22 Oktober 2009
Saya lebih berminat untuk membawa pembaca berfikir kenapa ramai kalangan Perdana Menteri (PM) kita keluar dari parti UMNO. Sedangkan UMNO itu adalah parti paling unggul & tunggak bagi bangsa Melayu.
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990)
Segala perjalanan politik Ayahda Tunku ada tercatat di sini . Apa yang menarik di sini pada 22 September 1970, Ayahda Tunku terpaksa menarik diri dari UMNO lantaran tidak tahan lagi tohmahan & pelbagai isu yang membuatkan kesihatan Ayahda merosot. Ianya lebih kepada masalah tercetusnya masalah rusuhan kaum 13 Mei 1969. Bagi kita yang pernah membaca buku 13 Mei - Sebelum & Selepas luahan hati Ayahda Tunku tersirat siapa yang banyak membuat wawasan Ayahda tergugat. Ayahda Tunku meninggal dunia di luar UMNO. Semangat 46 yang disokong Ayahda Tunku turut terkubur.
Elok juga kita baca apa pandangan orang Indon terhadap Malaysia ketika pemerintahan Ayahda Tunku di sini
“ Dalam pernyataan saya yang terdahulu tentang agama, saya telah menyebut negara ini adalah negara sekuler. Maksudnya negara ini bukan negara Islam. ”
“ Walaupun orang-orang Islam ingin menyaksikannya berdiri, tidak akan wujud sebuah negara Islam di Malaysia. ”
Tidak banyak berlakunya percanggahan pendapat semasa Allahyaraham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) mengambil alih pemerintahan. Allahyarham lebih dikenali sebagai Bapa Pembangunan. Tempoh perkhidmatan 22 September1970 - 14 Januari 1976. Sila Klik sini sejarah politik Allahyarham.
PM terpendek tempoh pemerintahan adalah Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Ayahda Tun Hussein lebih banyak menumpukan perpaduan antara kaum; Beliau digelar sebagai Bapa Perpaduan.
Ayahda Tun Hussein juga keluar UMNO lantaran menyokong Semangat 46. Sila klik sini jika ingin mengikuti perjalan politik beliau yang singkat.
& PM kita paling tersohor adalah Ayahda Tun Mahathir sila baca perjalanan politik beliau di sini .
Ayahda Ayahda Tun Mahathir dilahirkan di Alor Star Kedah, Semasa Perang Dunia ke II dia pernah jual goreng pisang. Ibunya orang Klang & ayahnya Mohamad Iskandar adalah warganegara India. Sila klik sini.
Beliau adalah pemimpin paling lama berkhidmat. Jasanya tidak dapat dinafikan membuatkan Malaysia gah seantero dunia. Maka itu beliau digelar Bapa Pemodenan Malaysia.
Pada 26 September 1969, Ayahda Tun Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.
Buku Dilema Melayu banyak mengecam perwatakan bangsa Melayu. Pada tahun 1983 dan 1991, Mahathir berdepan dengan pihak Raja dan Sultan dengan membuang kuasa veto Raja dan imuniti mereka dari dihukum.
Pada 19 Mei 2008, Ayahda Tun Mahathir mengisytiharkan keluar dari parti UMNO.
Sehari selepas perlantikan secara rasmi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Ayahda Tun Mahathir bersama-sama isterinya, Dr. Siti Hasmah dan anak mereka, Datuk Mokhzani telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO semula.
Untuk rekod, bekas presiden-presiden UMNO terdahulu meninggal dunia selepas melepaskan jawatan presiden di dalam parti UMNO kecuali Tun Abdul Razak, yang meninggal ketika masih menjawat jawatan tersebut. Dato' Onn Jaafar keluar dari UMNO apabila cadangan beliau untuk menjadikan UMNO parti berbilang bangsa tidak dipersetujui. Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn pula meninggal dunia selepas melepaskan jawatan di dalam parti UMNO kerana berselisih pendapat dengan Ayahda Tun Mahathir yang menjadi PM selama lebih 22 tahun.
Elok juga kita baca apa pandangan orang Indon tentang pemerintahan Ayahda Tun Mahathir di sini
Paling Akhir PM kita yang keluar UMNO adalah Pak Lah.
Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Perjalanan politik Pak Lah sila klik sini
31 Oktober 2003 – 3 April 2009 Menjadi PM.
Oleh sebab Abdullah seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam, mentor politiknya, beliau dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet. Ramai berpendapat Pak Lah adalah penyokong Semangat 46 lantaran beliar lebih rapat dengan Team B.
Kesimpulannya di sini sejak merdeka hingga kini kita mempunyai PM dari BN tetapi sebenarnya di penghujung hayat atau perjalanan PM kita ramai yang menolak UMNO. Kenapa ini berlaku?
Kenapa UMNO sering bergolak?. Kenapa mesti PM kita masih dari UMNO tetapi menolak UMNO ketika menjadi PM?
Selepas YAB Datuk Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak nanti siapa agaknya PM kita?
(Yang menjadi persoalannya apakah Datuk Najib juga mengikut jejak PM lain keluar UMNO. Rasanya mungkin tidak lantaran ayahdanya sahaja yang kekal di dalam UMNO sepanjang menjadi PM.)
Misteri ini masih terukir, kita sekadar dapat menunggu & lihat sejarah politik kita di Malaysia... bagaimana penghujungnya.
iDAN

............. mata kail | Posted on 30.10.2009 at 4:16 PM TAKBIR !!!!!!!Bubar Dun Perak!!! |
DSNR Sam Saharan | Posted on 24.11.2009 at 7:51 PM Assalam alaikum Saudari Idan, Seniman tanah air, Allahyarham Tan Sri. Dr. P. Ramlee ada mengungkap lebih kurang bengini bunyinya "alif nun tendag wau, sarkas" Mungkin ini menyebabkan Umno bergolak sehingga pemimpin tertingginya keluar dari parti dan kemudian kembali masuk ke dalam parti. Pada saya terlalu awal meramal sama ada Dato' Seri Najib dapat mengamalkan gaya kepimpinan Allahyarham bapanya. Mungkin tidak. Di dalam blog saya, http://bluechip-arena.blogspot.com saya mengkritik keras Umno/BN dan mana-mana parti politik Malaysia. Namun kritikan itu saya sertakan dengan sedikit pandangan dan pendapat yang mungkin membantu. Namun bagi saya, mengkritik tidak semestinya anti dan berbeza pendapat dan pandangan adalah teman berfikir yang baik. Wassalam |
Mata Kail iDAN | Posted on 19.1.2010 at 10:25 AM Siapa tak inginkan perubahan songsang, terkadang kita amat leka mengejar dunia tanpa kita sedar segalanya kian terhakis & bumi kita kian dijual khazanahnya. Sedar tak sedar kita semakin tua dalam kemerdekaan ini. |
DSNR iDAN | Posted on 19.1.2010 at 10:29 AM Saya tak nampak PM kini akan bertindak memimpin negaranya seperti arwah ayahnya. Sering berlaku kejayaan seorang lelaki adalah lantaran dorongan isteri. PM kini punyai masalah dalam mengikis pandangan serong masyarakat terhadap isterinya. Banyak isu yang boleh dimainkan olah pembangkang untuk mengaibkan PM kini. PM kini kenalah menangkis isu ini sebaiknya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan