Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Jumaat, 14 Mac 2014

'Raja bomoh' kata tak puja kelapa, bubu


Pemimpin upacara perbomohan di KLIA untuk mengesan pesawat MH370 mengancam untuk mengemukakan saman ke atas pihak yang mempersoalkan kaedahnya.

Ibrahim Mat Zin yang menggelar dirinya sebagai 'Raja bomoh' dilaporkan akan mengambil tindakan itu ke atas pihak yang mendakwa kaedah perbomohannya itu bertentangan dengan syariat Islam.

Jelasnya, beliau tidak memuja barangan yang digunakan dalam upacara tersebut dan hanya menggunakan ayat suci al-Quran, lapor Utusan Malaysia.

"Penggunaan barang-barang itu hanya sebagai simbolik atau petua yang diturunkan oleh orang tua dan bukannya untuk dipuja.

"Saya harap orang ramai tidak mudah tidak menuduh saya terpesong daripada ajaran Islam dan tindakan akan diambil kepada mereka yang degil," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Ibrahim pada hari Isnin lalu mendapat perhatian meluas apabila muncul di balai berlepas KLIA dengan dua batang buluh dan satu bubu.

Bubu itu diletakkannya di atas kepala seorang lelaki yang hadir di situ dan beliau menggunakan batang buluh berkenaan sebagai satu teropong untuk meninjau ke arah bubu berkenaan sambil membaca surah Yasin.

Beliau muncul sekali lagi pada hari Rabu dan bersama tiga orang pembantu yang diarahkannya supaya duduk bersila dalam satu barisan di atas satu pengalas, dengan diperhatikan oleh orang ramai.

Dalam upacara tersebut, salah seorang pembantunya itu menggunakan sebatang tongkat untuk membuat gaya mendayung sampan dan seorang lagi menggunakan satu bakul untuk menunjukkan gaya mencedok air.

Individu terakhir dalam barisan tersebut memegang dan menggerakkan buah kelapa di kedua-dua belah tangan.

Dalam upacara itu mereka melaungkah takbir beberapa kali.

Kaedah itu mendapat perhatian seorang selebriti rancangan TV keagamaan, Mohd Hassan Adli Yahaya yang menyifatkan aksi sedemikian seolah-olah ditiru daripada aksi dalam filem jenaka klasik 'Do Re Mi' (1966).

Mohd Hassan dalam laporan Sinar Harian menyebut, umat Islam harus disedarkan agar tidak terpedaya dengan kaedah “mengada-adakan apa yang tiada” itu.

"Apa yang lebih utama adalah menyedarkan umat Islam di Malaysia supaya jangan terpedaya denagn apa yang diperkatakan bomoh berkenaan,” katanya.

Terdahulu, perbuatan tersebut mendapat teguran bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyifatkannya sebagai "satu kerja bodoh".

Asri berkata, amalan “khurafat dan tahyul” itu tidak boleh diterima sama sekali kerana bertentangan dengan akal waras.

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, panel Kajian Akidah Jakim pada November 2004 telahpun memutuskan bahawa rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan aqidah Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan