Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Rabu, 16 Oktober 2013

Penyair Idanradzi

Yeop dipukul RIBUT.

Alhamdulillah yeop selamat sampai di Jenaris sekitar jam 2:00 pagi... sehari awal dari jadual kembara yeop ke Sedili Besar di Johor. Bot kami dipukul arus yang ganas dek angin deras. Tak pernah ke laut ianya terjadian kejadian seteruk ini. Pernah juga dipukul ribut tapi taklah secemas ini.

Bot yang agak besar pun tekong yang hebat mengemudi bot kami; tak dir Allah kami selamat. TETAPI bot rakan sebelah milik tuan yang sama (orang kita Melayu dia ada 6 buah bot) telah rosak enjinnya... bebila masa boleh karam... sebab selalunya enjin utama yang akan membantu pam bot untuk mengalirkan air keluar dari bot. Bayangkan enjin utamanya rosak.

Hatta bot kami terpaksa jadi penyelamat menunda dari tengah laut laut dalam ke jeti sekitar 5 jam perjalanan. Pengalaman ini amat menakutkan tak dapat bayangkan jika berlaku tragedi yang tak dapat diduga dalam ribut yang ganas ini.

Huh nak mancing macam mana; sudah bot amat teruk bergoyang dari lapan bersama kembara ngail kami separuh tumbang; sorang mundah-mudah. Ingat nak merisik Puteri Tenggiri hanya tinggal impian. Hanya dapat memancing sekitar dua jam sahaja. Dapatlah tangkapan sekitar 40 kg.

Terima kasih rakan KCT yang mendoakan perjalanan yeop selamat pergi & selamat kembali.

(Yeop masih mamai nantilah jika kelapangan yeop akan ceriterakan pengalaman ini)
Yeop dipukul RIBUT. Alhamdulillah yeop selamat sampai di Jenaris sekitar jam 2:00 pagi... sehari awal dari jadual kembara yeop ke Sedili Besar di Johor. Bot kami dipukul arus yang ganas dek angin deras. Tak pernah ke laut ianya terjadian kejadian seteruk ini. Pernah juga dipukul ribut tapi taklah secemas ini. Bot yang agak besar pun tekong yang hebat mengemudi bot kami; takdir Allah kami selamat.

TETAPI bot rakan sebelah milik tuan yang sama (orang kita Melayu dia ada 6 buah bot) telah rosak enjinnya... bebila masa boleh karam... sebab selalunya enjin utama yang akan membantu pam bot untuk mengalirkan air keluar dari bot. Bayangkan enjin utamanya rosak. Hatta bot kami terpaksa jadi penyelamat menunda dari tengah laut laut dalam ke jeti sekitar 5 jam perjalanan.

Pengalaman ini amat menakutkan tak dapat bayangkan jika berlaku tragedi yang tak dapat diduga dalam ribut yang ganas ini. Huh nak mancing macam mana; sudah bot amat teruk bergoyang dari lapan pengail bersama kembara ngail kami separuh tumbang; sorang muntah-muntah. Ingat nak merisik Puteri Tenggiri hanya tinggal impian. Hanya dapat memancing sekitar dua jam sahaja. Dapatlah tangkapan sekitar 40 kg. Terima kasih rakan KCT yang mendoakan perjalanan yeop selamat pergi & selamat kembali. (Yeop masih mamai nantilah jika kelapangan yeop akan ceriterakan pengalaman ini)

Respon :

Zainal Rashid dan Oja Rozalin menyukainya.

Abdul Rahman: Aik tak tau pulak yeop mahu turun kelaut, mcmana pun syukur selamat dan dpt juga merasa tarikan ikan, bravo2

Penyair Idanradzi: hahaha inilah masalahnya bila dah ada dua cawangan... mmg tak sama org ada satu cawangan... giliran hari ini berada di rumah bini muda... tetiba bini tua sakit tiba-tiba terpaksa bini tu call ambulan... top-top besuk balik rumah kata anak emak kat hospita... tu antara musibah bila ada KCT Asal & KCT baru... hihihi penat kan Abdul Rahman...

Penyair Idanradzi: entri yang sudah tak kurang dua tiga kali yeop berpesan ... Rahman & Kamal jagalah KCT ini... mungkin Rahman terlepas pandang... dah leka kat KCT sana...Kamal Ahamad Kamal... tak apa... nak buat cam mana..

Abdul Rahman: Aje beno.
pada 13hb Oktober pukul 11.46 pagi melalui mudah alih

Kamal Ahamad Kamal :Jage semue.....1,2,3,4........baru adil......

Penyair Idanradzi Tak apa Abdul Rahman janji yeop dah selamat sampai Jenaris sekitar jam 2:00 pagi tadi...
pada 13hb Oktober pukul 12.12 ptg

Abdul Rahman Ate gmbo ikannye tk ade ke, nk nengok juge.
pada 13hb Oktober pukul 12.48 ptg melalui mudah alih

Mohd Amiruddin Mokhtar Lutpi awk tk paham cite ikot je le ikan ape
pada 13hb Oktober pukul 1.21 ptg melalui mudah alih

Johari Abu Shahid mane gambo ikan nya yop..
pada 13hb Oktober pukul 4.06 ptg

Yeop Rindu: tak ada kamera nanti aku akan cuba kontak rakan kut ad mereka letakkan di FB gambo ikan... tak banyak mana pun... kebanyakan ikan kembung kerapu selar tak ada ikan beso pun joe @Johari
pada 14hb Oktober pukul 10.01 pagi

Yeop Rindu nantilah yeop kelapangan akan buat siri yang amat ngeri ini.... RIBUTnya ngalahkan Life of PI... amat seram bila diingatkan... bayangkan 5 jam perjalanan ke tengah lautan... dipukul ribut yang ganas... sampaikan enjin bot rakan habis rosak... jika kami tak TUNDA sejauh 5 jam perjalanan... emm mmg kena panggil pihak penyelamat agar mereka tak lemas... mmg ke laut tak sentiasa menjanji tangkap yang banyak...



Yeop Rindu's photo.
pada 14hb Oktober pukul 1.18 ptg

Yeop Rindu: bot yang sama... awak-awak yang sama... chef terhebat di Sedili...ini gambar sekitar 2 atau 3 tahun lalu... di Sedili.
pada 14hb Oktober pukul 1.43 ptg ·

Abdul Rahman: Jadi le dpt nengok haruan tasik real punye.
pada 14hb Oktober pukul 2.38 ptg melalui mudah alih · Tidak suka · 1

Penyair Idanradzi Jaring balik dari sedili tak dapat ikan tenggiri tapi nampak kali ini kami cuba 3 kali umpan disambar tenggiri tapi terlepas... haruan tasik ini mmg amat sukar dinaikkan.. liar & ganas amat...
pada 14hb Oktober pukul 3.32 ptg

Mohd Amiruddin Mokhtar Lutpi: bile2 ade mase pakat2 le kite pg mancing lame tk narik jenahak en raman suke tu..tmn idak le muntah mongek kne mabuk laut...
pada 14hb Oktober pukul 6.28 ptg melalui mudah alih

Penyair Idanradzi: kata rakan yeop di Lumut mmg ada cina boleh sewa botnya...balik hari .. rasanya warga KCT sesekali boleh ngail di sana.. unjam sana katanya banyak ikan... jarang kecewa... lagi pun taklah macam di laut cina selatan ombak ganasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan