Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Khamis, 14 April 2005

Polimik 5 (Kerjaya)


• 14 April Man Datang… Raihan dapat anak perempuan
• Y5 untuk wireless punya internet.
• Mohomed Ali student master kawan baik Hamid.
• Joh Posko hantar PC.
Galoi Jadi kamera man hari …ni ada present pelajar PhD kat tingkat dua, Fizan jadi salah sorang komiti, dia berpesan jamuan dia tempah untuk 50 orang. Galoi bilang tak sampaipun 30 orang yang datang. Aku puasa hari ini, emm kalau ada nasik yang lebih boleh jugak aku bungkus buat makan tengahhari.

6127 Makwe jawab Anuar bercuti hari ni!! Risau kut Anuar nak guna PC, lamatersadai di lab aku ni. Semuanya dah siap sejak senin lalu.

Leman 6452 tanya pintu 002B dan 002C... Leman suruh isi borang!!!. Jika nak tukar kunci bilik ini.
Man dah jadi Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) datang ke lab cari journal katanya nak sambung Masternya yang tertangguh sebab di berkursus panjang. Sikap Man masih macam dulu, nampaknya dia makan teringin mencari jodoh lantaran status kerjayanya makin stabil.

SuLi 019 3732355 ingin bertanya pasal kunci kabinet, yang dia guna bersama Raihan. Jika dapat kunci kabinet, harap-harap akan selesai untuk nak simpan kekawan yang dihantar tapi tak dituntut semula

6445 telefon pejabat am kak sal yang jawab. Tanya Pasal jamuan atas tu, dia kata tak tahu apa-apa pun. Aku masih Fizan tanya kut ada makanan lebih, Fizan kata datang lerr ada sikit lagi ni.. Bila aku pergi .. ishh banyaknya. Udang masak lemak paling banyak, Fizan bilang Kak Midah yang banyak bungkus daripada makanan tersebut terbuang atau pihak catering tu banwak balik.

Pepetang saya selongkar banrangan di almari KKK ini. Ada kotak macromedia web design studio tapi isi tarak… dreamweaver 3 Flash 4 Fireworks 3, banyak OfficeXP tak jumpa pula bukan lesen win98.!!

Magrib bersama Fizan, dia nampak dah makin rindu kat Shida dan anak-anaknya di Kedah, Shida masih dalam pantang katanya nak balik minggu depan sebab ada pereksa PTK.

Jam 10:00 mlm Kak Nona telefon, Pak Subari dahh bilang sejak petang tadi, Kak Nona akan pulang ke Aceh bersama Dr Median esok jam 8:30 pagi. Pak Subari yang akan hantar. Sian Kak Nona, dia nampak penat amat katanya semalam tak tidur sebab masih kena betulkan beberapa report masternya . Lesu amat dia apatah lagi dia tengah berbadan dua, anak sulung. Kak Nona katanya ada darah campuran, tak pasti .. Bugis atau Belanda, memang cantik dan manja santunnya.

Terasa pulak aku mendera dia, sebab memang perlu amat gerobok besi tu untuk simpan baranganku yang tak ada setor. Setelah semua barangan Kak Nona disimpan aku bual-bual dengan PhD student dari aceh sampai jam 12:00 ++ mlm. banyak isu yang kami bahaskan terutama polimik kerja sini juga politik di Malaysia juga Aceh.

Nampak masalah di Jabatan Kej. Kimia & Alam Sekitar (KKA) semakin ketara. Tahun ini tak sorangpun pelajar dari Indonesia datang mendaftar untuk master & PhD.

Politik Malaysia pula aku menyatakan keadaan di sini amat runcing di segi ekonomi yang dimonopoli oleh bangsa China. Indonesia pula agihan harta negara tidak seimbang, nampaknya Malaysia pun akan mengarah begitu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan