Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Sabtu, 15 Februari 2014

Salji Turun Kat Tanah Arab?

DUBAI: Buat pertama kali sepanjang ingatan sejarah, salji turun di Emiriah
Arab Bersatu (UAE), negara yang dikelilingi gurun dan padang pasir.

Pegawai Jabatan Kaji Cuaca Dubai semalam menyatakan, salji melitupi
pergunungan al-Jees di Ras al-Khaimah, kawasan yang terletak di negeri
paling utara di UAE.

Akhbar berbahasa Inggeris, Gulf News melaporkan, kawasan pergunungan yang
terletak 1,737 meter dari paras laut itu menyaksikan salji turun pada
malam hari sejak dua hari lalu berikutan cuaca sejuk sehingga mencecah
suhu serendah -5 darjah Celsius dan mengejutkan ramai penduduk negara ini.

Kawasan pergunungan itu bermula di UAE sehingga ke Oman dan tempat
tertinggi di sesetengah tempat mencecah 2,500 hingga 3,000 meter. Isnin
lalu, hujan lebat berukuran 12.6 milimeter berlaku di kawasan gurun Dubai,
satu daerah yang jarang sekali menerima hujan.

Malah, polis melaporkan 500 kemalangan jalan raya berlaku dalam tempoh 24
jam, termasuk satu nahas maut yang berpunca daripada hujan lebat selama
tiga hari berturut-turut.

Cuaca sejuk turut menyelubungi negara itu minggu ini dengan suhu turun
mendadak kepada 12 darjah Celsius di Dubai, malam kelmarin.

Kenyataan Jabatan Kaji Cuaca itu bagaimanapun berkata, cuaca sejuk di
Dubai yang sebelum ini suhu musim panasnya mencecah 50 darjah Celsius,
akan berakhir minggu depan.

UAE adalah antara tempat pelancongan popular, terutama kota Dubai di mana
kebanyakan pelawat adalah dari negara sejuk yang datang untuk menikmati
cuaca panasnya. – AFP/Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan