Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Sabtu, 30 April 2005

Berapa Sangat ( Kerjaya 7 )


"Berapalah sangat, mereka sudahlah bergaji besar, kita nan bergaji seribu dua ni pun mahu disekat-sekat akan klim yang tak seberapa! " Ayat dari seseorang!.

Percayakah? ada kalangan juruteknik di UPM klim tuntutan lebih masa sebulan melebihi gaji seorang pensyarah?. Rata-rata seorang Juruteknik atau Pembantu Makmal akan klim melebihi RM700 mengikut keperluan & tempat bekerja. Dalam setahun sahaja akan melebihi RM15,000. Emmm! bagi aku rasanya tak salah lantaran kerja makan gaji ini sebanyak manalah ganjarannya. Maka dengan adanya wang lebihmasa tentunya akan dapat jugak meringankan beban tuntutan sara hidup nan makin bertambah.

Jumaat, 29 April 2005

Ahmed Sudan 6 (Kerjaya)


Sepanjang dua tiga hari ini banyak masa ditumpukan untuk baiki pc Ahmed dari Sudan. Sebenarnya bilamana menemui Ahmed aku teringat akan Rahman Sudan nan katanya tengah buat Master kali ke dua di Johor Baharu. Rahman Sudan adalah kawan baikku sekitar ujung 90an. Lalu kini ada lagi pelajar yang sebaik Rahman Sudan ... emmm maka aku rasa senang memanggil Ahmed Sudan.

Ahmed Sudan terlalu baik & rasanya bilamana dia tiba-tiba menghulur duit sebagai upah memang aku tak sampai hati nak menerimanya. Bertengkar panjang dengan dia sebab memang niat aku suka menolong orang sebaik Ahmed. Aku teringat Rahman Sudan dia memang rajin bawa ole-ole ke makmal kayu. Bagi aku kawan atau persabatan itu nilainya lebih tinggi .. pertolongan nan ikhlas rasanya imbuhan dari Ilahi adalah lebih bererti... upah sekadar belanja makan itu dah amat mencukupi. Upah mengupah wang ringgit ni sampai ke mana, paling takut satu hari nanti akan hilang minat diri menolong orang lantaran asyik kemarukan upah, lain ler aku memang buka kedai sendiri perlukan sewa kedai perbagai, perlukan bayar bill atau punyai pekerja nan perlukan gaji.

Rasanya memang tak ada salahnya kalau menerima upah bilamana penat lelah mencari driver serata internet, penat amat mencari punca PC tak jumpa device ...tapi tidaklah sebanyak Ahmed Sudan hulurkan. Ala kadar untuk aku nak beli CD kosong pun sudah cukup. Dalam bab upah ni teringat akan Wak Tasrim nan kerap aku jadi serba salah. Rasanya akan terputus keikhlasan membantu orang bilamana mendapat upah nan terlalu banyak. Sama jugak Isma, nan kerap buat aku jadi serba salah. Letak duit terus lari tak dapat aku nak memulangkan balik duit upah nan memang amat lumayan bagiku.

"Bukan untuk awak iDAN tapi untuk anak-anak awak!" Ayat Ahmed Sudan lebih kurang sama dengan ayat Dr Thomas...!


" Klim lerr iDAN barang sejam dua untuk dapat belanja anak makan KFC, lojik lerr jaga makmal komputer pulang lewat barang sejam dua." Ayat Dr Thomas nan memang payah aku lupai ..ayat tersebut seharusnya lahir dari seorang ketua seorang Islam.

Bila aku fikirkan soal ketua dalam sebulan dua ini memang aku amat geruh. Dari satu hal ke satu hal aku diuji akan kesabaran. Dari aku dihalau tanpa beretika sampailah tuntutan lebih masaku disekat. Aku teringat bualan aku dengan Mizi sebelum syolat jumaat tadi, Ketua nan baik bukan ketua nan pressure pekerja.


hidayah
raiHAn | Posted on 6.9.2005 at 3:42 AM
hidayah dan rahmat datang dari Allah, cuma dari siapa ia disalurkan kita tak tau. yang penting ikhlas hati kita sendiri. Mohon barakah..

Khamis, 14 April 2005

Polimik 5 (Kerjaya)


• 14 April Man Datang… Raihan dapat anak perempuan
• Y5 untuk wireless punya internet.
• Mohomed Ali student master kawan baik Hamid.
• Joh Posko hantar PC.
Galoi Jadi kamera man hari …ni ada present pelajar PhD kat tingkat dua, Fizan jadi salah sorang komiti, dia berpesan jamuan dia tempah untuk 50 orang. Galoi bilang tak sampaipun 30 orang yang datang. Aku puasa hari ini, emm kalau ada nasik yang lebih boleh jugak aku bungkus buat makan tengahhari.

6127 Makwe jawab Anuar bercuti hari ni!! Risau kut Anuar nak guna PC, lamatersadai di lab aku ni. Semuanya dah siap sejak senin lalu.

Leman 6452 tanya pintu 002B dan 002C... Leman suruh isi borang!!!. Jika nak tukar kunci bilik ini.
Man dah jadi Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) datang ke lab cari journal katanya nak sambung Masternya yang tertangguh sebab di berkursus panjang. Sikap Man masih macam dulu, nampaknya dia makan teringin mencari jodoh lantaran status kerjayanya makin stabil.

SuLi 019 3732355 ingin bertanya pasal kunci kabinet, yang dia guna bersama Raihan. Jika dapat kunci kabinet, harap-harap akan selesai untuk nak simpan kekawan yang dihantar tapi tak dituntut semula

6445 telefon pejabat am kak sal yang jawab. Tanya Pasal jamuan atas tu, dia kata tak tahu apa-apa pun. Aku masih Fizan tanya kut ada makanan lebih, Fizan kata datang lerr ada sikit lagi ni.. Bila aku pergi .. ishh banyaknya. Udang masak lemak paling banyak, Fizan bilang Kak Midah yang banyak bungkus daripada makanan tersebut terbuang atau pihak catering tu banwak balik.

Pepetang saya selongkar banrangan di almari KKK ini. Ada kotak macromedia web design studio tapi isi tarak… dreamweaver 3 Flash 4 Fireworks 3, banyak OfficeXP tak jumpa pula bukan lesen win98.!!

Magrib bersama Fizan, dia nampak dah makin rindu kat Shida dan anak-anaknya di Kedah, Shida masih dalam pantang katanya nak balik minggu depan sebab ada pereksa PTK.

Jam 10:00 mlm Kak Nona telefon, Pak Subari dahh bilang sejak petang tadi, Kak Nona akan pulang ke Aceh bersama Dr Median esok jam 8:30 pagi. Pak Subari yang akan hantar. Sian Kak Nona, dia nampak penat amat katanya semalam tak tidur sebab masih kena betulkan beberapa report masternya . Lesu amat dia apatah lagi dia tengah berbadan dua, anak sulung. Kak Nona katanya ada darah campuran, tak pasti .. Bugis atau Belanda, memang cantik dan manja santunnya.

Terasa pulak aku mendera dia, sebab memang perlu amat gerobok besi tu untuk simpan baranganku yang tak ada setor. Setelah semua barangan Kak Nona disimpan aku bual-bual dengan PhD student dari aceh sampai jam 12:00 ++ mlm. banyak isu yang kami bahaskan terutama polimik kerja sini juga politik di Malaysia juga Aceh.

Nampak masalah di Jabatan Kej. Kimia & Alam Sekitar (KKA) semakin ketara. Tahun ini tak sorangpun pelajar dari Indonesia datang mendaftar untuk master & PhD.

Politik Malaysia pula aku menyatakan keadaan di sini amat runcing di segi ekonomi yang dimonopoli oleh bangsa China. Indonesia pula agihan harta negara tidak seimbang, nampaknya Malaysia pun akan mengarah begitu.

Rabu, 13 April 2005

Fizan 4 (Kerjaya)


Fizan nak Tablet Pc kena kontak Poi… malam nanti Poi akan datang.
Poi 019 5641758 Poi2 012 6304447
Asraf 6329 …0196094098.
Ghandi 016-2811604 pc siap hari ini.
6108 atau 6127 Anuar dah call untuk ambik pc masih tak datang
Wak Lan saja yang datang.

Memang keujudan PC meragam tidak pernah redanya di makmalku. Sesungguhnya jika tidak tabah memang akan terbiaran saja PC di makmal. Bagaikan tak menang tangan bilamana memikirkan betapa seharian berhadapan dengan pelbagai kerenah PC.

Jumaat, 8 April 2005

Sampai Begitu 3 ( Kerjaya)


Tak puas hati kah lagi dia... dah orang tu keluar dari jabatan .. mahu lakk dikorek-korek lagi tuntutan lebihmasa yang lalu perbagai!...

Ramai nan bersungut begitu.

Memang aku sendiri agak tergamam, tuntutan lebih masa nan aku klim dari arahan Dr Thomas jadi isu. Sampaikan aku disyaki tiru tanda tangan. Habis orang dimarahnya dari Ady, Dr Husaini kemudian serang Dr Thomas sampai hantar salinan e-mel ke Dekan.

- Sorrylah Dr Thomas kes remeh camm tu boleh libatkan Dr... jika saya klim melalui dia gerenti sangkut tak dapat punya, ada saja yang dia akan persoalkan. Sejak di blok kayu lagi perbalahan tuntutan lebihmasa ni dah timbul. Masih ingat masa tu dalam sebulan cuma RM100 lebih sikit saja disekat.

- Tak apa iDAN saya selamat, saya cuma sokong .. yang luluskan adalah Dr Husaini. Lagipun kes awak kecik, tuntutan pun tak sebanyak mana. Patutnya dia tak payah bising, peruntutan tu bukan bawah jabatan, itu dalam kuasa pengurusan.

Emmm pastinya makmal simulasi tu akan lumpuh, sekarang ramai nan mengadu tepat jam 4:30 ptg, pasti makmal tu akan ditutup. Talian internet memang amat perlahan di waktu pejabat, sebelah petanglah agak laju sikit. Maka itu jika aku di makmal pasti ramai pelajar yang akan bersama aku waktu petang sampai ke magrib. Kekinian nampak tinggal kenangan saja waktu bersantai bersama pelajar master tau PhD di sana.

Khamis, 7 April 2005

Nampak Sangat 2 (Kerjaya)


Sesungguhnya biarpun perpindahan ke tempat kerja baru seperti kata KJ adalah satu nan positif tapi rayuan untuk sy mendidik staf baru bagaikan memang didak diperlukan. Terlalu ramai pelajar master & PhD mengadu, semua komputer semakin rosak & rosak. Seperti mana Pak Wahid cakap .. kau lupakan saja makmal lama tu.. setidak-tidak akan nampak nanti apa kerja kau selama ini.

Memang siang malam bertungkus-lumus memantau makmal S itu bukan kerja yang mudah, kalau tidak ada Poi sahabat baik sy nan memberi jalan pintas membaiki komputer rosak, akan lumpuhlah makmal. Spyware, sasser yang terusan menyerang kadang-kadang naik penat untuk formatkan kembali komputer. Siang pelajar merosakkan PC malam terpaksa dibetulkan. Maka semua komputer tahu saja boleh digunakan. Jika terlambat bukan makmal akan ada student komplen, sebab memang makmal sy tu jadi tumpuan. Rata-rata student yang kerap berkunjung mengakui mereka selesa di Makmalku Rumahku.

Amat payah untuk menerima atas ketidak tentuan komunikasi dengan KJ, boleh dilibatkan kerjaya. Jadual nan tidak menentu, maklumat nan tidak tepat, e-mel nan penuh virus sampai rata-rata staf takut dengan e-mel tempat kerja, menjadikan jarak maklumat semakin jauh. Mesyuarat nan tidak berminit, gotong royong nan membuang banyak barangan rakyat, pembaziran harta kerajaan nan kian menjadi & banyak lagi nan perlukan teguran jadi mangsa bagi orang nan prihatin. Pemerhati dan teguran bagaikan satu nan perlu dicantas tanpa memikirkan baiknya teguran dalam satu organisasi.

Mereka nan di bawah selalunya amat mudah dapat mengesan kesilapan orang di atas, tetapi mereka nan terlalu ghairah mengejar kejayaan kerap lupa mereka tak sedar menginjak-injak orang bawahan. Jika orang bawahan melaungkan pertolongan atau kebajikan sering mereka dianggap pegawai bermasalah. Tetapi memang jika kita celik hati, masakan sanggup menggunakan kudrat manusiawi tanpa memikirkan ganjaran setimpal. Seperti contoh rata-rata staf bawahan nan bertaraf kontrak rasa terabai, apatah lagi telah lebih 3 tahun tiada peluang mengecap nikmat mereka bertaraf tetap. Begitu juga mereka nan tidak dinilaikan pengalaman berbelas tahun terbiar dengan taraf jawatan nan sama. Seharian mereka bertaraf majikan terusan bangga dengan kejayaan .. pangkat kemudahan kereta mewah perbagai... bagaikan semua itu dicapai sendiri tanpa sokongan pegawai sokongan.

Cukuplah kalau kita dapat berfikir, jika aku memandu perdana atau kereta mewah dalam keadaan selesa, anak2 buahku baguskan pengangkutannya yang terpaksa mengejar punch card !!(E-Perakam Waktu)Jika aku bila-bila masa dapat berseminar di luar negara, anak2 buahku dapatkah sesekali bersamaku di pesawat kapal terbang. Jika aku lebih muda dari usia anak buahku dah ada dr, prof madya atau prof, anak2 buahkunan tua dah nak pencen masihkan dengan jawatan nan mereka jawat sejak azali, jika aku bukan sekali naik pentas mendapat anugerah cemerlang, anak-anak buahku adakah semuanya telah merasai anugerah cemerlang.

Memang tak payah dipersoalkan perkara nan remeh temeh, bilamana di fikiran kita terusan mencari kelemahan masing-masing. Akhirnya kita akan mengatakan ... dia nan tak mahu membaiki diri & tak mahu berusaha dengan gigih untuk kejayaan peribadi, dalam masa nan sama kita tak sedar kita jadi pencantas, kuasa yang ada kita salahguna, tanggungjwab kita sebagai pembela kita abaikan.. Kita makin ghairah dengan mengejar duniawi .. bertuhankan dengan kebendaan tanpa kita sedar kita mengamal sikap syirik kecil .... kebendaan serta pangkat itulah segala ...sampaikan mengabaikan kemanusiaan...kita terusan leka seleka lekanya...lalu beginilah kita selamanya.

Selasa, 5 April 2005

KKK ( Siri Kerjaya )


4 April
Pak Sala & Pak Jopri tolong angkat barangan kat lab.

5 April
Shamsuri Buat Master Guna C Comlier

Ext Zura 6454

Galoi Student tahun 3 tengah praktikal rajin dating lab.

No Tel Rumah abg Noor ; 06 6780... kul 6:35 ptg tadi abg Noor Call Dari Paroi .. Win Amp takk berfungsi


Duduk makmal baru nampaknya memang agak kurang gangguan... tenang dan jugak rasanya tak sekacau di KKA.... mungkin ada sesuatu yang tak kena di KKA. Tiba-tiba saja bagaikan opsesi meruntun segala.
iDAN