Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Selasa, 9 September 2014

Masalah Alternator Kereta

 
Pertanyaan yang diajukan
encik Cool said...nk tanya!kereta saya kalau tak start 2-3 hari mulalah susah nak start..apa sbbnya ek..hari tu baru cas batery..pun sama juga 2-3 tak start mulalah kena jumper!!
Jawapan kami
Thanks pada encik Cool bertanya.. Sebenarnya rasanya saya bukan orangnya yang sesuai untuk jawab pertanyaan ni… Cuma saya dapat berikan sedikit pandangan berkaitan masalah tersebut..
Kat sini saya rasa ada kemungkinan
1) Masalah Bateri tidak mampu menyimpan voltan lagi
2) Masalah alternator tidak boleh mengecas semula bateri 
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
 Masalah Alternator Kereta
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Kalau bateri cepat kong. Lepas hantar cas kat kedai, dalam masa 3 hari terus kong balik. kalau korang tukar bateri baru pun still sama. mesti altenator rosak tak boleh cas bateri..
Bateri
Tugas Bateri hanya sebagai penghidup sementara enjin  semasa kereta bergerak
Alternator
Tugas alternator adalah sebagai electrical energy storage untuk mengecas semula bateri untuk enjin terus bergerak.. Selagi enjin hidup, selagi tu bateri akan di cas.
Alternator ini berfungsi bersama sama dengan bateri untuk menghasilkan eleterik ketika enjin dihidupkan.
-Hasil yang dihasilkan oleh alternator adalah tegangan AC
-Yang kemudian ditukar/diubah menjadi tegangan DC.
OK... Selalunya alternator kita kurang mengambil perhatian terhadap komponen ini selain periksa tension belt sahaja. Kita tidak pasti sama ada alternator kita memberi charge yang mencukupi atau tidak. 
Tanda-tanda awal alternator problem
1) Enjin kereta anda sukar dihidupkan
2) Lampu hadapan kereta kelihatan malap
3) Bateri kereta selalu kong
4) Radio akan ter'off' dengan sendirinya
5) Tanda lampu Electrical Fault Light dekat dashboard kereta akan menyala.
6) Kereta macam tak cukup power letrik tersengguk-sengguk (sedikit sentap bila pertukaran gear rendah ke tinggi)
Cara nak periksa alternator tu kong atau masih Ok.
-Hidupkan enjin ..
-Biarkan running dalam 1-2 minit.
-Off kan kesemua radio, aircond, lampu
-Buka hood depan, Cabut kepala bateri
-Kalau enjin masih hidup, alternator ok lagi..
-Kalau dalam beberapa minit selepas cabut enjin kereta tu mati, alternator dah nak rosak lah tu 

Multimeter
-Boleh guna multimeter checking pada bateri ..
-Hidupkan enjin kereta
-Setkan multimeter pada voltan arus terus (DC)
-Sambung wayar multimeter pada terminal positif dan negatif bateri kereta (tidak perlu tanggalkan wayar terminal bateri).
-Alternator yang baik mesti menunjukkan sekurang-kurangnya Bacaan yang sepatutnya diperolehi adalah sekitar 13V hingga 14.5V. 
-Sekiranya bacaan kurang daripada 12.5V, itu menunjukkan alternator anda menghadapi masalah.  

Volt Meter
-Volt meter ni sesetengah kenderaan ( kereta-kereta lama) memang dah ada pasang meter nih sesetengah kenderaan tak ada...
-Kalau boleh.. Seelok-eloknya pasangkanlah Volt meter
-Pemasangan volt meter adalah satu cara yang paling wajar sebabnya kita boleh pantau selalu volt meter ni.. So dapatlah kita tahu lebih awal sama ada alternator berfungsi dengan baik dan memberi charge yang mencukupi.
-Charge yang normal kalau tak di on switch lampu , wiper dan sebagainya adalah sekitar 13.5 – 14.5 volt. 
-Kalau jarum voltage meter yang kurang dari 12 volt atau melebihi 15 volt menandakan bahawa alternator rosak dan perlu di perbaiki 
-Kalau jarum Voltage meter terlebih Contohnya kalau overcharge selalunya indicator light bateri takkan menyala.. Kalau sesiapa guna bateri jenis basah, bateri akan terlebih cas dan boleh meletup..
 Indicator Light
Kena sentiasa peka tanda lampu penunjuk dekat dashboard kereta... 
-Kalau lampu charge warning lamp indicator (gambar bateri) merah menyala tu memang ada problem lah tu...Jika lampu indicator menyala  kita masih ada beberapa kilometer sebelum bateri kehabisan charge.
-Ni yang susah adakalanya charge warning lamp tidak menyala bagi menunjukkan alternator tidak berfungsi. Tau-tau jer kereta mati tengah jalan..

Sila bawa kereta anda ke electrikal woksyop kenderaan yang berhampiran untuk diperiksa.... mungkin  dah tiba masanya untuk servis alternator
Biasanya cuma tukarkan karbon brush ajer ataupun adjust bersihkan sikit karbon brush sikit... alternator anda akan bertugas seperti sediakala ... Alternator yang diselenggara dengan baik boleh mencecah bertahun-tahun malah puluhan tahun tanpa ada masalah...Tapi kalau korang nak tukar baru atau recond. ade mahal sikit harganya...Kalau ambil alternator kedai potong pulak ikut nasib.
 ***Ada beberapa jenis kategori alternator kalau nak tukar seketul..
1. Alternator Recon Malaysia
2. Alternator Recon Japan
3. Alternator Original
Seharusnya kalau beli alternator ni kita kena tanya warranty berapa lama.. Jangan ambil kalau tak ada jaminan warranty..

Komponen Alternator yang biasanya rosak..
Buka alternator dan hantar pegi kedai yang boleh buat repair service alternator dan stater motor.. nanti dia buka dan cerai-cerai kan alternator tu.. pastu dia cuci  alternator pastu mana-mana part rosak akan digantikan misalnya carbon brush, rectifier diodes atau ic ragulator..
1. Carbon Brush dah haus.... 
Kalau carbon brush starter tu dah haus...enjin masih boleh hidup, tapi susah sikit... sampai masa...dia takmau hidup terus... Kena jugak tukar carbon brush....Benda ni ada sesetengah kedai je yang sanggup tukar carbon brush kebanyakkannya akan suruh tukar seketul.... kalau kita nak suruh tukar carbon brush pun dia akan cakap harga mahal..sama macam beli recon punya..... 
Sebenarnya kalau kita buat sendiri tukar carbon brush je sepasang.murah je....
Kos carbon brush dalam lingkungan RM15 sahaja...kan jimat duit.. Cari kat kedai alatganti kereta atau hardware yang jual mesin.
2. Rectifier Diod dah kaput
Rectifier Diode= Tugasnya untuk menukarkan tenaga elektrik AC ke DC. Gabungan diode lebih dari satu diode yang disambungkan disebut sebagai rectifier.. Diode tu yang convert jadi arus DC.Kadang kala satu diode ni dah kaput dan perlu di tukar ..
 
Nak tau macamner diode tu kaput boleh periksa mengunakan ohmmeter .. hubungankan pada terminal Positif(+) dengan terminal Positif(+) lain kemudian terminal negatif (-) dengan terminal negatif (-) lain...kena buat satu persatu.. jika tidak terdapat hubungan rectifier maka diode harus di ganti....Diode ni nak kena solder kalau nak tukar...
 

Selain itu Check ohmmeter pada stator coil dan juga grounding dan juga Check ohmmeter pada rotor coil dan juga grounding sama ada  terdapat hubungan rectifier
3. IC ragulator (Cut-off) sudah rosak. 
IC ragulator (intergrated Circuit) = Tugas IC nih tak nak 
1- Undercharge - dimana alternator tak mampu nak cas bateri
2- Overcharge - bateri akan di cas berlebihan
dan mengontrol nilai output voltage iaitu 13-14V dia akan maintain voltage yang bersesuaian dengan spesifikasi kereta . 

contohnya
"Jika regulator ini tidak berfungsi dengan baik ia akan mengeluarkan voltage yang tinggi dan akan menyebabkan lampu kereta akan terlebih terang pada satu ketika dan padam, serta menyebabkan komponen elektronik yang lain tidak berfungsi di mana fius telah blow atau terputus disebabkan peningkatan arus. Masalah kereta berkaitan sistem elektrik dan elektronik ini perlu troubleshooting yang rumit dan banyak kemungkinan boleh menyebabkan kerosakan"
kalau IC nih rosak. terus tukar baru.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan