Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Jumaat, 29 April 2005

Ahmed Sudan 6 (Kerjaya)


Sepanjang dua tiga hari ini banyak masa ditumpukan untuk baiki pc Ahmed dari Sudan. Sebenarnya bilamana menemui Ahmed aku teringat akan Rahman Sudan nan katanya tengah buat Master kali ke dua di Johor Baharu. Rahman Sudan adalah kawan baikku sekitar ujung 90an. Lalu kini ada lagi pelajar yang sebaik Rahman Sudan ... emmm maka aku rasa senang memanggil Ahmed Sudan.

Ahmed Sudan terlalu baik & rasanya bilamana dia tiba-tiba menghulur duit sebagai upah memang aku tak sampai hati nak menerimanya. Bertengkar panjang dengan dia sebab memang niat aku suka menolong orang sebaik Ahmed. Aku teringat Rahman Sudan dia memang rajin bawa ole-ole ke makmal kayu. Bagi aku kawan atau persabatan itu nilainya lebih tinggi .. pertolongan nan ikhlas rasanya imbuhan dari Ilahi adalah lebih bererti... upah sekadar belanja makan itu dah amat mencukupi. Upah mengupah wang ringgit ni sampai ke mana, paling takut satu hari nanti akan hilang minat diri menolong orang lantaran asyik kemarukan upah, lain ler aku memang buka kedai sendiri perlukan sewa kedai perbagai, perlukan bayar bill atau punyai pekerja nan perlukan gaji.

Rasanya memang tak ada salahnya kalau menerima upah bilamana penat lelah mencari driver serata internet, penat amat mencari punca PC tak jumpa device ...tapi tidaklah sebanyak Ahmed Sudan hulurkan. Ala kadar untuk aku nak beli CD kosong pun sudah cukup. Dalam bab upah ni teringat akan Wak Tasrim nan kerap aku jadi serba salah. Rasanya akan terputus keikhlasan membantu orang bilamana mendapat upah nan terlalu banyak. Sama jugak Isma, nan kerap buat aku jadi serba salah. Letak duit terus lari tak dapat aku nak memulangkan balik duit upah nan memang amat lumayan bagiku.

"Bukan untuk awak iDAN tapi untuk anak-anak awak!" Ayat Ahmed Sudan lebih kurang sama dengan ayat Dr Thomas...!


" Klim lerr iDAN barang sejam dua untuk dapat belanja anak makan KFC, lojik lerr jaga makmal komputer pulang lewat barang sejam dua." Ayat Dr Thomas nan memang payah aku lupai ..ayat tersebut seharusnya lahir dari seorang ketua seorang Islam.

Bila aku fikirkan soal ketua dalam sebulan dua ini memang aku amat geruh. Dari satu hal ke satu hal aku diuji akan kesabaran. Dari aku dihalau tanpa beretika sampailah tuntutan lebih masaku disekat. Aku teringat bualan aku dengan Mizi sebelum syolat jumaat tadi, Ketua nan baik bukan ketua nan pressure pekerja.


hidayah
raiHAn | Posted on 6.9.2005 at 3:42 AM
hidayah dan rahmat datang dari Allah, cuma dari siapa ia disalurkan kita tak tau. yang penting ikhlas hati kita sendiri. Mohon barakah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan