Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Ahad, 20 Oktober 2013

Tidak Akan Masuk Syurga Sesiapa Yang Memutuskan Silaturahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,



Memutuskan silaturrahim adalah satu perbuatan yang dimurkai oleh Allah SWT. Dalam Islam  hukumnya haram dan dikira melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat dari Allah Subhanahu Wa Ta‘ala, Sebagaimana firmanNya yang bermaksud : “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” (Surah Muhammad ayat 22-23)

Apatah lagi orang yang memutuskan silaturrahim ini tidak masuk syurga, sebagaimana sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang bermaksud : “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Menurut Ibnu Abu Jamrah bahawa hubungan silaturrahim boleh dieratkan dengan memberi harta, memberi bantuan dan pertolongan dalam menyampaikan hajat, menolak kemudharatan, bersemuka, mendoakan, mengeratkan dengan apa yang termampu daripada perkara kebajikan dan menolak apa yang termampu daripada keburukan.

Sementara bagi mereka yang jauh bolehlah juga berhubung dan berkirim salam dengan berutus surat, melalui blog atau facebook, E-mel, akan tetapi jika mampu adalah afdhal untuk menziarahi mereka. Begitu juga dengan mendermakan harta kepada kaum kerabat. 

Bersedekah kepada kaum kerabat adalah lebih afdhal dari orang lain, sebagaimana sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:

الصَدََقةُ عََلى اْلمِسْكِيْ ِ ن: صَدََقٌة، وَعََلى ذِي الرَحْ ِ م اِْثنَتَانِ: صَدََقٌة وَصِلٌَّة.
(سنن الدارمي)

Maksudnya: “Memberi sedekah kepada orang miskin dikira: satu sedekah, dan memberi sedekah kepada mahram dikira dua iaitu: sedekah dan mengeratkan hubungan.” (Hadis Riwayat Sunan ad-Darimi)

Bolehkah menjalinkan hubungan silaturrahim dengan orang kafir?

Dalam hal ini, Allah Subhanahu Wa Ta‘ala tidak melarang berbuat baik kepada orang kafir sebagaimana firmanNya yang bermaksud : " Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." (Surah al-Mumtahanah ayat 8)

Sahabat yang dimuliakan,

Terdapat banyak keistimewaan atau kelebihan mengeratkan silaturrahim. Orang yang mengeratkan silaturrahim akan mendapat sepuluh kelebihan yang terpuji sepertimana disebutkan dalam kitab Bujairimi Ala al-Khatib:

1. Allah Subhanahu Wa Ta‘ala reda kerana Dia memerintahkan supaya mengeratkan silaturrahim.

2. Membawa kebahagiaan.

3. Para malaikat gembira kerana mereka gembira dengan eratnya silaturrahim itu.

4. Memperolehi pujian yang baik daripada orang.

5. Mengisi kesedihan Iblis.

6. Dipanjangkan umur.

7. Memperoleh keberkatan rezeki.

8. Orang yang meninggal dunia mendapat kebahagiaan kerana keturunannya gembira dengan eratnya silaturahim itu.

9. Bertambah-tambah kehormatannya.

10. Bertambah-tambah pahala selepas matinya kerana orang-orang mendoakannya setiap kali disebut kebaikkanya.

Oleh yang demikian, eratkanlah silaturrahim dalam mencapai keistimewaan yang tersebut di atas dan jauhilah dari perkara yang boleh memutuskannya. Tanganilah masalah keluarga dengan perasaan rasional dan eratkanlah semula perhubungan yang sudah retak itu dengan rasa kesedaran serta keinsafan, apatah lagi kerana mereka yang tidak mahu berdamai itu akan dipertangguhkan keampunannya, sepertimana hadis Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu yang bermaksud :

“Dibuka pintu-pintu syurga itu pada hari Isnin dan Khamis. Setiap orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun akan diampuni, kecuali seseorang yang sedang dalam permusuhan dengan saudaranya. Dikatakan: 'Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai. Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai. Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai'.” (Hadits Riwayat Muslim)

Begitu juga mendamaikan di antara dua pihak yang berselisih itu hendaklah dengan adil dan saksama dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang berselisih, kerana semua orang yang beriman itu bersaudara dan bertanggungjawab dalam mendamaikan saudaranya yang lain sebagaimana firman Allah Subahanahu Wa Ta‘ala yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara kedua saudara (kamu yang bertelingkah) itu". (Surah Al-Hujurat ayat 10)

Sahabat yang dikasihi,
 
Islam tidak menghalang jika timbul perbezaan pendapat dan pandangan di kalangan umat Islam darisegi untuk menentukan stratigi sesuatu urusan. Kerana perbezaan itu adalah kurniaan Allah SWT kepada setiap manusia supaya mereka mampu menggunakan akal fikiran yang waras dan cerdik. Manusia bukannya robot hanya menerima arahan tanpa berfikir baik buruknya sesuatu pendapat. Yang tidak boleh diperselisihkan adalah arahan daripada Allah SWT dan rasul-Nya mengenai sesuatu hukum yang jelas dan nyata dan tidak boleh dipertikaikan.

Tetapi sekiranya perbezaan itu berlaku darisegi cabang dan ranting dan melibatkan masaalah stratigi sahaja maka perbezaan tetap di benarkan. Cuma kita tidak boleh menjadikan alasan untuk kita berpecah belah dan memutuskan silaturahim kerana perbezaan ini. Dari itu  setiap pihak perlulah berlapang dada sekiranya pendapat saudaranya lebih baik dan lebih bernas dan mantap.

iDAN:

Selain alam nyata nampaknya alam maya atau talian internet juga sering membuatkan seseorang itu terputus talian Silaturahim. Ada sebab cemburu, ada sebab nak glamour, ada sebab nak berkuasa, ada sebab nak tersohor, malahan ada sebab status.

Aku tetap di sini sejak dulu, bukan susah nak kontak aku; bukan cara sms bukan cara telefon pintar. Aku orang miskin tapi boleh google aku di internet. Talian tetap rumahku
& e-mel yang sering kubuka idanradzi@yahoo.com pasti dapat menemukan aku dengan jalinan dulu.

Hukuman Bagi Orang Yang Memutuskan Tali Silaturahmi



Menurut Rasulullah SAW, Allah SWT akan melapangkan rezeki orang yang suka menyambung tali silaturahim. Allah juga akan memanjangkan umur kepadanya .

Imam Ali as. meriwayatkan dalam sebuah hadist, “Barangsiapa yang mengambil tanggung jawab atas suatu perkara, aku akan menjamin baginya empat perkara. Barangsiapa bersilaturahim, umurnya ak
an dipanjangkan, kawan-kawannya akan cinta kepadanya, rezekinya akan dipalangkan, dan ia aman masuk ke dalam surga. (Kanzul ‘Ummal). ''Juga Muhammad Baqir as. pernah mendapat wasiat dari ayahnya (Imam Zainul Abidin, as). Ia (kata Baqir) telah berwasiat kepadaku, “Janganlah duduk bersama lima jenis manusia. Jangan berbicara kepada mereka, bahkan jangan berjalan bersama mereka, meskipun tidak disengaja.

>Pertama, Orang Fasik.
Karena ia akan menjualmu hanya untuk sesuap makanan.

>Kedua, Orang Bakhil.
Karena ia akan memutuskan hubungan di saat kita kita memerlukan.

>Ketiga, Pembohong.
Karena ia akan menipumu. Karena ia akan senantiasa menipumu.

>Keempat, Orang Bodoh.
Karena ia berkeinginan memberikan manfaat bagimu, namun karena kebodohannya, ia jutru merugikanmu.

>Kelima, Orang yang memutuskan tali silaturahim.
Karenanya, janganlah berdekatan dengannya”.

Memutus tali silaturahim adalah sesuatu yang dilarang oleh agama Islam. Dalam Q.S an-Nisa’: 1, Allah berfirman, “Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan mempergunakan nama-namaNya, kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan silaturahim.”

Memutuskan Silaturahim: Satu Dosa Besar


Riwayat: 
Riwayat al-bukhari
Kategori: 
Akidah
Hadith: 
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim
Huraian Hadith: 
i) Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.

ii) Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya: Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.

iii) Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.

iv) Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.

v) Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.

Rabu, 16 Oktober 2013

Penyair Idanradzi

Yeop dipukul RIBUT.

Alhamdulillah yeop selamat sampai di Jenaris sekitar jam 2:00 pagi... sehari awal dari jadual kembara yeop ke Sedili Besar di Johor. Bot kami dipukul arus yang ganas dek angin deras. Tak pernah ke laut ianya terjadian kejadian seteruk ini. Pernah juga dipukul ribut tapi taklah secemas ini.

Bot yang agak besar pun tekong yang hebat mengemudi bot kami; tak dir Allah kami selamat. TETAPI bot rakan sebelah milik tuan yang sama (orang kita Melayu dia ada 6 buah bot) telah rosak enjinnya... bebila masa boleh karam... sebab selalunya enjin utama yang akan membantu pam bot untuk mengalirkan air keluar dari bot. Bayangkan enjin utamanya rosak.

Hatta bot kami terpaksa jadi penyelamat menunda dari tengah laut laut dalam ke jeti sekitar 5 jam perjalanan. Pengalaman ini amat menakutkan tak dapat bayangkan jika berlaku tragedi yang tak dapat diduga dalam ribut yang ganas ini.

Huh nak mancing macam mana; sudah bot amat teruk bergoyang dari lapan bersama kembara ngail kami separuh tumbang; sorang mundah-mudah. Ingat nak merisik Puteri Tenggiri hanya tinggal impian. Hanya dapat memancing sekitar dua jam sahaja. Dapatlah tangkapan sekitar 40 kg.

Terima kasih rakan KCT yang mendoakan perjalanan yeop selamat pergi & selamat kembali.

(Yeop masih mamai nantilah jika kelapangan yeop akan ceriterakan pengalaman ini)
Yeop dipukul RIBUT. Alhamdulillah yeop selamat sampai di Jenaris sekitar jam 2:00 pagi... sehari awal dari jadual kembara yeop ke Sedili Besar di Johor. Bot kami dipukul arus yang ganas dek angin deras. Tak pernah ke laut ianya terjadian kejadian seteruk ini. Pernah juga dipukul ribut tapi taklah secemas ini. Bot yang agak besar pun tekong yang hebat mengemudi bot kami; takdir Allah kami selamat.

TETAPI bot rakan sebelah milik tuan yang sama (orang kita Melayu dia ada 6 buah bot) telah rosak enjinnya... bebila masa boleh karam... sebab selalunya enjin utama yang akan membantu pam bot untuk mengalirkan air keluar dari bot. Bayangkan enjin utamanya rosak. Hatta bot kami terpaksa jadi penyelamat menunda dari tengah laut laut dalam ke jeti sekitar 5 jam perjalanan.

Pengalaman ini amat menakutkan tak dapat bayangkan jika berlaku tragedi yang tak dapat diduga dalam ribut yang ganas ini. Huh nak mancing macam mana; sudah bot amat teruk bergoyang dari lapan pengail bersama kembara ngail kami separuh tumbang; sorang muntah-muntah. Ingat nak merisik Puteri Tenggiri hanya tinggal impian. Hanya dapat memancing sekitar dua jam sahaja. Dapatlah tangkapan sekitar 40 kg. Terima kasih rakan KCT yang mendoakan perjalanan yeop selamat pergi & selamat kembali. (Yeop masih mamai nantilah jika kelapangan yeop akan ceriterakan pengalaman ini)

Respon :

Zainal Rashid dan Oja Rozalin menyukainya.

Abdul Rahman: Aik tak tau pulak yeop mahu turun kelaut, mcmana pun syukur selamat dan dpt juga merasa tarikan ikan, bravo2

Penyair Idanradzi: hahaha inilah masalahnya bila dah ada dua cawangan... mmg tak sama org ada satu cawangan... giliran hari ini berada di rumah bini muda... tetiba bini tua sakit tiba-tiba terpaksa bini tu call ambulan... top-top besuk balik rumah kata anak emak kat hospita... tu antara musibah bila ada KCT Asal & KCT baru... hihihi penat kan Abdul Rahman...

Penyair Idanradzi: entri yang sudah tak kurang dua tiga kali yeop berpesan ... Rahman & Kamal jagalah KCT ini... mungkin Rahman terlepas pandang... dah leka kat KCT sana...Kamal Ahamad Kamal... tak apa... nak buat cam mana..

Abdul Rahman: Aje beno.
pada 13hb Oktober pukul 11.46 pagi melalui mudah alih

Kamal Ahamad Kamal :Jage semue.....1,2,3,4........baru adil......

Penyair Idanradzi Tak apa Abdul Rahman janji yeop dah selamat sampai Jenaris sekitar jam 2:00 pagi tadi...
pada 13hb Oktober pukul 12.12 ptg

Abdul Rahman Ate gmbo ikannye tk ade ke, nk nengok juge.
pada 13hb Oktober pukul 12.48 ptg melalui mudah alih

Mohd Amiruddin Mokhtar Lutpi awk tk paham cite ikot je le ikan ape
pada 13hb Oktober pukul 1.21 ptg melalui mudah alih

Johari Abu Shahid mane gambo ikan nya yop..
pada 13hb Oktober pukul 4.06 ptg

Yeop Rindu: tak ada kamera nanti aku akan cuba kontak rakan kut ad mereka letakkan di FB gambo ikan... tak banyak mana pun... kebanyakan ikan kembung kerapu selar tak ada ikan beso pun joe @Johari
pada 14hb Oktober pukul 10.01 pagi

Yeop Rindu nantilah yeop kelapangan akan buat siri yang amat ngeri ini.... RIBUTnya ngalahkan Life of PI... amat seram bila diingatkan... bayangkan 5 jam perjalanan ke tengah lautan... dipukul ribut yang ganas... sampaikan enjin bot rakan habis rosak... jika kami tak TUNDA sejauh 5 jam perjalanan... emm mmg kena panggil pihak penyelamat agar mereka tak lemas... mmg ke laut tak sentiasa menjanji tangkap yang banyak...



Yeop Rindu's photo.
pada 14hb Oktober pukul 1.18 ptg

Yeop Rindu: bot yang sama... awak-awak yang sama... chef terhebat di Sedili...ini gambar sekitar 2 atau 3 tahun lalu... di Sedili.
pada 14hb Oktober pukul 1.43 ptg ·

Abdul Rahman: Jadi le dpt nengok haruan tasik real punye.
pada 14hb Oktober pukul 2.38 ptg melalui mudah alih · Tidak suka · 1

Penyair Idanradzi Jaring balik dari sedili tak dapat ikan tenggiri tapi nampak kali ini kami cuba 3 kali umpan disambar tenggiri tapi terlepas... haruan tasik ini mmg amat sukar dinaikkan.. liar & ganas amat...
pada 14hb Oktober pukul 3.32 ptg

Mohd Amiruddin Mokhtar Lutpi: bile2 ade mase pakat2 le kite pg mancing lame tk narik jenahak en raman suke tu..tmn idak le muntah mongek kne mabuk laut...
pada 14hb Oktober pukul 6.28 ptg melalui mudah alih

Penyair Idanradzi: kata rakan yeop di Lumut mmg ada cina boleh sewa botnya...balik hari .. rasanya warga KCT sesekali boleh ngail di sana.. unjam sana katanya banyak ikan... jarang kecewa... lagi pun taklah macam di laut cina selatan ombak ganasnya.

Khamis, 10 Oktober 2013

Kemelut KCT

  • Anda, Tepung Gomak dan Anida Abu Kassim sukakan ini.
  • Kalthoma Abdul Aziz Ramai atau tidak pengikut sesuatu laman bukanlah satu masaalah. Apa yg kita inginkan ialah idea idea yg bernas untuk memajukan ahli dan anak bangsa. Rasulallah sendiri x ramai pengikut setia tapi baginda telah memajukan islam ke pelusuk dunia. Jangan bimbang saudara ku. Teruskan apa yg telah di mulakan. Langkah pertama adalah langkah keramat kata confucious.
  • Aril Bam Kami ank watan pnduduk ttap d KCT ni mgalu2kn sapa2 sja yg nk brbuat baik utk kmajuan kmpg dn pnduduknya..biar byk kmpulan jnji tjuannya utk kbikan..mcm kami dkmpung ni yg pnuh ptubuhan tp yg jln ada 2-3 yg lain tdo apah tk kira...hrpkn nma sja keja tk ada
  • Idan Radzi Perkara ghaib ramai tak tahu tapi kena percaya... yeop tetap memberikan sokongan dan akan terus berkorban bergantung kepada niat & matlamat mana-mana Kumpulan baru yang memang berniat baik untuk memajukan KCT. CUMA selalu ingat niat tak menghalal semua cara.
  • Idan Radzi KCT Asal sentiasa TERBUKA & sedia menerima kembali semua ahli yang telah berpindah ke KCT baru... cuma sesekali jenguklah kami di sini & berikanlah khabar baru... di sana (Jangan peningkan kami yang masih setia dengan KCT Asal ... kut jadi macam Yob Tonek bebaru ini... sebab itu yeop terpaksa gantung keahliannya di KCT agar Yop Tonek tak keliru dan mendapat arah. Alhamdulillah yeop lihat Yop Tonek yang memang waris yeop telah aman bahagia di sana. (hahaha manalah kita dah tua-tua ni tahu disebalik dunia ICT ini... top-top buka akaun FB dah melambak arah tuju KCT... gara-gara TD Tualang ada visi baru)
  • Tepung Gomak janji bergabung bawah satu panji.....macam kesatuan dalam Cuepacs juga.....ahli akan tengok mana satu kesatuan atau group yang banyak mendatangkan manafaat dan betul betul ikhlas dan telus....nawaitu....jgn takut...semua dgn keizinan dari Allah Taala.....boleh tubuh sebanyak mana ...tetapi yang mana yang akan bertunas dan bercambah.....yang elok dijaga dan dibaja.....ahli berhak memilih ikut citarasa masing masing....teman pollow aje....
  • Idan Radzi "mcm kami dkmpung ni yg pnuh ptubuhan tp yg jln ada 2-3 yg lain tdo apah tk kira...hrpkn nma sja keja tk ada" yeop memang tak dapat membantu dalam banyak hal hanya ada ilham & sedikit kekuatan dalam dunia maya... maka tu tercetusnya KCT ini... pesan yeop... yeop telah buatkan jambatan asas agar nanti dimanfaatkan jangan pula disalahgunakan.
  • Rosli Abdul Aziz Duka rasa hati saya jika begini jadinya. Saya menumpang rasa gembira dengan celoteh, cerita dan nostalgia yang dikongsi bersama. Arwah bapa saya mencari rezeki di KCT......yang begitu dekat di hati walaupun sebenarnya saya orang kampung lain yang menumpang kasih di halaman santai ini.....
  • Idan Radzi tak kisahlah siapa nak kejar nama siapa terpinggir siapa yang mengutip untung... semua ini pinjaman semata... jangan sesekali sampai Warga KCT terpatuk ular berbisa di lubuk yang sama udahlah... cukuplah sekali bumi kita tergadai... jangan pula warga KCT satu hari akan dihalau dari tanah tumpah darah sendiri... ini yang paling yeop takut.
  • Penyair Idanradzi dah ragam kita di dunia Cikgu SUKAR amat mahu bersatu dalam ukhuwah yang erat lagi intim... pasti ada kalangan kita yang berbeda pendapat fahaman & jati diri...
  • Penyair Idanradzi di alam maya lagi mudah mahu 'Baling batu sembunyi tangan' sebab tak siapa nampak pun apa ke bendanya PUNCA angkara tetiba ahli KCT ini hilang kat sini timbul kat sana... ibarat saling cuba menjadi penggodam atau perang siber.. mmg tak akan ada temph tamatnya.
  • Penyair Idanradzi @Cikgu baik di dunia nyata atau di alam maya memang ada pelbagai ragam dunia... di dunia maya lagilah mudah orang bak baling batu .
  • Penyair Idanradzi mereka tak hilanglah Cikgu Rosli Abdul Aziz mereka bak bersolok di laman KCT baru entah apa ke peliknya kat sini macamkan dah jadi sepi bagai sepinya Kubur Pedas...
  • Idan Radzi TITIK & lupakan kemelut ini... paparan ini hanya sekadar pemutihan & pencerahan buat mereka yg prihatin nasib situs KCT ini.
  • Asri Abbas Bersatu kita teguh,
    Bercerai kita roboh.
  • Penyair Idanradzi insya-Allah takkan roboh kota melaka... ibarat orang merantau jauh... biarlah sebahagian kita mencari ilmu nun jauh sampai ke negeri cina KCT ini ibarat desa/teratak lama... sentiasa menunggu kepulangan perantaunya...
  • Penyair Idanradzi lagupun yeop dah cuba nak tukar nama tak mahu ujud KCT di tajuk ini takut org keliru... admin FB tak benarkan... banyak pra syaratnya... bila dah seramai ini pengikutnya.. insya-Allah KCT ini akan kekal dengan nama kumpulan & trade mark KCTnya.