Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Sabtu, 15 Februari 2014

Atlanta diselaputi salji tebal

Atlanta: Ribut salji kedua melanda selatan AS yang lazimnya bercuaca panas mengakibatkan kawasan itu diselaputi ais tebal selain beratus ribu rumah dan premis perniagaan terputus bekalan elektrik.
Ribut itu - yang kemudian bergerak ke arah barat laut AS - mengakibatkan sekurang-kurangnya 11 kematian termasuk tiga yang maut selepas ambulans dinaiki terbabas dan terbakar di Texas.

Hampir 3,300 penerbangan dibatalkan di seluruh negara.

Dalam amaran dikeluarkan awal pagi kelmarin, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan menggelar ribut itu sebagai “bencana yang melumpuhkan dan melemahkan semua.”
FotoKENDERAAN terhenti di sebuah lebuh raya akibat salji tebal di Charlotte, Utara Carolina.

Pengkaji cuaca menjangka sesetengah tempat mungkin melihat lebih daripada 2.5 sentimeter (sm) ais manakala salji turut dijangka turun sehingga 7.6sm di Atlanta dan lebih teruk di Carolina Utara serta Selatan.

Presiden Barack Obama mengisytiharkan bencana di Carolina Selatan dan beberapa bahagian Georgia membolehkan bantuan dihantar ke kawasan terbabit.

Pokok palma di Myrtle Beach, Carolina Selatan juga dilihat diselaputi lapisan ais tebal.

Bagaimanapun, kali ini penduduk Atlanta lebih bersedia dan tidak terjejas seteruk kali terakhir dilanda ribut salji pada 28 Januari lalu - apabila ribuan kanak-kanak terkandas di sekolah masing-masing sepanjang malam akibat kesesakan lalu lintas mengakibatkan ratusan pemandu meninggalkan kenderaan mereka di lebuh raya.

Sementara itu, Washington DC dijangka akan melihat sehingga 20sm salji dan 15sm di bandar New York. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan