Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Selasa, 9 September 2014

Ketam Nipah

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Resepi Sup Ketam Nipah: Penawar Demam Denggi
Terima kasih untuk adik Ida yang bersusah payah datang dari Perak sepanjang Ida dan suami demam denggi. Faham-faham la bila suami dekat wad, diri sendiri pulak badan pun lesu, risau pasal anak lagi. Nasib baik bukan kedua-duanya masuk wad. Tapi sekarang Alhamdulillah, dengan izin Allah semuanya dah ok dan sihat walafiat. Sepanjang Ida demam adik Ida ni la yang tolong masakkan sup ketam ni. 

Sebelum ni tertanya jugak kenapa sup ketam?? Dari sumber pembacaan Ida, kajian ringkas mendapati, ketam mengandungi sejenis protien tinggi yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.

Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam (500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut.

Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawah perutnya. Walau bagaimanapun, lain-lain jenis ketam yang boleh dimakan juga berkhasiat untuk tujuan ini.

Malah proses pemulihannya amat pantas berbanding rawatan semasa yang diterima oleh pesakit di hospital kerana pesakit pasca demam tidak perlu lagi memakan multivite atau pun magnesium pill untuk recovery tenaga dan staminanya, juga tidak perlu mengambil masa 2-3 minggu untuk kembali bertenaga seperti sedia kala.

Paling menarik apabila pesakit yang mengalami simptoms awal denggi tidak perlu untuk ke hospital sekiranya mereka mengambil sup ketam sebaik sahaja menyedari tanda-tanda diserang denggi.
Hmmm...Menarik bukan. Sebenarnya Ida sendiri pun baru tahu apa ada rakan-rakan yang memberi petua makan sup ketam ni bila demam denggi hari tu.

Jom tengok resepi ringkas membuat sup ketam ni.

Bahan-bahan:
Ketam nipah (dibersihkan)
1/2 inci halia (dikisar/diketuk)
2 ulas bawang putih (dikisar)
2 ulas bawang merah (dikisar)
1/2 bawang besar (dihiris)
Sedikit lada putih (dikisar-tak letak pun tak mengapa)
Sedikit daun sup dan daun bawang (dihiris)
Sedikit bawang goreng
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya untuk kuah
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara:
Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumiskan semua bahan kisar sehingga garing.
Kemudian masukkan air biarkan memdidih seketika.
Masukkan pula ketam yang sudah dibersihkan.
Kemudian tambahkan air lagi sehingga ketam-ketam tu tenggelam. (kuah boleh diperlebihkan untuk dihirup).
Kemudian masukkan garam dan sedikit serbuk perasa dan biarkan mendidih dan biarkan kulit ketam bertukar warna menjadi kemerahan sehingga masak menyeluruh. Bila dah masak boleh la padamkan api.
Semasa dihidang, taburkan dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng.

  • Nota Idanradzi tips makan: sepit tu kena diketuk dengan penukul atau anak lesung batu.... jangan gigit kopak gigi nanti... sedap amat isi penyepit ini... cubalah makan... pastikan dilapik dengan tisu ketika ketuk sebab akan akan berjujuran air sedap dalam sepit ini....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan