7. Bila aku risik kenapa tak benarkan Azim berehat di rumah hari Sabtu & Ahad kasi perlepasan sebab kes demam; Ceramah motivasi wajib pergi biarpun ada antara rakan Azim adik beradiknya nak berkahwin; biarpun akak kandung rakan Azim sedang sakit tenat mahu dibedah di hospital. Ketika Azim memohon nak balik Guru Penolong Kanan HEM boleh kata "Habis tu duduk rumah gerentikah demam awak boleh baik?.." ayat cantik dari seorang yang tinggi disiplinnya. Samalah yang kes yang ada masalah kecemasan sebelah keluarga pelajar. Memang tindak balas pelajar pelbagai dalam masalah ini; mereka tak nampakkan tindakan mereka tapi sebagai ibu ayah kami mendengar keluhan mereka.
(Bab menjaga anak sakit ini aku teringat arwah emak; apak selalu sibuk dengan urusan kedai ada ketika tak sempat apak bawa aku ke klinik; emaklah yang berusaha dengan selasih & kembang semangkuk; masuk hutan belakang rumahku ambil daun-daun kayu sebagai penawar rasa Penolong Kanan HEM ini kalangan orang kaya golongan elit; dia tak pernah pun tahu masalah penjaan cara kampung atau kasih sayang emak ayah ini dapat merawat anak)
8. Cuaca yang panas air yang terputus di asrama; semasa aku ke surau SMTKL nak ke bilik airpun tak terlarat masuk eh; Kata Azim hanya ada air di tangki utama asrama. Anak yang sakit guru tak memahami. Ikut rasa dalam hati memanglah rasa ADA tak kena. Tapi masih pelajar boleh bertahan masih ibu ayah ikut arahan SMTKL; bersabar; itu peraturan sekolah; bersabar itu cabaran tinggal di asrama. Kita banyak komen atau silap tanggapan macam kita nak ngajar GURU pula. Azim pun dah ada ubat anti biotik untuk dihabiskan. Doktor cuma kata darahnya cuma ada jangkitan kuman. Kira okeylah tu. Titik.
9.TAPI tetiba baru kejap tadi pihak sekolah benarkan pelajar Tingkatan Empat pulang ke rumah sampai jam 9:00 malam. hah!... baru tahu antara peraturan & kuasa serta ketentuan Allah SWT. Hati kami sebenarnya rimas dengan peraturan yang tak adil & melukai hati anak-anak kami. Macamlah tak boleh buat aktiviti di minggu yang memang tak boleh pulang ke rumah; kenapalah ganggu di minggu untuk pelajar bersama keluarganya. Hak Pengetua itu adalah mutlak tak boleh kita sanggah tapi aku sejak lama mengkaji masalah ini. Sebab kes Anif yang meragam di STTJ buat aku banyak mencari maklumat syarat pulang ke rumah bagi pelajar sekolah Teknik ini. (Tiga dari empat anakku memang duduk asrama Sekolah Teknik; aku guna adalah bekas pelajar tinggal di asrama penuh Rancangan Khas selama 6 tahun)
10. Moralnya pasti ramai ibu ayah berasa berlaku satu yang tidak rasional; bagi aku mereka yang anaknya okey tak demam atau tak ada masalah kecemasan pasti tak ambil kisah sangat. Tapi jika anak bersungut nak balik rumah sebab mereka memang tak sihat. Mereka bukan dekat dengan asrama pelbagai andaian & kerisauan bila dengar mereka dalam dilema. Dibenarkan pulang sekitar lapan jam dakan situasi darurat air; memang keluarga pelajar yang dekat dengan SMTKL sahaja yang boleh balik. Cer fikirkan jika tak ganggu rutin jadual pulang ke rumah kan bagus. Jika ada kes kecemasan demam sebagainya sebaiknya lepaskan pelajar ini di hari cuti mereka; bukan ganggu waktu sekolah pun.
(Cer anak awak tu masa ke klinik tak tumbuh ruam lagi tak teruk demamnya; tiba-tiba bila awak datang melawat tenguh memang anak awak tu demam merisaukan; pulak tu air tak ada keran catuan... tanya sejak bila tak mandi dah seharian... esok Ahad pastikah air ada... tanpa air dengan cuaca panas kini... demam lagi... apakah awak tak ambil kisah; Huh... Kejamlah amat kemanusiaannya)
Wah sebaik Azim balik ke teratak kami; satu Jenaris mendapat rahmat; tetiba hujan turun sampai Astro tiada siaran. Sekejap sahaja bagai menyambut kepulangan Azim. Hebatnya nikmat Tuhan; cepatnya doa mereka yang kena aniaya ini termakbul; teratak kami sejuk, damai & nyaman kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan