Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Khamis, 7 April 2005

Nampak Sangat 2 (Kerjaya)


Sesungguhnya biarpun perpindahan ke tempat kerja baru seperti kata KJ adalah satu nan positif tapi rayuan untuk sy mendidik staf baru bagaikan memang didak diperlukan. Terlalu ramai pelajar master & PhD mengadu, semua komputer semakin rosak & rosak. Seperti mana Pak Wahid cakap .. kau lupakan saja makmal lama tu.. setidak-tidak akan nampak nanti apa kerja kau selama ini.

Memang siang malam bertungkus-lumus memantau makmal S itu bukan kerja yang mudah, kalau tidak ada Poi sahabat baik sy nan memberi jalan pintas membaiki komputer rosak, akan lumpuhlah makmal. Spyware, sasser yang terusan menyerang kadang-kadang naik penat untuk formatkan kembali komputer. Siang pelajar merosakkan PC malam terpaksa dibetulkan. Maka semua komputer tahu saja boleh digunakan. Jika terlambat bukan makmal akan ada student komplen, sebab memang makmal sy tu jadi tumpuan. Rata-rata student yang kerap berkunjung mengakui mereka selesa di Makmalku Rumahku.

Amat payah untuk menerima atas ketidak tentuan komunikasi dengan KJ, boleh dilibatkan kerjaya. Jadual nan tidak menentu, maklumat nan tidak tepat, e-mel nan penuh virus sampai rata-rata staf takut dengan e-mel tempat kerja, menjadikan jarak maklumat semakin jauh. Mesyuarat nan tidak berminit, gotong royong nan membuang banyak barangan rakyat, pembaziran harta kerajaan nan kian menjadi & banyak lagi nan perlukan teguran jadi mangsa bagi orang nan prihatin. Pemerhati dan teguran bagaikan satu nan perlu dicantas tanpa memikirkan baiknya teguran dalam satu organisasi.

Mereka nan di bawah selalunya amat mudah dapat mengesan kesilapan orang di atas, tetapi mereka nan terlalu ghairah mengejar kejayaan kerap lupa mereka tak sedar menginjak-injak orang bawahan. Jika orang bawahan melaungkan pertolongan atau kebajikan sering mereka dianggap pegawai bermasalah. Tetapi memang jika kita celik hati, masakan sanggup menggunakan kudrat manusiawi tanpa memikirkan ganjaran setimpal. Seperti contoh rata-rata staf bawahan nan bertaraf kontrak rasa terabai, apatah lagi telah lebih 3 tahun tiada peluang mengecap nikmat mereka bertaraf tetap. Begitu juga mereka nan tidak dinilaikan pengalaman berbelas tahun terbiar dengan taraf jawatan nan sama. Seharian mereka bertaraf majikan terusan bangga dengan kejayaan .. pangkat kemudahan kereta mewah perbagai... bagaikan semua itu dicapai sendiri tanpa sokongan pegawai sokongan.

Cukuplah kalau kita dapat berfikir, jika aku memandu perdana atau kereta mewah dalam keadaan selesa, anak2 buahku baguskan pengangkutannya yang terpaksa mengejar punch card !!(E-Perakam Waktu)Jika aku bila-bila masa dapat berseminar di luar negara, anak2 buahku dapatkah sesekali bersamaku di pesawat kapal terbang. Jika aku lebih muda dari usia anak buahku dah ada dr, prof madya atau prof, anak2 buahkunan tua dah nak pencen masihkan dengan jawatan nan mereka jawat sejak azali, jika aku bukan sekali naik pentas mendapat anugerah cemerlang, anak-anak buahku adakah semuanya telah merasai anugerah cemerlang.

Memang tak payah dipersoalkan perkara nan remeh temeh, bilamana di fikiran kita terusan mencari kelemahan masing-masing. Akhirnya kita akan mengatakan ... dia nan tak mahu membaiki diri & tak mahu berusaha dengan gigih untuk kejayaan peribadi, dalam masa nan sama kita tak sedar kita jadi pencantas, kuasa yang ada kita salahguna, tanggungjwab kita sebagai pembela kita abaikan.. Kita makin ghairah dengan mengejar duniawi .. bertuhankan dengan kebendaan tanpa kita sedar kita mengamal sikap syirik kecil .... kebendaan serta pangkat itulah segala ...sampaikan mengabaikan kemanusiaan...kita terusan leka seleka lekanya...lalu beginilah kita selamanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan