Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Selasa, 18 Oktober 2011

Apa pandangan Islam terhadap hiburan?

Soalan: Apakah pandangan Islam terhadap fitrah berhibur dalam diri manusia?

Jawapan al-Ustaz Mohd Khairuddin at-Takiri:

Setiap muslim meyakini bahawa setiap detik masa yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia merupakan saat-saat yang sangat berharga. Ia perlu digunakan sebaik mungkin untuk melakukan pekerjaan yang diredhai oleh Allah agar akhirnya mendapat ganjaran syurga di alam abadi. Allah berfirman:

[1] al-Qur’an, surah al-`Asr, 1-3.

Maksudnya:

Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, melainkan orang-orang yang beriman dan melakukan pekerjaan yang baik, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Dalam keadaan begitu Islam membenarkan manusia untuk mengambil sedikit ruang masa untuk berhibur dan bergurau senda kerana itulah fitrah manusia. Imam Muslim meriwayatkan satu cerita tentang seorang sahabat Nabi bernama Hanzalah. Suatu hari ketika bertembung Abu Bakar bertanya kepadanya

:‏ ‏كَيْفَ أَنْتَ يَا ‏ ‏حَنْظَلَةُ ‏ ‏قَالَ قُلْتُ نَافَقَ ‏ ‏حَنْظَلَةُ ‏قَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ مَا تَقُولُ قَالَ قُلْتُ نَكُونُ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يُذَكِّرُنَا بِالنَّارِ وَالْجَنَّةِ حَتَّى كَأَنَّا رَأْيُ عَيْنٍ فَإِذَا خَرَجْنَا مِنْ عِنْدِ رَسُولِ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏عَافَسْنَا ‏ ‏الْأَزْوَاجَ وَالْأَوْلَادَ ‏ ‏وَالضَّيْعَاتِ ‏ ‏فَنَسِينَا كَثِيرًا قَالَ ‏ ‏أَبُو بَكْرٍ ‏ ‏فَوَاللَّهِ إِنَّا ‏ ‏لَنَلْقَى مِثْلَ هَذَا

“Bagaimana keadaan kamu wahai Hanzalah?” Hanzalah lalu menjawab: “Hanzalah telah berpura-pura.” Abu Bakar terkejut mendengar jawapan Hanzalah lalu bertanya maksud ungkapannya itu. Jawab Hanzalah: “Kami ketika berada di sisi Rasululullah selalu diperingatkan dengan neraka dan syurga hingga kita terasa bagaikan kedua-duanya berada di hadapan mata. Tetapi apabila kita keluar meninggalkan Rasululullah sallalahu alaihi wasallam kita mula sibuk dengab isteri dan anak-anak serta harta benda. Dengan itu banyak perkara yang kita lupakan.”Sambut Abu Bakar: “Demi Allah kami juga mengalami perkara yang sama.”Mereka berdua lantas bertemu dengan Rasululullah sallallahu alaihi wasallam mengadu tentang apa yang mereka rasai dan alami. Baginda lalu bersabda:

‏وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنْ ‏ ‏لَوْ تَدُومُونَ عَلَى مَا تَكُونُونَ عِنْدِي وَفِي الذِّكْرِ لَصَافَحَتْكُمْ الْمَلَائِكَةُ عَلَى فُرُشِكُمْ وَفِي طُرُقِكُمْ وَلَكِنْ يَا ‏ ‏حَنْظَلَةُ ‏ ‏سَاعَةً وَسَاعَةً ثَلَاثَ مَرَّاتٍ

Bermaksud: Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya. Sesungguhnya sekiranya kamu berterusan dengan kelakuan kamu ketika bersamaku dan berterusan dalam keadaan zikir, tentu para Malaikat Allah akan bersalam-salaman dengan kamu di tempat pembaringan dan di jalanan kamu. Tetapi wahai Hanzalah, ada ketika-ketikanya, ada ketika-ketikanya, ada ketika-ketikanya (baginda mengulanginya tiga kali).[2]

Syeikh Ubbiy mengulas hadis ini dengan katanya; “Sunnah Allah untuk alam kehidupan manusia iaitu segala perlakuannya adalah pertengahan antara alam Malaikat dan alam Syaitan. Malaikat dipermudahkan untuk melakukan kebaikan di mana mereka melakukan segala apa yang disuruh serta bertasbih menyucikan Tuhan malam dan siang tanpa henti. Syaitan pula dipermudahkan untuk melakukan kejahatan dan menggoda manusia tanpa pernah lalai. Sementara alam manusia dijadikan pelbagai rupa. Inilah yang disentuh oleh Baginda menerusi ucapan baginda: “Ada ketika-ketikanya wahai Hanzalah.”Beliau juga menegaskan: “Orang yang berakal perlu mempunyai saat-saat untuk dia bermunajat dengan Tuhannya, saat-saat untuk dia menilai kembali dirinya, saat-saat untuk dia berfikir meneliti ciptaan Allah dan saat-saat untuk dia menunaikan keperluan dirinya seperti makan dan minum.” [3]

Justeru hadis di atas menjelaskan kepada kita kewujudan sifat fitrah manusia yang inginkan sedikit masa untuk menghiburkan hati. Ibn Qayyim berpendapat, setiap orang perlu mendapatkan ruang yang cukup untuk menghiburkan hati dan berehat untuk menghilangkan kepenatan dan keletihan, memperbaharui kecergasan dan daya kerja dan memperkuatkan tenaga untuk bergerak.

Sammak bin Harb menceritakan bahawa dia pernah bertanya kepada Jabir bin Samurah:

‏ ‏أَكُنْتَ تُجَالِسُ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ نَعَمْ كَثِيرًا كَانَ لَا يَقُومُ مِنْ مُصَلَّاهُ الَّذِي ‏ ‏يُصَلِّي فِيهِ الصُّبْحَ أَوْ الْغَدَاةَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ فَإِذَا طَلَعَتْ الشَّمْسُ قَامَ وَكَانُوا يَتَحَدَّثُونَ فَيَأْخُذُونَ فِي أَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ فَيَضْحَكُونَ وَيَتَبَسَّم[4]ُ

Maksudnya: Pernahkah kamu mendampingi Rasulullah sallallahu alaihi wasallam? Jawab Jabir: “Pernah! Baginda suka mendiamkan diri. Para sahabat Baginda pula selalu mendendangkan syair di samping baginda dan bercerita tentang perkara-perkara yang berlaku di zaman Jahiliyyah sambil bergelak ketawa. Apabila mereka ketawa baginda akan tersenyum.

Rasulullah saw sukakan perkara-perkara yang menggembirakan dan menceriakan. Justeru itu baginda memohon kepada Allah agar dijauhi daripada kesedihan

:اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن

[5]

Maksudnya: Ya Allah, saya memohon perlindungan kepada-Mu daripada rasa bimbang dan sedih Para sahabat Nabi saw juga bergurau-senda dan bergelak ketawa. Sayyidina Ali berkata: “Hiburkanlah hati dan carilah ungkapan bijaksana yang melucukan kerana hati juga menjadi jemu sepertimana jasad.”[6]

Dr Yusof al-Qaradawi menyebut: ”ketawa merupakan antara keistimewaan manusia. Binatang tidak boleh ketawa kerana ketawa datang hasil satu bentuk kefahaman dan pengertian terhadap satu ucapan yang didengarinya atau satu kejadian yang disaksikannya. Rentetan itu dia ketawa. Kerana itu dikatakan manusia adalah haiwan yang ketawa. Benarlah ucapan yang menyatakan: saya ketawa, justeru saya adalah manusia.”[7]

Rasulullah saw bergurau senda dengan isteri-isteri baginda dan mendengar cerita-cerita mereka. Aishah bercerita bahawa baginda pernah ketika bermusafir berhibur dengannya dengan aktiviti lumba lari. Pada permulaannya dia menang dengan mendahului Baginda. Tetapi kemudiannya ketika beliau sedang meratah daging bersamanya baginda pula mendahuluinya lalu menang. Baginda lalu berkata: “Ini adalah imbalan kekalahan sebelumnya.”[8]

Rasulullah saw juga membiarkan kedua-dua cucunya yang disayangi iaitu Hasan dan Husin ketika mereka masih kecil untuk menunggang belakangnya. Seorang sahabat masuk bertemu baginda saw ketika itu dan menyaksikan apa yang berlaku lalu bergurau dengan katanya lalu berkatalah mereka berdua itu dan menyaksikan apa yang berlaku lalu berkata: " belakangnya: “Kamu berdua menunggang sebaik-baik tunggangan.” Baginda lantas menjawab dengan gurauan: “Sebaik-baik penunggang kuda adalah mereka berdua.”[9]

Baginda juga membenarkan orang-orang Habsyah bermain anak panah dan tombak sebagaimana adat kebiasaan mereka di dalam Masjid Nabawi. Malah menawarkan kepada Aishah untuk menonton sama pertunjukan mereka.[10]Baginda saw juga membenarkan para wanita bernyanyi dan memukul gendang pada hari keramaian dan perayaan. Malah baginda menggesa Jabir bin Abdullah mengahwini anak dara dengan alasan boleh bergurau senda dengannya berbanding wanita janda.[11]Rasulullah saw juga pada satu hari menegur satu majlis menghantar pengantin perempuan kepada pengantin lelaki yang dibuat diam-diam tanpa diiringi dengan hiburan dan nyanyian. Baginda bersabda:

ما كان معها لهو؟ فإن الأنصار يعجبهم اللهو[12]

Maksudnya:Kenapa tidak diiringi dengan hiburan? Orang-orang Ansar sukakan hiburan.” Dalam beberapa riwayat

:هلا بعثتم معها من تغني وتقول: أتيناكم أتيناكم ...فحيونا نحييكم

Maksudnya:Alangkah baiknya kamu hantar bersamanya orang yang menyanyi dan melagukan: Kami mendatangimu, kami mendatangimu….justeru berilah ucapan penghormatan kepada kami, nescaya kami berikan ucapan penghormatan kami.

[1] Al-Qur’an, surah al-`Asr, 1-3.
[2] Hadis riwayat Muslim-Kitab Taubah, Tirmizi-Kitab Sifat al-Qiyamah, Ibn Majah-Kitab al-Zuhd dan Ahmad.
[3] Ikmal Ikmal al Mu`allim, Syarh Sahih Muslim (7/ 156-157)
[4] Hadis Riwayat Muslim no 286, Kitab Masjid-Masjid Dan Tempat-Tempat Solat, Ahmad
[5] Hadis riwayat Bukhari-Kitab al-Da`awat (no 6376).
[6] Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Jami` li akhlak al-Rawi wa Adab al-Sami`, juz 2, hlm. 129.
[7] Fiqh al-Lahw wa al-Tarfih, Maktabah Wahbah, hlm. 20.
[8] Hadis Riwayat Abu Dawud, No 2578, Kitab Jihad
[9] Hadis riwayat al-Hakim. Katanya, Sanadnya adalah sahih.
[10] Hadis Riwayat Bukhari, No 949, Kitab Dua hari Raya
[11] Hadis Riwayat Bukhari, No 5079, Kitab Perkahwinan

[12] Hadis riwayat Bukhari-Kitab al-Nikah (no 5162).

Sabtu, 15 Oktober 2011

Kabinet Bincang Minggu Depan Cara Bayaran Khas RM500


KUALA LUMPUR: Arahan lebih jelas bagaimana bantuan RM500 akan diberikan kepada setiap isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet minggu depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata terdapat banyak pertanyaan dari orang ramai mengenai perkara itu dan ia perlu diselesaikan segera sebelum menjadi kontroversi.

Bantuan khas itu diumumkan dalam Belanjawan 2012 baru-baru ini.

"Ramai orang telah bertanya cara untuk memohonnya. Apa definisinya dan cara untuk mengira pendapatan mereka," katanya yang juga Presiden Gerakan kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Majlis Ahli Seumur Hidup parti itu di sini Sabtu.

Koh berkata beberapa agensi berkaitan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan dijemput untuk menyertai mesyuarat Kabinet itu.

"Kita perlu menyemak semula data terutama untuk pekerja, apa gajinya, jadi jelas kita perlu berdasarkan beberapa prinsip.

"Kita memberi bayaran one-off ini untuk meringankan beban dari kenaikan kos, tetapi ia mesti untuk mereka yang memerlukannya," katanya. - BERNAMA

‘Edisi Khas’ Johan (Raja Lawak) Cecah 3 Juta Penonton



PETALING JAYA: Pelakon Johan (Raja Lawak) berkongsi perasaan gembira apabila program lawak Edisi Khas mencatat rating lebih 3 juta penonton semenjak disiarkan di TV3 pada 7 Jun lalu. Ia menemui penonton setiap Selasa, pukul 10 malam.

Program tersebut melibatkan Johan bergandingan dengan pelakon-pelakon lain seperti Almy Nadia, Along Raja Lawak, Saiful Apek, Ropie (Cecupak), Sharifah Shahira, Azlee Senario dan Acong (Sweet Child).

“Disebabkan program ini telah mencecah lebih 3 juta penonton, kami akan menjalani penggambaran musim kedua Edisi Khas tidak lama lagi.

“Selain itu, saya mendapat tahu program ini akan dicalonkan dalam Anugerah Skrin 2011,” katanya kepada mStar Obnline.

Johan memainkan peranan sebagai pengacara yang bergelar “Fifi Fairuz Fuyoo” yang akan memperkenalkan tiga segmen lakonan dalam setiap episod.

Antara topik yang dipersembahkan melalui sketsa yang mencuit hati termasuk isu kad kredit di mana dua pasangan kekasih yang berbelanja sakan untuk mengambil hati kekasihnya.

Along pula berlakon sebagai individu yang melarikan diri daripada ah long (peminjam wang) dan juga isu kenapa wanita tempatan lebih tertarik kepada lelaki warga asing.

Selain itu, isu-isu yang dipaparkan dalam Edisi Khas termasuk rasuah, peminta sedekah, mat rempit, pengurus wanita yang bersikap bossy, haruan makan anak dan kepercayaan tahyul.

Menurutnya, program itu berjaya mungkin disebabkan penonton gemar melihat lawak yang bersahaja dan menghiburkan.

“Mungkin kelebihan saya untuk meniru gaya orang lain seperti yang ditonjolkan dalam Edisi Khas sebelum ini menjadi salah satu tarikan untuk penonton menyaksikan program tersebut.

“Bagaimanapun, masih ada satu lagi selebriti iaitu Eric Leong yang menyebabkan saya sukar untuk meniru gaya dan cara percakapannya,” ujarnya lagi yang baru selesai menjalani penggambaran drama 13 episod Super Lawak untuk Astro.

Dia juga berkongsi perasaan terujanya apabila slot kelolaannya di radio Era FM mendapat sambutan hangat.

Johan mengendalikan slot pada setiap Sabtu, pukul 7 hingga 11 pagi bersama-sama Reza manakala pada Isnin hingga Jumaat, pukul 9.50 pagi dia akan muncul dengan Sketsa Johan.

“Saya hanya berbual dengan pendengar sementara penyampai lain perlu membantu saya daripada segi teknikal.

“Saya juga perlu membawakan karakter seperti Mak Jemah dan Ah Chai mengikut permintaan pendengar,” cerita Johan.

Tuah Raja Gelek Untuk One Nation Emcees

KUMPULAN One Nation Emcees merupakan antara kumpulan yang menduduki lima tempat teratas dalam pertandingan separuh akhir Muzik-Muzik 2009 .

Kumpulan yang terdiri daripada empat anak muda iaitu Mohd Norzaidi Edris (Zydee), Mohamed Fareezan Mohamed Murtaza (Kozae), Nur Hasan Baias (Jojoe) dan Shamimi Amalina Norhisham (Mimi) telah memambat hati para juri pada malam tersebut menerusi lagu mereka yang berjudul Raja Gelek hasil nukilan kumpulan itu sendiri dan Damien Mikhail.

Satu-satunya wanita dalam kumpulan tersebut, iaitu Shamimi Amalina Norhisham atau lebih dikenali sebagai Mimi berkata dia mengalami sakit kerongkong pada hari itu dan tidak berupaya untuk bercakap dengan kuat.

“Saya terpaksa menjerit dengan kuat sepanjang hari untuk mengembalikan suara saya agar saya boleh menyanyi pada malam ini,” kata Mimi selepas pertandingan itu pada hari Jumaat yang lalu.

Ianya merupakan satu pengalaman baru bagi Mimi serta ahli kumpulannya kerana terpilih untuk membuat persembahan dengan ramai lagi artis-artis lain yang amat berbakat.

“Kami terkejut apabila diumumkan sebagai antara lima kumpulan terbaik pada malam ini.

“Ini merupakan satu bonus bagi kumpulan kami,” kata Mimi lagi.

penyanyi ini juga terkejut kenapa Jaclyn Victor tidak terpilih menduduki lima tempat teratas dan mengagumi persembahan Yuna.

“Saya sukakan persembahan Yuna pada malam ini. Dia merupakan seorang artis yang memiliki segalanya sebagai satu pakej,” tambah Mimi lagi.

Apabila ditanya mengenai kategori terbuka pertandingan Muzik-Muzik pada kali, pada pendapat Mimi, para juri memilih lagu-lagu yang unik untuk menduduki lima tempat teratas.

“Para juri memilih penyanyi yang mempersembahkan lagu mereka dengan cara yang unik, dan melihat dari aspek bagaimana seseorang penyanyi itu dapat mempersembahkan lagu secara kreatif pada malam ini,” ujar Mimi Lagi.

Kumpulan One Nation Emcees juga telah memenangi rancangan realiti 'Geng Stars' pada tahun lepas.

Mereka juga memiliki Syarikat ‘Event Management’ bernama One.Nation.Emcees Sendirian Berhad yang ditubuhkan pada bulan Mei lalu.

Sementara itu, Mimi juga berkata yang jadual Kumpulan One Nation Emcees sangat padat untuk bulan November dan Disember ini.

Mereka kini sibuk merakamkan album pertama mereka selepas memenangi pertandingan 'Geng Stars' musim kedua pada tahun lalu dan album itu dijangka akan keluar pada awal tahun hadapan.

Lagu Raja Gelek merupakan single pertama kumpulan ini manakala Bisikan Cinta yang dimana liriknya juga ditulis oleh kumpulan ini adalah single kedua mereka.

iDAN: 16. 10. 11 esok akan berada di Bukit Ekspo UPM.

Sabtu, 8 Oktober 2011

Kedai Rakyat 1Malaysia

Salam, semalam tengok berita tv3 yang mana melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam (Rabu) telah melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia.

kedai rakyat 1malaysia

Kedai Rakyat 1Malaysia ini diuruskan oleh Mydin Mohamed Holdings Bhd yang terletak di Stesen LRT Kelana Jaya, umum tahu bahawa barangan di Mydin sangat murah berbanding harga di tempat lain, begitu juga dengan Kedai Rakyat 1 Malaysia ini yang mana berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai jenis barangan keperluan asas tanpa jenama, ianya dijual pada harga yang berpatutan.

kedai rakyat

Setakat ini setahu saya, baru ada 1 Kedai Rakyat 1Malaysia di Lembah Klang ini, rasanya bagus juga kalau ada banyak cawangan, tidaklah orang tertumpu hanya pergi ke satu tempat tu sahaja… selamat membeli belah -..-

*Sumber gambar Malaysiakini.com

- kalau ada kat jenaris kan bagus!.

Bajet 2012

BERIKUT adalah intipati Belanjawan 2012:

* Kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi Dana Mudahcara, di mana RM300juta bagi usahawan Bumiputera.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan dilima koridor wilayah.

* Pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi lima tahun dicadangkan bagiSyarikat Multinasional (MNC) untuk menubuhkan perkhidmatan pengurusanperbendaharaan di Malaysia.

* Juga dicadangkan kepada MNC, pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaranfaedah pinjaman dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjianpinjaman dan perjanjian perkhidmatan.

* Pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh 10 tahun danpengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjianperkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD.

* Elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepat dan pengecualian cukaipendapatan 70 peratus bagi tempoh lima tahun bagi pemaju hartanah di KLIFD.

* Potongan cukai ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala diberikan tempoh 3tahun mulai tahun taksiran 2012.

* Pengecualian cukai pendapatan bagi penerbitan sukuk bukan ringgit dantraksaksi dilanjutkan bagi 3 tahun lagi sehingga 2014.

* KDNK diunjur berkembang lima hingga enam peratus pada 2012.

* Sejumlah RM232.8 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan semua rancanganpembangunan kerajaan.

* Pendapatan kerajaan Persekutuan meningkat kepada RM186.9 bilion pada 2012berbanding RM183.4 bilion pada 2011.

* Defisit belanjawan dijangka terus berkurangan kepada 4.7 peratus daripada KDNKberbanding 5.4 peratus pada 2011.

* Kerajaan akan meliberalkan 17 lagi subsektor perkhidmatan secara berfasa pada2012, merangkumi perkhidmatan hospital swasta, perkhidmatan pakar perubatan danpergigian, arkitek, kejuruteraan, perakaunan dan percukaian, perundangan,perkhidmatan kurier, perkhidmatan pendidikan dan latihan serta perkhidmatantelekomunikasi.

Inisiatif ini akan membolehkan hak pegangan ekuiti asing sehingga 100 peratus dalam subsektor terpilih.

*"Rolling plan" kedua akan diperuntukkan RM98.4 bilion dengan RM49.2 bilionmasing-masing untuk 2012 dan 2013.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi Dana Mudahcara, di mana RM300juta bagi usahawan Bumiputera.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan dilima koridor wilayah.

* Pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi lima tahun dicadangkan bagiSyarikat Multinasional (MNC) untuk menubuhkan perkhidmatan pengurusanperbendaharaan di Malaysia.

* Juga dicadangkan kepada MNC, pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaran faedah pinjaman dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan.

* Pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh 10 tahun dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD. * Elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepat dan pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi tempoh lima tahun bagi pemaju hartanah di KLIFD.

* Potongan cukai ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala diberikan tempoh 3tahun mulai tahun taksiran 2012.

* Pengecualian cukai pendapatan bagi penerbitan sukuk bukan ringgit dan traksaksi dilanjutkan bagi 3 tahun lagi sehingga 2014.

* Valuecap Sdn Bhd akan menyediakan RM200 juta sebagai dana permulaan bagi Dana Dagangan Bursa yang mematuhi Syariah. * Felda Global Ventures Holding akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada pertengahan 2012 bagi mengumpulkan dana untuk menjadi sebuah syarikat berstatuskonglomerat global.

* Kerajaan akan memberikan kadar cukai konsesi 10 peratus ke atas dividenpelabur institusi bukan korporat dan pelabur individu dalam amanah pelaburanhartanah bagi lima tahun dari 2012 hingga 2016. * Satu skim Dana Pembiayaan PKS yang mematuhi Syariah berjumlah RM2 bilionakan dikendalikan oleh bank-bank Islam terpilih pada 2012.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta bagi SME Revitalisation Fund yangakan diuruskan oleh SME Bank dan akan ditawarkan pada Januari 2012.

* Kerajaan akan menubuhkan satu Dana Kecemasan PKS berjumlah RM10 juta untukmembantu PKS yang terlibat dengan bencana alam.

* Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi kereta hibrid dankereta elektrik dilanjutkan sehingga 2013.

* Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkandengan peruntukan RM420 juta.

* Kerajaan mencadangkan pengusaha hotel di Semenanjung Malaysia yang melaburdalam hotel empat dan lima bintang baharu, diberikan galakan taraf Perintisdengan pengecualian cukai pendapatan 70 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan 60peratus bagi tempoh lima tahun.

* Kadar cukai keuntungan harta tanah akan dikaji semula.

* Kerajaan akan menyediakan Dana Inovasi Pengkomersialan patuh Syariahberjumlah RM500 juta pada kadar keuntungan yang menarik.

* Kerajaan mencadangkan perkhidmatan reka bentuk industri diberi galakanTaraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus selamalima tahun.

* Kerajaan memperuntukkan RM1.1 bilion pada 2012 bagi pembangunan sektorpertanian.

* Kerajaan mencadangkan menaikkan had harga rumah di bawah Skim Rumah Pertamaku daripada maksimum RM220,000 kepada RM400,000 bermula Januari 2012. * Di bawah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sejumlah 7,700 rumah akan dibina di Cyberjaya, Putra Heights, Seremban, Damansara dan Bukit Raja pada 2012.

* Pengecualian duti setem 100 peratus ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah di bawah PR1MA. * RM443 juta diperuntukkan bagi pembinaan 8,000 unit untuk jualan dan 7,000unit untuk disewa di bawah Program Perumahan Rakyat.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM200 juta sebagai subsidi bagi 10,000 unit rumah yang akan dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd. Setiap rumah dengan kos RM65,000, akan dijual dengan harga RM45,000 dengan kerajaan memberi subsidi baki RM20,000. * RM40 juta diperuntukkan bagi membaik pulih dan menyelenggarakan rumah kos rendah awam dan swasta.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM63 juta pada 2012 untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai. * Kerajaan akan memperkenalkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia kepada isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Peserta boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

* MARA akan menyediakan pembiayaan modal kepada warga syarikat korporat yang berkelayakan untuk pembelian ekuiti serta pengambilalihan syarikat berasaskankonsep "Management Buyout".

* Kerajaan memperuntukkan RM200 juta bagi program pembangunan usahawan dan kontraktor Bumiputera di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

* Kerajaan mencadangkan peruntukan bagi TEKUN dinaikkan kepada RM300 juta. * Amanah Ikhtiar Malaysia akan menyediakan RM2.1 bilion bagi pembiayaan pinjaman mikro kepada usahawan terutamanya wanita. Daripada jumlah ini, RM100 juta disediakan untuk usahawan India Malaysia dan RM100 juta lagi bagi usahawan Cina.

* Kerajaan mencadangkan pengecualian duti setem bagi surat cara perjanjianpembiayaan mikro kredit.

* MyCreative Venture Capital akan ditubuhkan dengan dana permulaan RM200 juta.

* RM200 juta diperuntukkan bagi latihan dan kemahiran belia menerusi Program Strategik untuk Belia 1Malaysia (SAY1Malaysia). * Kerajaan memperuntukkan RM15 juta untuk membina 150 gelanggang futsal tambahan agar matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim dapat dicapai.

* RM50 juta diperuntukkan untuk membina kemudahan padang tiruan yang dilengkapi dengan lampu limpah di 30 lokasi terpilih seluruh negara. * Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan RM30 juta untuk mengasah bakat atlet muda supaya mereka dapat bersaing dan berjaya di kejohanan sukan peringkat antarabangsa.

* Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan diperkenalkan bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM), selain menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama.

* Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. Di samping itu bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus. * Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan RM600 juta.

* Mulai tahun 2013, kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak 2 peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji. * Kerajaan bersetuju melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.

Isnin, 19 September 2011

Sorok duit rasuah RM9j


Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan imigresen berusia 40-an yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bulan lalu didapati mampu mengutip RM9 juta hasil sogokan bagi kegia tan sindiket penyeludupan warga asing sejak berkhidmat 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, wang haram itu disimpan suspek di dalam akaun bank milik isterinya di negara jiran.

Sumber berkata, suspek yang memegang jawatan sebagai timbalan penolong pengarah, dipercayai menggunakan taktik memindahkan wang sogokan itu ke luar negara selepas percaya ia selamat dan sukar dihidu jika dia ditahan.

“Bagaimanapun polis kini sedang bekerjasama dengan polis di negara jiran berkenaan bagi membekukan aset dan wang milik suspek mengikut Akta Penggubahan Wang Haram 2001.

Menurut sumber, suspek dipercayai tidak menjalankan kegiatan itu berseorangan, malah dibantu beberapa pegawai imigresen yang bertugas di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) supaya proses kemasukan warga asing itu berjalan lancar.

Difahamkan, semua warga asing yang diseludup menggunakan dokumen perjalanan palsu yang sudah mendapat pengesahan imigresen hasil permainan licik ‘geng’ pegawai berkenaan.

“Pembayaran tunai akan dibuat kepada suspek sebelum mengagihkan hasil ‘keuntungan haram’ diperolehnya kepada individu yang bersubahat mengatur proses penyeludupan itu,” katanya.


Katanya, siasatan awal polis menemui aset milik enam pegawai yang dipercayai geng pegawai kanan itu bernilai jutaan ringgit iaitu hartanah sekitar Lembah Klang tidak termasuk beberapa kereta mewah milik suspek. “Hasil pemeriksaan lanjut mendapati akaun bank salah seorang suspek bernilai kira-kira RM600,000 manakala lima yang lain bernilai antara RM400,000 hingga RM500,000 setiap seorang.

“Pihak polis juga sedang mengenal pasti sekiranya semua suspek itu mempunyai aset hartanah yang didaftarkan atas nama isteri atau keluarga mereka,” katanya.

Harian Metro difahamkan, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) turut menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti jika terdapat pegawai imigresen lain dan orang awam yang terbabit dalam sindiket penyeludupan manusia.

Bulan lalu, polis menahan tujuh pegawai imigresen di LCCT dan KLIA selain dua warga asing masing-masing dari India dan Pakistan dipercayai dalang yang mengatur gerakan haram di dalam dan luar negeri melalui dua pos pemeriksaan.

Berikutan penahanan itu, beberapa pegawai SPRM ditempatkan di beberapa pintu masuk dan keluar negara ini bagi menyekat kegiatan perdagangan manusia dan aktiviti penyeludupan lain.