Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Ahad, 31 Disember 2006

DIINTAI PUTERI BUNIAN 4 ( Siri Famili )


Episod Akhir

.. terasa seluruh sendi amatlah sengalnya. Aku meraba-raba perut boroiku, sebu dahiku, panas; Aku bangun mencapai panadol & ke dapur mencari air. Kemudian menyingkap tudung saji kot ada lagi makanan. Masih ada gulai tempoyak & ikan talapia goreng yang aku kail siang tadi.

Begitu berselera aku makan biarpun hampir dinihari, rasa macam bersahur pula. Aku terbayang wajah Puteri Bunian yang bujur sirih. Putih cantik & galak matanya. Mata aku hilang mengantuk, terbayang pula wajah ibunya bunian, secantik Puteri Bunian tetapi kenapa dia amat marah padaku. Payah amat senyum. Ah! mimpi pastinya adalah mainan tidur. Lagipun tentunya khayalan aku semata melihat imbasan puteri itu. Mana mungkin ujudnya Puteri Bunian. Jika makhluk bunian itu dapat kita lihat, tempat penginapan entah di mana. Apakah paya itu perkampungan mereka. Huh entah-entah putaran bak puting beliung kecil itu sekadar silap pandang, atau sekadar asapnya Suryaku sendiri. Titik.

Sesekali pulang ke kampung berjuadah pula masakan kampung yang telah sebati dengan rasa & citarasa sejak lahir lagi... Terasa amat lazatnya; berselera. Ikan air tawar dimasak gulai tempoyak, ulam-ulalam memang tak puas makan. Aku menghabiskan sisa makanan dalam pinggan & bangun menghantarnya ke besen basuh. Kemudian mencapai Surya. Demam masih tak kebah. Wajah bujur sireh Puteri Bunian makin samar.

Belum pun sempat aku mengelamun, Surya pun masih berbaki; Aku telah mula rasa mual ingin, rasa hendak muntah lagi. Meluru ke bilik air; ceritanya sama. Muntah lagi terus muntah lagi. Memang tekakku terima apa jua makanan, apatah lagi dapat merasai kuih kegemaranku. Putu Piring. Cumanya kenapa sejak senja tadi perut aku menolak semua. Huh hampir lemah seluruh anggota badan, asyik muntah-muntah.

Aku menyambung tidur berharap akan bersambung mimpiku tadi. Tiada.


Kiambang & Rumput-Rampai berbunga kuning ini makin banyak menurapi permukaan paya@tasik bekas tapak lombong & burung pindah secantik ini banyak hinggap di sekitar Desa Tualang. Gambar ini dirakam di Kg Bakap.

Sarapan pagi juga sama, masih perut aku tak boleh terima. Mila sibuk ingin pergi ke rumah Ujee & Mun di Kampung Sentang. Ujee & Mun memang ambil berat sangat akan kami jika pulang ke kampung. Tidak bertandang ke rumah mereka rasa terkilan hati Mila. Mereka sibuk ajak makan tengah hari di rumah mereka. Aku menguatkan diri untuk bertandang di rumah mereka. Badan aku semakin lemah lantaran semua yang aku makan termuntah kembali.

" Abg iDAN tambahlah lagi, makan merulam memang berselera! " Desak Ujee. Dia begitu selera makan berulam.

" Badan tak berapa sihat... emm sayang tak boleh makan lebih-lebih, memang banyaknya Ujee kutip ulam... Terima Kasihlah " Perbagai jenis ulam ada, Pucuk Misai Kuching, Pucuk Kayu Manis, Silom, Pegaga & banyak lagi. Rajinnya Ujee mencari ulaman. Dia tahu memang aku suka makan berulam. Mila menjeling aku, dia masih tak sudah menjamu selera. Bagaikan makan tak mahu berhenti.

Sebaik sahaja aku selesai makan, aku terasa loya & meluru ke bilik air. Cerita yang sama, habis semua terkeluar. Keluar sahaja dari bilik air, aku menelan Panadol; ubat itu sahaja yang ada. Demam masih tak kebah. Kasihan Ujee aku perasan dia terkilan aku macam kurang selera. Dia tahu aku ini memang pantang jumpa ulam. Makan mesti bertambah tak cukup dua pinggan. Hari ini seleraku ketara tersekat. Apakah lantaran panggilan Puteri Bunian.

Opah Bi mula sibuk menelefon Wan Bidah. Mesti pasal aku;

Aku teringat Arwah Apak, jika aku dilihat kurang sihat, dia pandai jampi serapah & mengubat cara kampung. Antara lain caranya aku panggil bertemas. Apak bertemas dengan menggunakan Bawang Merah, Kunyit Hidup atau Limau Nipis. Kalau Bawang Merah dia akan belahkan dua. Aku tak pasti apa maksudnya Apak akan paling tidak tiga atau lima kali mencampak Bawang ke dalam piring yang berisi air. Bawang yang terlentang atau tertiarap ada maksudnya.

" Panas badan sahaja .. bukan ketegor " Sering ayat itu keluar dari mulut Arwah Apak. Mungkin dia hendak menyedapkan hatiku.

Kemudian air di dalam piring itu Apak suruh minum & Bawang tadi Apak suruh sapukan di setiap sendi & pelipat badan. Kunyit Hidup sama juga kena cari Kunyit yang bentuknya bulat & dibelah dua. Jika ada Limau Nipis lagilah sesuai digunakan untuk bahan bertemas.

Yang anehnya, selalunya akan cepat pulihnya demam jika melarat juga demam barulah Arwah Apak akan bawa aku ke klinik Batu Gajah atau Gopeng.

Menjelang Asar aku terpaksa memohon diri kepada Ujee & Mun. Demam sejukku amat kuat ketika Zuhur, menjelang Asar agak reda. Selang beberapa minit aku tiba di rumah Opah Bi, Wan Bidah sudah datang dengan kapcainya.


Azim terpaksa guna pelampung jika tidak banyak ranting di dasar paya yang akan menyangkut mata kail... paya yang aku pergi & ketegor dek puteri Bunian itu jauh lebih jernih airnya dari paya ini.

" iDAN cari paku iDAN... " Sebaik sahaja Wan Bidah duduk di meja makan dengan piring yang berisi air.

" Nak betapa batang paku? "

" Sebatang sahaja sudah cukup "

Tak jauh beda cara bertemasnya Wan Bidah. Air dalam piring sama, kecuali paku. Arwah Apak tak pernah guna paku. Wan Bidah meletak paku sebatang & nampak dia seperti membaca jampi serapah.

" Semalam pergi ke mana iDAN.. demam ini pasal kes semalam "

" Memancing... tak jauh dari Redang Sawa "

" Ketegor ni... Taman dia tu iDAN kacau, dia marah "

" Siapa? ... "

" Orang tua perempuan "

Aku teringat mimpi aku, aku terbayang emak Puteri Bunian.

“ Ibu tak izinkan dia makan ikan yang dia tangkap… kalau puteri memenangi dia carilah silauan yang boleh buat dia cepat meninggalkan taman kita…” Ayat itu tergiang di telingaku. Ayat dalam mimpi.

Aku cuba ingatkan wajah bujur sireh Puteri Bunian. Payah nak ingat lagi wajah Puteri Bunian. Emmm kata orang tua-tua kalau kita ingatkan seseorang & amat payah nak ingat wajah dia, pastinya dia rindu & ingatkan kita. Wah.. dah perasan aku ini.

" Minum air ini, tanda pohon maaf, insyaAllah nanti iDAN akan pulih "

Aku terus minum air dari dalam piring yang dihulur oleh Wan Bidah.

" Paya yang mana satu iDAN pergi ni? "

" Paya yang banyak batu-batu tertujah timbul & bersebelahan dengan paya yang ada pokok bakung banyak anggerik kat situ "

" ooo padan ler, memang paya itu keras sikit, tiga tahun lalupun ada anak orang Redang Sawa mati lemas di situ " Aku diam sahaja.

Aku ini memang redah sahaja, tak tanya orang tempat nak pergi itu bahaya ke tidak. Balik kampungpun setahun sekali. Memang tak tahu perkembangan sebenar Desa Tualang ini. Apatah lagi kampung di persekitarannya.

Mila tersenyum sebab aku tak sibuk lagi merayau mencari lubuk mengail. Azim sibuk bertanya bertanya bila lagi ayahnya hendak pergi memancing. Magrib itu aku tak demam lagi. Makan malam pun berselera. Tak muntah-muntah lagi. Opah Bi masak Asam pedas ikan lampam.

Aku terkenang akan Wan Bidah; memang dia anak kepada Arwah Pak Abu Bakri, semua orang-orang kampung tahu... handal ilmu Pak Abu ini. Ramai orang bercerita pasal Pak Abu. Berbagai ilmu dia ada. Orang kata jika dia teringin nak makan gulai ikan Baung, dia cuma menautkan saja kailnya di Sungai Keruh, kemudian dia akan terus ke Kota Bharu mencari bahan rempah ratus untuk gulainya. Balik dari Simpang ( Terkadang Kota Bharu itu orang kampung aku panggil Simpang ) pasti kailnya tadi akan mengena ikan Baung. Jadi tak hairan Wan Bidah handal dalam hal perdukunan ini. Paku & air itu rasanya tak penting. Percaya dengan bertemas, Paku, Bawang, Limau Nipis, Kunyit Hidup, Jampi penawar boleh menyembuh penyakit akan boleh jatuh syirik; sekadar ikhtiar, sembuh, pulih, adalah keizinan Allah Azzawajallah itu yang pasti.

Aku teringat akan paya yang penuh batu-batan dengan kembangan anggerik, megar hijaunya bakung belibis yang terbang, bangau berkawan. Teringat akan haruan dicelahan samai. Teringat akan Puteri Bunian... tapi amat payah untuk ingat akan wajah bujur sirehnya, amat payah untuk kukenang akan mata yang galak untuk kutenung. Aku rindu amat ingin ke Tamannya lagi, tapi bila!.

- Selesai

Istilah:

Ketegor = Sampuk


antara respon di Forum Pancing

01/01/2007
JoranPanjang.
aduh....
bila membaca cerita tu seperti teringatkan seseorang yang punya aroma penulisan seperti itu.... tuan nuri angkasa....
gaya penampilan yang membuatkan orang tak lekang dari terus mengikutinya...
tahniah.....

12/21/2006
CoolFish
pasal puteri bunian...
kita cuba untuk membuat pilihan tapi akhirnya bukan kita yang memilih.
mungkin alam nyata orang tidak mengenali kita.. tapi alam yang lain mungkin dia tahu asal usul kita. Tak salah untuk mengenal, tapi salah untuk dikenali.....
budi bahasa amalan yang mulia.
teruskan menulis...carilah apa yang tidak dicari.

12/19/2006
Krogoth
Terpesona teman dengan cara penyampaian & jalan cerita yang begitu menarik!!!
Terharu bila membaca cerita Kg Bakap.......kampung arwah ayah teman. Tempat di mana teman belajar memancing.....kampung yang indah yang telah hilang dari muka bumi!!


Sabtu, 30 Disember 2006

DIINTAI PUTERI BUNIAN 3 ( Siri Famili )


Episod iii

Aku yang tadinya masih ada perasaan berani jadi tak keruan. Maklumlah sendirian di hutan. Seluruh badan bagaikan terasa kejutan elektrik. Bila terlampau takut sememangnya aku rasa begitu.

“ Kena balik, tambahan orang tua-tua berpesan jangan berhujan panas, nanti dapat sakit kepala & perbagai kejadian tak elok ” Aku masih melihat akan haruan yang agak aneh itu & matanya jelas tajam merenung aku.

Kejadian aneh, bauan & lintasan perkara yang pelik di hutan memang perkara biasa bagi mereka yang kerap berekspedisi. Mana ada manusia dapat mengesan jin, syaitan & perkara ghaib secara nyata. Cumanya kita kerap melihat insani kerasukan. Kerasukan itu bagiku adalah gangguan syaitan namun pasti ada ubatnya. Sebelum terubat sememangnya yang empunya diri akan menderita seperti terkena santau & perkara sihir yang lain.


Azim memerhati sekitar Kg Bakap yang telah ghaib kini hampir separuh telah dimamah lombong. Saban hari di sini akan kelihatan ramai pemancing melontar umpan menaikkan pelbagai spesies ikan.

Aku pulang ke rumah telah hampir magrib, cepat-cepat mengambil sembahyang. Sembahyang jamak & Qashar sebab aku masih tempuh musafir. Semasa ambil air sembahyang aku telah rasa badan sejuk semacam. Rasa kejutan elektrik semasa terperanjat dengan kejadian, hujan panas & kepenatan mungkin membuatkan aku diserang demam sejuk.

Ketika maghrib aku rasa amat kesejukan tapi rasa di dahi terlampau panas. Demam. Aku menelan dua biji panadol & menyapi minyak angin di dahi & tengkuk.

“ Harap-harap tidak melarat demam ni…”

“ Eloklah tu, kalau balik kampung tak puas-puas pergi masuk hutan memancing, entah-entah sudah kena sampuk” Sindir Mila isteriku.

Aku makan dengan lahapnya daging manis haruan, keli, ikan talapia yang tak terasa langsung akan hanyirnya. Memang benar kata Opah Bi. Tak sama rasanya dengan yang dibeli di pasar.

“ Gulai tempoyak yang Opah Bi masak memang paling sedap di dunia..” Bisikku di meja makan. Semua senyap melayan selera.

Nampak Azim & Anif tak henti-henti menambah tempoyak. Azim tak kuat makan pedas, tapi Anif boleh tahan cicah sambal belacan. Opah Bi duduk di bangku sebelah dengan rokoknya. Jarang aku dapat melihat orang setua Opah Bi merokok, apatah seorang wanita.

“ Wan Bi tak lapar lagi ke… makanlah sekali!” Sapaku apabila melihat Opah Bi menung panjang. Dia menyedut rokoknya sedikit-sedikit tak segelojoh aku. 555 payah nak cari rokok tu. Asapnya pun tak semerbak surya. Sejak kecil aku panggil Wan Bi, tak seperti lain-lain adik beradikku panggil Opah Bi … Mak Bi.

“ Makanlah iDAN nanti .. nanti kalau Wan Bi lapar.. Wan Bi makan sendiri” Bab makan sendirilah yang buat aku jauh melamun. Memang hidup Opah amat sunyi sejak pemergian Apak. Anaknya yang tunggal … Yoep Zaini sememangnya jarang menjenguk dia. Sesekali AC Mizal balik memang dia amat gembira, gambar dua cucunya memang asyik ditatapnya. Terletak dalam almari cermin. Album, majalah IBU yang ada gambarnya menantu kesayangannya Shafnie amat disayanginya; tak nampak renyok pun.

Ikan masin tenggiri jeruk hampir habis aku cubit. Aku lihat Mila pun bertambah bukan sekali dua. Tak sangka orang jawa suka masakan orang Perak. Ulam pucuk Sentang, Mengkudu Hutan, pucuk Kadok & banyak lagi pucuk memang penuh satu mangkuk plastik besar. Azim yang rajin mencuba, itupun atas rekemen ayahnya; mana pucuk yang tak maung atau pahit. Ulam Raja, Silom, Pegaga bolehlah Azim tu makan. Anak-anak yang lain ayahnya letakkan ulam dalam pinggang pun pasti akan diletak balik ke pinggang ayahnya.

Lepas makan aku rasa tak sedap perut, terus meluru ke bilik air.

Hemm… semuanya makanan yang aku makan terlampau lahap tadi keluar, aku muntah. Kenapa? Aku tak berani nak cerita pada Mila aku muntah; Lepas termuntah aku cuba menjamah putu piring yang Opah buat, cuba telan dengan kopi O yang memang kelaziman dia akan buatkan. Lihat Putu Piring di meja aku mencongak sendiri;

“ Bagaimanalah Wan Bi nak untung berjual Putu Piring dengan harga Cuma 10 sen…” Aku berbisik dalam hati. Kelapangan memang Opah Bi menjual Putu Piring, tapi yang aku rasa terkilan harganya tak pernah dinaikkan sejak berzaman.

Nasib Putu Piring juga sama, habis terkeluar.


Permandangan yang lazim di Desa Tualang

“ iDAN Wan Bi nampak iDAN ini lain macam saja, tadi muntah kat bilik air kan..?”

Aku mengangguk.

“ Esok Wan Bi panggil Wn Midah tolong tengukkan takut apa-apa masa iDAN masuk hutan tadi ” Desah Opah Bi.

“ Tak apa-apa Wan Bi, badan tak sihat, cuaca panas kut; esok pagi baiklah kut ” Aku lihat Mila sudah tidur, ternganga mulutnya entah dia mimpi pulang ke Meru. Nampak Azim sahaja terkebil-kebil nonton TV. Afiz yang kurang sihat memang telah berselimut. Angah memang tepat waktu tidurnya; tak kan boleh celik jika jam melewati jam sepuluh.

Rutin harian aku pulang ke kampung beginilah. Opah Bi dengan 555nya aku pula dengan Suryanya berbual panjang, terkadang sampai jam satu dua pagi; Banyak sangat yang ingin diluahkan oleh Opah Bi. Terutama tentang Yoep Zaini, masalah Abang Din (Telah arwah kini) Zareen adik AC Mizal & cucunya yang lain. Dia juga banyak bercerita kisah mudanya, kaum kerabat dia; memang tak habis cerita.

Opah Bi bagiku adalah pengganti Arwah Emak, semasa emak ada, aku tak serapat mana dengan Opah Bi, tetapi sejak emak meninggal lantaran Opah Bilah isteri termuda dari tiga isteri Apak yang tinggal sekampung; Jadi memang ke rumah Opah Bilah aku bermalam jika pulang ke kampung. Rumah pusak memang kian reput. Tiada penghuni.

“ iDAN pergi tidurlah, badan tu tak sihat, haripun dah lebih jam dua belas ini..”

Aku tak banyak membantah. Terus ambil bantal & berselimut di sebelah Afiz. Semua telah lelap, Opah Bi menutup TV & masuk ke biliknya.

Ini antara puluhan kolam@tasik bekas tapak lombong sekitar Desa Tualang tidak termasuk paya lama yang sememangnya ujud sebelum ditemui bijih timah di Lembah Kinta

“ Ibu tak bolehlah marah dia ibu, sebab dia bukan dari dunia kita…” Sambil membetulkan ikatan sanggulnya yang berhias bunga tanjung yang telah diikat rapi. Memang seorang gadis yang cantik, wajahnya bujur sirih, matanya bersinar bagaikan mentari pagi. Rambutnya agak berketak-ketak menutup separuh dahi.

“ Dia kacau taman kita, dia tangkap ikan kita, ibu payah nak maafkan dia..” Secantik anaknya, tak nampak tuapun.

“ Ibu kenalah sabar, nanti dia akan melayanglah pulang, takkan dia sampai nak bermalam di sini..”

“ Ibu tak izinkan dia makan ikan yang dia tangkap… kalau puteri memenangi dia carilah silauan yang boleh buat dia cepat meninggalkan taman kita…”

“ Hisss...Ibu ni….”

Puteri itu memandang tajam ke wajahku; Aku terjaga; Huh mimpi rupanya, aku mencapai lampu picit menyuluh jam di dinding; Tiga pagi baru. Terasa perut aku amat kosong…

- bersambung

Tafsiran:

Silom = Daun selom kamus DBP

DIINTAI PUTERI BUNIAN 4 ( Siri Famili )

Jumaat, 29 Disember 2006

DIINTAI PUTERI BUNIAN 2 ( Siri Famili )

Episod ii.

“ Tabik datok nenek cucu numpang ngail … jangan ganggu cucu! ” Aku bersuara perlahan. Namun haruman bunga tanjung tak redapun. Semerbaknya makin mencuit hidung.

“ Emmm… tak pergi pun petua Pak Sahak ” Pak Sahak adalah mentorku ketika kecil. Siapa tak kenal si iDAN ini memang kaki jajah hutan. Kalau tidak melastik punai daun mesti mencari limbat di paya-paya lama. Pak sahak selalu berpesan jika ke hutan jangan hirau sangat gangguan atau panggilan dari sesiapa. Kena cakap dengan dia... jangan pula senyap-senyap. Nanti “ketegor”. ( Kena sampuklah tu). Siapa pula datuk nenek dalam hutan itu. Hutan bukankah tempat jin bertendang. Aku masih tak mengalah dengan gangguan!. Anak jantanlah konon. Umpan lama tak mengena. Cuma ikan dalam jaring yang kerendam ditebing paya sesekali beriak. Keli bergaduh dengan haruanlah itu.

“ iDAN dalam hutan bukankah banyak pokok, bukan mustahil memang ada pokok bunga tanjung. Hutan kita memang kaya dengan haruman, amoi arab yang rajin pakai wangian di makmalpun asalnya minyak wanginya dari hutan belantara…” Bisik hati beraniku memujuk agak aku tidak terus berpeluh dingin. Haa ahh! memang betul, mesti dari haruman biasa; bagai amoi arab di fakulti aku... memang rajin tumpahkan minyak wangi tiap pagi; Kalau datang ke makmal mesti harum semerbaklah satu makmal bau badan amoi arab.

Aku mencapai suryaku, menyalakan api lantas menyedut & menghembus tanpa lagi menyedutnya dalam-dalam. Nyamuk,; hairan juga memang tidak berdesing pun sejak datang tadi. Kepulan asapnya surya meredah dedaun senduduk, memeningkan rempiang terliuk-liuk. Bukannya apa sengaja nak lawan wangi si tanjung dengan sang surya dari Endon. Tak selesa sebenarnya dengan haruman di hutan belantara begini. Jika haruman amoi arab itu cerita lain!!!.

“ Betul juga, hutan kita bukankah hutan tropika, hutan yang kaya. Cuma tamaknya manusia nak untung cepat, tebang semua khazanah hutan yang kaya, tanam kelapa sawit yang terkadang harganya dipermain oleh lanun dunia. Kita malas menyedidik hasil hutan yang jutaan spesiesnya, cuma tahu khaziat Tongkat Ali tak tahu bagaimana khaziat pucuk sentang, daun Semalu, pucuk Kadok, pucuk Jering, Mengkudu Hutan & banyak lagi ulaman kegemaranku.. penuh khasiat” Hati kecutku berfalsafah dalam serba salah sebenarnya. Sampai lupa akan mata kailku yang ku pasang tiga penjuru. Umpan cacing, umpan cengkerik & umpan katak sudah malas ku hayun.

"Asyik Azim saja dapat ikan bila ikan nak makan umpan Aziq ini" Sungut Aziq melihat Azim kelam-kabut naikkan ikan.
( Ikan yang terganas di dunia yang banyak merosakkan spesies ... Pikok (Peacock)lah apa lagi, Azim banyak dapat ikan ini, jika guna gewang mesti dapat yang besar seperti Ijal / Eddie / Yon dapat... sila klik bawah )

http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=9492

Kumpulan awan-awan mendung yang tadinya berbincang di langit; bila nak turun, kian berarak tapi nampak tak tahu mana halatuju. Nak ribut ke? Desah hatiku. Panas yang tadi cuba menjelagakan kulitku kian pudar. Cuaca kembali suram sesuramnya. Surya tinggal puntung. Aku leka memerhati awan, wah cantik amat. Mendung disuluh remang mentari. Nampak berbagai bentuk, berubah-rubah. Nampak sekawan bangau terbang hinggap tempat belibis menangkap seluang tadi. Kumpulan bangau itu memang tak perasankan aku. Akupun sudah jadi macam spesies dia. Liar di hutan.

“ … berbau lagi, nak cari markas lain ke ni ..?” Keluhku sendirian

Angin basah dari paya datang lagi dengan haruman si tanjung. Aku memerhati arah angin bertiup. Tak nampakpun pokok bunga tanjung. Ujung tebing cuma ada pokok cenderai di hias kehijauan bakung & selerak anggerik liar. Memang cantik, putih, merah jambu & ungu. Ada tujahan batu-batan yang cantik berbagai bentuk, mentari yang terkadang mencelah awan & merona batu-batan memang amat tatarona. Terdapat beberapa pohon gelenggang dengan bunganya warna oren. Aku memang terpesona.

Aku tak berapa suka mengail di kandang itek.. Pohon Gelenggang tak memilih tempat untuk membiak

Sebut pokok cenderai aku teringat mainan senapang buluh cina, guna buat cenderai; Emak mengamok marah kerana getah cenderai payah hilang melekat di baju. Buah cenderai masak sedap dimakan, lebih sedap dari buah ceri. Zaman kanak-kanak berputar dalam pita ingatanku. Jika boleh kembali ke zaman kanak-kanak, alangkah seronoknya. Aku makin meraban.


Azim adalah juara keluarga kami, tiapkali pergi memancing dia yang akan mendapat ikan paling banyak & paling besar!

“ … isk! besarnya ikan haruan… mengapa tenguk saja katak depan mulutnya..” Aku perasan ada seekor ikan haruan timbul dari celah samai. Sardin saja tak mahu makan. Pelik!.

Hujan mula renyai-renyai, mentari terkadang mencelikkan matanya. Hujan panas. Aku memakai jaket.

Tiba-tiba aku dikejutkan oleh bunyi redahan sesuatu dari celahan bakung. Nampak bakung beriak-riak, nampak bunga-bunga anggerik tergeleng-geleng di resah sesuatu. Disusuli kilat tiba-tiba & dentuman guruh yang agak ganas. Angin yang dari setiap penjuru bagaikan berkumpul ke satu arah. Di pulau bakung & anggerik bagiku bagaikan taman bunian. Aku terpaku memerhati.

“ Apa iyer… ular sawa berendam menangkap mangsa ke? ” Aku mula mencapai satu-satu pancingku.

“ Shiiirauuu… raasss… :) …” Seimbas aku melihat bagaikan ada satu bayang-bayang yang melayang; Naik melayang... bagai gadis berpakaian serba putih... terus melayang bersama bak angin puting beliung kecil berputar-putar ke atas bersama kumtum-kumtum anggerik dari desahan rumpun bakung.

Seimbas!

- bersambung

Istilah:

Ikan Pikok = kini popular dengan gelaran Ikan Raja.

DIINTAI PUTERI BUNIAN 3 ( Siri Famili )

Khamis, 28 Disember 2006

DIINTAI PUTERI BUNIAN ( Siri Famili )




Telah lebih lima ekor haruan menyambar pancing. Katak untuk buat umpan masih banyak lagi. Angin basah makin nakal menampar wajah. Sendirian mengail di paya lama ini amat mendamaikan. Sesekali apabila desah deru menggegarkan dedaun bakung aku terasa trauma, takut ular sawa yang kerap menganggu aku datang menyapa lagi.

Desa Tualang ( Nama sebenar Kampong Changkat Tualang ) yang terletak di pinggir Kota Bharu Perak sememangnya bagiku adalah syurga memancing ikan air tawar; ikan tapak lombong, seperti talapia, haruan, kaloi,tongsan, lampam, terboi & kebelakang ini makin banyak pula ikan terganas di dunia...kacukan ikan benjol kepala ( Flower Horn ) & Talapia ... ( Cuba Teka nama ikannya...! Sesiapa yang tinggal di daerah Kinta pasti tahu )

Teratai makin biak; pohon gelenggang makin subur. Jika landasan komuter berkembar siap nanti pasti semua warga kota terliur melihat lompatan ikan toman, tarian kaloi berpanas badan pun riak sepat ronggeng menari ca-ca. Sekarang tempat aku sering mengail kian diredah landasan komuter. PM dulu memang mahu cepat siapnya landasan keretapi yang bakal menyambungkan kita ke Tanah Besar China. Pak Lah yang menghalang, tetapi semalam aku baru pulang dari tanah tumpah darahku; Nampaknya semuanya disambung semula. Kampong Bakap yang dulunya telah amat permai; telah lama hilang ghaib ditelan lombong, kekinian Kampong Bakap amat cantik telah ada jejantas untuk merentas landasan keretapi; Orang KL panggil komuter!. Keretapi merentas tasik dengan kembangan bunga teratai indah permai & tentunya anak-anak akan melambai tangan ketika memancing di sisi landasan keretapi.

Kampong Redang Sawa, (Sedap ejaan kampong daripada kampung... memang menandakan ianya tidak diubah zaman) memang kampung tradisional yang tidak terusik. Ianya bagaikan pulau di tengah tasik. Damai & sepi. Di sini ramai karyawan filem hadir menimba ilham & sudut kamera yang cantik.

(Aku sedang proses menyunting gambar yang menarik sekitar Kota Bharu Perak yang terletak di Lembah Kinta. Atau lebih tepat Mukim Teja di mana ramai kalangan artis telah kenal tempat ini. Rosyam Nor, Nasha Aziz pun berbulan-bulan berkampung di sini sebab giat membuat pengambaran!. Kartunis banyak mendapat ilham di Kota Bharu, ramai tak tahu ada kubur Tun Teja di sini, jika melihat peta Perak pasti terbaca Mukim Teja... di mana Tun Teja bersemadi. (Bendahara Teja yang ini adalah kerabat di istana Sultan Perak, bukan Tun Teja yang menyintai Hang Tuah) Memang cantik panorama kampungku tetapi.. emmm kenapa aku namakan ceritera ini DIINTAI PUTERI BUNIAN

Tunggu!!

Antara panorama yang sempat kurakam di Desa Tualang... Nasha Aziz sering mandi-manda di sini ... mungkin!!

" Strissthh!!.... " Tetiba sahaja pancing bergoyang.

Mesin Ruby aku ditarik ikan, ikan apakah gerangan!.

" Huh talapia bunga lagi.. besarnya! " Desus hatiku.
Jika ikan Talapia Bunga dipancing di paya jernih memang dagingnya amat manis.

Opah Bi ( Telah kembali ke Alam Baqa kira-kira 5 tahun Tahun 2000 ) kata ikan talapia yang kukail manis dagingnya, tak seperti ikan talapia yang dia beli di pasar. Hanyir; Memanglah manis, sebab tempat aku mengail sememangnya jernih airnya. Paya terbiar, paya lama yang terpencil. Penuh samai & anggerik liar yang amat megar. Aku main redah saja semak-samun, aku sendiri tak tahu apakah paya yang aku jejaki itu ada ikan atau pun sekadar berudu membiak. Sejak aku kecil aku memang pengembara hutan yang aktif. Jika tidak melastik punai daun aku akan mencari ikan keli atau limbat yang makin pupus.

Aku tak suka mengail di kolam kandang itek. Airnya pun selalunya amat keruh berkelodak, maka itu ikannya akan rasa hanyir. Bagaimanapun Boleh hilang hanyir itu jika pandai basuh dengan asam; masak asam pedas taruh belimbing buluh. Memang amat rugi mereka yang menolak ikan air tawar. Aromanya gulai ikan air tawar teramatlah sedapnya. Jika orang Perak, bayangkan dapat menjamah, ikan lampam masak tempoyak. Jika masih tak sedawa lagi.. Isk Pak Mertua lalu pun pasti tak sedar.


Boleh hilang hanyir itu jika pandai basuh dengan asam; masak asam pedas taruh belimbing buluh.

Awal petang tadi cuaca agak redup, sejak dari rumah lagi aku perasan hari seakan mahu hujan; Maka bilamana Azim begitu minat ingin menemani aku mengail aku membantah. Apatah lagi aku akan menyusur semak-semak. Aku tak mahu Azim akan calar-balar dicakar resam, duri banong & miang dengan lelalang juga rempiang. Afiz memang tidak sihat sejak dari Jenaris. Aziq & Anif leka main jongkang-jongkit.

Haruan, talapia, keli ikan terboi kian memenuhi karungku. Surya kian susut dari kotaknya. Aku meneguk air kosong yang telah hampir ke dasar botolnya. Sambil melihat belibis menangkap ikan seluang.

Bangau... kerbau bagaikan tidak mahu berpisah. Gambar diambil oleh Aziq di perjalanan dari Batu Gajah ke Desa Tualang.

" Bau apa pula harum amat datang dari hujung paya ini " Aku berbisik sendirian.

" Ah.. biasalah dalam hutan bila deru terbang dari tiap penjuru mestilah perbagai bauan bunga belakar akan terhidu " Jawab hati berani aku lagi satu.

Aku sebenarnya memang tidak selesa dengan bauan wangi yang entah datang dari mana. Ungunya bunga senduduk nampak megar. Melambai-lambai aku tiap kali dibelai angin. Aku menyedut suryaku dalam-dalam & melepaskan kepulan asapnya dari celahan belukar. Aku mencapai beberapa biji buah senduduk, menguyahnya dengan lahap. Kelat. Tapi Sedap. Meneguk lagi air kosong.

Aku mencapai beberapa biji buah senduduk, menguyahnya dengan lahap

( Senduduk berkhaziat untuk luka dalam seperti wanita lepas bersalin, kini telah ada di pasaran herbanya yang boleh dibuat ubat; buahnya yang masak juga amat mujarab luka di bibir@pecah mulut boleh dimakan terus begitu sahaja, MARDI banyak mengkaji akan perbagai herba malahan jika ke melayari internet pasti terjumpa pengeluar herba.

Bau wangi yang semerbak makin kuat, serentak itu bulu roma aku terasa meremang. Aku mengurut-ngurut tengkokku. Berjerutu & terasa peluh dinginku.

" Puteri yang wangi, janganlah ganggu aku hendak mengail... " Aku bersuara pelahan.

Serentak itu awanan yang tadinya mendung kian berarak lalu, mentari kian tampak di ujung pepohonan. Daun buluh nampak bergegaran. Terliuk-liuk disapa angin yang tak keruan arahnya. Cahaya mentari jatuh dari celahan senduduk, resam & rempiang mengintai aku. Belibis terbang lari ke celahan bangau yang leka jauh di tapak lombong bersama sang kerbau. Aku makin tak sedap hati.

Bau wangi seakan bau bunga tanjung masih semerbak..!

- bersambung

Istilah:

Samai = rumput dalam air berdaun halus & cantik.
Rempiang = sejenis lalang besar berbunga di pelepah yang tinggi.
Duri Banong = pokok berduri yang besar batangnya memanjat pokok lain.
Bakung = sejenis tumbahan dalam air daunnya lebar panjang celah daunnya yang tebal sering orkid liar tumbuh.

DIINTAI PUTERI BUNIAN 2 ( Siri Famili )

MMms 8 Penyair iDANRADZi Masuk Wad Kecemasan Lagi ( Siri Famili )


22 Disember 06

" Bagus lagi cerita Diamond Girl lagi Angah " Terkadang aku panggil Aziq .. Angah.

" Haa ahh.. ayah yang pilih..." Dia bersungut lantaran cerita With Love agak kurang sesuai untuk tontonan keluarga.

Siri drama Jepun yang aku beli di TESCO memang payah nak mengagaknya. Di kulit VCD yang terdapat 9 keping semuanya tulisan cina, bergantung dengan gambar sahaja sememangnya payah mengagak cerita di dalamnya. Diamond Girl memang menarik ceritanya. Pelakunnya utamanya Alisa Mizuki memang berkesan. Ada moral cerita yang baik. Kisah kehidupan syarikat guaman yang menarik. Tapi With Love Cinta Internet juga 9 keping VCD agak banyak adengan ranjang & kecurangan cinta yang & kelonggaran moral cinta & cerita.

Alisa Mizuki

Leka menonton Drama Jepun hingga lewat malam tiba-tiba terganggu lantaran sakitku menyerang lagi. Dari Jam sepuluh malam memang terasa sakitnya tapi aku bertahan. Tetapi apabila kira-kira jam 1:00 pagi aku bagaikan tidak tahan lagi. Mahu mengejutkan Afiz atau Aziq tak sampai hati. Tidak sampai mahu menganggu mimpi manis anak-anak. Mahu telefon Mila kasihan pula takut dia risau di Pulau Carey. Sememangnya bila dia berada di Pulau Carey, tiada e-mel cinta tiada SMS ... terasa amat akan betapa jauhnya nilai cinta di hati seorang kekasih. SMS yang saban hari dia kirim amat payah sesat ke telefon bimbitku. Kalau ada SMS pun cuma kepada Aziq atau Afiz. Apatah lagi aku pun buka jenis orang yang menyukai telefon bimbit, jika aku buka telefon bimbitpun sekadar terdesak ingin menggunakannya. Amat berbeda cinta sebelum pernikahan & cinta yang makin ke hujung usia begini. Bagiku cintaku makin bersemarak tapi nampaknya bahang cintaku bagaikan merentongkan serinya cinta seorang kekasih. Ah kenyanyukkan seorang pesakit tua.

Bila aku terkenangkan tangis Apak ketika Arwah Emak pergi; aku amat mengagumi cinta Apak. Biarpun dia punyai lebih dari seorang isteri, tapi jelas dia amat kehilangan cintanya terhadap arwah emak. Aku tahu cinta Apak tak pernah berpura-pura terhadap Arwah Emak. Cintanya kepada Cik Peah sekadar sikap remajanya. Cinta Apak kepada Opah Bi lebih kepada ingin membantu Opah Bi. Tak sama cinta Arwah Apak kepada Arwah Emak.

Bila aku kenangkan cinta Mak Mertuaku terhadap Pak Mertuaku, aku masih tertanya-tanya akan hujungnya. Aku tak nampak langsung Mak Mila menangis ketika pemergian Pak Mertuaku, malahan aku lebih terkesan akan tangis isteri muda Pak Mertuaku yang sampai kini aku tak tahu ke mana dia berada. Seolah-olah cinta keluarga mertuaku pecah lantaran keputusan Pak Mertuaku nikah lagi seorang di akhir hayatnya. Mungkin juga Mak Mertuaku tidak mahu menunjukkan kesedihannya. Meraung menangis ketika kematian itu selalunya orang India. Tetapi Opak Bi & Arwah Apak bagaikan melimpah tidak hentinya kehilangan cinta di hati mereka.

Apakah semua poligami ini akan pincang & payah menimba akan kejernihannya.

Selain cinta terhadap Allah Azzawajalla , bagiku dalam hidup ini seharusnya hanya ada satu cintaku terhadap . Mutlak untuk seorang kekasih yang kini bergelar seorang isteri; Sayogia usiapun makin ke akhirnya. Tua. Jika dalam usia yang mencecah 40an masih memikirkan kesepian & cinta lain rasanya dunia ini pasti menuju ke arah kiamat. Aku tak faham kenapa seusia begini masih ada kalangan suami atau isteri mengejar cinta lain. Apakah tidak cukup cinta yang dianugerahkan Ilahi. Apakah Jodoh yang telah melahirkan Zuriat ini masih silap. Apakah yang masih ada bagi isteri atau suami ke arah lain sedari cuba membahagiakan anak-anak. Mengikut kata hati & membiarkan seisi keluarga terpisah & terbiar akan kasih sayang.

Bila aku terbaca akan kisah Mak Mertua yang kian mendesak meminta bantuan kewangan kepada seorang anak perempuan yang telah bernikah. Aku teruji & terfikir, apakah perjalanan hidup ini amat perlunya mengumpul harta. Apakah wang ringgit itu amat perlu untuk keluarga yang ditinggalkan sampai memiskinkan keluarga sendiri. Apakah tanggungjawab seorang anak perempuan itu masih amat perlu terhadap keluarganya berbanding rumahtangga, suami & ana; Apakah dalam saranan agama Islam itu ramai kalangan pasangan suami isteri tidak amati.

Aku sering mendengar masalah yang sama, aduan yang sama dari kawan & taulan. Isteri terus membantu keluarga hinggakan suami tak langsung punya simpanan. Apakah kata-kata ini tidak ujud.

" Ani berkerja semata-mata ingin membantu abg & keluarga; Keizinan abg untuk Ani berkerja tidak akan Ani persalahgunakan.." Pernah ayat ini diceritakan olah temanku dilafaz oleh isterinya. Bagi isterinya suami bagaikan Tuhan ke dua. Selebihnya dia tidak pernah hiraukan selain keluarga. Memang aku melihat akan kebahagiaan mereka.

Huh sakitku semakin kuat; aku telah menelan ubat tahan sakit telah 3 biji. Makin bertambah sakit. Berbaring mengiring ke mana pun sakit. Berdiri apatah lagi. Nafas memang semakin payah. Aku sekadar dapat banyak berdoa, agar aku lebih kuat & dapat bertahan hingga siang esok. Lagipun kad pengenalanku & semua dokumen entah cicir di mana. Aku syak di makmal. Aku telah tefeon Eris kot tercicir di dalam keretanya.

Afiz & Aziq lena tidur, aku naik ke tingkat atas & turun ke bawah. Mundar-mandir menahan sakit sendirian.

Aziq makin pandai mengail & memintal cacing ke mata kail.


Awal pagi, setelah syolat subuh aku terus berkejar ke tempat kerja. Membava akan filem X-ray. Aku mereka-reka ke mana mahu ku pergi mendapat rawatan; apakah ke Hospital Kajang lagi; emmm .. telah lebih 10 jam aku menahan sakit. Tahankah lagi. Aku terfikir pergi ke Klinik UPM. Kebetulan Pak Wahid pun sakit gigi & mahu ke klinik yang sama; pada awalnya sememangnya aku ingin mengajak Fairuz menemaniku. Fairuz memang pembaca Forum Pancing yang setia. Baca saja forumku terus telefon ku...

" Tak apalah Fairuz terima kasih!.." & aku terus ke Klinik UPM.

Pak Wahid perasan nombor tiketku untuk berjumpa doktor ujungnya 4. 1094. Empat nombor mati katanya...

" Tekanan darah Encik terlau tinggi..! " Aku diam sahaja. Nampak sopan sangat doktor perempuan yang tentunya hampir sebayaku.

" Apakah Encik sebelum ini ada masalah Tekan Darah Tinggi "

" Tak pernah, saya kerap juga pergi buat ujian tekanan darah.." Kataku dengan kesakitan yang makin reda.

" Kena beri suntikan & ditahan di Wad Kecemasan " Huh wad yang sama lagi.

" Mungkin kerana Batu Karang, sampai membuatkan tekanan darah Encik berubah "

Aku dibawa oleh pembantu doktor ke Wad Kecemasan. Katil 4. Nak buat macam mana memang asyik nombor itu. Aku terbaca di interne, Darah Tinggi antara punca Angin Ahma menyerang. Strok menyerang. Padanlah nafasku sesak tiapkali sakit.

Aku memang tak sabar untuk discan cara ultrasound. Tapi kata doktor tadi, semalam dia buat panggilan sendiri, ke Hospital Serdang lagilah lewat 16 Januari baru ada kekosongan bagi pesakit di Klinik UPM membuat scan ultrasound itu.

Aku cuba terlelap di Wad Kecemasan, anehnya ... tiap kali aku pejamkan mata. Asyik nampak bayangan kerenda yang diusung orang. Apatah lagi dalam Wad Kecemasan cuma aku seorang sahaja. Wadnya jauh lebih besar & selesa berbanding Hospital Kajang. Kebas cucukan jarum suntikan dipongong masih sakit. Tapi sakit di dalam diri makin kurang.

Hampir sejam & jururawat amat muda yang mungkin pelajar tahun akhir datang membawa alat ujian tekanan darah.

" Okey dah kot & mestinya saya boleh balik "

" Nanti dulu takut bila Encik bangun... pening & boleh tumbang... nanti saya tanya doktor " Mungkin dia perasan tekanan darahku tak normal.

Beberapa Minit kemudian baru aku diarahkan berjumpa doktor di pintu 5. Doktor perempuan yang amat sopan yang sama.

" Tekanan darah Encik masih border, masih tak terlalu baik tapi menurun sedikit berbanding tadi, saya kasi dua ubat satu tahan sakit & satu lagi ubat untuk cuba pecahkan batu karang tu " Aku diam sahaja.

" Jika berulang lagi sakitnya Encik boleh datang sini untuk suntikan atau apa-apa ikhtiar sementara menunggu scan ultrasound itu.. "

Aku mengucapkan terima kasih & ke kaunter 8 untuk mengambil ubat. Aku tertembong Ana yang sememangnya berterusan mengambil ubat di kilik UPM. Aku terfikir bagaimana layanan di UPM berbanding Hospital Kajang, memang antara langit & bumi, & ubat yang diberipun amat berbeda. Tahan sakit & Rowatinex. Apakah akan pulih segera dengan ubatan ini. Emmm sakitnya telah terbiar lebih dari sebulan. Bolehkah. Yang Pasti sakit & penantian aku masih panjang! & aku memang takut akan bayang-bayang itu.

MMms 9

Khamis, 14 Disember 2006

Penyair iDANRADZi dirawat di Wad Bersalin...MMms 8 ( Siri Famili )


08.12.06 Jumaat.

" Abang ikut lorong hujung itu, ikut saja koridor itu & akan jumpa wad bersalin " Pesan seorang Doktor muda.

" Aku nak tergelak pun ada, apa ke jadahnya kena masuk ke wad bersalin " Mila marah bila sebut perkataan jadah, aku pula tertarik dengan TV7 Edisi Siasat yang kerap mempopularkan perkataan itu.

Entah berapa kali aku berpusing-pusing di bahagian X-ray. Encik kena ada borang ini; Encik tak perlu daftar sini; Encik kena ke bahagian X-ray; Encik kena terus jumpa Dr Safuan; Encik kena ke wad bersalin; Mana satu yang betul?. Aku lagilah tak faham tulisan cacing Doktor Klinik Husni. Nak pergi ke mana?, bila kata ke wad bersalin; aku meraba-raba perut boroiku. Huh memang pun aku macam orang mengandung sembilan bulan. Tunggu saat & ketika saja hendak ... Tapi tak keluar-keluar!.


Semua orang mengandung, kalau ada lelaki pun menemani isteri. Aku buat muka sadin sahaja bertanya, di mana harus aku membuat tempahan untuk scan perut boroiku. Ultrabunyi. Di wad bersalin itu sahaja kot yang ada alat scan begitu. Maka itu sebab aku diarahkan mendaftar diri di wad bersalin. Atau memang di situ semua orang akan discan termasuk lelaki semacam aku.

" Encik kerja mana? " Muda lagi jururawat yang bertugas, mirip wajah anak mami tapi nampak macam sudah berkahwin.

" UPM "

" UPM ada ke dalam sinarai jaringan kerjasama hospital ini iyer "

" Entahlah, tapi kat pintu utama Hospital Kajang memang tertera nama UPM "

" Kenapa Encik tidak pergi ke Hospital Serdang? "

" Doktor panel yang rekemenkan saya ke hospital ini, mungkin sebab rekod perubatan saya ada di sini, lagipun memang alamat saya di Kajang. " Terang aku panjang lebar, sambil diperhati oleh seorang lelaki di sebelah pintu wad, bagai orang yang telah kerap ke sana; & dia mencelah...

" Memang UPM termasuk jaringan kerjasama kita " Siapa orang itu, doktor ke?.

" 15hb Nov saya kena masuk wad kecemasan, 20hb kot saya pergi X-ray di Klinik Kesihatan Jakan Semenyeh.. tapi sana doktor kata saya okey sahaja " Ceritaku. Tonggang terbalik bahasaku.

" Lebih kurang tiga minggu tidak datang sakit, tiba-tiba semalam sakitnya berulang lagi "

" Emmm Encik boleh buat scan tahun depan... " Bergurau kot!

" Hah!? tahun depan " Hah aku itu memang kuat aku suarakan... sambil tersenyum.

" Sekarangpun sudah bulan 12 kan?... " Aku menambah sambil tersenyum. Jururawat itu juga tersenyum.

" Emmm 11.1.07 baru boleh scan baby Encik " Bergurau lah tu!.

" Kami guna mesin scan itupun seminggu sekali, jika boleh Encik cuba minta filem X-ray di Klinik Perubatan itu "

" Saya cuba minta... "

" Tak dapatpun tak apa "

" InsyaAllah saya usahakan "

" 11.1.07 jam 9 pagi "

" Ookeyy Terima Kasih " Aku pun berlalu di celahan ramai wanita mengandung, menunggu untuk lenggang perut tentunya.

Harap-harap aku boleh bertahan sakitnya, lambat lagi nak tunggu 11hb Januari. Bila aku telefon Mila kasi tahu aku ditahan di wad bersalin; Memang terkejut berok Mila. Apatah lagi bila kata tahun depan baru boleh scan. Membebel Mila. Aku jelaskan tak apa, ada masa aku cuba ubat cara tradisional. Mila ajak aku jumpa dukun di Semenyeh; aku lebih suka guna ramuan sendiri. Minum air bali selalu. Rebusan Bunga Mukmin atau Ratu Pari.

Memang ramai lagi yang tak setuju cara perubatan di hospital kerajaan yang sebegitu. Habis itu nak buat macam mana. Memang itulah hakikatnya; selalunya jika aku tak terlantar, terkapar tak boleh bangun selagi itulah caranya dilayani. Agaknya:

Aku terbayang wajah kerisauan Doktor di Kllinik Husni;

" Selalunya memang begitulah mereka layani pesakit jika kita tidak mendesak & beriya-iya sesakitan! " Masih teringat kata-katanya.

Sakitnya masih tak pasti.

Origami
Posted on 12.12.2006 2:29 AM
Posted from Malaikat Maut Mengintai Selalu 7 ( Siri Famili )

Saudara iDAN, nampaknya penyakit saudara masih belum reda-reda lagi, apakah puncanya yang sebenarnya agaknya. Tiada apa yang boleh saya bantu, melainkan rasa simpati dan berdoa untuk seorang rakan alam maya ini supaya apa saja yang saudara hadapi itu beransur pulih.

Walau apa saja pun saya amat "respect" saudara, salam keadaan bergitu pun masih boleh menulis lagi! Cerita pasal gangguan yang selalu saudara alami di tempat kerja amat menarik sekali. Saya rasa kekerapan saudara diganggu membuat saudara lali. Perkara ini telah menjadi kebiasaan untuk mereka yang sering berdepan dengan keadaan seperti saudara ini.

Walau apa jua, kita harus ambil ingatan bahawa gangguan, lintasan, penjelmaan dan sebagainya memang ujud dan kadang-kadang menjejaskan perjalanan kehidupan seharian kita sekiranya bertembung. Ini semua makhluk Allah, samada yang menyesatkan atau membawa kita ke jalan yang benar. Yakin kemampuan kita untuk melindungi diri sendiri dengan bantuan Allah Yang Maha Esa, akan selamat dunia dan akhirat. Salam hormat.


Terima Kasih atas doa.. agar kesakitan yang sedikit ini akan cepat pulehnya.

Suasana di bangunan yang tinggi ini memang amat sunyi; lalu saya tak sekerap dulu berjaga malam. Pelajar pun tak semeriah lalu. Jarang datang malam. Jadi memang sering sendirian di makmal jika kerja lewat malam. Apatah lagi nak naik turun lif lewat dinihari memang amat sunyi & menyeramkan. Ramai yang tak setuju bangunan setinggi ini dijadikan makmal; sebelum ini sememangnya bangunan 11 tingkat ini hanyalah bilik pensyarah & pejabat.

Biasanya jika sebelum tengah malam sememangnya jarang saya diganggu; cuma jika sudah jam dua tiga pagi sendirian biasalah marah kot jin itu melihat kita tak ingat nak balik tidur. Jin juga makhluk Allah SWT yang membiak ramai; sudahlah sesiang kita banyak mengganggu mereka tentunya; malam-malam mungkin mereka mahu bebas sikit bergerak, alih-alih kita pula tercegat depan mereka; memanglah mereka juga seriau!. Kita tentulah lebih-lebih lagi seriaunya




Selasa, 12 Disember 2006

MMms 7 Gangguan Makhluk Halus ( Siri Famili )


Aku sering bercerita tentang kesakitan. Bagiku tiada sakit yang tidak berpunca, pasti ada ujian Ilahi di sebaliknya. Cara kematian seseorang ada perbagai. Ada yang amat mudah menghadapi sirratulmaut & sebaliknya. Jika kita dapat memilih pastinya kita mahu yang mudah. Pemergian yang tidak menyusahkan orang; tidak payah keluarga bersungut menjaga kita sakit.. lama sangat.

Sakit itu bukan musibah tetapi adalah salah satu cara Ilahi mahu menghapuskan dosa-dosa kita. Sememangnya kita sering tidak sedar, lalai & leka dengan duniawi yang terkadang kita melanggar arahan Ilahi. Sekadar dosa kita dengan Ilahi mungkin kita bergalas dengan memohon keampunnnan; berharap dosa terampun tetapi bagaimana dosa kita dengan manusia. Dengan suami atau isteri, dengan ibu atau ayah, dosa sesama manusia; Perlu meminta maaf dengan orang yang kita melakukan dosa pun perlu memohon keampunan dengan Ilahi sebab dia yang menyusun segala peraturan serta perundangan manusia.

Gambar keluarga semasa MAHA tempoh hari.

“ Adik Harun Din pun boleh terpesong akidahnya ini kan lagi kita orang biasa, abg iDAN tenguk berita ini, mereka berkumpul beramai untuk membetulkan aqidah adiknya tetapi gagal ” Desah Edi pelajar tahun akhir yang sedang menyiapkan projek tahun akhirnya.

“ Payah kita hendak mentafsirkan siapakah aqidah antara kita yang betul, antara keluarga mereka pun bukan satu pegangan, sebagai contoh Harun Din sendiri memperjuangkan Islamnya dalam PAS, adiknya kenapa berkecuali & berkerja dengan Istana Negara, makan gaji dengan duit kerajaan… maka tak hairan kalau adiknya mengikut golongan yang lain ” Keluhku.

“ Haa ahh payah juga ..” Edi diam tentunya malas menyatakan pendirian dia; apatah lagi berkait dengan isu aga & politik.

“ Golongan agama kita terlalu ramai Edi, kita kena memilih ketua dalam pendirian kita untuk berjihat menegakkan Islam, agama tak boleh dipisahkan dengan politik; tahukah kita… kita berada di golongan yang betul? ” Aku sekadar cuba menyungkil pendirian Edi.

Edi diam, Razel yang bersebelahan kami nampak lebih minat dengan data penyelidikan dia dari perbincangan kami. Malahan Edi membuka topik lain. Kes gangguan di fakulti kami yang makin menjadi-jadi.

“ Entahlah Edi, kalau kita berjaga malam sendirian memang banyak gangguan, bebaru ini ada staf KAA nampak orang berjalan di permukaan tasik ”

“ Batul ke abg iDAN…?”

“ Mungkin hayalan dari pandangan dia sahaja, tapi sejak peristiwa itu tersebar, sunyi bangunan baru itu, tak siapa ramai lagi berani berjaga malam..”

Aku pun menceritakan bagaimana aku sendiri sering diganggu sejak awal pindah ke kompleks baru ini hinggalah kes Arwah Nasha mengantung diri.

Aku malas nak menyatakan sebenarnya aku naik ke tingkat empat bertemu Edi, Razel & geng mereka pun sebab masa aku mahu naik lif tadipun aku diganggu lagi. Ada yang mencuit bahuku, terasa ditarik bajuku dari belakang membuatkan aku meremang bulu roma; Itu sebab aku tak terus ke bilikku di tingkat tiga. Aku andaikan sahaja angin. Buat apa hendak menakutkan diri sendiri.

Lagipun sakit di rusuk kiri aku kian terasa. Anak-anak di rumahpun tak makan lagi; Nasi Ayam telah aku belikan untuk mereka. Ingat nak berbual kejap & segera balik. Tingkat tiga memang sunyi, Cuma aku seorang diri yang sering bersantai lewat malam. Bebaru ini pun ada pelajar perempuan kena ganggu waktu magrib; hujan renyai ketika itu. Angin jika mendesah celahan tingkap memang seram bunyinya; lampu pula menyala separuh-separuh sedangkan suis lampu satu. Siapa yang bermain suis. Jaga ke? Lan Perdana ke yang menyakat pelajar itu.

Aku tak ambil kisah sangat sebab aku bagaikan sudah lali; tiap kali aku sendirian di makal sememangnya jika telah melebihi tengah malam perbagai perasaan timbul. Jika ke bilik air memang sering terdengar bunyi gesekkan kaki mengikut dari belakang; bila ditoleh ke belakang nampak seiris sahaja; tak jelas apa lembaganya. Amar pengawal keselamatan yang rapat denganku pun sering diganggu; hobi lembaga itu memang suka main suis lampu. Kerap bila dia ingin menutup lampu di tingkat sebelas asyik bermasalah, kalau nak tutup terkadang tak boleh; Main suis buka & tutup tak menyala; Rosak kot. Bila sudah turun ke tingkat bawah menyala sendiri lampu tingkat sebelas itu. Amar sudah tak kisah sangat. Memang amat sunyi jika sendirian di bangunan sebelas tingkat itu. Terkadang bila jam satu dua pagi, ketika kapcaiku meredah embun jantan; aku dongak ke atas bangunan, kot seorang dua lagi ada orang di tingkat atas. Mesti pelajar Pak Arab yang tak kisahpun tentang syaitan jin jembalang ini.

Memang hidupku makin diperangkap sunyi. Bagaikan segala perkara ghaib & makhluk sudah makin kenal aku. Sendirian di makmal, sendirian di jalanan, sendirian dengan pegangan cinta, sendirian menahan sakit. Isteripun acuh tak acuh sahaja bilamana aku kerap di tahan di wad kecemasan. Jauh sekali mengingatkan memakan ubat. Berpuluhan SMS sehari diutus & diterima entah dari mana; tak pernah pun berpesan sudahkah aku makan ubat. Tidaklah berharap sangat pesanan. Ada pun SMS untukku sekadar mengatakan, tak dapat balik awal atau tak balik dari Pulau Carey sebab ada hal. Memang SMS membosankan. Sayang amat keanggunan telefon bimbit tidak dapat mengikat kasih suami isteri, yang dulunya sepasang kekasih. Tidak dapat menyemarakan cinta yang dulunya amat payah bersua. Itu antara sedikit sebab aku amat benci telefon bimbit. Bila sendiri & sepi begini memang segalanya amat suram lagi pudar. Terbayang wajah Azim terbayang wajah Anif yang amat manja denganku, tapi terhalang sentiasa denganku lantaran kerjaya seorang ibu. Emmm apakah bunyi gesekkan kaki bayangan yang mengejar aku itu putei bunian yang simpati dengan aku. Atau Gesha dari Juoo Machi ingin mengintai aku. Ah mengarut.

Huh! … sakit di rusuk kananku makin teruk … bagai digigit-gigit.. hari ini aku cuti sakit kena ke hospital lagi!. Terpaksa pergi… nak cari ubat takut mati!.

- Bersambung

MMms 8

Isnin, 11 Disember 2006

MMms 6 ( Siri Famili )



" Bermakna dia tak buat rawatan terapi; ada batu karang tak boleh dilihat melalui X-ray hanya boleh dikesan melaui ultrasound " Dr Tengku Mohd memberi perjelasan.

Aku senyap.

" Biar kita buat ujian air kencing dulu "

Aku yang diserang oleh sakit misteri di badai 23 November lalu, kembali resah. Duduk tak boleh, berdiri tak boleh, baring lagilah sakit. Perut makin membosong; bagaikan belon ditiup-tiup. Nafas makin susah. Ish melampau betul sakitnya. Sebelumnya dari jam 6 petang lagi kesakitan mula menyerang; terlalu nyilu sakitnya. Aku bertahan juga dengan kesakitan sayang nak berbuka puasa.

Eris yang kebetulan tak sihat, terbaring di makmalku. Sakit diri & sakit dalam diri tentunya. Dia tentu rindu akan Maria & anak-anaknya di Tangkak. Afiz & Aziq leka dengan komputer. Telah lebih dari tiga jam aku tidak keruan. Eris risau juga kalau-kalau aku tak boleh memandu pulang. Nampak dalam sakit dia cemas.

Berjam aku di tandas, tapi perut sebu sahaja, tak mahu apapun; Nak katakan sakit perut tidak juga. Nak katakan angin tak juga. Berlindung dari penglihatan anak-anak di bilik air. Berbuka sekadar menghilang dahaga.
Berkejar juga ke klinik biarpun asalnya cuba bertahan jua.

Jadi bila Doktor hendakkan air kencing memanglah amat payah untuk diteran keluar. Sebab perut bagaikan sebu semacam. Agak lama aku di bilik air. Klinik Husni tak ramai sangat pesakit jadi taklah aku gelisah sangat menunggu. Tak sampai setengah jam sudah dapat berjumpa Doktor.

" Air kencing En iDAN berdarah, En iDAN kerja apa? banyak berjemurkah? "

" Saya buat kerja juruteknik baiki komputer, tidak berjemur cuma seharian terkurung dalam penghawa dingin "

" Hari itu buat X-ray kat mana? , kena pergi Hospital Serdang, buat temujanji untuk buat ultrasound " Apa benda ultrasound ini; aku tak pernah tahu pun.

" Pusat Rawatan Jalan Semenyeh "

" Tinggal kat mana? "

" Jenaris, kawasan Sungai Kantan Kajang "

" Kalau macam itu kena pergi Hospital Kajang ..." Emmm memang penatlah aku nanti.

" Kena beri tahu mereka, sakitnya berulang, jangan kata sudah baik; kadang-kadang memang doktor tak ambil berat sangat jika kita tak mengatakan sakit sangat-sangat " Memang kena auta juga untuk dapat rawatan di Hospital kerajaan.

Aku diam sahaja.

" Baring kat sana, bagaimana sekarang nak makan ubat atau perlukan suntikan "

" Suntiklah Doktor, sakitnya melampau, kot makan ubat lambat pula redanya " Memang dari makmal lagi aku sudah bercadang minta Doktor suntik sahaja. Tak rela rasanya menahan sakit; paling aku takut sakitnya mengejar jantung macam 23 November lalu.

" En iDAN tak ada alahan buat? "

" Tak ada.. "

Kena lagi suntikan di ponggong, tapi memang cepat reda sakitnya, dalam sepuluh minit aku tidak gelisah lagi.

" Nak cuti esok tak?... "

" Boleh juga doktor, nanti nak jumpa doktor kat Hopital Kajang tu... " Rasanya telah lebih 3 tahun aku pernah ambil cuti sakitpun. Lagipun esok hari Q, aku memang tak suka hadiri majlis begitu; memang aku tahu namaku termasuk mereka yang dapat anugerah cemerlang. Bukan dapat naik pentaspun; KJ yang akan ambil terkumpul dalam semua sijil dalam sampul surat.

Lagipun esok tak tahu; kot dibedalnya sakit kuat, ishh memang tak sanggup.

Panjang surat doktor, sampai dua muka surat.

" En iDAN saya kasi ubat tahan sakit & ubat untuk lawaskan buang air kecil; makan lepas makan... "

" Terima Kasih doktor!! "

Afiz & Aziq telah menunggu di luar klinik.

" Apa kata doktor " Tanya Afiz

" Mungkin batu karang, emmm ayah kena suntik lagi.. kat ponggong "

Setelah ambil ubat, kereta perangku pula payah nak dihidupkan. Takut nak bertempurlah tu!.

" Memang buat cemas sahaja kereta ayah ini " Keloh Afiz.

" Memang Aziqpun risau selalu naik kereta ayah ni.." Aku senyum, terbayang bagaimana kami sangkut masa nak berbuka puasa, tengah hujan. Kereta perangku meragam. Bebuka dengan air hujan.

" Kereta lama Aziq biasalah... " Aku cuba berkali-kali hidupkan enjin.

" Tak apa kalau kereta ayah rosak kita tidur di makmal sahaja " Pintu tak boleh buka, enjin baru gantipun nak meragam, huh!.

" Okey... ayah dah tak sakit lagi, jom...kita pergi tenguk wayang ..." Gurauku sebaik sahaja enjin kereta menyakat berdehem.. Aku baru Ahad lalu tenguk cerita James Bond; punyalah membosankan. Asyik main poker manalah aku faham, pulak tu James Bond tu pantang tenguk perempuan. Menggatal.

Paling aku sedih panggung kesayanganku MBO Cineplexes di Warta Bangi telah ditutup. Aku berkejar ke sana; tenguk ada tinggal satu dua poster. Mesti 1 Disember telah tiada tayangan. Paling dekat menonton di Kajang, tak berapa suka di sana, ramai orang; payah nak letak kereta, tiketnya mahal malahan tak securam MBO Cineplexes di Bangi. Sakit... sakit juga, hati resah nak dibawa ke mana?.

Esok aku cuti, kena awal pagi ke Hospital, entah bila boleh aku mendapat rawatan sebaiknya. Bila-bila masa aku akan diserang sakit lagi. Semoga memang batu karang, jangan pula penyakit kronik yang lain!. Kanser usus paling aku takut. Buah pinggang & Batu Karang ...Sejak dulu ayat itu; sudah ikut segala arahan doktor, X-ray berbagai. Masih samar.

Ultrasonografi

Imej ultrasound hepar

Apakah ultrasound?
Ultrasonografi adalah suatu kaedah pemeriksaan badan menggunakan gelombang bunyi pada frekuensi tinggi. Ini tidak asing kepada kaum ibu kerana mereka biasanya akan menjalankan ultrasound semasa kehamilan mereka. Kaedah pengimejan ini adalah hasil daripada teknologi radar dan telah wujud berpuluh tahun.

Ini berdasarkan fakta bahawa gelombang bunyi akan dipantul oleh objek dan gelombang pantulan ini boleh dibaca oleh komputer dan kemudian diubah balik kepada imej. Gelombang bunyi yang digunakan dalam pengimejan perubatan adalah antara 2 hingga 20 MHz; maka mereka dikenali sebagai ultrasound, kerana frekuensi yang tinggi.

Apakah Penggunaan ultrasound?
Sejak penggunaan secara meluas mula-mula dalam tahun enam puluhan, pada permulaannya tiada kesan sampingan telah dilaporkan bagi kes-kes obstetrik (wanita hamil). Gelombang ultrasound tidak melibatkan sinaran x dan radiasi. Itulah sebabnya pemeriksaan jenis ini diutamakan pada kanak-kanak dan wanita hamil. Bagi kehamilan, gelombang ultrasound digunakan untuk menentukan umur dan kesihatan keseluruhan janin. Gelombang ultrasound juga berguna untuk memeriksa pelbagai organ dalam badan seperti otak, hati, organ-organ di kalangan perut dan pelvis, saluran-saluran darah, sendi-sendi, payudara dan sebagainya.

Gelombang ultrasound berguna dalam menaksir otak dan saraf tunjang bayi baru lahir dan bayi-bayi muda. Untuk jantung, ia membenarkan penilaian fungsi jantung terutama injap-injap dan bendalir sekitar jantung tanpa perlu untuk prosedur invasif. Ini dipanggil ekokardiografi dan biasanya dilakukan oleh pakar-pakar kardiologi. Gelombang ultrasound adalah penyelidikan pilihan untuk memeriksa batu karang dan batu-batu ginjal, dan adalah cemerlang sebagai satu kaedah saringan untuk menilai pelvis. Penilaian saluran-saluran darah adalah dibuat oleh kajian Doppler.

Siapakah yang menjalankan ultrasound?
Banyak jabatan-jabatan radiologi dan obstetrik mempunyai kemudahan-kemudahan mesin ultrasound. Beberapa doktor famili mempunyai mesin ultasound di klinik-klinik mereka. Bagaimanapun, tahap kepakaran untuk mentafsirkan imej ultrasound berbeza-beza. Adalah disyorkan pemeriksaan ultrasound dijalankan oleh pakar-pakar yang terlatih dalam bidang ini demi mendapat faedah maksimum dari pemeriksaan.

Pemeriksaan canggih seperti pemeriksaan ultrasound vaskular (Pengkajian Doppler) atau ultrasonografi endoskopi (untuk memeriksa di dalam usus) bagaimanapun, terhad kepada pusat-pusat radiologi tertentu.

Apakah persediaan bagi sebuah pemeriksaan ultrasound?
Pemeriksaan ultrasound senang diperolehi dan dalam kebanyakan kes, boleh dibuat dengan serta-merta. Bagaimanapun, dalam situasi-situasi tertentu, persediaan diperlukan. Dalam satu pemeriksaan ultrasound bagi pundi hempedu, meskipun persediaan bukan wajib, berpuasa semalaman adalah berguna untuk menggelembung pundi hempedu dan membenarkan penilaian lebih baik. Dalam satu pemeriksaan ultrasound pelvis, pesakit diperlukan untuk mengisi pundi kencing dengan meminum banyak bendalir. Ini adalah untuk membenarkan penilaian struktur-struktur di belakang pundi kencing umpamanya uterus dan ovari. Pemeriksaan ultrasound khas dan canggih seperti intravaskular atau endoskopi akan memerlukan persediaan sama sebagai mana-mana pemeriksaan angiografi atau endoskopi.

Apakah yang berlaku semasa pemeriksaan ultrasound?
Pada waktu pemeriksaan, pesakit akan dikehendaki berbaring, dengan bahagian untuk diperiksa terdedah. Gel diaplikasikan di transducer (alat skan) tersebut dan digerakkan pada permukaan kulit yang meliputi organ yang perlu diperiksa. Apabila alat transducer yang diliputi gel menyentuh kulit, ini mungkin akan menimbulkan perasaan sejuk. Pesakit boleh diminta untuk mengalihkan badan dalam pelbagai posisi untuk membenarkan gambaran lebih baik bagi organ tertentu, contoh - untuk beralih pada sebelah kiri apabila ingin memeriksa pundi hempedu atau untuk duduk dengan kaki berjuntai di tepi meja untuk memeriksa vena varikos di kaki. Sekali sekala, semasa pemeriksaan, doktor itu boleh meningkatkan tekanan dengan alat transducer pada permukaan kulit dengan tujuan melihat struktur-struktur tertentu lebih baik. Ini tidak sakit biasanya, tetapi jika kesakitan dirasai, pesakit harus memberitahu doktor itu. Imej-imej ultrasound akan ternyata di monitor terus menerus imej dijanakan oleh komputer selepas informasi ultrasound diterima oleh alat transducer.

Ultrasound doppler arteri karotid di leher

Pengkajian Doppler – Kajian pembuluh darah dengan ultrasound
Pengkajian Doppler adalah pemeriksaan khas ultrasound untuk memeriksa saluran-saluran darah. Satu bunyi mungkin boleh didengar selama pemeriksaan, iaitu bunyi aliran darah dalam pembuluh. Warna boleh dilihat di pembuluh-pembuluh pada monitor video. Pada masa ini di Malaysia, suntikan tidak digunakan bersamaan dengan satu pemeriksaan ultrasound vaskular. Bagaimanapun, di sesetengah negara, pemeriksaan ultrasound khas menghendaki media kontras dan satu suntikan kecil akan diberikan sebelum atau semasa pemeriksaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai ultrasound:

Garis Panduan Antarabangsa Dan Peraturan-peraturan untuk Penggunaan Gelombang Ultrasound sebagai Alat Diagnostik dalam Perubatan
Ditulis dan juga dirumuskan oleh Dr Evelyn Ho, dari sebuah ceramah persembahan Dr Ng Kwan Hoong, PhD, DABMP, Jabatan Radiologi, UMMC, KL

Pendahuluan - Secebis gosip….
Pada akhir tahun 2005, terbaca di suratkhabar bahawa celebriti Tom Cruise telah membeli mesin ultrasound untuk mengikuti perkembangan kandungan tunangnya Katie Holmes di rumah. Ini telah diikuti oleh kenyataan daripada Kolej Radiologi America serta Persatuan Sonografi Diagnostik Perubatan mengenai keselamatan penggunaan ultrasound tanpa latihan yang teriktiraf. Adakah ultrasound mempunyai bahaya yang tersembunyi kerana efek yang tidak ternampak?

Biofizik Gelombang Ultrasound dan Kesan Bio (Bioeffects)
Apabila gelombang ultrasound membiak melalui tisu manusia, terdapat potensi kesan-kesan biologi atau bioeffects. Terdapat penyelidikan yang meluas bertujuan untuk memahami mekanisme asas cerdik serta penilaian potensi kecederaan tisu.

Banyak kajian adalah kajian-kajian berdasarkan kesan berkaitan dengan takaran gelombang ultrasound (keamatan) dan hampir-hampir semua kesan buruk biologi gelombang ultrasound telah berlaku pada tahap lebih tinggi daripada gelombang ultrasound diagnosis.

Diagnosis gelombang ultrasound merujuk kepada pemeriksaan ultrabunyi yang kebanyakan orang telah melalui dalam sebuah Jabatan Radiologi untuk pengimejan buah pinggang mereka, hati, pundi hempedu, payudara dan adalah juga digunakan dengan meluas bagi bayi-bayi dan kanak-kanak.

Mendirikan Garis-garis Panduan
Akibat daripada potensi “bahaya-bahaya” gelombang ultrasound, Garis Panduan Antarabangsa dan Peraturan-peraturan untuk penggunaan gelombang ultrasound dalam perubatan diagnostik telah diwujudkan.


Apakah beberapa kesan-kesan gelombang ultrasound ini?

Kesan-kesan terma
Apabila suatu pancaran bunyi berlalu melalui tisu, sedikit daripada tenaga bunyi diserap oleh tisu. Walau bagaimanapun untuk pancaran gelombang ultrasound yang rendah, haba yang terhasil cepat hilang dan tidak bertokok.

Ada beberapa kebimbangan dengan peralatan Doppler berdenyut dan peralatan pengimejan aliran warna dengan tahap kuasa yang tinggi yang akan mungkin meningkatkan jumlah haba terhasil.

Terapi ultrabunyi yang digunakan dalam Fisioterapi adalah berbeza dari gelombang ultrasound yang digunakan untuk pengimejan organ-organ anda (ultrabunyi diagnostik). Terapi ultrabunyi dalam fisioterapi adalah untuk mengendalikan otot-otot 'ketat', sakit otot, geliat dan seliuh, dan keamatannya lebih tinggi. Jika anda telah mengalami ultrabunyi jenis ini, anda akan menyedari bahawa tempoh terapi itu sentiasa pendek, kira-kira 10 -15 minit dan bahawa kawasan yang telah dirawat adalah “panas”. Ini tidak berlaku dalam ultrabunyi diagnosis.

Kesan-kesan bukan terma (mekanikal)
Kewujudan 'gelombang' adalah disebabkan oleh penjanaan, pertumbuhan, getaran dan keruntuhan buih-buih mikro pada tisu. Buih-buih mikro ini dihasilkan oleh gelombang ultrabunyi. Buih ini “gerak” mengikut aliran bunyi alur atau sesetengah mungkin berayun dengan kuat buih sehingga mereka runtuh/”pecah” dan mewujudkan kesan di sekelilingnya.

Apakah pandangan keseluruhan? Adakah Ultrabunyi selamat untuk kita dan bayi-bayi belum lahir?
Bukti telah diperoleh oleh kajian-kajian epidemiologi, kajian sel serta kajian-kajian haiwan.

Tidak terdapat kesan-kesan buruk, termasuk tiada bukti mengenai kelahiran bayi yang kurang berat akibat diagnosis ultrabunyi setakat ini dalam sejarah penggunaannya.

Institut Ultrabunyi Amerika dalam Perubatan (AIUM) menilai kajian-kajian epidemiologi dan menyimpulkan kegunaan perubatan meluas yang melebihi 25 tahun tidak membuktikan mana-mana kesan buruk muncul dari pendedahan ke ujian diagnostik ultrabunyi. “Tiada kesan-kesan biologi yang disahkan di kalangan pesakit-pesakit atau pengendali-pengendali alat-alat ini disebabkan oleh pendedahan tahap biasa peralatan ultrabunyi sekarang dilaporkan. Walaupun kemungkinan wujud yang kesan-kesan biologi boleh dikenal pasti pada masa hadapan, data semasa menunjukkan faedah kepada pesakit dengan penggunaan yang cermat jauh mengatasi risiko-risiko.”

Bagaimanapun, data epidemiologi ada had-hadnya. Tiada data untuk alat diagnostik berkuasa yang moden terutama peralatan dengan denyut Doppler dan pengimejan harmonik bersama penggunaan agen kontras.

Bagaimana boleh kita mengimbang faedah dan risiko-risiko?
Kegunaan cermat boleh tercapai mengamalkan konsep mudah (SMDC) ALARA, yakni “Serendah Munasabah Dapat Dicapai”

Mengikut lunas-lunas ALARA, kita cuba untuk mengawal pendedahan gelombang ultrabunyi serendah munasabah dapat dicapai, manakala mengoptimumkan maklumat diagnosis.

Nasihat untuk operator (yang menjalankan pemeriksaan ultrabunyi itu)
Kerana ambang bioeffect tidak diketahui (yakni, kami tidak tahu dengan tepat keamatan gelombang ultrasound yang memulakan kesan-kesan berbahaya), ia adalah tanggungjawab operator menggunakan kuasa pertimbangan sendiri untuk menyelaraskan keamatan ultrabunyi supaya maklumat maksimum diperoleh daripada keamatan terendah.

Kenyataan AIUM 99 mengenai kegunaan bukan perubatan'
“AIUM tidak menggalakkan penggunaan ultrabunyi untuk kegunaan psikososial atau tujuan-tujuan hiburan. Menggunakan gelombang ultrasound (2D atau 3D) untuk pandangan janin, mendapatkan satu gambar janin atau menentukan jantina janin tanpa satu petunjuk perubatan adalah tidak sesuai dan bertentangan dengan amalan perubatan bertanggungjawab….”.

Bacaan tambahan

Bagi mereka yang meminati membaca lebih mengenai keselamatan ultrabunyi, artikel-artikel dan buku-buku boleh didapati. Rujukan diberikan di bawah:

1. AIUM, Bioeffects Considerations for the Safety of Diagnostic Ultrasound, Journal of Ultrasound in Medicine 7/9 Supplement, 1988.

2. AIUM, Bioeffects and Safety of Diagnostic Ultrasound. 1992.

3. AIUM, Bioeffects Committee: Bioeffects and Safety of Diagnostic Ultrasound, 1993.

4. AIUM, Mechanical Bioeffects from Diagnostic Ultrasound: AIUM Consensus Statements, Journal of Ultrasound in Medicine 19/2, 2000.

5. BARNETT SB (ed), WFUMB Symposium on Safety of Ultrasound in Medicine. Conclusions and Recommendations on Thermal and Mechanical Mechanisms for Biological Effects of Ultrasound. Ultrasound Med Biol, 24, Supplement 1, 1998.

6. BARNETT SB. Biophysical Aspects of Diagnostic Ultrasound. Ultrasound Med Biol. 26, Supplement 1, S68-S70, 2000.

7. BARNETT SB AND KOSSOFF G (Eds), Safety of Diagnostic Ultrasound, Progress in Obstetric and Gynecological Sonography Series, 1998.

8. TER HAAR G AND DUCK FA, The Safe Use of Ultrasound in Medical Diagnosis, British Medical Ultrasound Society, British Institute of Radiology, 2000.

http://www.radiologymalaysia.org/

Buah Pinggang Sebagai Penapis

BUAH PINGGANG berbentuk seperti kacang kacang merah dibelah dua dan berada dibahagian bawah pusat kearah belakang badan. Jika ia baik maka baiklah seluroh badan dan jika ia rusak, maka rusaklah seluroh badan.

DALAM perubatan Cina, buah pinggang diibaratkan sebagai 'ibu pada segala cecair di dalam badan' dan daripada situ, wujudlah pula 'Yin dan Yang' Manakala perubatan barat pula mengistilahkan fungsi buah pinggang sama seperti Cina cuma ia lebih khusus lagi.

Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh. Proses ini memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh. Dengan berfungsi sebagai bahan penapis, buah pinggang memastikan bahan yang baik diserap kedalam darah dan bahan yang tidak diperlukan tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing.


Bagaimana Buah Pinggang Bekerja ?
Kedua-dua buah pinggang terletak atas sedikit daripada pinggang di belakang rongga abdomen. Arteri renal membawa darah daripada jantung ke buah pinggang. Satu tiub disebut ureter mengalirkan darah daripada setiap buah pinggang ke pundi-pundi. Setiap buah pinggang mengandungi lebih sejuta struktur berbentuk bola kecil dinamakan glomeruli. Glomeruli terletak di cortex atau bahagian luar buah pinggang. Fungsinya ialah menapis cecair mengandungi glukos, asid amino, garam dan bahan kotoran daripada darah.

Buah pinggang berupaya melakukan proses ini kerana darah daripada arteri renal memasuki buah pinggang dengan tekanan yang kuat. Tekanan ini memaksa cecair tadi ke medulla melalui heberapa tiub kecil. Tiub ini dikelilingi oleh saluran darah yang meresapkan zat dan air yang diperlukan tubuh. Darah yang ditapis tadi kemudian ke luar daripada buah pinggang melalui saluran renal dan membuat pusingan semula. Cecair yang ditapis ini mengandungi bahan kotoran yang terkumpul di dalam pundi-pundi kencing. Air kencing keluar daripada tubuh melalui satu lagi saluran yang dinamakan urethra. Kesemua sistem daripada buah pinggang ke urethra dikenali sebagai sistem buah pinggang.

Selain membersihkan darah, buah pinggang mengawal kandungan air dan garam yang terdapat di dalamnya. Umpamanya jika anda minum banyak air dengan cepat, air terus memasuki saluran darah dan mempunyai kesan mencairkan darah. Apabila darah yang cair ini memasuki buah pinggang, air yang berlebihan dikeluarkan secara automatik sebagai air kencing. Sama juga jika anda banyak berpeluh, tubuh kekurangan air dan air kencing berwarna pekat sehinggalah buah pinggang mengumpul jumlah air yang cukup.

Sistem buah pinggang yang sihat tidak mengandungi organisme mikro tan air kencing yang melaluinya telah dengan sendirinya disteril. Bagaimanapun, sistem ini boleh mendapat jangkitan jika bakteria di luar tubuh memasuki urethra dan sampai ke pundi-pundi kencing. Bakteria ini boleh merebak dan mungkin berjangkit pada buah pinggang, menyebabkan keradangan yang dinamakan pyelonephritis. Ini biasanya berlaku apabila aliran biasa air kencing tersekat. Bakteria terus membiak di dalam air kencing yang terkumpul.

Adakalanya perkara ini terjadi tanpa diketahui sebabnya. Orang yang sihat pun boleh mendapatnya. Wanita lebih mudah mendapat jangkitan kerana urethranya pendek menyebabkan Bakteria mudah memasuki buah pinggang. Kebanyakan kita membuang air kecil empat atau enam kali sehari. Jika lebih daripada itu, ini mungkin disebabkan oleh rasa cemas, jangkitan atau sesuatu yang berpunca daripada penyakit. Buat pemeriksaan doktor jika anda menghadapi masalah ini. Anda juga patut membuat pemeriksaan jika pengeluaran air kencing anda berkurangan. Ini mungkin disebabkan kekurangan air - dehidrasi (umpamanya selepas muntah-muntah atau cirit-birit) tetapi ini juga mungkin menjadi tanda akan kerosakan buah pinggang atau tersumbat.

Batu Karang
Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic - sakit teruk di sekeliling buah pinggang hingga ke bahagian kelengkang. Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan.

Buah pinggang gagal berfungsi

Buah pinggang gagal berfungsi apabila ia rosak teruk oleh penyakit kronik dan tidak lagi boleh menapis bahan tidak diperlukan. Buah pinggang termasuk dalam kumpulan 'organ utama' (seperti jantung, otak dan paru-paru).

Buah pinggang boleh rosak kerana beberapa penyakit. Antaranya ialah - :

1. Keturunan
2. Jangkitan
3. Kerosakan disebabkan penyakit seperti darah tinggi
4. Diabetes mellitus
5. Mengalami penyakit-penyakit lain yang mula berjangkit ke buah pinggang
6. Mengambil terlampau banyak bahan toksid seperti berlebihan asam dari makanan berjerok, bahan-bahan racun serangga dalam sayuran atau buah-buahan, toksid bahan-bahan pengawet dalam makanan, termapau banyak memakan makanan segera, dll
5. Rosak kerana terlalu banyak mengambil ubat kencing manis, ubat darah tinggi, anti-biotik, steroid, dadah dan lain-lain atau beberapa sebab yang tidak diketahui.

Penyakit buah pinggang sukar difahami. Ia menyerang orang dewasa dan kanak-kanak sama ada orang itu sihat atau tidak atau bagaimana corak hidup seseorang.

Dua Cara Pilihan Untuk Rawatan Untuk
Penyakit Buah Pinggang.

1. Rawatan Cara Biasa di Hospital ( Allopathy )
2. Rawatan Mengikut Cara Homeopathy
3. Rawatan Mengikut Cara China - Akupunktur
4. Atau Kombinasi Cara rawatan Homeopathy + Akupunktur atau lebih dikenali sebagai 'Perubatan Integrasi' Homeo-puncture.

http://buahpinggang122.50megs.com/

- bersambung

MMms 7

Selasa, 7 November 2006

Jenaris 5 Yot & tuntutan Socso ( MMms 5)