HSPM, membabitkan empat tahun penilaian berlangsung serentak sehingga sesetengah pengarang menganggap pemilihan karya mereka sudah basi kerana terlalu lama diperam!

Tinjauan secara rawak dengan beberapa pengarang kreatif menyatakan rasa tidak puas hati mereka kerana tumpuan lebih banyak diberikan kepada karya terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), seolah-olah tiada usaha mencari bahan terbitan dari luar kepompong badan berkanun terbabit.

Data menunjukkan sebahagian besar karya yang dipilih sebagai pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2004/2005 genre cerpen dan puisi disiarkan dalam Dewan Sastera seperti yang sering berlaku sebelum ini meskipun isu serupa pernah dibangkitkan beberapa kali.

Persoalan terbabit juga pernah dibangkitkan wartawan Sastera ketika Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), berada di bawah kepimpinan mantan Ketua Pengarahnya, Datuk A Aziz Deraman, sehingga akhirnya kategori karya eceran diperkenalkan.

Dengan pengenalan kategori terbabit, Hadiah Sastera Malaysia (HSM) yang berlangsung dari 1981-1995, berubah namanya kepada HSPM mulai 1996/1997 dan kekal sehingga kini, sebelum ini dikenali sebagai Hadiah Karya Sastera (HKS) (1971-1976).

Selaras dengan matlamat hadiah yang bertujuan memberi pengiktirafan bertaraf kebangsaan kepada penulis yang menghasilkan karya bermutu, mengenal pasti karya sastera bermutu dalam bahasa Melayu dan menggalakkan penerbit menerbitkan karya sastera bermutu dalam bahasa Melayu.

Nampaknya keputusan HSPM 2004-2005, tidak menunjukkan banyak perubahan meskipun kategori karya eceran diperkenalkan sejak 1996 kerana hanya dua cerpen boleh dilabelkan sebagai luar biasa apabila memecahkan monopoli Dewan Sastera.

Di Bawah Langit Copenhagen karya Salina Ibrahim dalam majalah Nur pada Januari 2004 dipilih dan Siti Hajar Mohd Zaki tampil maha hebat melalui Panorama Seorang Nisa, dalam majalah tepu hiburan, URTV, keluaran 15-30 September 2005. 

Bagaimanapun, taburan pemenang untuk kedua-dua kategori terbabit menyaksikan pecahan monopoli Dewan Sastera lebih sedikit dalam senarai pemenang untuk HSPM 2006/2007 yang majlisnya berlangsung pada 18 Januari lalu.

Tiga cerpen dalam Berita Minggu yang memecahkan monopoli Dewan Sastera ialah Jerebu Dalam Blog Mak Andeh oleh Fudzail, Che Soleh Rial (A Rahman CM) dan Lintah (Anwar Ridhwan), manakala puisi pula, Sumpah Setia Tanjung Piai (Nisah Harun) dan Terlalu (Shapiai Mohd Ramly).

Dua cerpen dalam Mingguan Malaysia pula ialah Cinta Puncak Sagarmatha karya Rozais al-Anamy dan Pusaka Cendana (Nisah Harun), manakala puisi yang turut diumumkan sebagai pemenang dalam akhbar terbabit ialah Malam Rosiah (A Samad Said).

Kemenangan dalam kategori drama dan esei/kritikan/kajian sastera yang dimonopoli Dewan Sastera tidak dipersoalkan, memandangkan kedua-dua genre terbabit hanya mempunyai ruangan dalam majalah terbabit dan tidak media massa lain.

Begitu juga dengan kategori buku dengan pecahan novel, kumpulan cerpen, biografi/autobiografi; kategori buku dalam bentuk novel remaja, kumpulan cerpen remaja, kumpulan puisi remaja, kumpulan drama remaja, kumpulan puisi, kumpulan drama, kumpulan esei dan kritikan sastera.

Selain kategori buku kanak-kanak dengan pecahan novel kanak-kanak, kumpulan cerpen kanak-kanak, kumpulan puisi kanak-kanak dan kumpulan drama kanak-kanak, tetapi tetap mengundang persoalan apabila banyak kategori yang kosong tanpa pemenang!

Ini kerana apakah benar tiada karya yang layak untuk dipilih sebagai pemenang atau sebenarnya penganjur tidak menerima sebarang pencalonan disebabkan pelaksanaan hadiah ini bermula pada tahun penilaian 2004/2005, peserta perlu mengirimkan karya mereka untuk dinilai pengadil!

Pendekatan yang memerlukan pengarang menghantar karya mereka kepada penganjur tidak sepatutnya dijadikan kaedah proses pemilihan kerana ia meletakkan status hadiah terbabit sama dengan sayembara sastera iaitu bersifat peraduan.

Tidakkah pendekatan cara ini tersasar daripada matlamat pengenalan hadiah terbabit yang bertujuan memberi pengiktirafan kepada karya bermutu dalam genre masing-masing tanpa mengira siapa pengkarya dan penerbitnya!

Penulis sendiri terkejut ketika dihubungi seorang pegawai DBP yang meminta mencarikan cerpen dan puisi yang diterbitkan sepanjang 2004/2005 dalam Berita Minggu untuk dinilai HSPM kerana perkara terbabit tidak pernah berlaku sebelum tahun penilaian terbabit.

Tawaran penulis agar pegawai terbabit mencari sendiri atau menghantar pembantunya untuk mengesan semua cerpen dan puisi dalam Berita Minggu sama ada melalui carian dalam talian atau potongan akhbar yang disediakan di Unit Sastera, Berita Harian, tidak disambut!

Malahan penulis juga turut menerima e-mel daripada pegawai DBP yang tidak dikenali meminta agar salinan cerpen Soleh Che Rial dikirimkan kepada mereka berserta dengan alamat penulis terbabit dan tarikh terbitan untuk penilaian HSPM 2006-2007!

Tugas mengumpul segala karya untuk HSPM bukan menjadi tanggungjawab editor di akhbar atau majalah yang mempunyai ruangan sastera kerana ia di luar bidang tugas mereka, selain selaku pengelola mereka bergelut dengan masa, apalagi jika terbabit sama dalam operasi terbitan harian!

Sepatutnya pegawai terbabit sudah ada senarai terbitan yang mempunyai ruangan sastera kerana dengan cara itu mereka dapat mengatur strategi kaedah pengumpulan semua bahan bagi tahun yang dipertandingkan dan masa dapat dijimatkan selain pengadilan lebih telus dapat berlangsung!

Seingat penulis, sepanjang menjadi wartawan sastera bermula 1993 dan sebagai editor sastera bermula 2003, tidak pernah walau sekali Sekretariat HKS, HSM mahupun HSPM, meminta salinan semua puisi dan cerpen dalam Berita Minggu untuk diserahkan bagi tujuan penilaian.

Bayangkan empat terbitan setiap bulan dan sejak setahun lalu lapan terbitan sebulan, jika dikalikan dengan 52 minggu, berapa halaman perlu dicari dan dibuat salinan untuk diserahkan kepada sekretariat bagi tujuan penilaian dan masa perlu dikorbankan atas kepentingan HSPM!

Malah, penulis selaku editor turut ralat dengan keputusan pemenang bagi tahun penilaian 2006-2007 khususnya bagi genre cerpen kerana ada beberapa karya menarik dan kritis sama ada dari segi tema mahupun teknik penulisan, tercicir daripada penilaian.

Cerpen 10 Budak Hitam yang mengkritik secara langsung gejala sosial semasa remaja dan masyarakat Melayu disiarkan dalam Berita Minggu bertarikh 22 Julai 2007 dan 10 Puteri Tak Dilindungi Bulan (2/12/2007), antara contoh yang boleh diberikan.

Pengarang veteran, Dr Fatimah Busu, selaku pengarang kedua-dua cerpen terbabit ketika dihubungi, memaklumkan kepada penulis bahawa beliau tidak mengirim salinan karyanya kepada Sekretariat HSPM 2006-2007 kerana bukan menjadi tugas pengarang untuk berbuat demikian!

“Bagi saya tugas pengarang mengarang dan menghantar ke penerbitan yang menjadi sasaran dan terserah kepada penganjur HSPM untuk mengumpulkan segala karya yang mendapat tempat dalam akhbar, majalah dan jurnal,” katanya ketika dihubungi Sastera, Ahad lalu.

Seorang pengarang muda ketika ditanya mengenai perkara itu, menjawab selamba: “Di Malaysia apa juga peraduan dan anugerah dengan peruntukan daripada kerajaan serta diuruskan oleh DBP, tidak payah hantar kerana kemenangan adalah untuk kroni mereka. Balik-balik muka yang sama.”

DBP selaku penganjur HSPM perlu meneliti perkara yang dibangkitkan memandangkan HSPM bukan peraduan dan jika sekretariat sebelum 2004-2005 boleh menguruskan pemberian hadiah tanpa mengharap pengarang mengirim karya mereka, mengapa tidak sekarang?

Selain itu, DBP juga diminta meninjau semua terbitan yang mempunyai ruangan kreatif kerana selain Dewan Sastera, Berita Harian, Berita Minggu dan Mingguan Malaysia, banyak lagi akhbar tabloid dan akhbar seperti Wasilah, Siasah, Keadilan dan Harakah, kini turut menerbitkannya.

Penganjur juga perlu mengelak melantik pengarang kreatif daripada menganggotai Panel Penilai HSPM bagi mengelakkan berlakunya situasi pilih kasih, sekalipun tidak terbabit dalam penilaian karya sendiri yang turut dipertandingkan.

Sumber: Berita Harian Online

Hendak jadi penulis tapi bagaimana ya?



Ramai meminta saya memberikan tip bagaimana hendak jadi penulis. Permintaan mereka kebanyakannya dikemukakan di e-mel atau mesej Facebook. Saya tidak dapat balas secara peribadi kerana lebih daripada seorang yang bertanya. Jadi, saya jawab secara umum sahaja.

Sejujurnya saya sendiri tidak tahu bagaimana hendak mulakan kerana saya tidak tahu situasi atau masalah orang yang mengemukakan soalan berkenaan;
i. Adakah dia baru hendak cuba-cuba menulis?
ii. Adakah dia sudah biasa menulis tetapi penulisannya sangkut?
iii. Adakah dia langsung tidak pernah menulis tetapi rasa dirinya boleh menulis sebab dia suka membaca?
iv. Atau dahulu kala, zaman remajalah katakan, dia pernah menulis cerpen, sajak dan sebagainya, kemudian berhenti dan kini mahu kembali menulis?

Saya kembali kepada perkara yang paling asas dalam bidang penulisan:

Banyak membaca.

Ini adalah asas yang utama jika ingin menulis. Tidak kiralah genre apa pun, yang penting mesti membaca. Lazimnya, jika kita berminat mahu menulis buku motivasi, kita akan membaca banyak buku motivasi. Jika minat genre puisi, bergelumanglah dengan puisi yang dihasilkan oleh para penyair hebat. Jika berminat tulis novel, sedaya upaya kita akan menelaah banyak novel.

Ada yang menyatakan keinginan mahu menulis novel tetapi apabila ditanya novel apa yang sudah dibaca, jawapannya, “Tak pernah baca novel!” Alahai! Tetapi saya percaya, kalau ada usaha, mesti boleh buat. Sebenarnya belum terlambat, tetapi mulai sekarang kenalah belajar baca novel! Tiada masa baca novel? Kena usaha, cari masa juga!

Menguasai bahasa.

Terpulanglah hendak tulis bahasa apa; Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil atau bahasa asing lain. Yang penting, kuasai bahasa itu dahulu. Bagaimana menguasai bahasa? Kembali kepada latihan membaca tadi. Ramai yang kata, “Bahasa saya tidak sedap, bahasa saya tidak indah, saya tidak pandai bahasa bunga-bunga…” dan macam-macam lagi!

(Saya pun tidak faham apa maksud mereka apabila kata bahasa bunga-bunga. Agaknya ada bunga raya, bunga kemboja, bunga melur segala bagai… maaf, saya tidak pernah jumpa pun bahasa berbunga begitu.)

Bagi saya mudah sahaja, gunakan bahasa yang betul. Jika berbahasa Melayu, cuba tulis dalam Bahasa Melayu yang betul, jangan rojakkan bahasa, campur Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris sehingga celaru keliru jadinya. Kononnya itu bahasa orang bijak pandai… maaf sekali lagi, bagi saya itu menunjukkan kita tidak pandai Bahasa Melayu dan tidak pandai Bahasa Inggeris juga.

Apa jua bahasa boleh dipelajari, dipertingkatkan dan dipertajamkan dengan banyak membaca, memahami dan mengkaji. Bagi kita orang Malaysia yang sudah biasa bercakap dalam Bahasa Melayu, bahasa rasmi negara kita juga Bahasa Melayu, banyak buku di pasaran dalam Bahasa Melayu dan kita juga biasa membaca akhbar berbahasa Melayu, maka sebenarnya tiada masalah untuk kata tidak boleh belajar.

Saya sendiri sehingga sekarang masih belajar menguasai bahasa kebangsaan dengan betul (terutamanya dari segi tatabahasa dan perbendaharaan kata yang pelbagai). Saya masih ingat, hujung tahun lepas, saya mengajar anak saudara membuat persediaan bagi kertas BM SPM. Saya pening kepala juga melihat sukatan pelajaran BM tingkatan empat dan lima terutamanya dalam aspek pembentukan ayat. 100 peratus berbeza dengan zaman saya SPM dahulu! Saya sangka, saya yang mengajar dia tetapi akhirnya saya yang belajar sesuatu daripada buku persediaan SPM mereka itu.

Akhirnya kami berdua sama-sama berusaha mencari penyelesaian kepada soalan dengan menyemak dan memahami semula jawapan yang diberikan di muka surat akhir buku! Oh, sebenarnya tidaklah susah sangat jika kita banyak membaca… hanya perlu pertajamkan minda dan fahami asas sahaja.

‘Latihan’ menulis.

Saya selalu percaya, tiada cara yang paling mudah untuk mahir sesuatu, kecuali dengan mencubanya berkali-kali. Menulis blog, menulis diari, menulis surat… apa sahaja, itu adalah latihan. Menulis cerpen adalah latihan sebelum kita menulis novel. Tidak kisahlah sama ada cerpen itu tersiar di mana-mana, atau sekadar tersimpan dalam fail peribadi, ia tetap jadi latihan.

Jika tidak menulis cerpen (dalam makna kata cerpen sebenar), tetapi sekadar menulis rangkap pendek, fragmen atau apa sahaja yang kemudian dicantum menjadi karya yang sempurna, itu juga satu bentuk latihan.

Namun syaratnya, sedaya upaya cubalah menulis dalam laras bahasa yang betul. Pendek kata, biasa-biasakanlah yang betul sebab jika kita membiasakan yang tidak betul, lama-kelamaan kita akan terus hidup dalam keadaan tidak betul. Bimbang kita jadi jahil pula.... nauzubillah!

Wallahua'lam.

Salina Ibrahim

Berkarya

Nuffnang Ads

KisahMajalah


ANTARA kegemaran saya sejak remaja adalah mengumpul majalah. Dewan Siswa salah satu majalah yang saya kumpul sejak zaman sekolah, yang kemudian saya hantar ke kedai untuk dijilidkan dan sampai sekarang masih elok disimpan.

Apabila masuk universiti, dengan duit menulis yang saya dapat beberapa bulan sekali, saya kumpul majalah genre wanita pula, seperti Jelita dan Wanita. Empat tahun menginap di Kolej Pertama UM, Batcha (tuan punya kedai kecil di kolej) akan menyimpan senaskhah majalah Jelita (dan akhbar Mingguan serta Berita Minggu setiap Ahad) untuk saya.

Saya kekal dengan hobi ini beberapa tahun lamanya. Ketika bertugas di Kumpulan Utusan, ada seorang penjual majalah (kalau tak silap, Sayed namanya yang terkenal dengan perkataan favouritenya ‘Cinta’) akan datang ke pejabat membawa majalah-majalah terbaru terbitan syarikat pesaing. Dia macam sudah tahu hobi saya; dan pasti ada satu dua naskhah dia akan simpan untuk saya. Malah kalau tak cukup duit, boleh hutang, bayar apabila dia datang lain kali.

Maka beratus-ratus jugalah majalah simpanan saya. Dan terasalah betapa lecehnya apabila terpaksa berpindah rumah. Kali pertama pindah, majalah tidak banyak dan kebanyakannya saya sedekahkan untuk kawan-kawan serumah.

Pindah kali kedua, sungguh banyak majalah yang terpaksa saya angkut, sampai separuhnya terpaksa saya tinggalkan.

Dan kemudian pindah lagi, saya terpaksa berulang beberapa kali ke rumah lama untuk ambil majalah sahaja sebab emak saya menegah majalah itu dibawa sekali. Tetapi selepas pindah, saya teringat-ingat majalah lama itu dan berkejar ke sana untuk ambil segala yang saya tinggalkan.

Hobi ini semakin pudar apabila saya bertukar kerja ke Kumpulan Karangkraf. Mungkin sebab berada dalam lubuk majalah, keinginan untuk beli majalah mula berkurangan. Lagipun Pusat Sumbernya melanggan majalah setiap bulan untuk kegunaan staf. Maka saya pun jadi pelanggan tetap perpustakaan dan kalau lambat memulangkan, Abang Hamid yang saya usik sebagai ‘polis’ akan ‘kejar’ saya!

Beberapa hari ini, saya sibuk spring-clean dan mengemas majalah lama yang saya rasa tidak perlu lagi saya simpan dalam ‘soho’, sebelum Kenny pembeli surat khabar lama datang mengambil. Apabila melihat timbunan majalah itu, saya cuba agak-agak berapa RM sudah saya habiskan untuk membeli semua itu. Saya tak tergamak nak mengira!

Selepas ini, saya hendak tambah koleksi buku pula. Dan kena tambah rak buku!

Wednesday, January 27, 2010

HSPMSelepasRumahSiap


HSPM Ke-18 undang persoalanOleh Salbiah Ani

Kaedah pemilihan panel hakim biar lebih telus

HADIAH Sastera Perdana Malaysia (HSPM) ke-18 yang memberi pengiktirafan kepada 69 karyawan sastera negara ini bagi tahun penilaian 2004-2005 dan 33 penerima bagi tahun penilaian 2006-2007, undang beberapa persoalan.

Tidak pernah terjadi dalam sejarah pelaksanaan HSPM, membabitkan empat tahun penilaian berlangsung serentak sehingga sesetengah pengarang menganggap pemilihan karya mereka sudah basi kerana terlalu lama diperam!

Tinjauan secara rawak dengan beberapa pengarang kreatif menyatakan rasa tidak puas hati mereka kerana tumpuan lebih banyak diberikan kepada karya terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), seolah-olah tiada usaha mencari bahan terbitan dari luar kepompong badan berkanun terbabit.

Data menunjukkan sebahagian besar karya yang dipilih sebagai pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2004/2005 genre cerpen dan puisi disiarkan dalam Dewan Sastera seperti yang sering berlaku sebelum ini meskipun isu serupa pernah dibangkitkan beberapa kali.

Persoalan terbabit juga pernah dibangkitkan wartawan Sastera ketika Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), berada di bawah kepimpinan mantan Ketua Pengarahnya, Datuk A Aziz Deraman, sehingga akhirnya kategori karya eceran diperkenalkan.

Dengan pengenalan kategori terbabit, Hadiah Sastera Malaysia (HSM) yang berlangsung dari 1981-1995, berubah namanya kepada HSPM mulai 1996/1997 dan kekal sehingga kini, sebelum ini dikenali sebagai Hadiah Karya Sastera (HKS) (1971-1976).

Selaras dengan matlamat hadiah yang bertujuan memberi pengiktirafan bertaraf kebangsaan kepada penulis yang menghasilkan karya bermutu, mengenal pasti karya sastera bermutu dalam bahasa Melayu dan menggalakkan penerbit menerbitkan karya sastera bermutu dalam bahasa Melayu.

Nampaknya keputusan HSPM 2004-2005, tidak menunjukkan banyak perubahan meskipun kategori karya eceran diperkenalkan sejak 1996 kerana hanya dua cerpen boleh dilabelkan sebagai luar biasa apabila memecahkan monopoli Dewan Sastera.

Di Bawah Langit Copenhagen karya Salina Ibrahim dalam majalah Nur pada Januari 2004 dipilih dan Siti Hajar Mohd Zaki tampil maha hebat melalui Panorama Seorang Nisa, dalam majalah tepu hiburan, URTV, keluaran 15-30 September 2005.

Bagaimanapun, taburan pemenang untuk kedua-dua kategori terbabit menyaksikan pecahan monopoli Dewan Sastera lebih sedikit dalam senarai pemenang untuk HSPM 2006/2007 yang majlisnya berlangsung pada 18 Januari lalu.

Tiga cerpen dalam Berita Minggu yang memecahkan monopoli Dewan Sastera ialah Jerebu Dalam Blog Mak Andeh oleh Fudzail, Che Soleh Rial (A Rahman CM) dan Lintah (Anwar Ridhwan), manakala puisi pula, Sumpah Setia Tanjung Piai (Nisah Harun) dan Terlalu (Shapiai Mohd Ramly).

Dua cerpen dalam Mingguan Malaysia pula ialah Cinta Puncak Sagarmatha karya Rozais al-Anamy dan Pusaka Cendana (Nisah Harun), manakala puisi yang turut diumumkan sebagai pemenang dalam akhbar terbabit ialah Malam Rosiah (A Samad Said).

Kemenangan dalam kategori drama dan esei/kritikan/kajian sastera yang dimonopoli Dewan Sastera tidak dipersoalkan, memandangkan kedua-dua genre terbabit hanya mempunyai ruangan dalam majalah terbabit dan tidak media massa lain.

Begitu juga dengan kategori buku dengan pecahan novel, kumpulan cerpen, biografi/autobiografi; kategori buku dalam bentuk novel remaja, kumpulan cerpen remaja, kumpulan puisi remaja, kumpulan drama remaja, kumpulan puisi, kumpulan drama, kumpulan esei dan kritikan sastera.

Selain kategori buku kanak-kanak dengan pecahan novel kanak-kanak, kumpulan cerpen kanak-kanak, kumpulan puisi kanak-kanak dan kumpulan drama kanak-kanak, tetapi tetap mengundang persoalan apabila banyak kategori yang kosong tanpa pemenang!

Ini kerana apakah benar tiada karya yang layak untuk dipilih sebagai pemenang atau sebenarnya penganjur tidak menerima sebarang pencalonan disebabkan pelaksanaan hadiah ini bermula pada tahun penilaian 2004/2005, peserta perlu mengirimkan karya mereka untuk dinilai pengadil!

Pendekatan yang memerlukan pengarang menghantar karya mereka kepada penganjur tidak sepatutnya dijadikan kaedah proses pemilihan kerana ia meletakkan status hadiah terbabit sama dengan sayembara sastera iaitu bersifat peraduan.

Tidakkah pendekatan cara ini tersasar daripada matlamat pengenalan hadiah terbabit yang bertujuan memberi pengiktirafan kepada karya bermutu dalam genre masing-masing tanpa mengira siapa pengkarya dan penerbitnya!

Penulis sendiri terkejut ketika dihubungi seorang pegawai DBP yang meminta mencarikan cerpen dan puisi yang diterbitkan sepanjang 2004/2005 dalam Berita Minggu untuk dinilai HSPM kerana perkara terbabit tidak pernah berlaku sebelum tahun penilaian terbabit.

Tawaran penulis agar pegawai terbabit mencari sendiri atau menghantar pembantunya untuk mengesan semua cerpen dan puisi dalam Berita Minggu sama ada melalui carian dalam talian atau potongan akhbar yang disediakan di Unit Sastera, Berita Harian, tidak disambut!

Malahan penulis juga turut menerima e-mel daripada pegawai DBP yang tidak dikenali meminta agar salinan cerpen Soleh Che Rial dikirimkan kepada mereka berserta dengan alamat penulis terbabit dan tarikh terbitan untuk penilaian HSPM 2006-2007!

Tugas mengumpul segala karya untuk HSPM bukan menjadi tanggungjawab editor di akhbar atau majalah yang mempunyai ruangan sastera kerana ia di luar bidang tugas mereka, selain selaku pengelola mereka bergelut dengan masa, apalagi jika terbabit sama dalam operasi terbitan harian!

Sepatutnya pegawai terbabit sudah ada senarai terbitan yang mempunyai ruangan sastera kerana dengan cara itu mereka dapat mengatur strategi kaedah pengumpulan semua bahan bagi tahun yang dipertandingkan dan masa dapat dijimatkan selain pengadilan lebih telus dapat berlangsung!

Seingat penulis, sepanjang menjadi wartawan sastera bermula 1993 dan sebagai editor sastera bermula 2003, tidak pernah walau sekali Sekretariat HKS, HSM mahupun HSPM, meminta salinan semua puisi dan cerpen dalam Berita Minggu untuk diserahkan bagi tujuan penilaian.

Bayangkan empat terbitan setiap bulan dan sejak setahun lalu lapan terbitan sebulan, jika dikalikan dengan 52 minggu, berapa halaman perlu dicari dan dibuat salinan untuk diserahkan kepada sekretariat bagi tujuan penilaian dan masa perlu dikorbankan atas kepentingan HSPM!

Malah, penulis selaku editor turut ralat dengan keputusan pemenang bagi tahun penilaian 2006-2007 khususnya bagi genre cerpen kerana ada beberapa karya menarik dan kritis sama ada dari segi tema mahupun teknik penulisan, tercicir daripada penilaian.

Cerpen 10 Budak Hitam yang mengkritik secara langsung gejala sosial semasa remaja dan masyarakat Melayu disiarkan dalam Berita Minggu bertarikh 22 Julai 2007 dan 10 Puteri Tak Dilindungi Bulan (2/12/2007), antara contoh yang boleh diberikan.

Pengarang veteran, Dr Fatimah Busu, selaku pengarang kedua-dua cerpen terbabit ketika dihubungi, memaklumkan kepada penulis bahawa beliau tidak mengirim salinan karyanya kepada Sekretariat HSPM 2006-2007 kerana bukan menjadi tugas pengarang untuk berbuat demikian!

“Bagi saya tugas pengarang mengarang dan menghantar ke penerbitan yang menjadi sasaran dan terserah kepada penganjur HSPM untuk mengumpulkan segala karya yang mendapat tempat dalam akhbar, majalah dan jurnal,” katanya ketika dihubungi Sastera, Ahad lalu.

Seorang pengarang muda ketika ditanya mengenai perkara itu, menjawab selamba: “Di Malaysia apa juga peraduan dan anugerah dengan peruntukan daripada kerajaan serta diuruskan oleh DBP, tidak payah hantar kerana kemenangan adalah untuk kroni mereka. Balik-balik muka yang sama.”

DBP selaku penganjur HSPM perlu meneliti perkara yang dibangkitkan memandangkan HSPM bukan peraduan dan jika sekretariat sebelum 2004-2005 boleh menguruskan pemberian hadiah tanpa mengharap pengarang mengirim karya mereka, mengapa tidak sekarang?

Selain itu, DBP juga diminta meninjau semua terbitan yang mempunyai ruangan kreatif kerana selain Dewan Sastera, Berita Harian, Berita Minggu dan Mingguan Malaysia, banyak lagi akhbar tabloid dan akhbar seperti Wasilah, Siasah, Keadilan dan Harakah, kini turut menerbitkannya.

Penganjur juga perlu mengelak melantik pengarang kreatif daripada menganggotai Panel Penilai HSPM bagi mengelakkan berlakunya situasi pilih kasih, sekalipun tidak terbabit dalam penilaian karya sendiri yang turut dipertandingkan.

(Sumber: Berita Harian, 26 Februari 2010)

AkhirnyaHSPM


Akhirnya…

Akhirnya Hadiah Sastera Perdana Malaysia ke-18 (HSPM) berlangsung juga. Menggabungkan tahun penilaian 2004-2005 dan 2006-2007. Saya tersenarai dalam pemenang 2004-2005, yang majlis sepatutnya berlangsung tahun lalu, tetapi asyik tertangguh-tangguh sehingga 18 Januari lalu.

Akhirnya…

Tak mengapalah, akhirnya HSPM selesai juga walaupun pemenang lama hanya bawa balik plak kaca, sebab cek kemenangan sudah diterima secara pos tahun lepas. Saya bersyukur untuk cerpen eceran Di Bawah Langit Copenhagen, yang langsung tidak saya duga akan mendapat perhatian juri.



Yang penting selesai!

Tahniah kepada semua pemenang.

Tahniah kepada kawan-kawan MPR yang menang, yang selalu bekerja keras untuk meningkatkan mutu karya; Amaruszati Noor Rahim, Rahimidin Zahari, Faisal Tehrani, Nisah Haron, Raihani Mohd Saaid, Siti Hajar Mohd Zaki dan Nimoiz TY.

Tuesday, January 12, 2010

TipPanduanPetua


Serba sedikit panduan untuk pengarang baru yang ingin mengirimkan karya kepada editor media cetak. Kadangkala ‘letih’ melayan pengarang yang terlalu ‘blur’, sedangkan hal itu boleh fikir guna ‘common sense’ sahaja.

Apatah lagi jika karya dihantar menggunakan kaedah e-emel, segelintirnya langsung tiada tatacara sesuai; agaknya sebab terlalu ghairah atau gopoh, dia tekan saja butang ‘send’ tanpa fikir panjang. Memanglah manusia bernama pengarang ini kadangkala ‘tidak terurus’ tetapi ada perkara tertentu yang harus menjadi disiplin penting dalam diri.

Mudah-mudahan panduan ini bermanfaat!

1. Karya ditaip menggunakan font Times New Roman, saiz 12, selang dua baris. Nomborkan setiap helaian.

2. Sertakan surat lampiran kepada editor yang menyatakan bahawa saudara/i menyerahkan karya untuk dinilai dan dipertimbangkan penyiarannya dalam media berkenaan. Lebih molek dan sopan, jika pengarang tahu nama editor yang menangani media yang berkenaan.
3. Sertakan maklumat lengkap diri dalam surat; seperti nama penuh, nama samaran jika ada, alamat surat-menyurat, nombor telefon dan e-mel.

4. Bagi pengarang baru, mereka boleh menyertakan biodata ringkas mengenai pengalaman dalam penulisan. Bagi pengarang baru, ini boleh meyakinkan editor. Apatah lagi jika karya yang dikirimkan bagus dan pengarang itu nama baru; tidak mustahil akan menimbulkan keraguan di hati editor adakah memang benar karya itu ditulis oleh pengarang berkenaan. Oleh itu, biodata ringkas ini memadai untuk memperkenalkan diri/meyakinkan editor.

5. Jika kiriman melalui pos, sertakan salinan cakera padat (CD) yang memuatkan karya berkenaan. Editor biasanya tiada masa untuk menaip semula karya saudara/i, juga tiada jurutaip untuk berbuat demikian. Peringatan penting, pastikan CD bersih daripada virus!

6. Jika kirim melalui e-mel, boleh gunakan ‘attachment’ atau ‘copy/paste’ karya pada e-mel. Penggunaan ‘attachment’ kadangkala diragui kerana ada ketikanya tidak boleh dibaca (kerana berlainan format) atau mungkin dijangkiti virus.

7. Sebelum mengirimkan karya menggunakan e-mel, pastikan dahulu semua maklumat telah dilampirkan. Jangan terburu-buru menekan butang ‘send’. Ada pengarang yang terlalu gopoh sehingga terlupa semua ini, terus ‘attach’ karya di e-mel, tanpa menyertakan maklumat diri. Sehari dua selepas itu, agaknya dia baru teringat dan sekali lagi mengirimkan maklumat diri yang lengkap. Ini menunjukkan saudara/i pengarang yang gopoh.

8. Sebelum menghantar karya kepada mana-mana media, pastikan bahawa media itu memang mempunyai ruangan yang berkenaan. Contohnya, jangan hantar puisi jika saudara/i tahu majalah berkenaan tiada ruangan puisi. Itu buang masa namanya! Buat rujukan dahulu, beli majalah edisi terkini, cari di perpustakaan atau curi baca di kedai mamak sebelum saudara/i menghantar karya ke media berkenaan.

9. Ketika berkomunikasi dengan editor dalam surat atau e-mel, gunakan bahasa formal. Jangan gunakan bahasa SMS, bahasa rojak, bernada mengarah atau memerintah. Saudara/i adalah pengarang dan beradablah seperti seorang pengarang! Saudara/i harus ingat, antara pengarang dengan editor, editor ada kuasa yang lebih tinggi walaupun editor itu mungkin bukan pengarang besar seperti saudara/i. Jika pengarang tidak berkenan dengan cara editor, buat teguran dengan cara rasmi dan berhemah.

10. Satu karya mesti dihantar kepada satu media sahaja. Jangan hantar satu karya kepada banyak media (atau dengan kata lain, jangan menyepahkan satu karya saudara/i kepada banyak media.) Cara itu tidak beretika dan saudara/i boleh disenaraihitamkan.

11. Pastikan karya berkenaan tidak pernah tersiar di mana-mana media sebelum ini, termasuk laman internet atau blog peribadi sekalipun .
Nota: Mungkin ada antara tip ini tidak diamalkan atau berbeza antara media/rumah penerbitan.

Editor sastera ‘memusuhi’ pengarang kreatif?

24 May 2012 - Berita Harian
 
SEBELUM sempat Dialog Orang Muda: Sastera dan Media Massa bermula di Rumah PENA, Ahad lalu, sudah ada penulis yang karyanya menjadi teks Komponan Sastera Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS) menelefon Ahli Jawatankuasa Penulis Muda PENA, Lutfi Ishak kerana mahu bercakap dengan penulis.

Kebetulan beberapa minit selepas penulis melangkah masuk ke Rumah PENA, pemanggil ini sekali lagi menghubungi Lutfi menyatakan hasrat untuk bercakap dengan penulis hanya untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila dikhabarkan temannya bahawa penulis sering menghentam karya beliau, hatta dalam hal tidak berkaitan.

Kenyataan pemanggil ini yang kebetulan mahu berangkat menunaikan umrah meminta penulis menghentikan perbuatan ‘memusuhinya’ kerana beliau tidak pernah mengenali penulis, lalu tiada sebab untuk memusuhinya menyebabkan penulis terpinga-pinga seketika kerana tidak pasti dengan apa yang dimaksudkannya.
Hakikat bahawa penulis tidak mengingati langsung nama pemanggil itu, meskipun novelnya sentiasa terletak di atas meja kerja penulis di pejabat dan hanya judul novelnya yang diingati, membuktikan penulis tidak 'memusuhinya' dan tidak bersikap 'pilih bulu' dalam hal kritikan.
‘Serangan’ secara mengejut dalam talian itu bagaimanapun segera mengembalikan ingatan penulis apabila judul novel pemanggil itu diulang beberapa kali dan penulis segera faham mengapa ditohmah sedemikian, lalu mengawal perbualan daripada bergerak atas premis yang silap dengan kenyataan, “Saya tidak memusuhi sesiapa dan jika encik beranggapan demikian, saya memohon maaf.”

Hakikat bahawa penulis tidak mengingati langsung nama pemanggil itu, meskipun novelnya sentiasa terletak di atas meja kerja penulis di pejabat dan hanya judul novelnya yang diingati, membuktikan penulis tidak ‘memusuhinya’ dan tidak bersikap ‘pilih bulu’ dalam hal kritikan.

Suka penulis ingatkan kepada semua pengarang kreatif negara ini bahawa apabila karya mereka dikritik, tidak bermakna penulis memusuhi seseorang pengkarya itu kerana perlu diingat setiap individu ada pandangan berbeza, selain tidak bermakna karya yang diangkat sebagai teks KOMSAS atau Sastera, hatta menang hadiah sastera hebat belaka!

Perlu diingat bahawa selera panel hakim memainkan peranan penting dalam pemilihan sesebuah karya dan ciri penilaian terhadap sesebuah karya juga berlainan antara seorang pembaca dengan pembaca yang lain, lalu bukan satu yang luar biasa apabila karya yang menang pertandingan dan menjadi teks, turut terdedah kepada kritikan.

Dalam hal pemanggil terbabit, penulis mahu jelaskan bahawa kritikan ke atas novel berkenaan bukan atas dasar iri hati ia menjadi teks KOMSAS atau berlagak pandai, sebaliknya kebimbangan akan kesannya kepada pelajar negara ini, tetapi tidak bermakna juga penulis mengatakan pembaca tidak tahu membezakan antara perlakuan buruk dan baik.

Pemanggil terbabit dan semua penulis negara ini, baik kreatif mahupun non-kreatif, pasti pernah mendengar kata pujangga, mata pena lebih tajam daripada pedang, apalagi penulis dan pengarang kreatif beragama Islam memikul tanggungjawab lebih berat kerana setiap daripada tulisan kita semua memberi sumbangan kepada saham akhirat.

Melihat perkembangan generasi muda Melayu Malaysia hari ini yang banyak terbabit dalam gejala sosial, termasuk perlakuan sumbang dan bunuh diri, meskipun hakikatnya beragama Islam dengan sesetengahnya mengikuti sistem pengajian Islam, ada lebih baiknya perbuatan mengangkat nilai yang salah dalam karya diberi penilaian sewajarnya.

Tanpa menafikan bahawa karya kreatif adalah rekaan dan sebuah cereka tidak akan dapat dibangunkan tanpa mengadun nilai buruk mahupun baik menerusi watak yang ditampilkan, tetapi tentunya hasil yang lebih mendorong kepada pembangunan pekerti selari dengan tuntutan Islam dan nilai timur serta masyarakat bermoral masih boleh dihasilkan.

Aspek ini dan kesan tulisan terhadap pembaca perlu sentiasa disematkan dalam hati setiap pengarang, apalagi jika sahih karya masing-masing lebih bermatlamatkan kepada pembaca yang belum matang berfikir dan ada ruang dinilai untuk menjadi teks KOMSAS atau Sastera di sekolah kerana sedikit sebanyak ia mempengaruhi pemikiran pelajar.

Pendirian penulis tidak bermakna menyokong teori sastera pasca modenisme bahawa seseorang pengarang tidak lagi berhak ke atas karyanya sebaik ia diterbitkan, tetapi berharap penulis yang karya mereka dikritik tidak bersikap negatif terhadap pengkritik.

Dalam sikap berkarya, Dr Fatimah Busu antara watak besar dalam dunia sastera tanah air, meskipun tidak bergelar dan dikatakan sukar untuk dilayani kerenahnya seperti diperakukan pada Dialog Orang Muda: Media Massa dan Sastera, penulis tetap mahu menampilkannya sebagai contoh.

Penulis pernah mencadangkan agar novel pertama, Ombak Bukan Biru (1977) yang ditulis ketika menunggu keputusan Sijil Tinggi Pelajaran diterbitkan semula bagi mengimbangi jualan karya tulisannya dalam genre berat, beliau menolak.

Alasan yang diberikan bahawa beliau malu dan insaf dengan beberapa babak berhubung aspek kasih sayang dan cinta remaja dalam novelnya itu dan The Missing Piece I (2005) dan The Missing Piece II (2006), tidak sesuai untuk bacaan remaja serta bertentangan dengan nilai seseorang yang beragama Islam.
Agaknya berapa ramai penulis berani mengambil sikap sedemikian, meskipun sedar bahawa novel pertamanya itu melonjakkan namanya pada persada sastera Malaysia dan pernah masuk dalam senarai laris di pasaran apabila diterbitkan semula sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Penulis suka mengetengahkan sikap pengurusan kanan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) yang suatu ketika dulu kerap penulis kritik kerana menerbitkan karya yang tidak mempunyai permintaan dan tidak membantunya menjana keuntungan dengan membuktikan andaian penulis silap sama sekali.

ITNM tidak melenting dengan kritikan penulis, sebaliknya terus mara ke depan dengan mencatat keuntungan sehingga kakitangan berpeluang menikmati bonus dua bulan bermula tahun lalu dan menembusi program pemasaran buku dari Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt ke Pesta Buku Antarabangsa Jepun dan Pesta Buku Antarabangsa Jepun.

Kini ITBM bukan saja menerbitkan karya terjemahan dalam pelbagai genre, tetapi juga karya asli dengan buku pengarang tempatan yang diterjemahkan ke bahasa asing terus meningkat untuk pasaran Asia Barat, Inggeris, Jerman dan Tamil, iaitu Kampung Boy dan 100 Malay Proverbs, sebagai contoh.

Dari ITNM yang fungsinya hanya dalam karya terjemahan, kini diberi kepercayaan oleh kerajaan sebagai penerbit sehingga dinaikkan tarafnya sebagai Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan antara 28 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mencatat keuntungan pada 2011!