Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Rabu, 1 September 2004

Mencari cinta..(Delima Merkah)


« pada: 15 June, 2007, 04:59:38 PM »

Dalam kelam hidup ini,
aku mencari cahaya yang bisa
menyuluh jalanku,


Dalam tandus jiwaku,
aku mendambakan siraman kasih
yang melembutkan kekontangan
hatiku…

Dalam aku mencari cinta,
Yang bisa mengamankan aku,
Aku temui cinta Ilahi…

Diya

Jumaat, 13 Ogos 2004

Sejangkang 4(Siri Famili)


Sejangkang Klang tu besar rupa, ada batu 7, batu 8, batu 9, ntah berapa luasa lagi. Suami sepupu Mila (Isteri saya) meninggal dunia kira-kira jam 2:00 pagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, sakit paru-pura berair. Sesat juga terpaksa bertanya beberapa orang baru sampai ke rumah arwah. Dia meninggalkan 3 cahayamata.

Jam 12:30 tgh baru aku sampai, semua urusan telah usai, begitu cepat katanya dalam jam 9:00 pagi telahpun selamat dikebumikan.

Menurut Mila mereka berkerja di pasar malam. Bilamana tiada suami tentunya makin susah kehidupan sepupu Mila. Anakpun masih kecil. Memang kita tak dapat menduga akan takdir Ilahi. Ajal, maut, jodoh, & pertemuan itu memang di tangan-Nya. Usia yang semuda itu memang akan menjadikan seorang isteri punyai tanggungjawab yang agak berat membesarkan anak-anak.

Khamis, 12 Ogos 2004

GH KL 3 (Siri Famili)


Tak sangka pula tiba-tiba malam tadi aku dikejutkan dengan berita abgku nan sulung (Yot) terlantar di hospital dah dua hari. GH KL tak macam dulunya, mungkin kerana kawalan nan ketat malam-malam suasana di luar sana amat sunyi. Aku tiba di sana dalam sekitar 2 pagi, disambut oleh abg iparku bersama Kak Nomi dan seorang cahayamatanya, Nizam.

2:15 pagi Tingkat 4 Wad18 katil 10, Yot tengah lena tidur, kata jururawat dia baru saja tidur, seharian Yot di wat kecemasan lantaran serangan darah tinggi, kata akak muda iparku (Yong Zaabah) hanya petang tadi dia baru boleh menggerak-gerakkan tangannya. Keadaannya memang agak kritikal.

Usia Yot kekinian sudahpun menjangkau 50an. Memang Yot mewarisi sakit ayahda, iaitu Diabetes. Mungkin lantaran sakit itu Yot tiba-tina strok. Katanya dia pengsan di sekitar Daya Bumi. Yot berkerja di Pejabat Pos Besar. Bahagian Bungkusan. Kini bahagian Yot kerja telah bertukar di KLIA. Jadi dari Daya Bumi KL. ada bas yang mengangkut Yot ke KLIA. Aku pernah sekali sampai pejabat Yot di KLIA itu memang jauh dari kesibukan kota. Agak terpencil.

Mungkin sebelum menunggu bas itu Yot berjalan-jalan di sekitar Daya Bumi. Dengannya tengahhari semalam di didapati pengsan...

Selasa, 3 Ogos 2004

~Ukhuwwah Fillah~ (Delima Merkah)


Di bumi ini kita ditemukan
Satu arah satu perjuangan
Satu aqidah satu pegangan
Asasnya terjalin ikatan.

Ukhwah fillah tidakkan musnah
Walaupun ombak
Walau badai mendesak
Tautan erat tak mungkin patah
Dengan ismullah kita berbai’ah.

Bertemu berpisah..
hanya keranaNya semata
Reda Allah kita cari
Moga2 kitakan dirahmati
Dengan niat yang suci
Bertemu kembali di negeri abadi.

Demikian manisnya mahabbah murni
Limpahan kasih anugerah Ilahi
Terpancar cahaya penuh di hati
An-Nur suci dari-Mu Rabbi.

Lambaian kasih di bumi ini
Suburi dengan perjuangan hakiki
Bajai ia jangan dicemari
Reda Allah dipohoni
Ukhwah fillah

AlisSyafiah

Isnin, 2 Ogos 2004

SIAPA AKU ??? (Delima Merkah)



Lahirku di Kampung Al-Jaurah,
Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,
Tercetus perang 1948, familiku berpindah,
Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)

Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa, aku terhumban,
Lumpuh seluruh badan,
Namun, kutekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,
Minda, fikiran, tadbir jua amalan...

Kutamatkan pengajian sekolah,
Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah,
Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,
Hati yang terhiris itulah,
Yang kubawa ke Mesir gagah,
Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.

Di Palestin,
Akulah guru, mengajar tatatertib,
Berkhutbah di masjid, akulah khatib,
Akulah pengasas Majma' Islami,
Pada 70-an tekad bersemi.

1983, aku ditangkap dituduh,
Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,
13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,
Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.

Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,
Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,
1987, HAMAS berdiri tegas!

Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,
Dihukum penjara seumur abadi,
Ditambah 15 tahun lagi,
Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!

Makin hari, kumakin lemah, di penjara,
Pandangan kananku hilang mutiara,
Mata kiriku kabur, terseksa didera,
Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara.

Subuh 1 Oktober 1997 barakah,
Aku dibebas dengan janji payah,
Antara Jordan & Israel laknatullah,
Selepas serangan Khalid Masy'al tergagal, musnah.

Kusenyum, kulihat
Intifadah Aqsa, bangkitnya ummat,
Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,
Hingga terbunuh jua tercedera berat.

Pagi,
Malam Isnin aku bersolat sendiri,
Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,
Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,
Dan kuniat puasa di pagi hari.

Masjid, 22 Mac 2004 - Fajarnya,
Usai solat Subuh, tiada lama hanya,
Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,
Tiada rasa nyeri, pulanglah,
Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,
Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,
Duniaku, pisahlah,
Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah...

Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin!
Siapa kamu?
Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama Allah?

aniss

Ahad, 1 Ogos 2004

--SURAT CINTA-- (Delima Merkah)


Saudara,
seandainya kau tangisi kematianku
dan kau sirami pusaraku
dengan air matamu
maka di atas tulang-belulangku
yang hancur luluh
nyalakanlah obor buat umat ini
dan teruskanlah perjalanan
ke gerbang jaya

Saudara,
kematianku adalah suatu perjalanan
mendapatkan kekasih
yang sedang merindu
taman-taman di syurga Tuhanku
bangga menerimaku
burung-burungnya
berkicau riang menyambutku
bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara,
puaka kegelapan pasti akan hancur
dan alam ini akan disinari fajar lagi
biarlah rohku terbang
mendapatkan rindunya
janganlah gentar
berkelana di alam abadi
nun di sana fajar sedang memancar

(ditulis beberapa jam sebelum menemui syahid di tali gantung pada tahun
1966)SURAT CINTA UNTUK JIWA
Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya, kerana hanya
cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya
yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya. Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani
bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk ruh-ku dan ruh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh
maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan. Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah?

Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang
membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan. Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut, saat tiada sesal ketika
kebaikan berlalu begitu sahaja, saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yag masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu
hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya " Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu "

--- pesanan terakhir Syed Qutb --- msya

Khamis, 29 Julai 2004

Tanggungjawab bapa - Sebagai pelindung keluarga (Delima Merkah)


Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
http://www.ukhwah.com/

Tarikh: Khamis, 29 Julai 2004 @ 9:58:52
Topik: Umum

Sebaik sahaja seorang lelaki yang telah akil baligh berumahtangga maka terpikul di bahu mereka pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan untuk mereka laksanakan.

Lelaki yang telah berkahwin bertanggungjawab mengetuai keluarganya serta menjadi suami dan bapa kepada anak-anak yang lahir daripada perkahwinan itu.

Malah, tanggungjawab seorang anak lelaki terhadap kedua ibu bapanya juga tidak akan berakhir walaupun beliau telah berkahwin.

Sebagai ketua keluarga, seseorang lelaki yang bergelar suami dan bapa mempunyai peranan dan tanggungjawab yang sangat besar dalam memberi dan menyediakan nafkah kepada isteri dan anak-anak.

Mereka perlu menyediakan keperluan asas keluarga seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan pendidikan.

Menurut Perunding Cara Kekeluargaan dan Keagamaan, Shafiee @ Sapien Khatib Jali, seorang suami perlu memastikan makanan yang diberikan kepada ahli keluarganya adalah berkualiti dan halal, memastikan pakaian yang dipakai oleh ahli keluarga sempurna dan menutup aurat, memberikan tempat tinggal yang selesa dan selamat serta memberikan pendidikan fardu ain dan kifayah kepada ahli keluarga.

``Seorang bapa yang baik ialah mereka boleh menjadi pemimpin, mo del ikutan serta contoh yang baik kepada anak-anaknya.

``Justeru, untuk menjadi seorang pemimpin dan model ikutan yang baik, seorang bapa perlu menjadi pendidik dan berpegang kuat kepada disiplin bagi mewujudkan unsur-unsur kemesraan di dalam keluarga dengan menunjukkan contoh yang terbaik, lahir dari dalam diri,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah `Strategi Kebapaan Efektif' pada kursus bulanan pembangunan keluarga untuk orang awam anjuran Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), baru-baru ini.

Selain itu, menurut Shafiee lagi seorang suami dan bapa juga bertanggungjawab menjadi pelindung keselamatan kepada semua ahli keluarganya.

Malangnya, pada masa sekarang terdapat sebahagian kecil bapa yang sanggup menodai anak kandung mereka.

Terdapat juga bapa yang terlalu garang sehingga anak-anak takut hendak berdekatan dengan bapa mereka dan tidak kurang juga suami yang hanya menjalankan tanggungjawab mencari sumber pendapatan semata tetapi menyerahkan tanggungjawab menjaga anak sepenuhnya kepada isteri.

Dalam pada itu beliau juga memberitahu sebagai seorang suami mereka perlu bergaul dengan isteri mereka secara baik, sentiasa bersabar, memberikan nafkah batin dan merahsiakan hubungan kelamin.

``Seorang suami juga perlu mendidik isteri, memberi mahar, menyediakan tempat tinggal yang layak, memberi nafkah (sara hidup) serta tidak mencampuri isterinya ketika isteri sedang haid,'' katanya.

Beliau juga sempat memberikan beberapa panduan kepada suami untuk menjadi seorang suami yang berkaliber.

Katanya, seorang suami perlu meletakkan matlamat dan visi yang perlu dicapai keluarga agar keluarga berkenaan sentiasa berada dalam keadaan bahagia.

Malah, suami perlu menjadi pemimpin yang berwibawa untuk memimpin keluarga ke jalan yang benar, merangsang keluarga agar lebih komited dalam menempuh hidup, bijak, sabar, sentiasa cuba memenuhi keperluan keluarga, bertoleransi, bertanggungjawab dan menjaga kebajikan keluarga.

``Seorang suami juga tidak boleh mencemuh atau menyalahkan isteri sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Suami tidak boleh merungut semasa atau selepas membantu isteri, tidak mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri, tidak mengambil sikap acuh tidak acuh atau tidak peduli terhadap isteri, bertolak ansur dan sedia membantu isteri dalam apa jua perkara,'' katanya.

Seorang suami yang baik harus memahami kekuatan dan kelemahan isteri, ikhlas ketika membantu dan bersikap empati.

``Suami yang memahami kekuatan isteri membantunya dengan memberikan semangat serta bantuan fizikal dan material diberikan oleh suami ketika isterinya berada dalam keadaan `lemah','' katanya.

Shafiee menjelaskan betapa pentingnya seorang suami menghormati isteri, tidak pernah lupa untuk mengucapkan terima kasih, benar-benar mendengar semasa isteri sedang bercakap, menguruskan rumah tangga dengan semangat sepasukan, mementingkan pendapat isteri serta berlaku adil dengan isteri.

Sebagai lelaki yang bergelar bapa pula, mereka wajib memberi nafkah, menjaga anak, memimpin, mendidik, menasihat mendisiplin dan memberikan kasih sayang kepada anak-anak mereka.

``Jika boleh sentiasa menghabiskan masa bersama anak-anak, beriadah dan berekreasi bersama mereka, menjauhkan keluarga dari persekitaran yang tidak sihat, menjadi teman kepada anak-anak dan mengawal anak-anak menggunakan disiplin.

``Tiga strategi untuk `mendisiplin-kasih' anak-anak ialah dengan cara mengukuhkan hubungan ibu-bapa dan anak secara profesional, komunikasi yang berkesan serta pendekatan psikologikal,'' ujarnya.

Sebagai anak pula, golongan ini juga perlu bertanggungjawab terhadap ibu bapa, memberi sumbangan kepada mereka, membantu, menziarah serta menjalin hubungan mesra dengan sanak saudara.

Oleh Rosmah Dain

Sumber: Utusan Online (29/07/04)

Khamis, 1 Julai 2004

Terapung (Puisi Menarik)


engkau terlalu lama memenjarakanku
dalam gelap,
seperti inikah kiamat?
cuaca sama sekali tak bersahabat
dan kita terapung di samudera luas
begini rupa
juga, seperti jutaan detik lainnya
sejak hari itu kita mati suri
tak menjejak bumi
tak menggapai langit
tak sampai ke mana pun


lalu aku mau mati saja rasanya
"tunggu!", katamu
kemudian aku termangu
mengurai setiap detik, menghitung
sisa cinta yang berceceran
tapi kau batu,
aku jadi kewalahan
menaklukkan waktu.

2004



Sajak Patah Hati I

cinta telah lama mati.
di sini aku mengusung keranda impianku,
menancapkan nisan pada kuburan hati,
sejak wafat sebuah cita-cita
yang hanya mampu bertahan hidup
hanya sekejap.

bersemayamlah kasih
yang tak pernah terbagi.

2004



Sajak Patah Hati II

bakar saja lenganku, kekasih...
agar aku tak menggapai-gapai bayang
untuk dipeluk atau tenunglah aku jadi burung
agar aku dapat terbang bermesra dengan udara
saat kau melayari lautan di senja hari
mencari pelabuhan lain
untuk hatimu.

bakar saja dada ini, kekasih...
agar aku tak dapat merasakan apa pun
ketika mencintaimu

mencintaimu...
hanya sebatas impian
menjelang fajar.

2004



Serenade Biru

aku mencarimu di ujung senja,
ke pekat malam
setangkai aster kubawa serta
kali ini bukan mawar seperti biasa
karena aku tahu, diam-diam
kau tak pernah memupuknya lagi.



aku mencarimu di permulaan pagi,
duri kaktus dalam dekapan
mulai menusuk kalbu
aku tahu, ke mana pun aku mencari
dedaunan yang meranggas meruah di bumiku,
"tak ada cinta lagi", katamu...


aku tahu, setiap kali menyerumu
dan melarikan hati,
tak sampai-sampai aku padamu.

2004

Harris Sukristian

Catatan Harian, 1

aku tak sanggup membuka
pintu. Sebab aku takut,
Tuhan tengah menungguku
bersama catatan harianku

Juni, 2004


Catatan Harian, 2

jangan sentuh catatan harianku!
begitu aku ingatkan padamu; Dewi
biar Dia yang membacanya
di hari di mana kita bersama
dikumpulkan

Juni 2004


Catatan Harian, V

ini waktu yang tidak ditunggu
datang tidak dijemput
pergi menyapu segala kehidupan
yang tertinggal:
catatan harian.

Juni 2004


RATNA AYU BUDHIARTI lahir di Cianjur, 9 Februari 1981. Beberapa karyanya pernah dimuat di beberapa media cetak, seperti Mingguan Pelajar, Koran Priangan, Majalah Sahabat Pena, Puitika, juga HU Pikiran Rakyat. Tergabung pula dalam antologi bersama yaitu, Orasi Kue Serabi (SST, 2001), Enam Penyair Membentur Tembok, Muktamar (SST,2003), Poligami (SST, 2003), Bunga yang Berserak (KSDS, 2003). Dan Harris Sukristian lahir di Jakarta pada 25 Desember 1970. Puisi-puisinya dimuat diberbagai media massa cetak terbitan daerah maupun Ibu kota. Selain itu pernah pula aktif diberbagai kelompok teater, seperti Teater Longser Antar Pulau, Sanggar Kita Bandung, Laskar Panggung Bandung, dan teater Alibi. Kini ia mengelola penerbitan buku Kelir Bandung, bersama rekan kerjanya, penyair Joko Kurnain.

http://www.pikiran-rakyat.com/

introducing
anonymous | Posted on 20.1.2008 at 1:58 PM
hi, salam kenal saya melihat puisi saya yg dimuat di Pikiran Rakyat ada di blog Anda. Rupanya Anda sastrawan juga. Berteman? ini e-mail & FS saya : ratna_g_ayu@yahoo.com terimakasih Ratna Ayu Budhiarti

Ahad, 27 Jun 2004

Lenguh Merpati (Delima Merkah)


Cerita Pendek M. IRFAN HIDAYATULLAH

SORE ini seperti biasa aku berada di genggaman mereka. Aku seperti telah tidak mempunyai apa-apa lagi kalau sudah seperti ini. Tubuhku milik mereka, sayap-sayapku di kepak-kepakan untuk kepentingan mereka. Aku tergenggam dengan kuat dan hidupku diombang-ambing untuk sebuah permainan. Ya, kemudian jantanku datang dengan tergesa hinggap di atas tubuhku. Mereka semua terbahak setelah itu. Begitulah hampir setiap sore.

Sebenarnya lembayung di barat sana begitu indah, tapi rasanya tidak bagiku. Semua terasa begitu hambar dan jengah. Apalagi ketika tubuh ini digenggamnya, lalu sayap ini dikepak-kepakkannya. Ah, siapa orangnya yang bisa menanggung sebuah pemaksaan. Betul, aku sudah tidak punya kehidupan lagi. Tidak punya privacy. Terpasung.

Lalu jantan itu menukik, dengan gagah hinggap di tubuhku. Aku tak bisa menghindar. Lalu ia gur wok-wok. Aku berpaling tak kuasa melihat proses itu. Lalu jantan ditangkap kembali untuk kemudian dibawa ke sebuah jarak untuk dilepaskan lagi menuju tubuhku. Begitu seterusnya sampai rasa lelah mereka muncul sampai azan magrib berkumandang. Setelah itu aku kembali dimasukkan ke kandang.

**

AKU suka merpati, tapi aku tak mau seperti mereka. Aku suka merpati di tempat mereka memiliki kebebasan. Aku suka merpati yang hanya kulihat di koran, majalah, atau di televisi. Sebuah taman yang luas dengan bangku-bangku taman yang indah dengan tonggak-tonggak lampu taman yang indah pula atau bahkan dengan kolam air mancur yang berhiaskan patung-patung yang indah juga. Kulihat merpati di sana begitu bebas berkeliaran dan mendapatkan makan dari para pengunjung taman. Sepertinya tidak ada salah satu dari mereka yang ditangkap oleh para pecintanya.

Aku suka merpati karena mereka sering kali dijadikan lambang kedamaian. Mungkin keindahan dan kejinakan mereka yang membuat mereka diidentikkan dengan kedamaian atau mungkin hal lain dari diri mereka yang tidak kuketahui dari diri mereka. Aku suka merpati ketika sebagai lambang kedamaian mereka dilepaskan oleh tangan-tangan para penguasa ke arah langit. Aku suka kebebasan mereka setelah itu. Aku bahkan membayangkan betapa kepak mereka begitu ringan dan riang walaupun sebelumnya mereka terkerangkeng dan secara teori mereka akan tergagap dengan sebuah kebebasan. Karena bagiku sebuah kebebasan adalah kebebasan walaupun dari seratus tahun keterpasungan.

Aku suka merpati karena warna bulu mereka yang begitu kalem. Tak pernah atau mungkin belum pernah kulihat merpati dengan warna yang mencolok. Warna merpati selalu lembut. Aku suka warna merpati yang putih campur abu keemasan atau warna salem campur cokelat. Sepertinya warna-warna kalem mereka menyiratkan karakter mereka sendiri yang begitu mampu menguasai diri. Ah entahlah, yang jelas aku suka merpati.

Aku suka merpati, tapi aku tak mau seperti mereka. Saat tubuh mereka digenggam manusia dan sayap dikepak-kepakkan atau dikepakpaksakan. Setelah itu sang jantan menyerbu si betina lalu gur wok-wok.

**

SENJA selanjutnya. Aku tetap digenggam dan dikepakpaksakan. Mereka telah membuat skenario bagiku. Bukan Dia. Mereka bahkan hampir tak kenal Dia. Dan aku mengenal-Nya saat aku terpasung. Betapa sesuatu yang baik menurut mereka belum tentu menurut-Nya dan tentu saja menurutku. Begitu pun sebaliknya. Tapi, aku Dia punya skenario besar yang di dalamnya ada skenario mereka dan skenarioku. Dan skenarioku adalah menolak skenario mereka agar skenario-Nya berpihak pada keinginanku. Namun, aku tidak berdaya melawan skenario mereka. Seolah mereka punya kuasa atas diriku, penuh. Dan skenario-Nya tetap misteri.

Dan saat ini jantan itu kembali menyambangiku. Aku kembali dikepakpaksakan. Sayap-sasyapku sungguh sudah lelah, bahkan serasa akan luruh. Bulu-buluku kadang memang berjatuhan karena begitu kasar pemaksaan itu.

"Kali ini kau tidak bisa menolak. Jantan yang ini begitu berenergi. Jantan ini tidak memerlukan waktu yang lama menujumu. Jantan yang ini cocok buatmu. Libidonya meninggi saat menghampirimu. Jantan ini cocok buatmu." Mereka berkata lirih hampir dekat telingaku, sambil mengelus bulu-buluku.

"Tapi......"

"Tapi, kau tak suka. Itu kan jawabanmu. Ingatlah, kau telah tidak bisa berbuat apa-apa. Kami yang mengaturmu. Itu akan baik bagimu karena kepasrahanmu adalah kemestian. Ingat kau betina yang kami kepakkan. Dan jantan itu datang dengan gagah, penuh libido di matanya, di kepak sayapnya, di cakar-cakarnya." Mereka masih begitu lirih berbicara. Lirih yang tipis, tipis yang tajam. Tajam yang menyarat.

Aku akhirnya tak bisa berbuat apa-apa saat jantan menukik menunggangi eksistenku. Dan Gur wok-wok.

**

AKU suka merpati karena kepandaiannya menentukan arah. Sejauh-jauh merpati terbang, dia akan kembali ke kandangnya. Aku suka sekali itu. Apalagi ketika aku membayangkan kepak mereka di langit biru sama menuju satu titik tempat kembali. Menunggang angin, menembus awan, menuju pelangi, dan memandang dunia jauh di sana. Dunia yang tidak ada artinya dibanding sebuah perjalanan melangit. Ah aku suka sekali itu. Dan bahkan, merpati seperti itu begitu dihargai tinggi. Mereka pandai, cekatan, dan penuh wibawa.

Aku suka sekali merpati seperti itu. Dan aku harus pergi seperti mereka. Aku harus meninggalkan sarang untuk mencari kehidupanku. Aku harus terbang dan menemukan keindahan di sana. Aku harus meninggalkan sisi pengap kehidupanku. Keterpasunganku.

Ya, aku merencanakan untuk pergi. Barang-barang telah kukemasi. Aku harus meninggalkan penjara ini. Harus.

**

SENJA selanjutnya aku memberontak. Aku meronta sekuat tenaga. Kupatuki tangan mereka. Dan akhirnya aku terlepas dari genggaman mereka. Aku begitu takjub dengan kemampuanku. Aku ternyata bisa juga terlepas dari kekuasaan mereka. Lalu aku berusaha untuk lari. Mereka semua mengejarku. Mereka yang selalu mengepakkanku di senja begitu banyak dan berkuasa. Aku terus berlari dan menghindar dari gapaian tangan mereka. Aku harus bebas.

Jantan itu tiba dan kehilanganku. Kehilangan kepakku. Ia seolah telah impoten dengan kebebasanku. Aku terus berlari menghindari tangan-tangan mereka. Dan aku berhasil, tapi mereka begitu senang dan terbahak. Seakan mereka begitu optimis dapat menangkapku kembali bahkan hampir seperti pesta mereka mengejar-ngejarku. Sorak-sorai dan saling berlomba. Dan aku yang diburu. Sambil berlari aku sempat memandang langit. Aku harus terbang menuju kebebasan itu, pikirku. Kenapa aku tidak terbang, lepas landas, dan mengucapkan selamat tinggal pada mereka yang tengah berpesta memburuku, pada mereka yang selama ini menjajahku. Aku harus terbang.

Akhirnya aku mulai membuka lebar-lebar sayapku. Sayap yang sebenarnya sudah lelah karena dikepakpaksakan selama ini. Aku harus terbang. Dan aku begitu berenergi menuju dunia langitku. Aku kepak-kepakkan sayapku. Kuhentakkan kedua kakiku untuk memberi tolakan pada terbang pertamaku. Dan aku berhasil. Namun mereka masih bersorak-sorai, bahkan melihatku dengan pandangan mengejek. Mereka begitu optimis dapat menangkapku kembali. Dan senja yang meliputiku pun beranjak malam saat sayap-sayapku kaku dan aku menukik menuju tanah kembali setelah kumencoba menerbangkan diriku. Aku tertangkap karena sayapku telah mereka lumpuhkan. Sayapku telah bukan untuk terbang lagi. Sayapku hanya untuk dikepakpaksakan untuk menarik jantan yang datang dengan libidonya, menukik ke arahku, lalu gur wok-wok.

**

"KAU tak bisa pergi, Ajeng. Kau hanya bisa di sini. Bisa apa kau di kampungmu, heh. Kau cantik. Jangan sia-siakan kecantikanmu." Senja pun meluruh. Malam datang tanpa bulan. Duniaku gelap.***

Sabtu, 1 Mei 2004

Sajak...BOHONG DAN TAKUT (Delima Merkah)


BOHONG DAN TAKUT

Aku terkenang kampung halaman
sawah dan dusun tua
nostalgia mengulit kenangan
susah senang di desa damai
bersampan di sungai
berlumpur di sawah
sepat dan puyu jadi teman
pacat dan lintah jadi mainan.

Sesekali anak-anak bertanya
tentang desa dan kampung halaman
sawah dan kebun
sampan dan sungai
sepat dan puyu
aku pun berbohong
kukatakan kota ini lebih damai
aku takut untuk menyatakan
desa dan kampung halaman telah tergadai.

NAZRI SHAM
Chenor, Pahang

SELEPAS BANJIR

Buih sengsara
masih berapungan
di laut hidup.

Awan duka
masih bertebaran
di atmosfera ketentuan.

Sampah derita
masih merayap
di halaman pertimbangan.

Peta kewarasan
masih berlumpur
di kamar keliru.

Air mata pedih
masih menitis
di tikar harapan.

Hanya pohon iman
tak tersungkur
di alur takdir.

MOHD KASSIM MAHMUD
Kota Tinggi, Johor


KALAU KITA BERSAHABAT

Kalau kita bersahabat dengan kera
hilang bunga hilang selera.

Kalau kita bersahabat dengan burung
suara merdu tetapi terkurung.

Kalau kita bersahabat dengan katak
tersilap lompat kena serkap.

Kalau kia bersahabat dengan ular
kena tangkap masuk sangkar.

Kalau kita bersahaba dengan anjing
berebut tulang merampas daging.

Kalau kita bersahabat dengan lembu
banyak pisau sedang menunggu.

Kalau kita bersahabat dengan gajah
berat beban banyak masalah.

Kalau kita bersahabat dengan kuda
kena tunggang selepas digoda.

Kalau kita bersahabat dengan rusa
tanduk cantik tubuh binasa.

Kalau kita bersahabat dengan puyuh
banyak bertelur tidak riuh.

WADI LETA SA
Kota Bharu, Kelantan.

RUMAH DIRI

Kita membina rumah diri
tahun demi tahun
tiangnya adalah takwa
pintunya adalah akidah
kuncinya adalah karsa
dindingnya adalah dakwah
jendelanya adalah jauhari.

Ini rumah sakinah
kama karisma kian terkunci
di hujung dan awal tahun
si pencari dengan ruang ragunya
bukalah pintu-tingkap amarahmu
benarkan cahaya iman
keluar masuk
hari-hari yang mendatang
tanpa sangsi.

SHAPIAI MOHD RAMLY
Batu Pahat, Johor.

AKU JUGA MELAYU

Aku juga Melayu
dari nanah dari darah
dari tanah yang merah.

Aku juga Melayu
yang gah dengan sejarah
yang leka menanti rebah.

Aku juga Melayu
merelakan orang lain memasang lukah
sedang moyang terpotong lidah.

Aku juga Melayu
yang dijarah menjadi sampah
yang dikelar dibendang bertuah.

Aku juga Melayu
yang hilang langkah terpesong arah
yang terjatuh tongkatku patah.

AZMI IBRAHIM
Sungai Tong, 2006

DIA

Di atas podium itulah
dia bercakap tentang jujur dan keikhlasan
pentingnya ukhwah.

Di atas podium itulah
dia bercakap tentang sopan dan santun
pentingnya keluarga sakinah.

Tetapi ketika di hotel lima bintang
dia lacurkan kata-kata
dia menggelepar dengan rayuan manja
dia juara penipu dan pembelot
dia dari keluarga berantakan
dia lebih kurang ajar
yang beraja di hati
demi kantung dan nafsu
serakah sendiri.

A HAMID JEMAIN
Muar, Johor

SUARA TAHUN

Dia seolah berbisikan
ke telinga-telinga usia
mengingatkan jasad-jasad
tentang waktu yang uzur
nazak dalam derita masa!

RIDZUAN KAMIS
Sanggar Kayangan, Perlis.

DI LADANG PERSOALAN

Di ladang pasir ini
aku menantikan benih hujan
bersimpuh menjadi cinta
bebas daripada persoalan
dan teka-teki kehidupan.

Di ladang pasir ini
aku menonton ketajaman
panasnya yang menikam
sengsara kesilapan.

Di ladang pasir ini
air mata menjadi hujan
membasahi rindu
yang reput dan luka.

Di ladang pasir ini
aku mencari kehijauan
setelah terpisah lama
daripada birunya
potret lautan.

ABDULLAH ABDUL RAHMAN
Ipoh, Perak

NOSTALGIA

Aku rindukan telaga nenek
di bawah rimbun pepohon nenek
tempat kami meneguk kedinginan pagi
yang menyiram tubuh-tubuh kerdil
anak-anak desa tercinta
mengalir jernih kemesraan dalam gurau senda
kasih sayang yang tidak akan hilang di telan zaman.

Aku rindukan tikar nenek
yang menghampar di anjung rumah
dianyam jari jemari bersalut tabah
bersulam wajah kemesraan diusik suara melatah
dalam gelak keasyikan menguitp rangkap pesan
dan ungkap petua
buat suluh pedoma di hari muka.

Kurindui rumah pusaka tinggalan nenek
di bawah serambi kayu
di situ kami berhimpun menghafaz hikayat
dan sejarah
di situ kami mengkhatami surah mengalun qasidah
antara gurindam Hang Nadim dan syair Siti Zubaidah
kini telah lama hilang berganti gelak leka
dipengaruh wajah-wajah idola dimabuki adegan fantasia.

HUSNA NAZRI
Kemaman


DI ATAS SEJADAH

Mendengari kata menjadi doa
dosa menjadi sesal
dibawa semilir maghrib
meranum dan mengharum
ke dada langit
ke ruang ghaib.

Terlalu kerdil diri
untuk menjadi tamu-Mu
pada senja begini
membiarkan jiwa disapa damai
dan pencarian dilingkar permai.

Izinkanlah
di atas sejadah kehidupan
menjejak perjalanan
meniti kerahmatan
dalam pengabdian.

AZHAR SALLEH
PPJ Johor Bahru

Berita Minggu

Sabtu, 17 April 2004

Ragam Nafsu Manusia (Agama)


Sebagaimana yang sudah kita simak tersebut di atas bahwa proses jasmani manusia terdiri dari empat anasir – api, angin, air dan tanah. Maka zat sifat anasir itulah yang membentuk lembaga watak manusia alias nafsu namanya.

Mengapa harus memakai istilah lembaga watak … ?!

Perlu Anda sekalian ketahui wahai para salikin bahwa nafsu itulah yang meng- ekspor watak manusia. Adapun pengertian ekspor disini ialah pengiriman watak dari jiwa ke organ jasmani. Nafsu juga dapat disebut sebagai eksploitasi sifat baik dan buruk yang bila tampak pada jasad disebut karakter alias tabiat. Jika ingin lebih jelas tentang nafsu (jiwa) yang telah tersedia pada diri manusia --yakni yang berproses dari kejadian aneka zat dan sifat seperti api, angin, air dan tanah yang disebut pula dengan nama zat an-organik-- maka penjelasannya bahwa nafsu yang bermukim pada diri manusia juga beraneka ragam coraknya, sebagaimana hal ikhwal empat anasir tersebut yang membentuk wujud nafsu menjadi akhlak jasmani.

Adapun jenis nafsu yang berdomisili serta berekskursi di mikro kosmos organ jasmani manusia terdiri atas sifat fujur (buruk) serta taqwa (baik), yaitu Nafsu Ammarah, Lawwamah, Sawwalat, Sawwiyah, Muthmainah, Radhiyah serta Mardhiyah.
Nafsu Ammarah meliputi sifat-sifat seperti Ath’imah (banyak makan); Asyrabah (banyak minum); Nawaa–im (banyak tidur); Jimaa’ (banyak kawin).
Nafsu Lawwamah berkisar pada sifat ghadab, ghibah, namimah, hasud, ‘ujub, takabur, riya’, cinta dunia, harta dan tahta.

Nafsu Sawwalat seiring dengan sifat–sifat kasal, futur, malal, sum’ah serta hijab.

Tiga nafsu diatas adalah fujur atau buruk alias jiwa yang diilhami kekejian. Hati- hatilah dengan tiga nafsu tersebut, wahai para salikin … !!!
Nafsu Sawwiyah yang terdiri dari sifat–sifat khauf, taqwa, raja’, zuhud, tawadhu, shabar, syukur, mahabbah, ridha, tawakal dan ikhlas.
Nafsu Muthmainnah yang berbusana arif billah, arif linafsih, dan berdiam pada mahligai khalifah fiil ardh.

Dua nafsu tersebut yang menghiasi tujuh anggota sujud manusia dengan akhlak mahmudah sebagai fitrah insan fii ahsani taqwiim (Manusia yang sebaik-baik kejadian).
Adapun nafsu Radhiyah dan Mardhiyah disebut nafsu “lathifatur rabaniyah” yakni nafsu ketuhanan yang sangat halus dan lembut meliputi ruh insan kamil.

Telah kita ketahui bahwa tujuh nafsu terurai di atas ialah yang mendominasi gerak langkah manusia yang mencerminkan watak dan tabiat. Apabila salah satu nafsu tersebut sedang melancarkan aksinya, misalnya nafsu amarah yang diistilahkan nafsu kebinatangan manusia, niscaya gerak hidupnya selayak binatang; sifat-sifatnya selalu cenderung berbuat maksiat baik maksiat lahir maupun batin. Maksiat batin ialah kekejian yang tersembunyi di dalam jiwa. Firman Allahul 'Azhim menjelaskan tentang nafsu Ammarah sebagai berikut :

Wamaa ubarriu nafsa inna nafsa la – ammaaratun bissuui ….
“Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahanku), karena sesungguhnya nafsu (amarah) itu selalu menyuruh kepada kejahatan.” QS. 12 Yusuf : 53.

Nafsu Lawwamah disebut sebagai nafsu setan yang mendekam pada diri manusia. Ia selalu membisikan serta mengajak untuk berbuat keji. Keji yang dimaksud adalah sebagaimana sifat lawwamah yang sudah terurai diatas. Adapun ciri-ciri orang yang jiwanya telah dikuasai oleh nafsu lawwamah adalah watak dan etikanya terhiasi kefasikan, seiring penyesalan. Sebagai takwim (penjelasan) tentang reaksi nafsu lawwamah pada diri seseorang ialah sering melakukan perbuatan nista disusul dengan taubat sejalan penuh penyesalan, tetapi hal semacam itu berulang, hanya sekejap menyesal akibat dampak yang terjadi. FirmanNya :

Walaa uqsimu binnafsil lawwamah.
“Dan Aku bersumpah dengan jiwa (nafsu) yang amat menyesali (dirinya).”
QS. 75 Al Qiyamah : 2.


Nafsu Sawwalat diidentikkan dengan predikat Iblis karena nafsu itulah yang selalu menggoncangkan akidah orang yang sedang meniti syari’at Islam. Cobalah perhatikan taswir (gambaran) orang yang mengidap nafsu Sawwalat … ! Langkah ibadah orang tersebut ahmak (rusak) karena perbuatan buruk itu dipandang baik menurut persepsinya. Coba perhatikan ayat Al Qur’aan dibawah ini:

Qaala bal sawwalat lakum anfusukum amraan
“Ya’kub berkata : Hanya dirimu sendirilah yang menganggap baik perbuatan (buruk) itu”.QS. 12 Yusuf : 83.

Nafsu Ammarah, Lawwamah dan Sawwalat yang telah terurai di atas termasuk golongan nafsu yang batil. Nafsu-nafsu itulah yang menjadi generator manusia berbuat kejahatan baik lahir maupun batin. Oleh karena itu “Matikanlah dirimu (nafsumu) sebelum datang ajal kepadamu”.

Nafsu Sawwiyah mendapat rahmat dari Allahur Rahman dan diistilahkan sebagai nafsu Malaikat karena nafsu tersebut sebagai generator perbuatan yang terpuji. Allahul lathif mengilhamkan kepada nafsu Sawwiyah ketaqwaan seiring kebersihan yang senantiasa menyelimutinya. Sebagaimana firman–Nya :

Wanafsiw wamaa sawwaahaa fa – alhamahaa fujuuraha wataqwaahaa.
“Dan jiwa (nafsu) serta penyempurnaan (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan.” QS. 91 Asy Syams : 7 dan 8.

Adapun nafsu Muthmainah adalah jiwa yang tenang. Itulah hakikat manusia dan hamba Allahur Rabbul ‘Alamin, karena nafsu Muthmainah-lah yang dipanggil oleh Allahul khaliq dan yang berhak menjadi hamba Allahur Rahman serta mendapat prioritas untuk memasuki jannah-Nya. Sebagaimana firman-Nya:

Adapun nafsu Muthmainah adalah jiwa yang tenang. Itulah hakikat manusia dan hamba karena nafsu Muthmainah-lah yang dipanggil oleh dan yang berhak menjadi hamba serta mendapat prioritas untuk memasuki jannah-Nya. Sebagaimana firman-Nya:

Yaa ayyatuhan nafsul muthmainnatu. Irji’ii ilaa rabbiki raadhiyatan mardhiyatan. Fadkhulli fii ‘ibaadii wadkhulli jannatii.

“Hai jiwa yang tenang (nafsu Muthmainnah). Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhoi-Nya. Maka masuklah kedalam jama’ah hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” QS. 89 Al Fajr : 27,28,29,30.


QS. 89 Al Fajr : 27,28,29,30.

Setelah kita mengetahui struktur organ nafsu manusia, jelaslah bagi kita bahwa gerak dan sifat manusia merupakan cermin nafsu-nafsu yang menguasainya. Apabila nafsu sifatnya berkehendak terhadap suatu yang didengar, dilihat, diraba serta dirasakannya maka akal itulah yang mempertimbangkan kehendak nafsu tersebut. Lain halnya keberadaan hati yang bertindak memutuskan masalah kehendak nafsu atas dasar pertimbangan akal. Akan tampak baik atau–pun buruk kehendak nafsu, juga dapat dilihat bahwa akal itu tidak pandai mem-pertimbangkan-nya, begitupun kebijaksanaan hati tatkala memutuskannya. Bila tujuh anggota sujud bergerak sebagai pelaksana kehendak nafsu. Dengan kata lain bahwa baik dan buruk akhlak tujuh anggota sujud seseorang itu tergantung kepada pertimbangan akal yang diperkuat oleh keputusan hati sebagai rajanya, sebagaimana sabda Rasulullah saw :

Alaa inna jasadi mudhghatan. Idzaa shalahat shalahal jasadu kulluhu, waidzaa fasadat fasadal jasadu kulluhu. Alaa wahiyal qalbu.

“Ketahuilah ! Bahwa sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada terdapat segumpal daging. Apabila ia baik niscaya jadi baiklah seluruh (organ) tubuhnya dan apabila ia buruk niscaya jadilah seluruh tubuhnya buruk. Ketahuilah! Bahwa itu adalah hati.” HR Bukhari Muslim.

Keaneka ragaman nafsu-nafsu yang terurai di atas akan dijabarkan secara tartil (terperinci) pada pelajaran berikutnya. Barangsiapa yang ada hasrat untuk mengetahuinya, ikutilah secara seksama dan teliti dalam membaca serta memahaminya, sebab pelajaran yang kami berikan tersebut sangat erat dengan “Ilmu Tauhid” --Syari’at Bathiniah--.

Khamis, 1 April 2004

Basikal


Nampak macam tak berdaya tapi hidup kena diteruskan jua...

Jumaat, 5 Mac 2004

Isteri Soleha dari Bahasa Indonesia (Delima Merkah)


Melacak Karakter Istri Sholihah dalam
al-Quran*
Makalah singkat ini menyajikan beberapa karakter perempuan sholihah yang diungkapkan beberapa ayat al-Quran. Pengungkapan ayat-ayat ini dikaitkan dengan upaya pembangunan keluarga yang diliputi suasana tentram, cinta kasih dan sayang atau keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah (samara) sebagaimana diungkapkan pada ayat:

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. (QS. 30:21)

Ayat-ayat yang digunakan sebagian terkait langsung dengan posisi perempuan sebagai istri. Sebagian ayat lain tidak terkait langsung dengan posisi perempuan sebagai istri, akan tetapi bila kita telusuri lebih jauh, ayat-ayat ini berkaitan secara tidak langsung dengan posisi istri, semisal pengungkapan ayat-ayat terkait kisah Ratu Bilqis pada surat an-Naml atau ayat-ayat yang menggambarkan sifat para bidadari di surga. Insya Allah ayat-ayat ini akan diungkapkan dalam kerangka mengungkapkan karakter istri sholihah.

Untuk memudahkan pengkajian, penulis mengelompokkan ayat-ayat untuk menggambarkan karakter istri sholihah dalam tiga profil, yaitu:

Profil Kekasih
Profil Ibu
Profil Sahabat
1. Profil Kekasih

1.1. Taat kepada Allah

Jika Nabi menceraikan kamu, boleh jadi Rabbnya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang patuh, yang beriman, yang taat, yang bertaubat, yang mengerjakan ibadat, yang berpuasa, yang janda dan yang perawan. (QS. 66:5)

Menurut Muhammad Qutb, secara khusus ayat di atas merupakan pembelajaran bagi istri-istri Nabi, tentang makna kemuliaan sebagai istri di hadapan Allah swt. Akan tetapi orang beriman mendapatkan limpahan kerunia karena dapat mengambil pelajaran berharga dari pengajaran Allah ini.

Seorang perempuan sholihah itu pertama kali disifati dengan karakter ketaatannya kepada Allah swt. Mengapa kita menempatkan ketaatan kepada Allah ini sebagai karakter utama seorang kekasih? Jawabannya karena sebagai kekasih seorang itu mesti memelihara kecantikannya. Dan kecantikan hakiki seorang perempuan itu adalah pada ketaatan kepada Allah swt. Ini adalah puncak kecantikan batin, sebagaimana digambarkan Ibnul Qayyim. Dan kecantikan batin ini akan memperindah dan menyempurnakan kecantikan lahir.

Ketaatan kepada Allah diwujudkan dalam keimanan dan mewujudkan keyakinannya ini dalam amal perbuatan, taat terhadap semua aturan yang Dia tetapkan bagi perempuan muslimah, yang cepat menyadari kekeliruan dengan bertaubat, yang rajin beribadah, berpuasa dan senantiasa menjelajah kerajaanNya, ciptaanNya dan tanda-tanda keesaanNya dan kebenaran pengaturanNya di alam semesta. Inilah cakupan yang amat menyeluruh dari sifat keislaman bagi muslimah sholihah.

Diantara ketaatan praktis kepada Allah swt yang saat ini banyak ditinggalkan perempuan muslimah adalah berbusana menutup aurat (QS an Nuur:31 dan al-Ahzab:59). Ini merupakan fitnah yang amat serius, sebab Rasulullah saw pernah menegaskan,”Orang-orang perempuan yang berpakaian tetapi seperti telanjang, meliuk-liukan badannya dan rambutnya disasak, mereka tidak akan masuk surga, juga tidak akan mencium baunya surga, padahal bau surga itu dapat tercium dari jarak amat jauh.” (HR. Muslim)

1.2 Taat kepada Suami

Perempuan yang sholihah, ialah yang ta'at kepada Allah lagi memelihara diri 289 ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka) 290 (QS. 4:34)

289: Maksudnya: tidak berlaku curang serta memelihara rahasia dan harta suaminya.

290: Maksudnya: Allah telah mewajibkan kepada suami untuk mempergauli isterinya dengan baik.

Rasulullah saw menyampaikan,”Jika seorang istri itu telah menunaikan shalat lima waktu, shaum di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya,dan taat kepada suaminya, maka akan dipersilakan kepadanya: masuklah ke Surga dari pintu mana yang kamu suka." (HR Ibnu Hibban, al-Bazzar, Ahmad dan Thabrani, Albani menyatakan keshahihannya).

Pada pengajarannya yang lain, Rasulullah saw berkata,”Perempuan mana saja yang meninggalkan dunia sementara suaminya meridhainya pasti masuk Surga." (HR At-Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Sebaliknya kedurhakaan kepada suami akan mendatangkan kutukan dari Allah, para malaikat dan segenap manusia. Cukuplah pelajaran yang terdapat pada surat at-Tahrim menjadi peringatan bagi kaum muslimah.

Diantara sikap taat para istri kepada para suami adalah meminta ijin kepada suami jika hendak keluar rumah (tidak keluar rumah kecuali dengan ijin suami), tidak meminta bercerai tanpa alasan yang dibenarkan syariah, menjaga kesopanan dan kehormatan saat keluar rumah, tidak mengeraskan suara melebihi suami, tidak membantah suaminya dalam kebenaran, dan tidak menerima tamu yang dibenci suaminya ke dalam rumah, apalagi bermesraan dengan lelaki lain.

1.3. Lembut dan Pemalu

Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan dengan kemalu-maluan, ia berkata: "Sesungguhnya bapakku memanggil kamu agar ia memberi balasan terhadap (kebaikan)mu memberi minum (ternak) kami" … (QS. 28:25)

Al Quran yang merupakan kalam Allah tak pernah menyampaikan sesuatu yang sia-sia. Begitu pula dengan disampaikannya sifat malu-malu pada ayat di atas, tentulah tersimpan hikmah untuk menggambarkan kemuliaan sifat perempuan.

Malu sendiri adalah bagian dari iman. Bahkan sebuah hadits pada Kumpulan 40 Hadits an-Nawawiy mengungkapkan: “Jika kamu tidak malu, maka lakukanlah apa yang ingin kamu lakukan.” Penafsiran hadits ini paling tidak ada dua. Pertama, malu menjadi parameter apakah sebuah perbuatan layak dilakukan atau tidak. Kedua, orang yang rendah rasa malunya, akan melakukan apapun yang dia mau.

Sifat pemalu ini menunjukkan kemuliaan dan penjagaan kemuliaan dirinya. Bahkan sifat sopan dan pemalu ini dijadikan daya tarik pada bidadari, sebagaimana disebutkan pada ayat-ayat berikut:

Di dalam surga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya …(QS. 55:56)

Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. Maka ni'mat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan? (Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah. (QS. 55:70-72)

1.4. Pencinta

Rasulullah saw bersabda,”Dunia ini perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah perempuan yang shalihah.” (HR Muslim). Kata perhiasan terkait dengan makna keindahan. Seorang perempuan shalihah senantiasa menjaga daya tarik dirinya bagi suaminya. Isyarat tentang para bidadari menggambarkan keindahan dan keadaan penuh cinta pada mereka.

Dan (di dalam surga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik. (QS. 56:22-23)

Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung 1452, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya, (QS. 56:35-37)

1452: Maksudnya mereka diciptakan tanpa melalui kelahiran dan menjadi gadis.

Rasulullah saw mengisyaratkan keadaan istri terbaik,”Istri yang paling baik adalah, bila suami memandang kepadanya memberikan kebahagiaan; Bila menyuruhnya, mentaatinya.; Bila sang suami bepergian, ia menjaga dirinya dan hartanya." (HR An-Nasai dan dishahihkan oleh al-Iraqi).

Istri shalihah senantiasa menyenangkan hati suaminya dan menjaga suasana mesra tetap bersemi dalam keluarga. “Sesungguhnya apabila seorang suami menatap istrinya dan istrinya membalas pandangan (dengan penuh cinta kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih sayang. Dan jika sang suami membelai tangan istrinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di sela-sela jari tangan mereka." (HR Maisaroh bin Ali dari Abu Said bin al-Khudri).

Saat ini para suami dihadapkan pada godaan besar di sisi hubungan intim pria-wanita. Banyak perempuan yang secara sadar atau tidak telah menjadi penggoda kaum pria baik langsung ataupun tak langsung. Maka menjadi salah satu tanggung jawab mulia bagi para istri untuk membantu para suami mencurahkan cinta mereka pada sesuatu yang halal. Di sinilah makna larangan bagi para istri menolak ajakan para suami, seperti tercatat dalam pengarahan Rasulullah saw berikut ini:

“Bila seorang suami mengajak istrinya ke tempat tidurnya lalu ia menolak sehingga suaminya semalaman marah kepadanya, maka malaikat mengutuknya hingga pagi." (Muttafaqun alaihi)

Jadi hadits ini mesti ditempatkan dalam kerangka menjaga hubungan mesra dan cinta; Bukan menempatkan perempuan dalam posisi tertekan dan terpaksa dalam menjalankan hubungan intim suami-istri.

2. Profil Ibu**

2.1. Memiliki Visi Pendidikan untuk Mengabdi kepada Allah

Ingatlah), ketika isteri 'Imran berkata: "Ya Rabbku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang saleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis). Karena itu terimalah (nazar) itu daripadaku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". Maka tatkala isteri 'Imran melahirkan anaknya, diapun berkata: "Ya Rabbku, sesungguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk". (QS. 3:35-36)

Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila ia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdo'a: "Ya Rabbku, tunjukilah aku untuk mensyukuri ni'mat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri". (QS. 46:15)

Ayat-ayat di atas mengajarkan agar para Ibu muslimah menjadikan visi terbesar pendidikan anak untuk menjadikan mereka para hamba Allah yang senantiasa berkhidmat kepada Allah swt. Kesuksesan utama orang tua dalam pendidikan anak adalah manakala mereka menjadi orang-orang yang pandai bersyukur kepada Allah.

Sikap syukur ini menyiratkan kebaikan-kebaikan mereka terhadap sesama manusia. Sebab syukur dalam makna yang luas berarti memanfaatkan segala kebaikan Allah swt untuk mentaatiNya. Artinya berbagai perbuatan kebajikan adalah perwujudan terima kasih kita kepada Allah. Dalam kerangka berpikir ini kita menemukan pentingnya pendidikan bagi anak, sebab pendidikan lah yang akan membuat seorang manusia memiliki karakter atau akhlak mulia.

Untuk itu seorang Ibu dituntut melengkapi wawasan dan pengetahuannya untuk mendidik anak-anak. Diantara pengetahuan mendasar bagi anak-anak adalah:

§ Dalam sisi keagamaan: tilawah Quran (serta pemahamannya pada hal-hal mendasar) dan sejarah kehidupan Nabi Muhammad saw, keluarga dan para sahabatnya ra. Pengetahuan dasar keagamaan ini akan menjadi fondasi bagi kekokohan aqidah dan akhlak.

§ Dalam sisi pengetahuan dan keterampilan umum: komunikasi-berbahasa (termasuk sastra), logika-matematika, pengetahuan sejarah dan musik-bernyanyi.

2.2. Memiliki Keyakinan Kuat terhadap Janji Allah

Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: "Susuilah dia, dan apabila kamu khawatir terhadapnya maka jatuhkanlah dia ke sungai (Nil). Dan janganlah kamu khawatir dan jangan (pula) bersedih hati, karena sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya (salah seorang) dari para rasul. (QS. 28:7)

Dalam menghadapi berbagai tantangan jaman, seorang Ibu mesti senantiasa optimis, bahwa Allah akan menolong mereka mendidik anak-anaknya menjadi manusia berguna di masa depan. Sikap teguh Ibunda Nabi Musa sebagaimana digambarkan pada surat al-Qashash menjadi teladan utama dalam bersikap yakin akan bantuan Allah swt ini.

Ibu Musa ditakdirkan melahirkan anaknya dalam kondisi amat berat, yaitu ketika Firaun, penguasa yang amat zhalim saat itu, mengeluarkan perintah untuk membunuh anak laki-laki yang lahir dari kalangan Bani Israil, karena alasan ketakutan akan runtuhnya kerajaannya. Akan Allah swt memerikan keteguhan kepada Ibu Musa dan dengan dibantu oleh kakak perempuan Musa, Ibu Musa berhasil melalui masa-masa sulit tersebut untuk melindungi dan memelihara Musa.

Kisah di atas menjadi pelajaran berharga bagi para ibu muslimah. Saat ini tantangan yang dihadapi dalam mendidik anak-anak amat besar. Kita dihadapkan pada berbagai tantangan dalam mendidik anak-anak, mulai dari seleksi pendidikan yang berkualitas, tantangan finansial, tantangan lingkungan hingga tantangan pada diri kita sendiri. Untuk tantangan lingkungan, kita menyaksikan banyaknya “polusi” berita dan informasi tentang kekerasan atau tindakan a-susila baik dalam bentuk tulisan ataupun tayangan-tayangan audio visual.

Dalam kondisi ini peran para Ibu amatlah besar untuk menjaga anak-anak agar tumbuh pada fitrah kesuciannya. Modal paling besar bagi para Ibu adalah kedekatan dengan Allah swt, memahami pengarahan (taujih) dan pengajaran dari Allah swt melalui al-Quran dan sunnah NabiNya. Untuk itu para Ibu hendaknya senantiasa mengadakan pengkajian yang mendalam terhadap dua sumber utama ajaran Islam ini

Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu dari ayat-ayat Allah dan hikmah (sunnah Nabimu). Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui. (QS. 33:34)

2.3. Penuh Suka Cita dalam Mendidik

Dan berkatalah istri Fir'aun: "(Ia) adalah penyejuk mata hati bagiku dan bagimu. Janganlah kamu membunuhnya, mudah-mudahan ia bermanfa'at kepada kita atau kita ambil ia menjadi anak", sedangkan mereka tiada menyadari. (QS. 28:9)

Sikap kasih sayang kepada anak-anak adalah fitrah yang Allah berikan kepada para Ibu untuk mendidik anak-anak mereka. Selama fitrah ini terjaga baik, seorang Ibu akan menjadikan perhatian pada anak sebagai perhatian terbesar dalam hidupnya. Kisah jatuh cintanya Asiyah istri Firaun kepada bayi Musa diabadikan al Quran untuk menggambarkan fitrah ini. Padahal Musa bukanlah anak kandungnya sendiri. Hendaknya sikap kasih sayang ini terus menyertai proses pendidikan anak.

Satu tantangan yang dihadapi para Ibu masa kini adalah tarikan untuk berkarir dan mencari penghasilan yang besar. Tarikan ini terjadi karena struktur sosial-ekonomi-masyarakat yang “memaksa” sebagian ibu-ibu untuk bekerja mencari nafkah. Padahal di dalam ajaran Islam, kewajiban mencari nafkah ini ada pada pundak para bapak. Motivasi lain adalah karena adanya kelemahan pola hubungan suami-istri. Sebagian istri merasa khawatir dirinya direndahkan oleh suami apabila tidak memiliki penghasilan sendiri. Tentu saja kondisi ini pun tidak seharusnya terjadi dalam keluarga muslim, sebab ajaran Islam telah memerintahkan para suami untuk bersikap kasih sayang dan adil dalam memimpin rumah tangga. Yang patut diwaspadai adalah ketika kaum perempuan justru sangat menikmati karirnya, sehingga meletakkan masalah pendidikan dan kasih sayang kepada anak pada prioritas ke sekian dibandingkan karirnya. Bahkan misalnya pada sebagian kalangan perempuan ada pandangan bahwa memiliki anak itu akan mengganggu karir mereka.

3. Profil Sahabat (Mitra)

3.1. Pencari Kebenaran

Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan yang memajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya, dan mengadukan (halnya) kepada Allah. Dan Allah mendengar soal jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat 1462. (QS. 58:1)

1462: Sebab turunnya ayat ini adalah berhubungan dengan persoalan seorang wanita yang bernama Khaulah binti Tsa'labah yang telah didzihar oleh suaminya Aus bin Shamit, yaitu dengan mengatakan kepada isterinya: "Kamu bagiku sudah seperti punggung ibuku", dengan maksud dia tidak boleh lagi menggauli isterinya, sebagaimana ia tidak boleh menggauli ibunya. Menurut adat Jahiliyah kalimat seperti itu sudah sama dengan menthalak isteri. Maka Khaulah mengadukan hal itu kepada Rasulullah saw. Rasulullah saw menjawab bahwa dalam hal ini belum ada keputusan dari Allah. Dan pada riwayat yang lain, Rasulullah saw mengatakan: "Engkau telah diharamkan bersetubuh dengan dia". Lalu Khaulah berkata: "Suamiku belum menyebut kata-kata thalak". Kemudian Khaulah berulang-ulang mendesak Rasulullah saw agar menetapkan suatu keputusan dalam hal ini, sehingga kemudian turunlah ayat ini dan ayat-ayat berikutnya.

Seorang muslimah hendaklah terus bersemangat mencari dan menegakkan kebenaran sebagaimana ditunjukkan pada contoh sahabiyah Khaulah binti Tsalabah ini. Dengan demikian ia akan menjadi partner diskusi yang handal bagi suaminya.

3.2. Memiliki Kriteria Tepat tentang Pendamping Hidup

Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: "Ya bapakku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), karena sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya". (QS. 28:26)

Menilik ayat di atas, sepertinya karakter ini berlaku bagi mereka yang belum menikah. Ayat di atas mengungkapkan kalimat putri seorang yang sholih di negeri Madyan, negeri tempat Musa muda melarikan diri dari kejaran Firaun. Sebagian penafsir mengatakan orang sholih ini adalah Nabi Syu’aib as. Begitulah gambaran seorang gadis yang cerdas dan sholihah menginterpretasikan sifat baik seorang pemuda. Ia tempatkan gejolak curahan hatinya mencari pasangan hidup, sekaligus melindungi posisinya dari kemestiannya bekerja dengan saudara perempuannya, karena sang ayah telah lanjut usia. Sang ayah pun memahami rahasia yang disembunyikan anak gadisnya. Setelah berbincang dengan Musa, ia menawari Musa untuk bekerja di tempatnya, dan ia berjanji akan menikahkan Musa dengan putrinya (kisah ini ada pada rangkaian ayat di atas, sebelum dan sesudahnya)

Akan tetapi bagi para muslimah yang telah menikah pun kisah di atas mengungkap pelajaran berharga. Perhatikanlah, perempuan sholihah meletakkan parameter lahir dan batin secara seimbang dalam berinteraksi dengan pasangan hidupnya. Maka semestinya apresiasi seorang istri kepada pasangannya pun selalu seimbang diantara sisi fisik dan psikis. Dalam kehidupan berumah tangga ini dapat diterjemahkan dalam bentuk perhatian pada pola makanan, pola istirahat, olah raga dan juga pada pola pendidikan serta pola ibadah ritual yang senantiasa mewarnai kehidupan suami-istri. Semakin panjang usia pernikahan, semakin terasa kebutuhan untuk saling mengingatkan dalam menjaga kondisi prima fisik dan psikis.

3.3. Kesetaraan di Hadapan Allah

Dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam istana". Maka tatkala dia melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar, dan disingkapkannya kedua betisnya. Berkatalah Sulaiman: "Sesungguhnya ia adalah istana licin terbuat dari kaca". Berkatalah Balqis: "Ya Rabbku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Rabb semesta alam". (QS. 27:44)

Ketika Ratu Balqis telah menyaksikan kerajaan besar yang Allah karuniakan kepada Nabi Sulaiman as dan mengetahui siapakah yang benar-benar harus disembah di muka bumi ini, sadarlah ia bahwa ternyata perbuatannya dan kaumnya (di antaranya menyembah matahari) adalah perbuatan yang zhalim. Akan tetapi perhatikanlah, Ratu Bilqis tidak pernah menyatakan ketundukan kepada Sulaiman. Yang ia ucapkan adalah bahwa ia bersama Sulaiman tunduk patuh, berserah diri kepada Allah swt.




Dari ayat ini kita mendapatkan taujih Rabbani (pengarahan Ilahi), bahwa kedudukan kaum perempuan dan kaum lelaki di hadapan Allah swt itu sama, yaitu sebagai hamba. Islam telah memuliakan kedudukan kaum perempuan. Untuk itu kaum muslimah hendaknya senantiasa menjaga kemuliaan ini dan bahu-membahu bersama para suami mereka dalam menegakkan kebenaran.

3.4. Berkontribusi Aktif dalam Kerja Sosial dan Da’wah

Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mu'min 1219, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam keta'atannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu', laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar. (QS. 33:35)

1219: Yang dimaksud dengan "orang muslim" di sini ialah orang-orang yang mengikuti perintah dan larangan pada lahirnya, sedang yang dimaksud "orang yang mu'min" di sini ialah orang yang membenarkan apa yang harus dibenarkan dengan hatinya.

Maka Rabb mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman): "Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (karena) sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain 259. (QS. 3:195)

Sebab turunnya dua ayat di atas terkait langsung dengan kehidupan para muslimah di masa kehidupan Nabi Muhammad saw. Ayat pada surat al Ahzab turun karena adanya ucapan Ummu ‘Imarah al-Anshari kepada Rasulullah saw,”Kami menyaksikan segala sesuatu (terkait ajaran Islam) hanya bagi lelaki dan kami tidak melihat kaum perempuan disebut-sebut.” (diriwayatkan at-Tirmidzi melalui Ikrimah). Atau melalui Ibnu ‘Abbas diriwayatkan bahwa para muslimah berkata kepada Nabi saw,”Ya Rasulullah, mengapa hanya disebutkan kaum beriman lelaki dan tidak disebutkan kaum beriman perempuan?” (diriwayatkan ath-Thabrani). Sedangkan pada riwayat lain dikabarkan bahwa para muslimah menanyakan mengapa hanya para istri Nabi yang disebutkan. Mereka berkata,”Kalaulah pada kami ada kebaikan, tentu kami disebutkan.” Maka Allah swt menurunkan ayat di atas. (diriwayatkan Ibnu Sa’ad dari Qatadah)

Adapun untuk ayat pada akhir surat Ali ‘Imran, diriwayatkan bahwa Ummu Salamah berkata,”Ya Rasulullah, aku tidak mendengar Allah menyebutkan kaum perempuan dalam peristiwa Hijrah sedikitpun.” Maka Allah swt menurunkan ayat tersebut. (diriwayatkan oleh Abdur Razaq, Said bin Manshur, at-Tirmidzi, al-Hakim, dan Ibnu Abi Hatim).

Setelah kita ketahui konteks sosial sebab turunnya, ayat-ayat di atas semakin meneguhkan adanya peran sosial dan da’wah yang penting dari kaum perempuan sejak masa pertama turunnya ajaran Islam. Ini berlaku bagi semua perempuan. Mereka tidak kalah dengan kaum lelaki dalam melakukan seluruh aktifitas kehidupan, mulai yang sifatnya ibadah ritual hingga aktifitas sosial dalam rangka memperbaiki kondisi masyarakat.

WaLlaahu a'lamu bish shawwab.




Beberapa Buku Bacaan

Aisyah Abdurahman, Istri-istri Nabi saw., Pustaka Mantiq, 1988


Abu Mohd Rosyid Ridho, Wanita Sholihah: Ciri-ciri dan Fungsinya, Hikmah, Medan, 1985


Ibnu Ahmad Dahri, Peran Ganda Wanita Modern, Pustaka al-Kautsar, 1991


Ibnul Qayyim, Taman Orang-orang yang Jatuh Cinta dan Memendam Rindu.


Ibrahim bin Shalih al-Mahmud, Kiat Hidup Bahagia dengan Suami Anda, Firdaus, 1992


Khairiyah Husain Thaha, Konsep Ibu Teladan: Kajian Pendidikan Islam, Risalah Gusti, 1992


Muhammad Qutb, Figur Wanita Sorga dan Neraka, Penerbit Amarpress, 1987
As-Suyuthi, Asbabun Nuzul.


--------------------------------------------------------------------------------

* Disampaikan pada acara diskusi tentang Keluarga Sakinah Mawaddah wa Rahmah (Samara) yang diselenggarakan oleh Majlis Ta'lim Ibu-ibu pada Keluarga Masyarakat Islam Indonesia (KMII)-Tokyo bekerja sama dengan Forum Silaturahmi Muslimah (Fahima)-Jepang di Sekolah Republik Indonesia Tokyo (SRIT), Jumat, 9 Juni 2006; Dan sebagiannya disampaikan pada Kajian Muslimah (kamus), Senin, 26 Juni 2006.

** Sebetulnya istri sholihah dalam profil ibu memiliki dimensi lain daripada apa yang disampaikan makalah ini, yaitu secara kejiwaan seorang istri memberikan ketentraman bagi suami, laksana seorang ibu kepada anaknya. Ada pembahasan menarik dari Prof. Dr. Aisyah Abdurrahman tentang suasana kejiwaan Muhammad bin Abdullah saw di masa anak-anak dan remajanya yang telah ditinggal wafat ibunya pada usia 6 tahun. Suasana kejiwaannya merindukan seseorang yang bisa memberikan ketentraman bagai seorang ibu baginya. Allah swt Maha Pengasih, dengan takdir-Nya yang penuh hikmah, Muhammad pun dipertemukan dengan Khadijah. Pernikahannya dengan Khadijah, seorang perempuan yang matang jiwanya serta penuh kelembutan, seolah merupakan jawaban bagi Muhammad yang telah ditinggalkan ibunya sejak masa anak-anak. Ya ... dari Khadijah ini, Muhammad mendapatkan sentuhan lembut laksana seorang ibu, yang terus memberikan kasih sayang dan dukungan. Bahkan dukungan Khadijah ini semakin besar dan berarti ketika Muhammad telah diangkat menjadi Rasul Allah. Demikian kurang lebih kupasan Prof. Aisyah pada bab yang menerangkan profil Khadijah ra sebagai istri dalam buku "Istri-istri Nabi saw".

http://adijm.multiply.com

Isnin, 1 Mac 2004

Pilai Lawan


Kenangan masa lalu, tangkap ikan Pilai Lawan di Alor Kiteh Mat Jadi.
Cantik ikan ini; selalunya jika ia masih anak
aku sering taruh dalam botol
tanam pangkal pokok pisang.

Sabtu, 14 Februari 2004

Puisi Hari Kekasih Allahyarhamah Anna Abadi (Delima Merkah)


Buat Kekasih Di Bulan Februari
~sempena Hari Memperingati Kekasih~

Kekasih
Aku tak pandai berbicara romantis
dihadapanmu aku menjadi kaku
tak terluah baris-baris cinta
walau di hati meronta
ingin kau mengetahuinya
cintaku padamu bukannya mainan
tetapi sesuatu yang tulus
tak ternilai dengan harga!

Lalu di suatu hari
di bulan Februari
kukarangi sebuah puisi untukmu
coretan merah jambu ini
sebagai pengganti bicaraku
yang tak terluahkan selama ini

Kekasih
kau begitu penting dalam hidupku
aku memerlukanmu lebih dari yang kau sangkakan
aku merinduimu lebih dari pungguk rindukan bulan
aku mendambakanmu lebih dari
sang puteri mendambakan putera rajanya
dan aku mencintaimu
lebih dari kau menyintai diriku...

Kekasih
kalungi puisi ini dalam tangkai hatimu
agar setiap saat dapat kau merasakan
getaran cintaku yang semakin kuat
moga kau mengerti
hidup ini tak selalunya indah
tapi keindahan dapat kurasakan
setiap kali memandang wajahmu
membiaskan cinta
yang tulus dan suci........

Sesungguhnya, kasihku...
aku ingin tua bersamamu

Nukilan:
Anna Abadi
14 Februari 2004

Ahad, 1 Februari 2004

Beruang


Hidup ke beruang ini?

Jumaat, 2 Januari 2004

Burung & Rezeki


Sepadan dengan kelincahan ia, dapat menangkap unggas nan liar.

Khamis, 1 Januari 2004

Pertahankan tanah pusaka (Cerita Ceritera)


OlehHASSAN AHMAD

KITA menjadi rakyat negara ini kerana antara lain kita mempunyai kawasan atau tanah - tanah pusaka nenek moyang kita. Dengan kata lain, kita mempunyai tanah, tempat tumpah darah kita, yang di atasnya kita mempunyai hak mendirikan rumah kita, bercucuk tanam, dan sebagainya.

Inilah salah satu kriteria penting yang mentakrifkan kedaulatan sesebuah negara atau sesuatu bangsa, iaitu kebebasan atau kemerdekaannya di tanah airnya sendiri.

Kedaulatan negara dan bangsa bukanlah ‘benda’ yang abstrak, bukan konsep yang diciptakan oleh imaginasi dan perasaan cinta tanah air semata-mata, tetapi ia merupakan konsep atau entiti yang nyata, yang konkrit.

Tanpa tanah, tanpa kawasan yang kita miliki sejak zaman nenek moyang kita sebagai pusaka kita, tidak bolehlah kita dikatakan bangsa yang ‘berdaulat’.

Jikalau kita hanya menumpang atas tanah milik orang asing di tanah air sendiri disebabkan tanah kita sudah berikan kepada pelabur asing, itu bererti kita sudah kehilangan suatu hak harta, iaitu tanah, yang mentakrifkan kita sebagai ‘rakyat’ tanah melayu atau Malaysia ini.

Taraf kita samalah seperti warga asing yang ‘menumpang’ di Malaysia (misalnya sebagai pekerja asing).

Perhatikan bahawa orang Melayu menggunakan istilah tanah air. Gabungan dua kata ini, ‘tanah’ dan ‘air’ tidak terdapat dalam bahasa Inggeris atau dalam bahasa-bahasa lain.

Berdasarkan istilah ini kita dapati bahawa orang Melayu mementingkan tanah dan air bukan sahaja sebagai syarat untuk membentuk konsep ‘negeri’ tetapi juga sebagai sumber ekonomi dan sumber hidup yang asas bagi rakyat di negeri ini.

Tanpa tanah dan tanpa air, manusia sukar hidup di dunia ini. Kerana inilah sejak dahulu hingga hari ini, tanah - dan air - sering menjadi punca peperangan. Rakyat Palestin, misalnya, sanggup mati untuk mempertahankan tanah mereka, walaupun seinci, atau untuk mendapatkan semula tanah yang telah dirampas oleh Israel, sama ada melalui peperangan ataupun melalui taktik dan muslihat lain yang lebih halus.

Maka hairanlah kita sekiranya ada negara yang sanggup menjual tanah, air dan sebagainya kepada orang asing atau kepada negara asing kononnya demi kemajuan, demi pembangunan ekonomi - yang selalunya hasilnya atau kesannya tidak sampai kepada rakyat yang miskin dan terpinggir.

Barangkali bangsa Melayu patut belajar daripada sejarah, tentang bagaimana Singapura, misalnya, akhirnya jatuh ke tangan orang lain, melalui syarikat asing, iaitu Syarikat East India Company atau syarikat Hindia Timur Inggeris (SHT). Stamford Raffles bertugas sebagai wakil Syarikat ini yang ditubuhkan oleh kerajaan Inggeris untuk mencari kawasan perdagangan dan ekonomi di luar England, dan akhirnya untuk menjajah negeri orang lain.

Apabila penjajah Belanda menguasai Melaka hingga awal abad ke-19 (setelah mereka mengalahkan bangsa Portugis di situ dengan bantuan askar-askar Melayu dari Johor), Syarikat Hindia Timur Inggeris mulai mencari kawasan lain untuk menjadi kawasan atau pusat perdagangannya untuk menyaingi Melaka.

Singapura

Kawasan yang dianggap sesuai ialah Singapura. Pulau ini ialah milik bangsa Melayu atau merupakan tanah takluk kerajaan Johor-Riau, bukan merupakan pulau kosong seperti “Pulau Robinson Crusoe” yang boleh diduduki, dicuri atau dimiliki oleh bangsa lain.

Raffles cepat-cepat mempengaruhi Temenggung Abdul Rahman, waris kerabat diraja Johor yang berada di pulau itu. Abdul Rahman dianugerahi gelaran ‘Temenggong’ oleh kerajaan Johor-Riau dan Singapura diberikan kepadanya sebagai hak warisnya. Raffles mengadakan perjanjian (pada 30 Januari 1819) dengan Temenggung Abdul Rahman, membenarkan Syarikat Hindia Timur Inggeris membina loji atau kilang di Singapura. Sebagai balasannya, SHTI bersetuju memberi semacam sagu hati atau elaun sebanyak ‘3000 rial setahun’ kepada Temenggung.

Pada 6 Februari 1819 suatu perjanjian lain telah ditandatangani antara Raffles bagi pihak SHT dengan Sultan Hussain Muhammad Syah, Sultan Johor-Riau, dan Temenggung Abdul Rahman untuk mengesahkan perjanjian yang terdahulu. Salah satu fasal baru, iaitu Fasal Kelima, yang terkandung dalam Perjanjian baharu itu ialah, Sultan Hussain dan Temenggung Abdul Rahman tidak dibenarkan membuat apa-apa perjanjian perniagaan dengan mana-mana pihak lain, baik dengan orang putih dari Eropah, baik dari AS, di Singapura selama ‘kompeni Inggeris ada duduk di dalamnya’.

Perjanjian ini juga menetapkan pembahagian hasil negeri: Temenggong mendapat dua bahagian daripada ‘hasil cukai segala perahu kapal orang hitam dan laka oleh kompeni Inggeris membayar segala belanja atas menjaga bendera (iaitu bendera Inggeris) terima hasil cukai itu’.

Melalui Perjanjian itu SHII tidak sahaja diberi hak untuk mendirikan kemudahan perniagaan di pulau Singapura tetapi juga hak menempatkan angkatan tenteranya di pulau itu dan hak untuk menguatkuasakan undang-undang dan peraturan Inggeris ke atas penduduk pulau, khususnya di kawasan yang dikuasai oleh syarikat Inggeris itu.

Pada 2 Ogos 1824 pihak Inggeris yang diwakili oleh John Crawford, Residen Singapura, dan Sultan Hussain serta Temenggong Abdul Rahman menandatangani satu perjanjian lagi. Melalui perjanjian ini kedua-dua pembesar Melayu itu bersetuju menyerahkan pulau Singapura ‘dengan laut dan selat dan pulau kecil-kecil iaitu sepuluh batu jauhnya berkeliling Pulau Singapura itu menjadi hak milik kerajaan Kompeni Inggeris sampai kepada warisnya yang akan menggantikan dia selama-lamanya’

Sebagai gantinya, SHT bersetuju membayar kepada Sultan Hussain tiga puluh tiga ribu dua ratus ringgit sekali bayaran dan pada tiap-tiap bulan seribu tiga ratus ringgit seumur hidup Sultan itu. Temenggong Abdul Rahman dibayar dua puluh enam ribu delapan ratus ringgit sekali bayaran dan sebanyak tujuh ratus ringgit sebulan seumur hidup. Perjanjian ini juga menyebut bahawa sekiranya Sultan Hussain dan Temenggong atau waris mereka berhajat untuk berpindah dari Singapura dan tinggal di mana-mana tanah lain milik mereka (yakni, di luar pulau Singapura) maka SHT akan membayar sebanyak dua puluh ribu ringgit lagi kepada Sultan Hussain atau warisnya dan sebanyak lima belas ribu ringgit lagi kepada Temenggong atau warisnya.

Segala hak milik mereka yang tidak dipindahkan, seperti tanah, rumah, kebun dan segala jenis kayu yang terdapat di pulau Singapura dan di semua pulau takluk Singapura diserahkan kepada SHT sampai kepada warisnya selama-lamanya. Tetapi selama kedua-dua pembesar Melayu itu menerima bayaran bulanan daripada SHT mereka tidak dibenarkan mengadakan apa-apa perjanjian dengan mana-mana bangsa lain tanpa pengetahuan SHT atau warisnya yang akan menggantikannya selama-lamanya.

Abdullah Munsyi, dalam karyanya yang terkenal, Hikayat Abdullah, menceritakan bagaimana Sultan Hussain dan Temenggung terpaksa mengemis meminta wang tambahan daripada Raffles atau dari SHT kerana mereka sentiasa kehabisan wang untuk membiayai perbelanjaan para pengikut mereka yang berfoya-foya di pulau itu, dan sering melakukan pergaduhan dan kekacauan.

Akhirnya mereka ‘dinasihatkan’ oleh Raffles supaya berpindah dari kawasan Melayu di Kampung Gelam ke kawasan tidak maju, jauh dari pusat bandar, iaitu ke Teluk Belanga. Memang itulah rancangan jangka panjang SHT, iaitu untuk mengusir mereka dari Singapura atau untuk meminggirkan mereka daripada ‘proses pembangunan’ yang sedang dilakukan oleh SHT. Abdullah Munsyi menjelaskan bagaimana pembesar Melayu itu tertipu oleh muslihat dan ‘mulut manis’ Raffles memujuk orang Melayu supaya berpindah ke kawasan lain.

Raffles menggunakan wang untuk mempengaruhi pembesar Melayu supaya menyerahkan tanah mereka kepada syarikat asing, iaitu Syarikat East India Company atau Syarikat Hindia Timur Inggeris.

Demikianlah kisah bagaimana tanah milik kerajaan Melayu, milik nenek moyang Melayu, akhirnya dijual atau berpindah milik kepada orang asing melalui sebuah syarikat yang disebut Syarikat East-India Company.

Diharap kisah ini tidak berulang lagi. Tandanya sudah ada dan nampaknya makin hari makin jelas. Bangsa yang pandai, yang cemerlang akal, yang bijak, tidak akan menjual ‘tanah airnya’ kepada kuasa asing melalui pelaburan asing, atau pun melalui diplomasi tolak ansur’.

* DATUK DR. HASSAN AHMAD ialah Pengerusi Eksekutif Yayasan Karyawan.

Utusan Malaysia