Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Selasa, 9 September 2014

Petua tak mesti okey

Sebenar tak semua petua atau amalan dari khazanah orang tua-tua kita itu serasi dengan kita. Cuma kita boleh mencuba. Ianya dapat memulih atau tidak bergantung kepada individu. Samalah ubatan kimia sering berlaku alahan ubat. Pernah terjadi kepada waris sy sendiri doktor pun tak pasti pesakitnya ada alahan ubat. Lagi dirawat lagi habis terbakar kulit waris sy itu. Tujuan brubat di hospital mahukan segera pulih tetap sebalik & ajalnya di situ. Kita cuma betikhtiar ketentuan cuma nan Esa jua.

2. Pengalaman sy menjadi pesakit kronik sejak usia 48 lagi sy telan 7 jenis ubat dari doktor pakar belum ubatan tradisional juga herba. Ada ketika sy tumbang juga. Ada ketika gula dalam badan terusan 15 mmol/L ke atas bacaan tika puasa malam. Rasa badan dah melayang. 20 mmol/L ke atas memang boleh strok. Dalam tempoh seminggu dua atas izin Dia nan penyayang sy dapat turunkan ke paras normal. ada banyak langkah kena dibuat.pemakanan senaman juga minda amat penting dijaga tika kritikal ini. Ubat ubatan kimia sekadar mengekang sahaja. Menyembuh tidak. Sebab rakan sy yang sama kena sakit dengan sy setia makan ubat doktor pergi jua dalam usia muda dari sy. Ini namanya ajal bukan hak kita menentukan.

3. Salah satu sebab sy perasan gula dalam badan tak akan turun ialah STRES . Stres kena dielakkan bagi pesakit kronik. Aktiviti riadah seperti bersukan, memancing, menulis panjang-panjang untuk melepaskan perasaan, berseloka macam Tok Wan. Berbual. Semua tu membantu. Di samping ibadah berdoa berserah. Restu rakan ianya juga amat penting.

Kena ingat kita kan umat Nabi Muhammad SAW. Dah tercatat usia kita sekitar 60an sahaja jika dapat cecah 70an dah kira bonus. CONGAKlah betapa lama lagi sisa usia kita.

4. Kesempatan yang sedikit ini kita kembangkan ukhuwah kita. kembangkan ukhuwah insya-Allah akan murah rezeki kita. nak cari jati diri.. selalu rapat dengan orang susah bantu mereka. ziarah rakan yang uzur atau sms wsapp telefon mereka yang sudah & kesepian. Tuhan menjanjikan taman di syurga tiap kali kita simpati dengan mereka yang kena musibah. Kita rakan RK mungkin jauh payah nak jumpa. tapi waris dan rakan sekeliling kita ramai yang susah. jika kita berlonggok dengan mereka yang sentiasa senang, mewah, pun gumbira.  Sahaja sering kita lupa rumput yang kita pijak. Langit juga bintang di langit amat berat kita junjung. Pastikah kita tak rasa sedih bila tenguk neng atau bangla sesama Islam seliling kita sebab mereka PATI. Sedangkan nenek moyang kita dulu juga sama berhijrah sana sini. PATI ini banyak bantu kita dalam membangunkan kita . sedih amat kita asyik fokuskan perangai aib segelintir mereka sahaja. anak-anak kita insan hebat tak layak kerja kontrak.

Apa perasaan kita bila semalam neng yang kita kenal mengadu tas tangannya diragut oleh penagih dadah dari kalangan anak bangsa kita yang hebat tadi. Kita tak sedih bangla yang buatkan kita rel MRT mati terhimpit konkrit. Apa aku kisah jiran bangla sebelah kita terpaksa pindah sebab sewa mahal amat rakannya tak lagi mampu cari makan di negara kita.

5. Pernahkah sepupu sebelah isteri kita mengadu menangis suaminya kahwin lari dengan endon. Hahaha kita pun ada angan cam tu. Dia terpaksa tinggal di rumah yang hanya boleh digelar pondok tereh di sana sini. Terpaksa kerja menjadi pembantu rumah untuk tampung rezeki. Anak teruna perlu disuap nasi; lumpuh kemalangan. Dia tak dapat bantuan kerajaan hanya semata-mata ada kuali melekat di bumbung pondok uzurnya. Sedangkan astro tu anak perempuannya yang kerja kilang sewakan. Ada tak kena dalam agihan bantuan kerajaan ini.

6. Masalah masyarakat kita makin rumit jika kita tak betulkan. Boleh hidup di kota ini jika kuat bekerja. Staf kerajaan memang makin terbela. Tapi bila kita lihat kehidupan bangsa kita yang kerja sendiri. Tak banyak modal asal, memang perit. Sewa tapak niaga amat mahal. Saingan perniagaan amat mencabar. Yang ambil untung semuanya kaum cina. Sebab mereka dah pegang ekonomi. Siapa nak tolong anak bangsa kita jika tidak kita mendekati mereka. Anak bangsa tu zuriat yang kita tinggalkan nanyilah. Anak kita sendiri pun masih tak nampak hala tuju.

7. Isunya tadi sebermula kita ni dah makin tua. Pendek kata: pinjam kata arwah apak Chef CD masa di 10 jalan watson dulu.pendek kata. siapa nak tolong kita. Siapa nak tolong keluarga yang bakal kita tinggalkan. Jika kita pun persekitaran kita tak dapat dikawal  sebaiknya. Nasib hidup kita samalah jadi bagai rakan RK kita. Cer menungkan.jika memang kita orang berjaya bersyukurlah. Iringkan doa ada rakan kita amat naif dari kita. Ada yang pergi dengan 1001 cubaan ngeri. Apakah kita sekadar katakan ini takdir & suratan. Tak mahulah macam tu kan!!!.



- dari catatan kumpulan wsapp sy... desah sang pusara (dsp)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan