Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Jumaat, 23 Oktober 2009

? PM akan Datang (Singgahsana)


22 Oktober 2009

Saya lebih berminat untuk membawa pembaca berfikir kenapa ramai kalangan Perdana Menteri (PM) kita keluar dari parti UMNO. Sedangkan UMNO itu adalah parti paling unggul & tunggak bagi bangsa Melayu.

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990)

Segala perjalanan politik Ayahda Tunku ada tercatat di sini . Apa yang menarik di sini pada 22 September 1970, Ayahda Tunku terpaksa menarik diri dari UMNO lantaran tidak tahan lagi tohmahan & pelbagai isu yang membuatkan kesihatan Ayahda merosot. Ianya lebih kepada masalah tercetusnya masalah rusuhan kaum 13 Mei 1969. Bagi kita yang pernah membaca buku 13 Mei - Sebelum & Selepas luahan hati Ayahda Tunku tersirat siapa yang banyak membuat wawasan Ayahda tergugat. Ayahda Tunku meninggal dunia di luar UMNO. Semangat 46 yang disokong Ayahda Tunku turut terkubur.

Elok juga kita baca apa pandangan orang Indon terhadap Malaysia ketika pemerintahan Ayahda Tunku di sini

“ Dalam pernyataan saya yang terdahulu tentang agama, saya telah menyebut negara ini adalah negara sekuler. Maksudnya negara ini bukan negara Islam. ”

“ Walaupun orang-orang Islam ingin menyaksikannya berdiri, tidak akan wujud sebuah negara Islam di Malaysia. ”

Tidak banyak berlakunya percanggahan pendapat semasa Allahyaraham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) mengambil alih pemerintahan. Allahyarham lebih dikenali sebagai Bapa Pembangunan. Tempoh perkhidmatan 22 September1970 - 14 Januari 1976. Sila Klik sini sejarah politik Allahyarham.

PM terpendek tempoh pemerintahan adalah Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Ayahda Tun Hussein lebih banyak menumpukan perpaduan antara kaum; Beliau digelar sebagai Bapa Perpaduan.

Ayahda Tun Hussein juga keluar UMNO lantaran menyokong Semangat 46. Sila klik sini jika ingin mengikuti perjalan politik beliau yang singkat.

& PM kita paling tersohor adalah Ayahda Tun Mahathir sila baca perjalanan politik beliau di sini .
Ayahda Ayahda Tun Mahathir dilahirkan di Alor Star Kedah, Semasa Perang Dunia ke II dia pernah jual goreng pisang. Ibunya orang Klang & ayahnya Mohamad Iskandar adalah warganegara India. Sila klik sini.

Beliau adalah pemimpin paling lama berkhidmat. Jasanya tidak dapat dinafikan membuatkan Malaysia gah seantero dunia. Maka itu beliau digelar Bapa Pemodenan Malaysia.

Pada 26 September 1969, Ayahda Tun Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.

Buku Dilema Melayu banyak mengecam perwatakan bangsa Melayu. Pada tahun 1983 dan 1991, Mahathir berdepan dengan pihak Raja dan Sultan dengan membuang kuasa veto Raja dan imuniti mereka dari dihukum.

Pada 19 Mei 2008, Ayahda Tun Mahathir mengisytiharkan keluar dari parti UMNO.

Sehari selepas perlantikan secara rasmi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Ayahda Tun Mahathir bersama-sama isterinya, Dr. Siti Hasmah dan anak mereka, Datuk Mokhzani telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO semula.

Untuk rekod, bekas presiden-presiden UMNO terdahulu meninggal dunia selepas melepaskan jawatan presiden di dalam parti UMNO kecuali Tun Abdul Razak, yang meninggal ketika masih menjawat jawatan tersebut. Dato' Onn Jaafar keluar dari UMNO apabila cadangan beliau untuk menjadikan UMNO parti berbilang bangsa tidak dipersetujui. Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn pula meninggal dunia selepas melepaskan jawatan di dalam parti UMNO kerana berselisih pendapat dengan Ayahda Tun Mahathir yang menjadi PM selama lebih 22 tahun.

Elok juga kita baca apa pandangan orang Indon tentang pemerintahan Ayahda Tun Mahathir di sini

Paling Akhir PM kita yang keluar UMNO adalah Pak Lah.

Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Perjalanan politik Pak Lah sila klik sini

31 Oktober 2003 – 3 April 2009 Menjadi PM.

Oleh sebab Abdullah seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam, mentor politiknya, beliau dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet. Ramai berpendapat Pak Lah adalah penyokong Semangat 46 lantaran beliar lebih rapat dengan Team B.

Kesimpulannya di sini sejak merdeka hingga kini kita mempunyai PM dari BN tetapi sebenarnya di penghujung hayat atau perjalanan PM kita ramai yang menolak UMNO. Kenapa ini berlaku?

Kenapa UMNO sering bergolak?. Kenapa mesti PM kita masih dari UMNO tetapi menolak UMNO ketika menjadi PM?

Selepas YAB Datuk Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak nanti siapa agaknya PM kita?

(Yang menjadi persoalannya apakah Datuk Najib juga mengikut jejak PM lain keluar UMNO. Rasanya mungkin tidak lantaran ayahdanya sahaja yang kekal di dalam UMNO sepanjang menjadi PM.)

Misteri ini masih terukir, kita sekadar dapat menunggu & lihat sejarah politik kita di Malaysia... bagaimana penghujungnya.

iDAN


.............
mata kail | Posted on 30.10.2009 at 4:16 PM
TAKBIR !!!!!!!Bubar Dun Perak!!!

DSNR
Sam Saharan | Posted on 24.11.2009 at 7:51 PM
Assalam alaikum Saudari Idan, Seniman tanah air, Allahyarham Tan Sri. Dr. P. Ramlee ada mengungkap lebih kurang bengini bunyinya "alif nun tendag wau, sarkas" Mungkin ini menyebabkan Umno bergolak sehingga pemimpin tertingginya keluar dari parti dan kemudian kembali masuk ke dalam parti. Pada saya terlalu awal meramal sama ada Dato' Seri Najib dapat mengamalkan gaya kepimpinan Allahyarham bapanya. Mungkin tidak. Di dalam blog saya, http://bluechip-arena.blogspot.com saya mengkritik keras Umno/BN dan mana-mana parti politik Malaysia. Namun kritikan itu saya sertakan dengan sedikit pandangan dan pendapat yang mungkin membantu. Namun bagi saya, mengkritik tidak semestinya anti dan berbeza pendapat dan pandangan adalah teman berfikir yang baik. Wassalam

Mata Kail
iDAN | Posted on 19.1.2010 at 10:25 AM
Siapa tak inginkan perubahan songsang, terkadang kita amat leka mengejar dunia tanpa kita sedar segalanya kian terhakis & bumi kita kian dijual khazanahnya. Sedar tak sedar kita semakin tua dalam kemerdekaan ini.

DSNR
iDAN | Posted on 19.1.2010 at 10:29 AM
Saya tak nampak PM kini akan bertindak memimpin negaranya seperti arwah ayahnya. Sering berlaku kejayaan seorang lelaki adalah lantaran dorongan isteri. PM kini punyai masalah dalam mengikis pandangan serong masyarakat terhadap isterinya. Banyak isu yang boleh dimainkan olah pembangkang untuk mengaibkan PM kini. PM kini kenalah menangkis isu ini sebaiknya.

Sabtu, 1 Ogos 2009

Berikan aku Laluan (Singgahsana)
"Mana pula semua orang ini" Lengang amat suasana di Klinik Kordia, Hospital Serdang

"Semua doktor & sebahagian jururawat ke simposium" Jawab seorang jururawat berumur 30an.

"Saya nak ambil darah sahaja, bolehlah kot!..."

"Tenguklah nanti, sila encik ke kaunter tingkat bawah buat pendaftaran" Tak tahulah pula kena daftar di kaunter Tingkat 1, ingatkan kalau dah temujanji tak payah daftar.

"Daftar nak ambil darah, pesara!" Tiba dikaunter bawah agak ramai kaunter & cepatlah urusan pendaftaran.

"Tiap kali jika encik mahu jumpa doktor encik kena daftar di sini dulu.."

"Okey!" Ini kali ke tiga punyai temujanji dengan pakar jantung, tak perasanlah pula prosidur di hospital ini begitu. Harap-harap akan menjadi lebih cekap & sebaik PKupm.

Kenapa aku katakan sebaik & secekap PKupm. Mungkin anda tidak pernah ke sana, sesekali pergilah. Tenguk bagaimana cekap & cepatnya urusan di sana. Sampaikan tertulis di pintu setiap bilik doktor; ayat yang lebih kurang begini "Jika 22 minit ada masih tidak ketemu doktor sila buat aduan". Harapanku satu ketika nanti aku dapat melihat perkembangan akta cekap, cepat & pantas pun tak menyakitkan lagi pesakit ini diharapkan terlaksana.

PKupm itu kelebihan yang aku lihat adalah sebab punyai ramai doktor. Hospital Serdang aku memang tidak pasti. Cumanya pengalamanku yang kerap kali berulang alik ke Wad Kecemasan contohnya, teramatlah naif & menginsutnya layanan di sana. Bayangkan aku pernah dibawa naik Ambulan lantaran tekanan darah tinggiku melonjak naik sekitar 180/110 mmHg (milliliter air raksa). Terpaksa menunggu doktor sekitar tujuh ke lapan jam. Sampaikan tekanan darahku jadi normal semula. Perkara ini pernah ku tulis dalam jurnal ini.

Memang boleh buat ceritera panjang atau bangsawan; belenggu menunggu & sedih yang amat sukar untuk aku lupakan. Diri aku satu hal, pesakit yang lain yang rasanya amat menderita sakitnya terbiar menunggu. Punca yang dapat aku kesan adalah lantaran tidak cukup doktor yang bertugas. Mangsa kemalangan yang tetiba ramai terpaksa didahulukan membuatkan orang sakit seperti aku diketepikan. Sampai pihak hospital menampal carta di dinding siapakah yang lebih berhak didahulukan dengan perbagai peringkat kecemasan. Antara paling cemas atau kategori pertama kecemasan ialah pendarahan yang berterusan, pitam atau pengsan tak sedar diri, pesakit jantung yang kronik strok umpamanya, adalah lagi jenis sakit tak ingat semua. Sakit darah tinggi tak termasuk kategori pertama kecemasan sebab tak strok lagi atau sampai kena angin ahma.

Cemas memanglah semuanya cemas, cumanya cemas siapa yang lebih dekat dengan kematian berbanding siapa yang akan lebih bertahan dengan kematian. Seperti kes aku doktor di PKupm telah mengesahkan aku kritikal teta[i tiba di Hospital Serdang katanya tak kronik lagi. Terkadang aku terfikir jikalah aku ini VVIP apakah masih dilayan begini? - ayat geramlah ni!... iDAN titik.

"Encik Haridan..."

"Iyer! saya.."

"Jom ikut saya!... puasa tak hari ini? " Seorang jururawat agak gempal berwajah kampung mengiringi aku ke bilik mengambil sampel darah.

"Haa aah! sejak 11:00 malam tadi.."

Banyak bilik yang terpaksa aku lalui di klinik ini. Bilik ambil sampel darah nun jauh ke belakang sebelah kiri. Memang tak berpenghuni kebanyakan bilik yang aku lalui.

"Selalu ambil samel darah sebelah tangan mana..." Sambil mengambil tiub-tiub untuk diisikan darah. Jarum tentunya. Jarum itu macam gigi dracula.

"Sini..!" Aku menunjukkan tangan kananku, telah ada bintik-bintik hitam di dekatan pelipat tangan kananku.

"Isk! berapa tiub nak ambil iyer!" Aku agak panik tenguk ada lima tiub sebesar jari kelingking yang susun terbaring di meja.

"Memang perlukan sebanyak ini!" Sudah namanya pun doktor pakar jantung.

"Pengalaman saya paling banyak dua tiub sahaja, biasanya lama tak keputusannya baru tahu!." Di PKupm kalau ujian terapi untuk kolestrol, glukos & perbagai biasanya pagi diambil samel darah sebelah petang dapatlah keputusannya.

"Lambat lagi ikut jadual kami itu" Aku perasan bulan hadapan baru ketemu mereka lagi. Sebulan lagi.

"Tentunya ini lebih terperinci & banyak ujian yang akan dikaji kot!.." Aku bercakap sendiri, jururawat diam sahaja.

"Okey! saya cucuk jarum ini ke tangan encik iyer!.... genggam tangan tu! " Aku menoleh kelain, tenguk gigi dracula tu memang ngeri; Aku menarik nafas dalam mahu merasa pedihnya jarum menyucuk ke dagingku. Tak dengar suara Bismillah dari mulut jururawat, tentunya dalam hati... bisik hatiku. Jika di PKupm lazimnya dengar suara jururawatnya berBismillah. Amboi! pandai pula nak beda-bedakan orang ini, cucuk sampai habis jarum ini baru tahu.

Agak mengambil masa juga lantaran banyak sangat darah diperlukan. Hingga bersungut jururawat katanya "Makin perlahan keluarnya darah ini..."

"Lepas ini saya boleh balik tak?" Aku lihat jam tangan replikaku RM25K aku. Tak sampai pun sejam pun lagi aku berada di klinik ini.

"Ikut jadual kami kena buat ujian stres (stress test)..." Apa bendanya pulak tu. Tadi pun jururawat ada bertanya tentang apa nama ujian yang aku telah lakukan, aku tak pasti; bila dia tanya aku kata sudah saja. Bukannya apa, malas nak buat ujian pun satu hal. Takutnya nanti bila diuji sahaja bertambah lagi ubat-ubatan yang terpaksa dimakan. Sekarang pun yang mesti dimakan tak boleh tidak ada enam jenis pil kena ditelan. Campur kalau rasa sakit buah pinggang ini dua lagi aku makan ubatan herba. Lapan. Biar bebetul takkan tak kan nak makan sampai berbelas ubat.

Kes aku bertindih tiga kelompok doktor. Buah pinggang, batu karang sekitar anggotanya dirawat oleh doktor di Kajang. Darah tinggi kolestrol perbagai di PKupm. Jantung & hati di Hospital Serdang. Dulu kalau sesak sangat aku ke Klinik Husni, doktor panel. Sekarang tak boleh lagi sebab telah bersara. Kalangan doktor memang makin risau tentang kesihatanku.

"Bulan depanlah Encik Haridan buat Stress Test!" Aku lihat ada sepasang pasangan sahaja yang tinggal. Tadinya memang ada dalam empat atau lima kelompok pesakit. Semua pesakit berteman kecuali aku sendirian. Aku sempat berbual dengan seorang Apek. Ingatkan dia yang sakit tetapi bila ditanya isterinya di sebelah memang nampak uzur amat yang sakit.

Hakikatnya pesakit di Hospital Serdang ini kebanyakannya adalah setelah disaring yang perlu dibuat rawatan terapi. Kebanyak Hospital di Lembah Klang ini menghantar pesakitnya ke sini. Maka itu jika dilihat pengunjungnya memang padat. Temujanji pun hanya dari pagi ke tengah hari sahaja. Mila isteriku entah bila mahu menemani aku ke pakar jantung ini.

Sila ke jurnal@blog aku di Blogspot... untuk ceritera seterusnya. Server ini masih bermasalah; amat lembab terutama jika mahu dicapai imejnya.

http://idanradzi.blogspot.com


Posted on 1.8.2009 at 1:09 PM

Selasa, 28 Julai 2009

Menjejaki Dewi Tenggiri Episod 10 (Singggahsana)


Lanting Beach Resort - Pulau Pemanggil

Sekitar jam 5:00 ptg masing-masing telah terasa lesunya memancing sepanjang hari. Aku lihat Che Wan sudah melepak dengan sigarnya. Perjalanan kami masih panjang, dari menganggu perkampungan ikan di pengairan Karang Ngah kami menuju ke Karang Long. Aku tak pasti berapa banyak karang sepanjang Pulau Aur & Pulau Pemanggil ini; Fareez yang mahir dengan. Lazimnya kalau ada along & angah pasti ada alang. Pulau Lang menang ujud sekitar sini. Itu turutan dalam susunan keluarga Melayu.

Sebelum ke Karang Long kami mencari umpan di unjam yang banyak amat burung camar bagi bekalan memancing waktu malam nanti. Di langit aku masih nampak gumpalan mendung, awan mendung yang memang berat & menunggu masa untuk menyimbah bot kami. Riak arus nampaknya semakin deras, batu nombor 8 yang aku guna hanyut entah ke mana. Bila tenguk arus begini pastinya aku teringat akan Penyabong. Paling puas rasanya aku memancing malam adalah di Penyabong, perbagai ikan yang aku dapat hinggakan tak cukup umpan. Memancing malam nampaknya banyak ikan menyukai sotong segar.

Impianku untuk menjejaki Dewi Tenggiri nampaknya semakin kabur. Cuma Inang Tenggiri sahaja yang dapat dijinakkan. Hari merangkak senja bermakna tak mungkin Sang Tenggiri akan mencari makan lagi. Aku lihat Fairuz telah bertukar baju malam, telah mandi & siap berbedak lagi. Ke laut rutinnya memang begitu, sebelum menjelang malam elok mandi agar segar badan & tidak sampai mabuk kena angin malam. Che Wan & Amirul pun nampaknya mandi di sudut kiri bot.

"Fairuz pesan pada Pak Arip jangan lupa buat sambal..." Aku lihat Pak Arip & Pak Ali telah berkira-kira mahu memasak untuk makan malam. Sebelah Che Wan sedang enak meneguk kopi, Aru sebelahnya; aku perasan memang mereka rapat & Aru amat menghormati Che Wan. Mereka nampaknya macam kenal rapat. Lihat watak Aru nampak dia seorang jejaka yang bersopan-santun. Ajak biasalah masih leka dengan dunianya. Susah amat meramal watak Ajak ini, yang pasti dia serang remaja periang. Aku masih kagum tenguk semangat Brother Joe memancing, tak penat-penatkah dia ini.

"Pak Arip ada permintaan ini.."

"Apa dia?.."

"Ada orang mengidam nak makan sambal Pak Arip lagi!... si gelenggang ini!"

Aku lihat Pak Arip tersenyum & mencari-cari sesuatu.

"Entahlah! limau kita ada lagi tak?"

"Tak berlimau pun tak kisah Pak Arip asalkan ada sambal" Fairuz bagaikan mendesak. Pak Arip nampak telah memegang limau kasturi di tangannya. Aku merenung dari jauh.

Senja di tengah laut dalam adalah waktu yang paling sepi, sayu & sadis. Bermalam di tengah permukaan laut belum tentu menjanjikan ketenangan. Aku amat asyik melihat rona emas yang tumpah ke riak air. Bagaikan sutera kekuningan di ufuk barat. Jika di Marikh apakah benar mentari terbit dari barat?. Di sana tentunya awanan merah belaka kot!. Kita bertuah tercampak di bumi yang indah ini, arakan awan senja bagaikan tayangan wayang kulit tatarona. Aku yang sedang memakai kain pelikat leka menatap layar langit dengan perubahan bentukannya. Sesekali aku nampak kelibat bayangan Dewi Tenggiri di langit. Nampak bulu matanya yang melentik & celaknya yang terbekam rapi. Siripnya bagaikan bersunting mutiara, jelingan Dewi Tenggiri benar-benar buat aku asyik gila bagaikan tak mahu lagi pulang ke darat.

Sayangnya layar langit amat kejap, belum pun habis dua episod skripnya ianya telah bungkam digelapi tirai malam. Aku berharapa amat Sang Rang Bulan akan menyalakan lampunya di celah mendung nanti malam. Bukalah apa jua skripnya akan bakal menunggu tontonannya nanti.

Kami makan malam bersama lampu neon bot. Angin amat derasa menandakan hari akan hujan. Arus pun telah menampakkan taringnya. Berdesah tak tentu hujung pangkal. Nampaknya aktiviti memancing malam akan terbantut tentunya.

Tak sangka pula Pak Arip pandai buat gulai taucu ala Perak. Banyak kuahnya tidak bagai gulai taucu Orang Jawa kering & pedas semata. Mila selalu buat sambal taucu cicah dengan rebusan pucuk ubi. Sambal pun agak banyak Pak Arip buat. Aku sudah berkira-kira jika berjaga nanti kalau ada lebihan masakan akulah bakal penyelongkar malam. Curi makan ketika semua tidur; harap-harap banyak makanan lebih.

Perut pun rasa nak meragam sahaja. Segan pula nak ke tandas sebab sebelah dapur & ruang makan sahaja. Tunggulah sedikit larut malam.

Dua jejaka nampaknya bersemangat memancing malam, Fareez & siapa lagi kalau tak Brother Joe. Yang lain nampak berbual-bual, Ajak & Amirul telah lena. Aku nak berbual dengan Che Wan pun rasa macam tak kena isu sahaja. Bagaikan ada jurang penghalang, apatah lagi Che Wan ini jenis pendiam amat. Jadi masing-masing melayang fikiran. Fairuz nampak leka berbual dengan Tekong Abg Mat di kemudi bot. Tangkapan pun telah banyak kami sekadar memenuhi jadual sahaja. Akan pulang esok tengahhari.

"Arus kuat sangat abg iDAN, melayang umpannya!" Fareez agak kecewa dengan arus laut. Aku memandang langit; Mak datuk! bagaikan awannya bunting gajah. Mendung makin gelap, jangan bot kami di pukul ribut sudahlah. Tak elok berandaian di laut. Isk!.
Fareez pun geram tenguk ikan yang aku naikkan

Lewat malam hujan mula turun tapi tak lama hujannya, kejap sahaja berhenti. Arus masih deras lalu semuanya mencari ruang untuk melelapkan mata. Aku berbaring di pangkin ruang kanan bot. Badan terasa sengal sana sini. Mata tak mahu terlelap lalu aku ambil wuduk untuk solat jamak Isyak & Maghrib.

Sekitar jam 1:00 pagi , aku nampak akan silau cahaya Sang Rang Bulan di celahan mendung awan. Aku menunggu layar langit menayangkan sambungan episod Dewi Tenggiri siang tadi. Tetapi tidak. Lama amat aku menunggu, hanya watak-watak & iklan awan yang aku tidak faham. Hinggalah ke satu episod aku lihat seakan babak peperangan antara Malaysia & Singapura. Nampak jelas peta Malaysia dibentuk awan, kemudian kapal-kapal perang beriringan & Pulau Singapura berasap tebal. Aku tak nampak kapal terbang terbentuk dari kedua pihak tetapi bagaikan Singapura menaikkan benderanya. Apa sebenarnya yang mahu dikhabarkan skrip di layar langit ini.

Aku lihat dipermukaan air jam di tanganku telah hampir ke 4:00 pagi. Langit semakin hilang awannya. Cahaya bulan semakin terang. Namun laut masih bergelora. Aku lihat banyak sampah & dedaunan terapung di air. Kemudian aku terlelap sekitar 6:30 mahu solat Subuh.
yang panjang itu banang

Bila mentari terbit kami semua terkejut amat, bilamana Abg Mat berkata bot kami hanyut sampai ke Pulau Pemanggil. Setahu kami bot kami hanya berlabuh sekitar pengairan Pulau Aur. Tali sauh putus. Jauhnya kami hanyut

Huh! nasib baik tak kena langgar dengan kapal2 yang berulang-alik dari pulau tersebut." Fareez bersungut.

Aku pula memikirkan jika arus membawa kami ke laut dalam, Nun! jauh sampai ke Sabah atau Sarawak bagaimana kami nak balik.

Memandangkan perjalanan ke unjam Karang Ngah mengambil masa 2 jam dari pulau Pemanggil Abg Mat terus menekan suis turbonya supaya perjalanan dapat disingkatkan. Setibanya di unjam yang banyak burung camar berterbangan; macam biasa Apollo diturunkan. Laut masih mencemburui kami, masih lagi kuncah & tiada tanda2 untuk berhentikan diri. Setelah umpan cukup kami terus bergerak Karang Ngah.

Dipendekkan cerita 2 ekor lagi Inang Tenggiri berjaya didaratkan dan kedua2nya oleh Che Wan. Di sini banyak juga umpan kami diganggu oleh Sang Banang.
Che Wan dengan tenggiri terakhir

Sekitar Jam 12:00 tgh hari umpan yang digunakan telah habis dan Che Wan mengajak tekong untuk berlabuh saja di unjam sehingga balik. Sebelum pulang sempat juga kami memenuhkan tong-tong dengan ikan2 unjam.

Jam 4:00 petang kami selamat tiba di jeti. WarnJohoe telah sedia menunggu di Jeti. Sejuk rasa hati tenguk senyum WarnJohoe ini. Ikan dibahagi2 sama rata di rumah Aru yang terletak di Kota Tinggi. Selesai pembahagian ikan di rumah Aru kami bersalam-salaman dan menuju ke destinasi masing2. Yang menariknya trip ni tiada seorang pun di kalangan kami yang mabuk, kecuali Amirul itu pun sempat menaikkan Sang Tenggiri.
Aru

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada semua yang menyertai trip ini terutama pada rakan2 dari Johor Che wan & Aru atas layanan yang diberikan. Kalau ada silap dan salah mintak kurang halal. InsyaAllah kalau ada rezeki kita jumpa lagi di lain trip.

Aku sebenarnya amat teringin bersama Che Wan untuk memancing di laut dalam. Pertemuan yang tak sempat pun berkenalan rapat telah memisahkan dengan jarak & waktu.
Sebahagian yang kami pancing

Bilamana aku tiba di rumah, semua anaka-anak telah tidur. Pepaginya tentunya mereka terkejut dengan ikan yang banyak, aku terpaksa meminjam kekotak ais Fairuz lantaran peti aisku pastinya tak muat.

Selang beberapa minggu dari trip ini Malaysia bertelingkah dengan Singapura menuntut hak Pulau Putih. Aku teringat layar langit tentang episod peperangan itu. Awan & petala langit tidak menipu aku. Aku masih teringatkan tarian Sang Dewi Tenggiri entah bila dapat kujejaki ia lagi

Tammat.

tip dari PakLang

salam untuk kengkawan...
aku nak konsi sikit pengalaman untuk bertarung tenggiri...
bagi yang bujetnya ciput..dan tak rajin nak service barang pancing.. buleh cuba resepi nie...
untuk makluman resepi nie..modalnya sekitar... 20-30rm saja...
itupun dah kira mahal gile...
dan tenggiri pun tetap menjadi mangsa...
caranya...
korang gi beli tali....mainline yang panjangnya (+/-)300 mtr satu roll...
cap spider 30 paun (yang kokak pun tak'pe)...harganya 10-15rm jee...
nak tambah ketahanan...
beli daun teh (yang buat minum tuu...) harganya 1.00rm
lepas tuu... masak air...5-10 cawan..dalam periuk..dan masukkan daun teh tadi tuu..semuanya sekali....diikuti dengan tangsi..
biarkan ia mendidih 5-6 minit....(pastikan ada alas bahagian dalam periuk).. bukan apa, takut tangsi terkena dasar periuk yang panas)..
dah tu... angkat periuk tu...dan biarkan ia sejukkk... sendiri...
semuanya dah siap...
dah buleh masuk reel...
setakat tenggiri...10kg dah tentu tak tewas...
sudah tentu..kena beli perambut..hantu 20lb, 10-15 mtr (10rm..)
mata pun mau yang tajam skit...3/0, 4/0, 5/0..
aku dah cuba...aku dah berjaya...sudah 3 musim aku guna barang macam nie...

sekian...
jimat membeli..menang memakai..
ada problem e-mel kat aku..

Isnin, 27 Julai 2009

Menjejaki Dewi Tenggiri Episod 9 (Singggahsana)

Aku asyik memerhatikan Brother Joe memancing, bukan sekali dua umpannya disambar ikan besar tetapi gagal dinaikkan. Aku agak tergamam melihat dia merentap joran, punyalah kuatnya bagai koboi merembas tali belati ke arah lembu jantan sahaja lagaknya. Awak-awak pun menggeleng kepala. Takutnya bukan apa, kot joran yang patah atau habis rongak gigi sang ikan.

Ajak pun nampaknya lepas makan mula mengantuk, lelap di sebelah di Amirul, Fairuz pula masih tekun dengan umpanan tenggiri. Jarang Fairuz pulang tanpa ikan tenggiri. Che Wan pula kian putus asa lantaran banyak amat mata kail terputus, mungkin banang atau pun hulubalang Dewi Tenggiri menyakat pancingnya.

Kami pun berpindah unjam lagi, kali ini Che Wan memanggil Amirul cuba menaikkan sang ikan yang agak ganas tetiba merentap jorannya. Asyik pancing Che Wan sahaja yang mengena, manis amat kot umpannya. Amirul yang baru tingkatan dua. Amirul juga digelar King of "ketarap” oleh ayahandanya kerana berjaya mendaratkan ketarap 4 ekor sekaligus pada tahun 2004. Amirul yang pening-pening lalat mencapai pancing dari ayahnya. Agak lama juga dia melayan ikan agak berat ini. Akhirnya dapat juga dijinakkan. Dia berjaya memikat ikan tenggiri yang seberat sekitar 6 kg. Boleh tahan besarnya. Selang beberapa ketika pancing Fairuz pula direntap ikan. Tentunya ikan tenggiri dari kumpulan yang sama. Tapi terputus ketika hampir dapat di cangkuk oleh Pak Arip.

Laut kembali tenang, tak nampak pun burung camar terbang bermain deburan ombak. Tiada tangkapan ikan besar yang kami dapat, aku masih asyik dengan Apollo melayan mambong berumpan daging segar anak ikan kembung. Tentunya Sang Tenggiri di panggil oleh Dewinya, mungkin juga ada sang gerladangan menganggu kampung halam Sang Tenggiri ini.

Tetiba joran Che Wan direntap ganas amat. Sekali direntak itu direntapnya & mengena; kami semua menaikkan semua umpan kami.

"iDAN mari cuba naikkan ikan ini..!" Che Wan memang bagaikan putus asa lantaran banyak sangat ikan terlepas di tangannya. Paling tidak telah tiga atau empat ekor cuma nampak kelibatnya sahaja. Bila mahu sampai ke bot terputus lagi!. lalu dia bersandar harapan kepadaku.

Aku agak panik juga lantaran aku tak pernah menaikkan ikan besar biarpun kerap ke laut. Tambahan lagi pancing orang & harapan orang ; Che Wanlah pula yang baru aku kenali & aku amat kusegani. Aku mencapai joran Che Wan. Menggunakan pengalaman yang ada melalui pembacaanku. Jangan paksa ikan terlalu keras, jangan juga terlalu kendurkan tali. Pesanan itu lekat di ingatanku.

"Huh!... beratnya ikan ini.." Aku terusan memusing kekili serapi & sekedap mungkin.

"Pam... baik-baik! lagi... lagi..!" Che Wan menguatkan semangatku sambil dia memegang kameranya.

Lima minit, sepuluh minit, kejap ikan berenang kejap ke kiri, kejap ikan lari ke kanan. Sang ikan bermain dengan aku. Berdebar dadaku & aku berdiri menggeletar di sebelah kiri bot. Aku letakkan pangkal joran di perut boroiku, adui! beratnya; Aku pam pelahan-lahan agar sang warga laut ini rapat denganku. Lawan tetap lawan. Tidak sesekali aku benarnya tali terlalu tegang pun terlalu kendur. Apalah jenis ikan berat amat ini!, bagaikan ada kaki-kakinya mencakar karang di dasar laut. Sesekali aku nampak kelibatnya kekuningan. Sah bukan Dewi Tenggiri. Aku kenal kerlingan Dewi Tenggiri.

Peluh telah menitik di dahi, aku risau amat kalau-kalau ikan terlepas; apatah lagi kalau set Che Wan ini rosak, bukan murah harga satu set pancing Che Wan yang aku guna. Kecil ringan tetapi amat mantap kekilinya.

"Layan abg iDAN jangan sampai terlepas" Fairuz berdiri di belakangku memberikan semangat.

Sekitar lima belas minit barulah sang ikan yang berat amat ini rapat di bot. Itu pun bukan main payah untuk mencangkuknya naik ke bot. Hingga akhirnya ia tewas juga di tangan Penyair iDANRADZi. Memang aku pun tak menduga.

"Haruan Tasik abg iDAN, padanlah ganas sangat!" Fairuz teruja, Che Wan amat gembira & betalu-talu ambil gambarku bersama rekod pertama menaikkan ikan sebesar ini. Aku terduduk mengeletar, Fareez kata aku bagaikan kena penyakit parkinson Fareez berandaikan 12 kg beratnya. Aku pula rasakan bagaikan lebih 20 kg bila berada di dalam air berlawan dengan tenagaku, bagaikan hilang khudratku.
Klik gambar nak tenguk besarnya ikan Haruan Tasik ini

- bersambung

27 Julai 2009

Menjejaki Dewi Tenggiri Episod 8 (Singgahsana)

Ada beberapa Siri yang masih belum selesai di jurnal@blogku maka ini aku akan cuba menyudahkannya.
Ini antara siri yang aku gubah masih belum berpenghujung sila klik sini awal ceritera Dewi Tenggiri

Amirul dalam mabuk-mabuk boleh layan ngail ikan!

Melihat kotak ikan yang telah penuh dengan perbagai ikan unjam & karang tentunya telah meredakan rasa resah desahan ombak. Desahan ombak selalunya petanda halimunan, ikan pasti lari. Kebanyakan yang menaikkan ikan unjam adalah Pak Ali & Pak Arip. Mereka berdua menggunakan koyan bermata panjang. Ajak, Brother Joe begitu rajin dengan perbagai kemahiran yang ada untuk memujuk ikan naik ke bot. Brother Joe menggunakan perbagai mata dari kekili yang dihadiahkan oleh ayahnya. Kira-kira berbekalkan kekili pusaka yang tentunya telah pun hanyir dengan sentapan ikan di laut. Amirul masih termangu dengan mabuk laut. Lena di pondok bot.

Angin basah dari tenggara yang membawa deruan ganas terusan menguncahkan tenang laut. Bot menjadi bagaikan buaian besar bertalikan ombak ganas yang pastinya tambah melenakan tidurnya si Amirul. Aku yang sedari awal menelan ubat-ubatan pakej tua termasuk ubat tahan muntah nampaknya masih bertahan. Bilamana melihat sambaran ikan yang banyak tentunya menjadikan semangat semakin tinggi terus memancing.

ombak & mendung sering berbisik

Bilamana ombak semakin tenang. Tekong kami Abg Mat menuju ke unjam seterusnya. Hanya bot kami sahaja yang berada di Karang Ngah ketika itu. Banyak kedapatan camar laut berterbangan menangkap anak ikan di unjam ini. Petanda banyak ikan. Selang sekitar tak sampai sepuluh minit, joran Che Wan disambar ganas oleh warga laut. Apakah Dewi Tenggiri. Kami menaikkan semua joran takut terbelit tali pancing. Rentapan agak ganas, sesekali nampak bagaikan ianya mahu terlepas, melompat ke permukaan laut. Masing-masing teruja tertanya-tanya ikan apakah gerangan. Bila dekat dekat bot barulah kenal kelibatnya si ikan banang. Suku sakat si todak yang melanggar Singapura.

Brother Joe memasang tak kurang dua atau tiga set pancing. Tetiba salah satu pancingnya direntap kuat, Fareez yang berdekatan dengan pancing Brother Joe; merentap agar mata kail menyusuk mulut si ikan. Agak lama juga Fareez bertarung dengan warga laut ini, aku terbayang akan selendang Dewi Tenggiri telah terlerai. Bila ianya naik ke bot kami, ternyata sekadar Inang Tenggiri seberat sekitar 8 kilo. Boleh tahan besarnya. Tenggiri kedua. Yang anehnya bukan sangkut di mulut tapi di badannya. Pastinya si Inang tengah beronggeng terkena selendangannya laut tersangkut di pinggangnya. Teringat si Azim anaku yang bungsu di rumah yang suka amat makan daging tenggiri, setidak-tidaknya telah dapat kami sediakan barang sekeping juadah daging tenggiri buat keluarga.

Fareez dengan tenggirinya, nak rezeki kena di badan pun
boleh dijinakkan.


Mentari kian meninggi, Pak Arip makin sibuk di dapur dibantu oleh Pak Ali. Tentunya kami akan makan ikan kembung, selar segar; goreng pun sedap. Apatah lagi Pak Arip buat masakan asam pedas. Siap dia buat sambal belacan. Menyelerakan.

Inilah Pak Arip chef kami yang enak masakannya

Aku begitu yakin unjam ini banyak penghuni sang tenggirinya. Selang beberapa ketika pancing Aru pula direntap ikan besar. Che Wan menyambar set pancing. Aku memang perasan Aru selalu membiarkan pancingnya terdongak sendirian, senyap-senyap aku ikatkan ianya di badan bot. Serba salah aku, memang Che Wan suruh aku guna pancing yang itu; tapi Aru yang tetiba menyambarnya; mahu pakai pancing yang mana pula dia kalau kurampas semula. Belum pun sempat kami menaikkan tali pancing, tali pancing Aru telah pun tersangkut sesama sendiri. Che Wan menggunakan kepakarannya agar tali tidak putus, ikan dapat dinaikkan. Ianya berjaya tapi masih bukan Dewi Tenggiri. Inang Pengasuh Tenggiri juga yang sudi bertandang seberat kira 5 kg.

Amirul telah bangun, mungkin telah puas tidur. Dia terus mencari jus buahannya. Tenguk dia minum alangkah sedapnya, maka aku pun terasa perut sudah kian keroncong. Kami pun makan tengah hari dengan juadah yang disediakan menunya oleh Pak Arip dibantu Pak Ali. Ikutkan hati memang habis seperiuk aku baham gulai asam pedas Pak Arip. Sedap amat masakan Pak Arip. Terutama sambal belacannya. Pedas pun sedap. Setanding dengan sambal belacan arwah makku tumbuk.

Che Wan bersama layaran, ikan ini hanya boleh dipancing
tetapi tak boleh dimakan ... dilepaskan semula ke laut
.

Pertama kali aku naik bot bertandas. Jadi apa risau jika teringin makan banyak, selagi selera masih ada makan saja. Lupalah kata kitab, maunya dituruti! ... berhenti sebelum kenyang, Huh! berhenti selagi tak kenyanglah jawabnya.

Amirul biasalah, selera makannya ada tapi faham-faham sahajalah orang mabuk laut. Makan mesti keluar balik. Kasihan dia asyik tunduk di bendul bot menatap permukaan laut tak henti-henti muntah. Tapi Amirul ini penuh semangat, masih cuba bangun memancing bersama ayahnya.

- Bersambung

27 Julai 2009

Rabu, 22 Julai 2009

Masih sayang Server ini


Ramai yang keliru kenapa jurnal@blog saya di server ini lama sangat tidak dikemaskini.
Sejak saya guna pakej Combo Streamyx talian internet saya semakin lembab..
Sukar mahu muatturun catatan apatah lagi imej di server easyjournal ini.

Maka itu seharian saya bergantung dengan Blogspot;

Sila klik ke blogspot untuk akses catatan terkini saya.

Terima Kasih

http://idanradzi.blogspot.com

Posted on 22.7.2009 at 6:13 PM

Rabu, 17 Jun 2009

H1N1 (Delima Merkah)

Wabak influenza A H1N1 telah merebak di seluruh dunia baru-baru ini. Namun, dengan pelbagai tindakan pencegahan wabak yang dilaksanakan, kes influenza A H1N1 ini telah berkurang di Mexico, negara yang paling teruk diserang oleh wabak ini. Sejak 6 Mei lalu, kegiatan ekonomi Mexico telah beransur pulih dan kini keadaan sudah kembali seperti biasa. Sekolah menengah tinggi dan universiti telah dibuka semula pada 7 Mei lalu. Perniagaan dalam sektor restoran dan hiburan juga telah pulih seperti biasa. Namun, seorang ahli epidemiologi dari Universiti Berautonomi Kebangsaan Mexico, Profesor Dr.Malaquias Lopez Cervantes berpendapat bahawa rakyat Mexico masih perlu berjaga-jaga terhadap wabak influenza A H1N1 ini kerana keadaan wabak ini masih belum dapat dipastikan.

Dengan kegiatan ekonomi Mexico yang beransur pulih seperti biasa ini, rakyat Mexico ramai yang berpendapat bahawa wabak influenza ini sudah berjaya ditangani. Berkait dengan pandangan tersebut, Prof. Malaquias Lopez Cervantes berkata:

"Pada pendapat kami, penyebaran wabak influenza A H1N1 sudah reda, tetapi masih belum dapat dipastikan. 10 hari yang akan datang merupakan tempoh genting untuk melihat sama ada penyebaran wabak ini berhenti atau tidak."

Menurut beliau, dengan tibanya musim panas di Mexico, virus ini kehilangan daya untuk hidup dan menyebar kerana ia perlu kepada keadaan yang sejuk dan lembab. Suhu yang tinggi mungkin dapat mengurangkan ancaman virus A H1N1.

"Cahaya matahari yang banyak dan suhu udara yang tinggi sekarang merupakan unsur negatif bagi penyebaran virus. Jika virus terdedah di persekitaran begini, ia akan mati."

Walau bagaimanapun, Profesor Malaquias Lopez menegaskan bahawa rakyat masih perlu berjaga-jaga terhadap wabak ini, dan mengambil langkah melindungi diri sendiri. Menurut beliau, penutup mulut habis dijual di kebanyakan kedai ubat di Mexico. Tindakan melindungi diri yang paling berkesan adalah dengan mencuci tangan selalu.

"Kita patut selalu mencuci tangan dan membersihkan barang-barang yang kita gunakan. Inilah jalan yang paling berkesan."

Sambil mengambil sapu tangannya Profesor Malaquias Lopez berkata bahawa ketika ingin batuk atau bersin, kita patut menggunakan sapu tangan untuk menutup mulut dan hidung, supaya mengurangkan risiko penyebaran virus.

Tentang persoalan sama ada wabak influenza A H1N1 akan berlaku lagi pada musim gugur nanti atau tidak, Profesor Malaquias Lopez menyatakan:

"Saya pasti wabak influenza A H1N1 akan tersebar lagi. Yang kami tidak pasti ialah sama ada wabak ini akan menjadi semakin buruk atau tidak. Hal ini bergantung pada keupayaan virus A H1N1 ini untuk berubah. Pada pendapat saya, hemisfera selatan yang akan memasuki musim flu akan menjadi tempat yang paling awal menerima kesannya. Jika virus ini tersebar di negara-negara di hemisfera selatan pada beberapa minggu atau beberapa bulan yang akan datang ini, dan berupaya mengubah sifatnya dan bervariasi, virus ini akan susah ditangani kalau ia dtersebar lagi di hemisfera utara."

Profesor Malaquias Lopez mengatakan bahawa pakar-pakar sedang membuat penyelidikan terhadap virus tersebut. Vaksin virus itu mungkin dapat dikeluarkan selepas 6 bulan. Beliau juga menegaskan bahawa masalah penyebaran wabak perlu ditangani dengan meningkatkan kerjasama antarabangsa. Tiada pihak boleh menangani wabak ini sendirian.

Pelancongan Negara Turut Terjejas Akibat H1N1

KOTA BAHARU, 29 Mei (Bernama) -- Seperti negara-negara lain di dunia, industri pelancongan Malaysia turut mengalami penurunan berikutan penularan wabak influenza A (H1N1), kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata kesan wabak itu dirasai di seluruh dunia.

"Persatuan Penerbangan Antarabangsa melaporkan jumlah penggunaan kapal terbang di seluruh dunia menurun sebanyak 10 peratus.

"Di Malaysia, kita ada nampak sedikit sebanyak kesannya namun pelancongan juga berkurangan di seluruh dunia, tapi angkanya masih belum keluar lagi," katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Siti Khadijah di sini, hari ini.

Wabak influenza A (H1N1) atau turut dikenali sebagai selesema babi mula merebak sejak bulan lepas. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sehingga Rabu lepas 48 negara secara rasmi melaporkan 13,398 kes jangkitan H1N1 termasuk 95 kematian.

Dalam perkembangan lain, Ng berkata industri pelancongan di Kelantan boleh ditingkatkan lagi kerana negeri itu mempunyai banyak produk pelancongan menarik untuk dibangunkan.

Katanya pelancong asing gemarkan produk tulin, dan bukan dibuat-buat untuk menarik mereka.

"Pasar Siti Khadijah satu contoh daripadanya. Ia menepati apa yang pelancong nak lihat, peniaga di pasar itu pun tidak sombong, pelancong suka datang ke negara kita kerana mereka suka rakyat kita tak sombong," katanya.

Ng berkata pemerhatian kementerian mendapati ramai pelancong yang berkunjung ke Kelantan datang dari negara 'tidak disangka' seperti Croatia, Greek, Estonia, Belanda dan Perancis.

"Hari ini kita akan bincang bagaimana mahu menarik minat mereka terutama untuk tinggal di rumah inap desa yang akan memberi tambahan pendapatan kepada penduduk," katanya.

-- BERNAMA

H1N1 risiko kepada wanita hamil

PEGAWAI kesihatan menyah kuman di sebuah sekolah menengah di Hong Kong semalam berikutan seorang pelajar di situ dijangkiti selesema babi.

Sistem imun berkurangan ketika mengandung berikutan kehadiran janin

LONDON: Kes kematian pertama berpunca daripada wabak selesema babi di Britain membabitkan seorang wanita yang baru melahirkan bayinya mendedahkan risiko ancaman virus H1N1 itu di kalangan wanita hamil, kata doktor.

Wanita yang dikenali sebagai Jacqui Fleming dari Glasgow meninggal dunia di Hospital Diraja Alexandar Ahad lalu. Bayinya, yang diberi nama Jack, meninggal dunia di hospital sama malam semalam.

Bagaimanapun jurucakap Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Greater Glasgow (NHS Greater Glasgow) berkata bayi itu tidak meninggal dunia akibat selesema babi.

Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Margaret Chan dalam kenyataannya menegaskan wanita hamil yang menghidap virus H1N1 berdepan risiko komplikasi dan apa yang menimpa Fleming perlu diberi perhatian serius.

"Sistem imun di kalangan wanita biasanya berkurangan ketika tempoh kehamilan berikutan kehadiran janin di dalam rahim. Keadaan ini menyebabkan wanita hamil lebih terdedah kepada semua bentuk jangkitan, termasuk selesema bermusim dan selesema babi.

Joh McCauley, pakar virus dari Institut Penyelidikan Perubatan Kebangsaan di Mill Hill Utara London, berkata serangan selesema babi kebanyakannya menyasarkan golongan muda, termasuk wanita hamil,

"Di Amerika suntikan vaksin untuk selesema biasa dicadangkan untuk wanita hamil tetapi tidak di Britain. Keadaan ini menyebabkan wanita yang menghadapi masalah penyakit pernafasan seperti selesema berdepan risiko penyakit lain lebih buruk.

Pakar perbidanan di Universiti College London, Patrick O'Brien berkata jika wanita menunjukkan tanda menghidap penyakit berjangkit ketika hamil, ada bukti kemungkinan mereka turut mengalami penyakit lain yang lebih serius.

"Penyakit seperti campak yang menyebabkan masalah kurang darah, dalam kebanyakan kes bukanlah isu besar, tetapi jika ia menimpa wanita hamil, kesannya amat serius.

"Wanita hamil biasanya tidak dapat bernafas dengan selesa berikutan paru-paru tidak mengembang sempurna kerana tekanan bayi yang dikandungnya dan itu menyebabkan mereka terdedah kepada penyakit lebih buruk," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata jumlah wanita hamil yang dijangkiti selesema bermusim terlalu kecil. � Agens

Kenangan D' Pelajar (Singgahsana)


Anonymous
Posted on 16.6.2009 3:50 PM
Posted from 26 Mac 09 (Singgahsana)

Cik iDAN
Salam. Terima kasih lah ingat 'kat kami ni, Ina Jos, Uda. semoga Cik iDAN gembira di luar sana. Ada masa boleh jumpa raya2 ke kan, Ina tinggal 'kat Hussien Onn je... K la Cik iDAN, Ina ada kelas lg, ambik free course kerajaan tuk Cisco CCNA. K, bye Cik iDAN.


Payah amat rasanya mahu melupakan keintiman aku dengan kumpulan pelajar yang ini. Sebab masa inilah rasanya kemunjak kerjayaku. Kumpulan pelajar ini yang amat rapat denganku. Masa mereka di tahun pertama; makmal aku masih di bangunan bawah KKK. Aku ambil alih kerjaya Abg Nor yang berpencen. Atas pilihan peribadi ketika itu Mantan Dekan Fakulti Profesor Madya Ir.Dr. Azmi b. Dato’Yahya yang memberi pilihan aku untuk berkerja di KKK. Samalah ceritanya ketika pilihan kedua terakhir aku berkhidmat dengan Unit IT atas pilihan sendfiri dengan keizinan Dekan kini Prof. Ir. Dr. Mohd. Saleh Jaafar.

Kumpulan Ina, Mat CC, Jos Uda & ramai lagi yang rapat denganku juga telah melonjakkan nama aku dalam kajian penilaian staf teknikal. Sedangkan kumpulan Ina & geng ini memdapat layanan paling minima dengan komputer yang telah terlalu lama. Dengan prasarana yang amat tergugah. Apa tidaknya baru sahaja mahu berkembang baik makmalku langkah fakulti mengumpulkan kebanyakan perkhidmatan ICT di di Unit IT, membuatkan pelajar ini membawa diri masing-masing. Membuat projek tahun akhir dengan cara sendiri, bergantunglah jika ada kemudahan di makmal.

Kumpulan pelajar ini juga terpaksa mencari bahan internet di makmal lebih canggit di Unit IT, kumpulan pelajar ini juga dapat melihat zaman kejatuhan kerjayaku dengan aku tercampak di makmal kecik dengan sepahan barangan lama yang tak pasti milik siapa. Hinggalah makmal kecil aku itu dirampas & aku terpasti membuat keputusan drastik opsyen pencen pilihan. Bukan hanya faktor kerjaya tetapi juga kerana faktor kesihatan.

KJ ketika itu amat menghormatiku Mohammad Khazani Abdullah (PROF. DR.) yang meletakkan aku ke mercu kerjaya yang aku sukai, surat pengesahan yang aku membuat kerjaya teknikal di bidang ICT ada dalam fail sulitku, mengikut kata Kak Sal dia masih ingat menaipnya, salinan buatku terbuang ketika EAC & pemunggahan barangan. Sebaik sahaja dia mendapat Prof Dr Khazani membawa diri dengan kerjayanya di luar.

Agar Ina, Mat CC, Jos, Uda & geng pelajar KKK tak lupa Yan akan menjadi pasti akan@keluarga baikku. Jika tak aral tentunya kumpulan pelajar ini akan konvo sekitar tahun ini. Tentunya aku amat terkilan tak dapat mencurahkan bakti sepenuhnya buat kumpulan ini. Apatah lagi adik-adik bungsu di bawah mereka amat jauh terasing hubungan mereka denganku. Rasanya terlalu banyak lagi yang dapat aku bantu untuk mereka. Pun aku juga amat banyak inginkan pengalaman & pengetahuan kumpulan pelajar ini yang memang amat pintar & terpilih belaka. Aku belajar ICT pun dari golongan mereka terdahulu.

Tegur-tegurlah aku jika terjumpa; tentunya pelajar yang ramai mudah mengenali aku; berbanding aku yang semakin tua & mamai ingatan. Jangan jadi bagai Gxlxi pelajar sebelumnya bila telah berjaya teramat sombongnya terserempak dalam lif pun pandang ke lain. Tak ada ruginya jika kita mengeratkan talian silatulrahim sesaa kita. Semoga kalian semuaterus berjaya dalam kehidupan medatang. Pun sentiasa dilindungi Allah Azzawajalla. Manalah tahu kot satu ketika kita boleh berbisan, berbiras atau sebagainya. Dunia ini tak sebesar mana.

Doakan juga agar aku terus berjaya dalam kerjaya terkini. Penyair sepenuh masa.

Isnin, 4 Mei 2009

MP5 Dipasaran (Singgahsana)


Belum pun puas kita klik Pemain MP4, sejak tahun lalu telah perbagai MP5 dijual di pasaran. Kebanyakan barangan elektronik sekarang ini dibuat di negara cina. Jika dulu Jepun & Taiwan semakin memonopoli pembuatan barangan elektronik; kekinian negara cina menjadi pesaing sengit buat Jepun & Taiwan. Terutama disegi harga; pasti negara cina dapat menandinginya lantaran kos pembuatan yang rendah.

Jika anda klik ke laman web (situs) ini pasti anda akan teruja mahu memiliki Pemain MP5 yang perbagai fungsi. Sila klik situs ini di interner (alam maya).

Situs jualan MP5 di alam maya.

Rakan aku Asraf sering membeli barangan melalui alam maya akan produk terkini yang banyak terjual. Jika kita punyai modal besar memang jualan secara langsung di alam maya amat menguntungkan. Antara sebabnya kita boleh memilih produk sendiri tanpa bergantung dengan barangan yang dibekalkan olah pembekal tempatan yang telah sedia mengambil keuntungan. Juga kita lebih cepat mempromosikan prudok terkini tanpa sekatan & iklan yang meluas melalui situs yang sedia ada di alam maya.

"Aziq nak beli MP3 macam mana?" Aku baru sahaja balik dari sembahyang Jumaat di Masjid Penjara Kajang.

"Yang biasa saja, ada memori 4GB dah cukup.." Aku terbayang MP3 pelajar yang tertinggal di makmal komputer Unit IT. Saleh tak kasi usik pun, rasanya dah lebih setahun tersimpan di laci barangan tertinggal. Kira dah boleh wakaf dah lebih dari tempoh iklan.

"Kenapa tak minat dengan MP4?"

"Bajet tak cukup ayah.."

"Ayah tambah jika tak cukup.., jom kita banding harga di WARTA Bandar Baru Bangi" Kasihan pasaraya Bintang jarang disebut orang, masih sedap nak sebut WARTA Bangi. Aku naktempah tiket X-Man jadi bolehlah banding harga MP4 di sana dengan tempat lain.

Jenis berjenama, selalunya yang telah ada kelas, macam Sony atau i-Pot memanglah mahal amat harganya. Barangannya kecik cinonit tetapi mahallah amat. MP3 sekitar RM100 telah dapat yang baik-baik, tapi tak banyak mana fungsi berbanding MP4. Bila aku bandingkan harga di WARTA memang sederhana sahaja. Masih lebih murah di CarreFour di Alamanda. Aku teringat amat harganya belalui risalah iklan yang bersepahan di peti surat saban minggu. Paling murah tentunya di Plaza Lowyat.

Aku berkira-kira jika ke Alamanda, sibuk@sesaknya satu hal, piihan tak sebegitu banyak. Maka aku lebih suka ke Mines Seri Kembangan; kira tempat aku memancing zaman 80an. Lagi dekat lagi banyak pilihan. Ada sebuah kedai teramat besar di sana, Challenger cumanya banyak barangan berjenama yang dijual tetapi boleh juga cari di kedai-kedai komputer sebelahannya. Boleh banding harga. Memanglah paling bagus buat bandingan harga di Plaza Lowyat KL. Ratusan buah kedai & perbagai tawaran. Huh!, masanya, parkirnya, sesaknya, jika bermasalah barangannya bagaimana?; Penat nak datang semula.


Pendekkan ceritera, dari Pemain MP3, cadang nak beli Pemain MP4 tetiba kami tertarik dengan Pemain MP5 ini, amat teruja akan perbagai fungsinya siap boleh main permainan komputer & salurkan ke TV. Banyak format audio & video boleh dimainkan. Boleh saja muatturun rancangan di alam maya ke Pemain MP5 ini & terus tayangkan di skrin TV. MP3, RM/ RMVB/ AVI/ FLV/ MPEG-4(AVI)/ H.264 , memang menarik. Saiznya amatlah kecik cinonit.

Nak jadi ceritera, Aziq guna tak sampai tiga jam; balik dari menonton X-Men dah Pemain MP5nya meragam. Beberapa iconnya hilang; radio tenguk imej semua okey. Tak ada icon untuk MP3 & video yang lainnya.Bila aku amati; aku yakin amat lantaran dibelasah birus di komputernya. Aku jarang paksa Aziq itu scan birus di komputernya. Aku cuba mencari perisiannya di alam maya. Huh! sampai jam 5 pagi tak jumpa. Cuma dapat aku kesan kompeni yang membuatnya.

Semalam Sabtu aku scan birus di komputer Aziq menggunakan BDC. BartPE aku dah rosak. Guna save mode nampaknya berkesan juga. Memang banyak amat birusnya. Terutama birus Trojan.

MP5 ini ada gerenti setahun, jika tak kena air atau terhempas pecah berkecailah. Sabtu; aku pergi ke kedai yang menjualnya. Bagusnya kedai yang aku beli ini tak banyak kerenah. Baik sangat taukeynya; dia terus tukar yang baru. Jika nak hantar ke wakil pengedarnya tentunya lambat. Kedai komputer tersebut mengadap ruang ligar bot, Tingkat 3. Data Plus Computer Sdn Bhd. Terutama yang agak berumur apeknya, peramah & mesra pelanggan. Harganya sederhana. Tapi mudah berunding.

Aku teringat ketika aku beli telefon bimbit di sekitar Mines; tak pernah eloknya, ada saja masalahnya, paling akhir aku beli telefon bimbit LG. Baru pakai separuh hari skrinnya bermasalah; ada segaris rona mengganggu pandangan. Tak boleh segera ditukar yang lain. Kena tunggu dekat sebulan barulah dapat semula telefon tersebut. Kena dihantar ke pembekalnya. Siap kena soal siasat; macamlah harganya beribu. Tak percaya langsung dengan pelanggan. Siap tanya... masuk air ke, jatuh ke..!. Isk! memang cikadak betul amoinya. Harap lawa saja. Baru setengah hari tak lojiklah tanya bebenda macam itu. Barang baru takkanlah kita sebagai pengguna tak sayang. Tak angin ke jika pakai setengah hari meragam, kemudian nak tunggu sebulan baru dapat digunakan. Manalah nak rasa ghairahnya guna barangan baru. Ciss!.

MP5 yang Aziq beli ini, mungkin tak lasak dengan gangguan birus, mungkin juga alah dengan gangguan arus elektrik. Tak pasti. Harapan aku ianya tak meragam lagi & memang aku berkira-kira teringin juga memilikinya satu. Tak mahal sangat tapi banyak kegunaannya bagi mereka yang suka ICT terutamanya jika kita pergi melancung & bosan waktu senggangnya; tentunya Pemain MP5 ini banyak membantu kita. Perbagai boleh kita lakukan dengan Pemain MP5 ini.

Di pasaran kini MP5 tersedia dengan radio, TV, kamera. Emmm! duit sahaja yang perlu ada...!. Maka itu kanak-kanak sekarang pun gila nak kaya; macam kes si Najib yang ambil telefon bimbit Aziq tempoh hari yang aku kesan suka amat akan telefon bimbit yang punyai radio, kamera & TV.

Sabtu, 2 Mei 2009

9298 Pengunjung sepanjang April (Singgahsana)

Jika boleh aku ingin pengunjung jurnal ini akan bertambah dari semasa & semasa. Tetapi bukan satu tarikan yang mudah. Bagi sepanjang tahun ini bulan April tahun ini mencatatkan pengunjung yang paling ramai.

Cumanya tak semua pengunjung mahu membaca akan jurnal ini. Sebahagian sekadar terklik dalam mencari bahan di internet. 9298 pengunjung; rasanya sudah kira ramai jika boleh memang aku impikan tiap bulan dapat menarik sekitar 10,000 pengunjung. Tak kiralah ianya sedetik melayari; namun alangkah bagusnyanya ada yang rajin mencari bahan kebaikan dalam berjauhan & perpisahan begini. Dapatlah memberikan rasa keprihatinan. Respon untuk aku terusan berkarya.

Jika tidak aku seolah-olah berbual seorang. Meraban jadinya.

Mungkin lantaran kurang gambar-gambar cantik, mungkin lantaran kurang bahan panas, kurang iklan sampingan, mungkin juga kurang publisiti. Bagaimana pun aku amat berharap akan terusan dapat menarik pengunjung@pelayar ke jurnal ini. Agar pelayar yang ada tetap bersamaku.

MATA puisi iDAN hari ini Sabtu 02.05.09


Jangan tak beli Berita Harian hari ini, Sabtu 02.03.09 puisi Penyair iDANRADZi bertajuk MATA terbit hari ini.

Jumaat, 1 Mei 2009

Orang Kita Kurang Menonton (Singgahsana)

Orang kita Melayu makin kurang minat menonton. Tidak macam zaman 60an lalu. Zaman wayang kita hitam putih. Aku masih ingat jika mahu menonton cerita hindustan di panggung Wah Onn & Waldorf Batu Gajah punyalah payah nak beli tiket. Di panggung Wah Onn sebelah kuil India tu penuh memori, sampaikan mengelupas tangan bertolak-tolak nak beli tiket semata-mata, nak tenguk Dilip Kumar atau Shashi Kapoor berlakon. Atau Saira Banu menari.


Saira Banu antara pelakon yang ramai peminatnya.

Lepas menoreh getah (motong getah) akan ligat kayuh basikal lapan batu ke Batu Gajah. Hari minggu ada pasar lambak & ada wayang 'Cheap Matinee' di panggung Waldorf. filem koboi atau Hercules yang rona merah tu. Bangkunya yang jenis papan boleh lipat-lipat tu.

Bila malam-malam aku tenguk wayang dengan Apak, aku  selalu membonceng Vespa arwah Apak berdiri di depan waktu pergi. Leguhlah amat lutut nak sampai ke pekan Batu Gajah. Balik malam terpaksa duduk celah arwah Emak & Apak mengantuk sampai ke rumah lewat malam. Dahlah sejuk amat ikut jalan lombong lalu Kampung Bakap. Jalan lombong gelap gelita, terkadang sahaja nampak lintuk api pelita.

Itu yang aku pertikaikan kumpulan ibarat Samseng Kampung Dusun, penghulu, ghani_osman & geng di Wikimapia. Padam semua lokasi yang aku tandakan tanpa belas ihsan; semata-mata marah amat aku tandakan lokasi rumahku. Apalah cacatnya wikimapia jika ada tercatat rumahku, tertak seorang penyair, rumah di kampung sesebuah pun nun lebuh jauh; dari seratus meter jaraknya. Rumah pusaka ku lagilah dalam hutan belantara. Baik sikit si Mat Saleh jambang tu, masih sudi tolong kemaskini lokasi Sekolah Kebangsaanku. Geng gelandangan tadi, tanah kuburan kampung aku pun ranap dipadamnya. Penjajah betul.

Zeenat Aman muncul setelah filem hindustan amat popular.

Bukan takad padam banyak lokasi yang aku tandakan; malahan padam semua akaun aku & kekawanku disekatnya (Banned). Mungkin mereka kesan IP kami sama, sedangkan memang di makmal & di siber cafe akulah kekawan aku berkumpul. Tak kisahlah apa yang diceriterakan tentang banyak tasik yang hilang, asalkan kekawanku kenal sejarah & kampungku tetap ujud di bumi ini bukan ujud di wikimapia. Tanah perkuburan yang entah berapa kali dipadam oleh penghulu & geng ini, biarlah akan mengenalkan mereka apa ertinya kemanusiaan.

Lagipun jika kita ke google atau yahoo. Mana mungkin wikimapia & idanradzi boleh dipisahkan. Aku sebenarnya telah lebih lima tahun rapat dengan wikimapia ini. Semalam sehari suntuk aku cuba betulkan banyak lokasi; tetapi jadi kerja sia-sia lantaran ada orang rupanya mahukan wikimapia itu tak sehebat dulu.

Rasanya jika dalam wikimapia tidak boleh lagi disertakan untaian (link) pasti tak semeriah dulu. Aku rasa tak kisah siapa juga nak letakkan lokasi rumahnya. Betulkan sahaja caranya tandanya, agar nampak kemas. Jika tak mahu tenguk semua pengguna menulis perbagai; Klik sahaja icon Lihat Tiada Tempat. Itu yang geng penghulu yang menyamar jadi Datuk Khairy Jamaluddin itu tak faham. Namanya Datuk tu.. dipergunakan agar rakyat marhaen tambah benci akan dia; burukkan nama orang lantaran jadi penghulu menyamar di Wikimapia ini. Tak pastilah pulak yang empunya diri memang berperangai pelik begitu. Sebenarnya untaian di internet amat penting untuk mempercepatkan kita mencapai maklumat. Ikut cara Wikipedia, dalam sesuatu ayat pun telah banyak diuntaikan ke situs lain.

Aku teringat masalah mIRC (IRC) tahun 80an yang amat meriah tetiba langsung senyap sementelah masalah pengguna Malaysia yang asyik sukalah amat boom komputer; godam komputer, padan muka orang sekat IP & perbagai lagi bila diberikan sedikit kuasa atau mIRC Operator habis belaka chater disekatnya. Lalu Mat Saleh luar negara banyak yang sekat kemasukan kita ke server mereka. Nak ke mIRC memang kena memasuki server orang, baru kita dapat berbual.

Aku sendiri dah lama tak guna mIRC. Dulu aku selalu guna nick ini ||CaMaR||. Akaun aku camar di hotmail pun hilang dah!. Sebab lama sangat tak guna. Siapalah guna akaun Camar itu.

Berbalik ceritera wayang@filem & kenangan dedulu tadi. Pawagam@panggung yang paling dekat dengan kampungku hanyalah di Batu Gajah; jika nak pergi ke sana jalan paling dekat terpaksa ikut jalan lombong. Faham sajalah jalan lombong bukan ada turapan tar. Berdebu sakan.

Aku nak cerita Kampung Bakap pun semua orang termanggu-manggu. Mana kedai sederet stesyen keretapinya, mana rumah Suhaimi, rakanku semasa di Asrama Putra, Jalan Watson Ipoh; Arwah Suhaimi adalah Kapten kapal terbang yang terbunuh kemalangan semasa LIMA langkawi baru diperkenalkan. Sekarang Kampung Bakap tinggal Tanah Perkuburan sahaja. Desa yang sudah jadi lautan atau padang jarak padang tekukur diredah lombong pam.

Ahad memang hari paling meriah jika ke Batu Gajah, ada pasar lambaknya. Makan mee kari (tak ingat gelarannya) di kedai Cina Hailam ada pengesahan halalnya. Aku masa kanak-kanak suka buat koleksi pisau lipatnya. Syok ya! amat. Panggung paling membawa kenangan adalah Wah Onn tadi; cuma pakai kipas, tingkap atasnya kayu gelunsur. Bayangkan kena tolak dengan kayu satu per satu tika filem mahu bermula. Siap ada deretan tiang di dalamnya, macam Panggung Coliseum, Kuala Lumpur. Lama tak masuk panggung Coliseum ini, sejak asyik filem india ditayangkan kat sini. Bagaimana nak tenguk, aku suka semua filem tapi siapa mahu temankanku.


Semalam aku & anak-anak ke Bandar Baru Bangi. Mengembalikan kenangan lama. Pwagam yang dulu lama sepi kini kembali beroperasi. Pawagam ini memang menarik. Sayangnya seperti topik aku kemukakan tadi. Orang kita telah kurang menonton wayang. Semalam ada lebih kurang tiga keluarga & seorang bujang sahaja ketika menonton jam 9:15 malam. Sekitar belasan penonton sahaja. Filem X-MEN ORIGINS ini sungguh menarik. Kisah silam X-men yang kematian kekasih@isteri. Sedihlah amat lantaran heronya hilang ingatan kekasih@isteri pula mati lantaran dibelasah si gelandangan bos lamanya yang mempergunakan kekuatan & keistimewaan X-men . Aku teringin sangat nak bawa si Yoep anak bungsu Tok Perak yang teringat akan dia yang suka menemani kami memancing di Tasik Kejut. Mesti seronok jika dia dapat kenal dengan anak-anak aku. Aku tahu dia juga antara peminat puisi aku.

Tok Perak macam aku juga. amat payah nak kontak melalui telefon bimbitnya. Dua hari nak telefon tak dapat-dapat. Masa dia telefon pasal lesen kenderaan tu tak terfikir pula aku fasal nak ajak bersama menonton ini. Dah tak ada jodoh pertemuan nak buat macam mana.



Sebelum ini PAWAGAM BANGI UTAMA bukan Iswaria yang punya. Jika tak silap MBO kot, tak pasti sangat. Lama juga ianya tiada beroperasi; lantaran orang kita Melayu memang tak kuasa ke pawagam lagi. Maka mana nak cukup modal. Asyik sunyi saja tak ada pengunjung.

Pawagam ini menariknya parkir yang percuma & tertutup. Tak payah bersesak sesak; bersebelahan dengan pusat bowling di tingkat empat. Selesa berlantai curam tanpa gangguan orang depan & tanpa nombor bangku. Kecualilah filem yang gempak sesak penonton kot! baru bernombor bangkunya; Jika anda duduk depan sekali pun tak kisah. Memang selesa pawagam ini. Maka jika anda teringin sesekali menonton bersama famili saya memang syorkan PAWAGAM BANGI UTAMA ini. Aku jamin memang berbaloi & santai menoton. Terasa suasana kampungnya. Majoriti orang kita Melayu di sini. Sesekali adalah filem tamil & hindustan.

Harap-harap tak tutup lagi pawagam ini, aku memang sejak berzaman suka amat menonton di sini. Jumpa di sana!!!.

ISWARIA - PAWAGAM BANGI UTAMA , BANGI
03 – 89201182

X-MEN ORIGINS: WOLVERINE (PG13)
1 jam 50 minit, Filem Inggeris
1:30PM 3:30PM 5:30PM 7:30PM 9:15PM

Situs berkait




Untitled
duan | Posted on 15.7.2009 at 1:30 AM
Ingat ke lagi kita tengok filem agalelajja kat panggung grand, jubblee park?
Tambun
iDAN | Posted on 22.7.2009 at 6:10 PM
Apa pula tak ingat naik bas century rona merah tu..

Rabu, 29 April 2009

Surat Dari Pej Tanah (Singgahsana)


Monday, April 27, 2009

Limpahan terima sahaja yang dapat aku nyatakan di atas keprihatinan pegawai atasan Pejabat Tanah & Galian Negeri Perak Darul Ridzuan; secara peribadi telah berusaha untuk mengesan akan tanah pusaka Mat Sesh (Arwah Apak) yang telah hilang akan gerannya. Aku menulis e-mel kepada pihak Pej. Tanah adalah lantaran kehilangan yang beberapa geran yang tersimpan di Peti Besi Gajah Hijau.

Takkan nak libatkan polis perbagai, jika boleh aku mahu menarik rambut dalam tepung; rambut jangan putus tepung jangan pula berselerak. Itu yang malas ganggu keluarga arwah Opah Bi.

Sayangnya ianya tak akan selesai kecuali tahun No. Geran & No. Lot. Bagaimana nak tahu semua itu, di simpananku kini ada geran besar tanah sekitar kampungku ianya agak rumit mengenal pasti akan sesuatu lokasi. Sedangkan tapak masjid pun di dalam geran besar ada tujuh ekar lebih; mana lojik ianya sebahagian milik orang lain.

Antara geran yang hilang ialah, tapak rumah pusakaku, tanah air hangat, tanah dekat rumah Pak Aris, tanah tapak kedai dan ada beberapa tempat lagi aku tak pasti. Itu semua di Mukim Teja, bagaimana pula tanah di Tukang Sidin. Arwah Apak lama merantau di sana; memang ada tanahnya di sana.


Tambah sakit pewaris sebelah arwah Apak tak seorang pun mahu berhubung tentang tanah ini. Ada yang mengatakan arwah Apak dah beli semua dari adik beradiknya. Mungkin sebab itu tak seorang pun pewaris yang menuntut. Sementelah semua adik beradik arwah Apak seramai empat orang telah meninggal. Arwah Apak pula yang bungsu.

Takkan ceriteranya sama, aku juga anak yang bungsu dari empat adik beradik. Semuanya apakah akan terpikul di bahuku. Semua adik beradik arwah Apak perempuan; memang ada lojiknya arwah Apak yang perlu diharapkan. Kes aku lain, aku ada abg kandung lelaki dua orang. Bagaimana pula dengan saudara tiri. Ikut hukum faraid semuanya ada hak cumanya sikit atau banyak sahaja. Huh! patutnya semualah kena bantu aku. Inilah isunya. Masing-masing kejar dunia; hingga lupakan kampung halaman.

Bagiku tak kisahlah jika No. Geran yang diberikan oleh Pej. Tanah itu bukan milik arwah Apak; setidak-tidaknya ianya meringankan tugasanku mengesannya. Ianya satu rahmat Ilahi yang memudahkan pencarianku. Aku akan merujuk No. Geran tersebut hak milik siapa di kampung nanti. Aku tahu mesti ada penyelesaian. Tak mungkin masalah tak ada penyelesaiannya. Moga roh arwah Apak dapat mendengar akan usaha & munajatku ini.

Ish! sedar tak sedar telah sebulan UPM tak kasi sebarang tindakan tentang pencenku. Apa yang belum selesai & apa lagi yang kena aku uruskan. Selagi tak dapat semua wang pampasan & wang tuntutan bagaimana aku mahu bergerak; memang payah jika hanya bersenjatakan dengan tulisan. Tanpa bantuan duit untuk bergerak ke sana ke sini.

Hidup harus diteruskan jua... Sabarlah Desa Tualang.

Selasa, 28 April 2009

Penyair sepenuh Masa (Singgahsana)


Aku telah mula menghantar karya kebanyakannya puisi ke akhbar. Tak tahulah bila ianya akan tersiar; sebahagian dari karya lama yang tidak tersiar & sebahagian karya terkini. Perubahan besar telah berlaku bagi akhbar Berita Harian, ruangan Sajak kini ditukar kepada ruangan Puisi yang diterbitkan di Berita Harian pada hari Sabtu; Tidak lagi di Berita Minggu setiap Ahad bagai dulu.

Mingguan Malaysia seperti selalunya masih mengekalkan cara tradisional. Setiap hari Ahad mesti ada ruangan sastera Cerpen & Puisi. Tentunya ramai menyukai Mingguan Malaysia dalam segi saiznya. Bayangkan jika kita mahu membuat lapik untuk berkelah atau sebagainya. Pasti semua memilih Utusan Malaysia. Agar penerbitnya tidak berkira-kira mengikut jejak Berita Harian. Kecillah amat tak luas & meriah rasanya.

Masalah isian beritanya bagi aku terpulanglah kepada kita; tak salah jika kita membaca akhbar semua visi. Janganlah lantaran pertelingkahan politik kita menolak banyak akhbar. Sedangkan akhbarlah satu-satu wadah media massa yang dapat membina ilmu & mengembangkan pengetahuan kita.

Baik Utusan Malaysia, Berita Harian, Harakah, Kosmos & banyak lagi akhbar terbit tiap hari, capailah semua jika mendapat peluang membacanya. Agar kita tidak menjadi masyarakat jumud membaca.

Sejak aku menjadi Penyair sepenuh masa, aku banyak menulis jurnal & melayari internet. Maka banyak minda aku tertumpu dengan bahan di internet. Ada satu kehilangan yang amat ketara; aku tidak dapat berbual dengan kekawan bagai dulu. Melalui bualan selalunya dapat bertukar minda. Banyak masalah kekawan sebenarnya dapat membantu aku dalam menilai kehidupan. Terasa amat kosong hidup ini tanpa bualan & khabar dari kekawan.

Tadi aku buka telefon bimbit talian DiGi, & SMS Eris, nampaknya dia pun tak perasan SMS aku, lambat baru dijawabnya. Jika dulu Eris ini memang kembar telefon bimbit; tak sampai sedetik pasti dijawabnya. Jawapan SMSnya kali ini juga agak pelik lantaran mungkin terkilan kot aku memang tak kasi berita langsung buat kekawan sejak sebuan lalu. Sementelah telah lama tentunya aku tidak ketemu dia; mungkin dia dah lupa pun wajah aku.

Aku memang ada dua talian telefonku; selain telefon rumah. Ada DiGi & 013; tapi minta maaflah aku bukan jenis orang sentiasa hidupkan talian telefon bimbit. Kot nak guna sahaja aku hidupkan. Sebab aku nak jumpa Eris pun lantaran nak minta bantuan dia tentang masalah pencen yang belum selesai. Mahu pergi ke pejabat cukai pendapatan. Nak naik kapcai ke sana aku tak pasti sangat tempatnya. Nak bawa kereta perang pula, masih tak yakin akan taraf keupayaannya. Sesekali amat payah nak mengidupkan enjinnya. Nak guna Avanza Mila, bilalah dapatnya. Sibuk memanjang Mila kini, balik pun dah malam-malam. Ikut anginnya. Terkadang jam 6:15 ptg dah terpocol di muka pintu. Cepat pula. Lagipun aku & Eris macam dengan Asraf juga, selalu berurusan ke mana juga mesti akan bersama.

013 itu yang paling lama aku gunapakai. Tapi bak kata PengailSejati.

"Ada dua talian pun nak buat apa, jika payah amat nak terima panggilan!"

Macam ini sajalah...Semua SMS aku baca belaka, jika aku buka talian memang berduyun SMS masuk: Takkan aku padam terus talian bimbit tu, dalam seminggu mesti aku buka juga. Seperkara lagi jika rajin bukan jurnalku; pasti mudah mengesanku. Terutama jurnalku di easyjournal; itu yang paling rajin kubuka. Boleh kata tiap hari aku akan membukanya. Selain jurnal aku rajin juga buka e-mel idanradzi di yahoo.

Sesekali bosan sangat buka TAGGED. Semua itu wadah untuk berkomunikasi. Mahu tak mahu sahaja mendekati Penyair iDANRADZi ini.

Isnin, 27 April 2009

Server Easyjournal ini agak perlahan...(Singgahsana)


Buat Sementara waktu... Jom ke Mirror jurnal@blog iDANRADZi di BlogSpot

http://idanradzi.blogspot.com

Sabtu, 25 April 2009

§ Sebab wanita lebih cepat nampak tua (Delima Merkah)


Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi tahukan anda semua wahai! kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?

1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar² hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju², telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami.. layan saja sambung makan, buat² tak dengar anaknya menangis. Maka wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan tak sempat nak hadam betul².

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!"

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tidur mati terus.kalau yang dengar pun buat2 tidur lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tidur nya. Wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak. Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut² pun mula wujud. Masa tu guna Total E ffect kah, apa kah... tak kan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR S ECUKUPNYA.

4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak², perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. Maka, wanita pun membebel, marah²... dan bila marah², banyak leter, jadi cepatlah jadi tua..

Kesimpulannya...wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia.. .

e-mel

Limpahan Terima Kasih untuk Pej Tanah & Galian Negeri Peak Darul Ridzuan (Singgahsana)

myspace layout images

Atas usaha gigih staf Pej Tanah & Galian Negeri Perak Darul Ridzuan di Ipoh, tak kurang dapat mengesan lima geran tanah hak milik ayahandaku Mat Sesh (arwah Apak) melalui Penama . Pejabat Daerah & Tanah Kampar pula dapat mengesan dua geran & satu Lot Pajakan milik arwah Apak; tentunya dengan usaha gigih dua jabatan ini dapat membantu aku nanti dalam menebus tanah milik arwah Apak.

2. Limpahan terima kasih, aku ucapkan. Tak sangka melalui laman web (situs) Pej Tanah tersebut aku dapat menghantar e-mel & memohon pertolongan jika dapat dikesan semua hak milik tanah peninggalan arwah Apak melalui Penama & No Kad Pengenalan. Melalui situs pejabat tanah tersebut ianya memerlukan aku tahu No. Geran & No Lot: untuk aku cuma dapat mengesan tanah hak milik siapa & berapakah tunggakan cukai tanahnya. Sedangkan sebelum ini aku telah menceritakan bagaimana peti besi milik arwah Apak yang menyimpan semua dokumen penting termasuk geran tanah yang telah pun diceroboh.



Inilah seiras bentuknya Peti Besi Gajah Hijau milik arwah Apak yang kena ceroboh; ianya yang kerap aku ceriterakan dalam jurnal ini. Peti besi ini memang berat & setakad seorang berdua memang takkan akan terangkat. Semua dokumen, barang kemas & geran tanah tersimpan di dalam peti besi ini. Yang memiliki kunci cumalah arwah Apak & arwah Opah Bi. Aku sendiri sejak lahir hingga ke usia tua tak pernah tahu bagaimana mahu membuka peti besi ini. Apatah lagi mengenal anak kuncinya. Masih teringat semasa aku kecil sering arwah Apak buka peti besi ini di hadapanku; Ada ruang rahsia di lantainya. Bagaimana boleh semua geran tanah & banyak dokumen lain terkeluar dari peti besi ini memang misteri. Selepas pemergian arwah Opah Bi sekitar lima tahun lalu yang tinggal di rumahnya hanyalah saudara mara sebelah arwah Opah Bi. Padanlah Kak Nomie amat terkilan kes peti besi ini & berbalahan dengan saudara mara sebelah arwah Opah Bi. Sila lihat jurnal ini sedikit tentang nostalgia peti besi ini.

Ghanimah ( Siri Kekalkan Cinta 36 )

3. Melalui Nombor-Nombor Geran yang diberikan oleh Pegawai Pej Tanah di Ipoh, dapatlah aku menyemak akan jumlah baki Bil Cukai Tanah melalui situs di internet. Kebanyakannya semua telah berbayar akan cukai tanahnya. Pihak mereka tidak dapat mengesan Nombor Kad Pengenalan di data kamputer mereka; itu yang aku mushkilkan. Pasti banyak kerja yang perlu dikemaskinikan jika mahu memasukkan semua data itu; berbanding saman trafik, melalui Nombor Plet Pendaftaran kenderaan atau No kad Pengenalan pemilik kita mudah mengesan saman kita. Kes aku tentunya berlaku pada keluarga yang lain; bilamana telah berlaku pencerobohan & kemusnahan geran tanah; memang akan memeningkan kita untuk mengesan semula.

4. Di Pejabat Tanah perlulah diingat hanya Nombor Geran & Nombor Lot yang dapat membantu kita dalam menyemak atau mengetahui status sesuatu tanah tersebut. Aku yang punyai salinan geran besar tahun 2001 tanah sekitar Desa Tualang di Mukim Teja; memang payah amat mengagak mana satu tapak rumah pusakaku sendiri. Di geran besarku ini pula hanya tercatat Nombor Lot bagi satu kawasan yang besar. Sebagai contoh tapak masjid Lot 25428, tujuh ekar lebih; tak masuk akal. Tanah arwah Pak Tam mungkin kah Lot 13918, seekar lebih atau termasuk sekali dengan Lot tapak masjid. Nusie atau Napi mesti tahu status tanah pusaka arwah Pak tam ini. Ooo! pening. Aku rasa ini kerja Ketua Kampung, perlu menyiasat semua ini. Jika Raman terbaca jurnal ini aku harap dapat mengambil iktibar. Jika tidak sampai bila-bila Bil Cukai Tanah di kampung kita tak berbayar. Tahu-tahu kena rampas semua, jatuh ke tangan orang luar. Orang tua deduku prihatin amat masalah ini.

5. Apa jadi dengan geran berbentuk Spanner Lot 73703, sepuluh ekar lebih yang ingin dimajukan oleh PR. Apakah benar ianya telah menjadi semak & hutan. Bagaimana bentuk geran ini telah menjadi sebesar ini. Apakah ianya digabungkan. Rasanya masalah tanah di Mukim Teja ini banyak polimik & kancahnya. Ianya pasti menjadi sebutan & kenangan. Seperti Kampung Bakap yang hanya tinggal tanah perkuburan. Nama Kampung Bakap mungkin akan hilang dari peta dunia jika semua penghuni telah pindah ke lain daerah. Harapanku janganlah Desa Tualang menjadi sejarah. Perlu diingat ada kalangan penduduk di sini adalah mereka yang berjuang dengan darah menegak kemerdekaan sebenar. Cumanaya kerajaan kini menolak perjuangan ini; bukalah sejarah pasti ramai yang tahu siapa pejuang ini. Maka itu arus politik kita hingga kini masih bertelegah tak tahu mana halatuju kita. Mahukah kita memang sorak kampung tergadai.

6. Bermakna kepercayaan saya terhadap keluarga, arwah Opah Bi yang seharusnya mengingatkan kami tentang banyaknya bil cukai tanah ini boleh dipersoalkan kerana semua alamat Bil Cukai Tanah tersebut pasti ke alamat rumah Allahyarhamah di Kampung Changkat Tualang (Desa Tualang). Saya yang kerap juga menziarah beliau semasa dia masih ada tidak menghulurkan bil tersebut. Emmm! takkan aku mahu mengganggu ketenangan roh arwah Opah Bi. Namun bayangkanlah kami yang tinggal terpaksa melunaskan semua bayaran cukai tanah tersebut berserta dendanya yang tentunya amat tinggi.

7. Agar roh arwah Ayah saya aman di sana & tidak akan sampai tanah pusaka sepeninggalan beliau terbiar.

iDAN: Siapa yang menyamar si penghulu & Datuk KJ dalam wikimapia. Aku banyak menandakan lokasi di kampungku ini; si penghulu & gengnya banyak memadamkan ia. Jika tidak lebih mudah aku meletakkan lokasi & ceriteraku ini.
Comments for this entry:
...........

pengailsejati | Posted on 27.4.2009 at 7:35 AM
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah...Semua permasaalahan mengenai tanah pusaka abg idan hampir selesai...Lepas ini boleh la abg idan usahakan tanah pusaka tu...Tanam buah Goji pun ok aper...
Tanah Air Hangat
iDAN | Posted on 27.4.2009 at 10:48 AM
Tanah Air Hangat itu mungkin boleh selesai untuk ditebus, cumanya di Bil Cukai Tanah asal ianya geran bukan pajakan tak tahulah status sebenar kini & kebanyakan tanah yang Pej Besar Ipoh, Pej Tanah & Galian Negeri Perak D.R kebanyakannya telah dibayar cukainya, tak pasti lagi tanah org lain ke yang namanya sama arwah Apak, atau tanah bersama kot ada waris sebelah apak yang bayar atau pun dah bertukar hak milik. Ada empat geran kena disiasat; macam tak lojik pula keluarga kami tak tahu jika ianya dilelong. Memang kena mengadap Pej. Tanah di Ipoh tu. Sebenarnya ada lagi tanah yang keluarga kami risaukan statusnya.