Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Khamis, 2 Ogos 2012

Ciri Wanita Solehah

Apakah sifat wanita solehah?Bukan wajah yang cantik jadi ukuran. Bukan pakaian jadi ikutan. Jadi apakah sebenarnya ciri-ciri wanita solehah ini?Bagaimana mahu mengukur sejauh mana wanita itu adalah wanita yang solehah?Berikut adalah beberapa ciri-ciri wanita solehah:-
Mendirikan solat tepat pada waktunya
Tak  mengeluh pada masalah yang remeh dalam kehidupan hariannya
Tak meninggikan suara ketika marah
Sopan santun perilakunya
Sentiasa menjaga maruah dan pakaiannya
Pandai mengambil hati orang tua
Mentaati perintah Allah dan menghormati orang yang lebih tua darinya
Sentiasa menjaga kebersihan
Menjadi contoh yang baik pada adik beradik mahupun orang sekelilingnya
Murah dengan senyuman
Sentiasa menerima dugaan dan ujian dari Allah sebagai tebusan dosa yang telah dilakukannya
Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk keluarganya, saudara mahupun sahabatnya
Sentiasa berhati-hati dengan apa yang dimakannya
Menyayangi haiwan serta suka pada alam sekitar

itulah antara ciri-ciri wanita solehah. Insya-Allah semoga awak dan kaum hawa yang membaca artikel ini dapat menjadi wanita solehah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan