Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Ahad, 2 Mac 2014

Cabaran Tinggal Di Asrama ii


(Lupakan dulu kenangan kisah Anif di STTJ Seremban sebab ianya telah lama berlalu... emm kita bual sebentar kisah berlaku kini terhadap cabaran buat Azim di SMTKL)

Azim khabarnya demam di asrama SMTKL. Sekarang ini musim denggi yang kritikal sekitar Selangor. Pasti sebagai ibu ayah kami amat risau. Pelajar asrama tak dibenarkan bawa telefon bimbit hatta sukarlah nak dapat maklumat sebenar. Deman yang bagaimana sakit yang bagaimana.

2. Sejak telekomunikasi manusia semakin maju, telefon awam semakin lengang, banyak yang rosak. Tak siapa hirau semua dah mesra telefon bimbit. Aku sendiri buat kajian; jika ada sepuluh gagang telefon awam sekitar Jenaris; nak katakan separuh yang yang boleh diguna pun amat payah. Tempat lain harapannya tidak bagai di sini. Manusia moden kian melupakan telefon awam; biarpun kadarnya murah tapi tak siapa sudi mengangkat gagangmya.

3. Lain keadaannya di asrama, telefon awam amat penting sebagai penghubung antara pelajar & keluarga. Tapi ceriteranya sama punyalah daif telefon awam ini; banyak yang rosak dari yang boleh digunakan. Paling dajal sudahlah sukar nak guna, telefon awam ini suka pula telan duit siling.

4. Kes Azim ini pun sama; ada sekitar 5 kali bunyi dering talian di rumahku, bila angkat ianya senyap... sudah banyak duit siling ditelannya barulah boleh ayahnya bercakap. Ini memang merimaskan. Berulang galak kali aku terima panggilan tapi bila angkat gagang talian terputus. Hanya ada bunyi dengung ikut citarasa TMnet.

5. Ibunya hantar surat melalui fax sekolah siang Jumaat. Sebab Azim telefon Khamis bersungut nak balik... dia tak sihat demam nak rehat di rumah. Lain pula ceriteranya. Minggu ini yang patutnya pelajar boleh balik; ada pula progrem motivasi PEMANTAPAN MINDA untuk pelajar Tingkatan 4. Jumaat sepanjang hari aku tunggu panggilan si Azim. Fax dah hantar jika dibenarkan aku pastinya akan jemput dia berehat di rumah. Masalah komunikasi ini tak selesai sampai ke Jumaat malam.

- bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan