Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Selasa, 15 Februari 2000

WASIAT 1 ( Delima Merkah )


Petikan http://hardyw3b.wordpress.com/2006/08/10/wasiat/1/

WASIAT RASULULLAH S.A.W. ADAB UZ-ZIFAF

Ahmad telah menceritakan :

“Telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : “Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

1. “Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut.Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat


( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :


1.Susu 2. Cuka 3. Coriander (Ketumbar) 4. Apple Masam” Saidina Ali r.a bertanya : “Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?” Baginda menjawab : “Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.”Saidina Ali r.a bertanya : “Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan).”Baginda menjawab : Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna. Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran. Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.”

2. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.”

3. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.”

4. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu.”

Jumaat, 4 Februari 2000

♥Ubi Sira Bersantan™ (Harum Aroma)


kak fida@myresipi.com
Buat sarapan atau dimakan bila2 waktu...Sesuai jugak buat juadah berbuka...


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

500 g ubi - yang telah dibuang kulit dan potong kecil

500 ml air atau secukupnya - untuk merebus ubi

1/2 sk garam

2 helai daun pandan - disimpul

150 g gula melaka - dihiris

1/4 cawan air

Bahan Untuk Dadih Santan:-

250 ml santan dari 1/2 biji kelapa

1 helai daun pandan - disimpul

1 sb tepung beras dilarutkan dengan 2 sb air

1/2 sk garam

Cara-cara

1. Siapkan santan dahulu dan ketepikan:- Santan,garam, daun pandan dimasak dan masukkan larutan tepung beras dan masak hingga pekat. Ketepikan.

2. Gula melaka dan 1/4 cawan air dimasak hingga mendidih dan tapis.

3. Ubi,air,garam dan daun pandan direbus hingga empuk. Toskan.

4. Gula melaka dimasak semula dalam kuali dan masak hingga pekat sedikit dan masukkan rebusan ubi tadi dan gaul hingga sebati. Siap untuk dihidangkan.

5. Ketika menghidang, bubuh ubi sira di dalam piring atau bekas kecil dan siram dengan sedikit dadih santan.

Khamis, 3 Februari 2000

Elak berjalan seorang diri waktu malam (Petua)

Nuri Angkasa

SETIAP pemancing perlu memastikan keselamatan apabila berjalan malam seorang diri untuk ke lokasi memancing di tasik, sungai, paya atau lombong tinggal yang jauh dari perkampungan. Perlu diingatkan bahawa setiap perjalanan itu diintai oleh beberapa makhluk lain yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Justeru, apabila memulakan perjalanan yang walaupun tidak jauh lokasinya jika kita lupa membaca ‘Bismillah’ sebelum mula melangkah meninggalkan rumah untuk berserah kepada Allah bagi mengelak apa juga gangguan.

Kadang-kadang deria rasa kita akan merasakan sesuatu yang mengiringi kita berjalan. Kita boleh merasa bagaikan ada ‘sesuatu’mengekori di belakang atau terasa ada sentuhan tangan atau dengusan nafas yang agak kuat dari arah sebelah kiri dan kanan. Kadang-kala ranting patah seperti dipijak.

Menyedari hakikat ini, anda ( kaki pancing) perlu menguatkan semangat jika menyedari anda sedang diperhatikan makhluk halus sama ada dari kalangan yang baik atau jahat.

Anda dinasihatkan supaya membaca ayat suci al-Quran terutama ayat Qursi yang terlalu banyak hikmatnya. Baca berulang kali sehingga anda dapat merasakan bahawa makhluk yang mengikuti anda sudah menghilangkan diri.

Pada hemat Pak Nuri adalah lebih baik anda sentiasa berteman walaupun seorang rakan pancing lain untuk turun memancing walaupun lokasinya dekat dan dapat dilihat cahaya lampu perkampungan. Kita tidak mengetahui bahawa di luar rumah yang dianggap selamat rupa-rupanya ada yang ‘menunggu’ untuk diajak berteman.

Walaupun dalam apa juga ikhtiar untuk mengelak daripada gangguan makhluk halus anda perlu mendekati Allah dengan membaca ayat suci al-Quran dan sentiasa ingat bahawa berjalan seorang itu adalah perjalanan mati, berdua itu berteman, apabila bertiga berwaspadalah kerana antara dua ada satu yang bukan teman.

Joran

Rabu, 2 Februari 2000

oyakodon (Harum Aroma)


sakura>emi@myresipi.com
masakan jepun.nasi berlauk ayam dan telur

Bahan-bahan ( 2org )

2 mangkuk nasi

300gm isi ayam

cendawan, lobak dan kubis

4 biji telur

5 sb syoyu (kicap jepun)

1 sb sos tiram

garam secukup rasa

1/2 labu bawang

Cara-cara

1. Ayam digoreng seketika dan asingkan.

2. Tumis bawangdan masukkan syoyu dan sos tiram. Masukkan sayur2 masak seketika. Sementara itu pukul telur.

3. Masukkan ayam tadi dan garam, gaul rata. Masukkan telur dan biakan hanya separuh masak.

4. Tuang lauk ke atas nasi panas dan sedia untuk dimakan

Sentiasa baca surah al-Fatihah (Petua)


Oleh Nuri Angkasa

AMALAN yang baik itu pastinya mendapat ganjaran Allah. itulah janji Allah kepada hamba-Nya dan hanya kepada mereka yang mahu mengerti. Justeru, atas keyakinan ini terdorong untuk melakukan beberapa amalan baik oleh kumpulan pemancing dengan berkumpul sebelum memulakan ekspedisi atau pemburuan kemudian membaca doa dan mohon kesejahteraan serta keselamatan Allah di samping mohon rezeki dan keberkatan yang berkekalan dalam setiap aktiviti mereka.

Usaha baik ini patut dilakukan oleh semua kumpulan memancing sebelum turun ke laut atau ke mana saja pergerakan yang hendak dituju. Namun, yang tidak kurang pentingnya ialah sikap jujur dan ikhlas yang mesti ada pada setiap orang.

Melakukan amalan baik ini antaranya membaca surah al-Fatihah dan mengucapkan selawat memuji Nabi Muhammad. Selain daripada mendapat pahala, ganjaran berkat atas perjalanan itu moga-moga Allah gandakan. Begitu mudahnya kita diberi Allah untuk mendapat pahala. Cuma kita saja yang melupakan pemberian baik yang dijanjikan Allah untuk hamba-Nya.

Sehubungan itu, mana-mana individu atau kumpulan pemancing yang hendak memulakan aktiviti sewajarnya mengamalkan amalan baik sebelum turun memancing. Cuma apa yang perlu dititik beratkan ialah supaya amalan ini dapat digunakan secara lebih menyeluruh malah jadikan satu rutin dan petua.

Bagi Pak Nuri, apa juga kebaikan yang tidak digunakan dengan paksaan adalah satu amalan paling dituntut oleh Islam dan bukan atas paksaan.

Daripada pengalaman beberapa orang nelayan mengakui bahawa surah al-Fatihah jika dibaca dengan penuh khusyuk dan mengisi doa dalamnya pastinya kita akan dapat merasakan bahawa kita bagaikan berada dalam ketenangan, tenteram dan damai atau merasakan bahawa kita terlepas daripada ikatan sebarang kesalahan kepada Allah.

Jika perubahan ini belum dapat kita rasakan kita maka masih belum berada pada tahap yang diterima Allah. Tetapi Allah sentiasa melihat akan kesungguhan kita jika kita benar-benar beriman kepada-Nya.

Dalam erti kata lain, kita sebagai hamba Allah yang serba kekurangan dan kelemahan perlu sentiasa meminta kepada Allah pada setiap waktu dan saat supaya Dia memberikan kekuatan terutama ketika bakal berdepan dengan keganasan laut seperti ribut dan gelombang besar. Justeru, bacalah surah al-Fatihah berulang kali dan berdoa serta bermohon untuk kebaikan, kerana Allah lebih memahami sesuatu yang anda tidak faham.

Joran

Selasa, 1 Februari 2000

Pahala berganda bersama keluarga (Petua)

Oleh Nuri Angkasa

SELAMAT berpuasa kepada semua warga kaki pancing di seluruh negara yang beragama Islam dengan harapan bulan yang penuh barakah ini dapat kita menguatkan semangat untuk mendekati Allah bersama amalan yang baik. Berpuasa dan berbuka bersama keluarga adalah nikmat kemesraan paling manis dan mendapat pahala berganda dari Allah. Justeru pemancing tidak harus mengabaikan bulan yang penuh rahmat ini untuk ditinggalkan begitu saja hanya untuk meneruskan aktiviti memancing.

Atas apa pun alasan, agama Islam tidak melarang hobi memancing pada bulan puasa, tetapi ada baiknya pemancing tidak mengikut jejak nelayan yang pastinya bergantung hidup di laut sepenuh masa, manakala pemancing adalah hobi yang datang bermusim dan tentunya hobi ini boleh di tinggalkan pada bulan Ramadan.

Beberapa pengalaman yang pernah Pak Nuri lalui sebelum ini, ada warga pemancing darat berkhemah di tepi tasik sehingga beberapa hari kononnya memancing di bulan puasa dapat menjauhkan diri daripada sebarang pandangan yang boleh menghilangkan pahala puasa. Ada juga berpendapat aktiviti memancing di laut mempunyai kekuatan untuk menahan diri daripada lapar dan dahaga daripada berada di rumah kerana sentiasa mencium bau masakan isteri ketika menyediakan juadah berbuka puasa.

Kebenarannya memang ada, kerana semua aktiviti menjalankan kerja harian tidak perlu dihentikan pada bulan puasa, cuma Pak Nuri harap ia dikurangkan sedikit supaya tidak terlalu terdedah kepada panas bahang matahari yang boleh menyebabkan seseorang cepat letih dan terlalu dahaga.

Islam adalah agama yang tidak ada paksaan cuma kita harus memikirkan bersama bahawa pada bulan puasa yang penuh dengan pahala berganda jika dapat dikerjakan dalam suasana yang tenang di samping keluarga berbuka puasa dan ke masjid bersama keluarga, tentu keadaan begini lebih menjamin kemesraan dan mengeratkan lagi kasih sayang anggota keluarga.

Justeru atas rasa tanggungjawab untuk mendapatkan pahala yang lebih daripada bulan biasa, Pak Nuri cadangkan supaya pemancing dapat kurangkan aktiviti memancing di bulan Ramadan ini. Kejar pahala bersama keluarga tersayang daripada mengejar ikan yang sudah pasti selepas Ramadan nanti rezeki akan bertambah.

Joran