Pihak polis menafikan bahawa penyayi rap dan pengarah muda Wee Meng Chee atau Namewee kini ditahan atau sedang dicari pihak berkuasa.
"Tidak, tidak, tidak. Kami tak akan tangkap dia," kata ketua polis daerah Muar Mohammed Nasir Ramli ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Nasir mengesahkan bahawa polis berkunjung ke rumah pemuda itu di Muar malam tadi. Bagaimanapun menurutnya ia untuk tujuan lain.
"Kami cuma mahu tahu di mana dia," katanya ringkas sebelum menamatkan temubual melalui telefon.
Polis dikatakan telah mengunjungi rumah Namewee sejurus sebelum tengah malam tadi, dipercayai untuk membawanya bagi disoal siasat berhubung klip video yang didakwa berunsur hasutan di YouTube.
Pengurusnya Fred Chong mengesahkan kedatangan tiga kereta peronda polis ke rumah Namewee tetapi Namewee tiada di rumah ketika itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan