بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Memutuskan
silaturrahim adalah satu perbuatan yang dimurkai oleh Allah SWT. Dalam
Islam hukumnya haram dan dikira melakukan maksiat besar sehingga
mendapat laknat dari Allah Subhanahu Wa Ta‘ala, Sebagaimana firmanNya
yang bermaksud : “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah
kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang
kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan
hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan
perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah
serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.”
(Surah Muhammad ayat 22-23)
Apatah lagi orang yang memutuskan silaturrahim ini tidak masuk syurga, sebagaimana sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang bermaksud : “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadis Riwayat Muslim)
Menurut Ibnu Abu Jamrah bahawa hubungan silaturrahim boleh dieratkan dengan memberi harta, memberi bantuan dan pertolongan dalam menyampaikan hajat, menolak kemudharatan, bersemuka, mendoakan, mengeratkan dengan apa yang termampu daripada perkara kebajikan dan menolak apa yang termampu daripada keburukan.
Sementara bagi mereka yang jauh bolehlah juga berhubung dan berkirim salam dengan berutus surat, melalui blog atau facebook, E-mel, akan tetapi jika mampu adalah afdhal untuk menziarahi mereka. Begitu juga dengan mendermakan harta kepada kaum kerabat.

Bersedekah kepada kaum kerabat adalah lebih afdhal dari orang lain, sebagaimana sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
الصَدََقةُ عََلى اْلمِسْكِيْ ِ ن: صَدََقٌة، وَعََلى ذِي الرَحْ ِ م اِْثنَتَانِ: صَدََقٌة وَصِلٌَّة.
(سنن الدارمي)
Maksudnya: “Memberi sedekah kepada orang miskin dikira: satu sedekah, dan memberi sedekah kepada mahram dikira dua iaitu: sedekah dan mengeratkan hubungan.” (Hadis Riwayat Sunan ad-Darimi)
Bolehkah menjalinkan hubungan silaturrahim dengan orang kafir?
Dalam hal ini, Allah Subhanahu Wa Ta‘ala tidak melarang berbuat baik kepada orang kafir sebagaimana firmanNya yang bermaksud : " Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." (Surah al-Mumtahanah ayat 8)

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat banyak keistimewaan atau kelebihan mengeratkan silaturrahim. Orang yang mengeratkan silaturrahim akan mendapat sepuluh kelebihan yang terpuji sepertimana disebutkan dalam kitab Bujairimi Ala al-Khatib:
1. Allah Subhanahu Wa Ta‘ala reda kerana Dia memerintahkan supaya mengeratkan silaturrahim.
2. Membawa kebahagiaan.
3. Para malaikat gembira kerana mereka gembira dengan eratnya silaturrahim itu.
4. Memperolehi pujian yang baik daripada orang.
5. Mengisi kesedihan Iblis.
6. Dipanjangkan umur.
7. Memperoleh keberkatan rezeki.
8. Orang yang meninggal dunia mendapat kebahagiaan kerana keturunannya gembira dengan eratnya silaturahim itu.
9. Bertambah-tambah kehormatannya.
10. Bertambah-tambah pahala selepas matinya kerana orang-orang mendoakannya setiap kali disebut kebaikkanya.
Oleh yang demikian, eratkanlah silaturrahim dalam mencapai keistimewaan yang tersebut di atas dan jauhilah dari perkara yang boleh memutuskannya. Tanganilah masalah keluarga dengan perasaan rasional dan eratkanlah semula perhubungan yang sudah retak itu dengan rasa kesedaran serta keinsafan, apatah lagi kerana mereka yang tidak mahu berdamai itu akan dipertangguhkan keampunannya, sepertimana hadis Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu yang bermaksud :
“Dibuka pintu-pintu syurga itu pada hari Isnin dan Khamis. Setiap orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun akan diampuni, kecuali seseorang yang sedang dalam permusuhan dengan saudaranya. Dikatakan: 'Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai. Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai. Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai'.” (Hadits Riwayat Muslim)
Begitu juga mendamaikan di antara dua pihak yang berselisih itu hendaklah dengan adil dan saksama dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang berselisih, kerana semua orang yang beriman itu bersaudara dan bertanggungjawab dalam mendamaikan saudaranya yang lain sebagaimana firman Allah Subahanahu Wa Ta‘ala yang bermaksud :
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara kedua saudara (kamu yang bertelingkah) itu". (Surah Al-Hujurat ayat 10)
Sahabat yang dikasihi,
Islam
tidak menghalang jika timbul perbezaan pendapat dan pandangan di
kalangan umat Islam darisegi untuk menentukan stratigi sesuatu urusan.
Kerana perbezaan itu adalah kurniaan Allah SWT kepada setiap manusia
supaya mereka mampu menggunakan akal fikiran yang waras dan cerdik.
Manusia bukannya robot hanya menerima arahan tanpa berfikir baik
buruknya sesuatu pendapat. Yang tidak boleh diperselisihkan adalah
arahan daripada Allah SWT dan rasul-Nya mengenai sesuatu hukum yang
jelas dan nyata dan tidak boleh dipertikaikan.
Tetapi
sekiranya perbezaan itu berlaku darisegi cabang dan ranting dan
melibatkan masaalah stratigi sahaja maka perbezaan tetap di benarkan.
Cuma kita tidak boleh menjadikan alasan untuk kita berpecah belah dan
memutuskan silaturahim kerana perbezaan ini. Dari itu setiap pihak
perlulah berlapang dada sekiranya pendapat saudaranya lebih baik dan
lebih bernas dan mantap.
iDAN:
iDAN:
Selain alam nyata nampaknya alam maya atau talian internet juga sering membuatkan seseorang itu terputus talian Silaturahim. Ada sebab cemburu, ada sebab nak glamour, ada sebab nak berkuasa, ada sebab nak tersohor, malahan ada sebab status.
Assalamualaikum Saudara. Saya berdepan dengan kaum kerabat yang bertekad ingin memutuskan silaturrahim dengan saya & keluarga, atas dasar salah faham & hasutan. Saya telah memaafkan mereka, tanpa mereka meminta maaf sekalipun, kerana saya mahukan syurga Allah & keredhaan-Nya. Namun, mereka yg kebanyakannya jauh lebih tua dari saya memang bersungguh2 memboikot keluarga saya, dan bertekad ingin memutuskan hubungan dengan tidak menghadiri walimah & majlis yg diadakan. Saya berat hati untuk bertemu/menziarahi mereka, kerana saya tahu kehadiran saya mengganggu perasaan mereka. Jadi saya hanya mampu mendoakan mereka & dalam masa yg sama mengirim kad ucapan/hadiah tanpa pengetahuan mereka kerana dengan cara ini saja saya dapat menghindar kebencian mereka. Cukupkah tindakan saya untuk menyambung hubungan silaturrahim itu, walaupun hanya dari pihak saya sahaja?
BalasPadam