Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Jumaat, 13 Ogos 2004

Sejangkang 4(Siri Famili)


Sejangkang Klang tu besar rupa, ada batu 7, batu 8, batu 9, ntah berapa luasa lagi. Suami sepupu Mila (Isteri saya) meninggal dunia kira-kira jam 2:00 pagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, sakit paru-pura berair. Sesat juga terpaksa bertanya beberapa orang baru sampai ke rumah arwah. Dia meninggalkan 3 cahayamata.

Jam 12:30 tgh baru aku sampai, semua urusan telah usai, begitu cepat katanya dalam jam 9:00 pagi telahpun selamat dikebumikan.

Menurut Mila mereka berkerja di pasar malam. Bilamana tiada suami tentunya makin susah kehidupan sepupu Mila. Anakpun masih kecil. Memang kita tak dapat menduga akan takdir Ilahi. Ajal, maut, jodoh, & pertemuan itu memang di tangan-Nya. Usia yang semuda itu memang akan menjadikan seorang isteri punyai tanggungjawab yang agak berat membesarkan anak-anak.

Khamis, 12 Ogos 2004

GH KL 3 (Siri Famili)


Tak sangka pula tiba-tiba malam tadi aku dikejutkan dengan berita abgku nan sulung (Yot) terlantar di hospital dah dua hari. GH KL tak macam dulunya, mungkin kerana kawalan nan ketat malam-malam suasana di luar sana amat sunyi. Aku tiba di sana dalam sekitar 2 pagi, disambut oleh abg iparku bersama Kak Nomi dan seorang cahayamatanya, Nizam.

2:15 pagi Tingkat 4 Wad18 katil 10, Yot tengah lena tidur, kata jururawat dia baru saja tidur, seharian Yot di wat kecemasan lantaran serangan darah tinggi, kata akak muda iparku (Yong Zaabah) hanya petang tadi dia baru boleh menggerak-gerakkan tangannya. Keadaannya memang agak kritikal.

Usia Yot kekinian sudahpun menjangkau 50an. Memang Yot mewarisi sakit ayahda, iaitu Diabetes. Mungkin lantaran sakit itu Yot tiba-tina strok. Katanya dia pengsan di sekitar Daya Bumi. Yot berkerja di Pejabat Pos Besar. Bahagian Bungkusan. Kini bahagian Yot kerja telah bertukar di KLIA. Jadi dari Daya Bumi KL. ada bas yang mengangkut Yot ke KLIA. Aku pernah sekali sampai pejabat Yot di KLIA itu memang jauh dari kesibukan kota. Agak terpencil.

Mungkin sebelum menunggu bas itu Yot berjalan-jalan di sekitar Daya Bumi. Dengannya tengahhari semalam di didapati pengsan...

Selasa, 3 Ogos 2004

~Ukhuwwah Fillah~ (Delima Merkah)


Di bumi ini kita ditemukan
Satu arah satu perjuangan
Satu aqidah satu pegangan
Asasnya terjalin ikatan.

Ukhwah fillah tidakkan musnah
Walaupun ombak
Walau badai mendesak
Tautan erat tak mungkin patah
Dengan ismullah kita berbai’ah.

Bertemu berpisah..
hanya keranaNya semata
Reda Allah kita cari
Moga2 kitakan dirahmati
Dengan niat yang suci
Bertemu kembali di negeri abadi.

Demikian manisnya mahabbah murni
Limpahan kasih anugerah Ilahi
Terpancar cahaya penuh di hati
An-Nur suci dari-Mu Rabbi.

Lambaian kasih di bumi ini
Suburi dengan perjuangan hakiki
Bajai ia jangan dicemari
Reda Allah dipohoni
Ukhwah fillah

AlisSyafiah

Isnin, 2 Ogos 2004

SIAPA AKU ??? (Delima Merkah)



Lahirku di Kampung Al-Jaurah,
Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,
Tercetus perang 1948, familiku berpindah,
Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)

Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa, aku terhumban,
Lumpuh seluruh badan,
Namun, kutekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,
Minda, fikiran, tadbir jua amalan...

Kutamatkan pengajian sekolah,
Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah,
Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,
Hati yang terhiris itulah,
Yang kubawa ke Mesir gagah,
Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.

Di Palestin,
Akulah guru, mengajar tatatertib,
Berkhutbah di masjid, akulah khatib,
Akulah pengasas Majma' Islami,
Pada 70-an tekad bersemi.

1983, aku ditangkap dituduh,
Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,
13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,
Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.

Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,
Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,
1987, HAMAS berdiri tegas!

Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,
Dihukum penjara seumur abadi,
Ditambah 15 tahun lagi,
Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!

Makin hari, kumakin lemah, di penjara,
Pandangan kananku hilang mutiara,
Mata kiriku kabur, terseksa didera,
Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara.

Subuh 1 Oktober 1997 barakah,
Aku dibebas dengan janji payah,
Antara Jordan & Israel laknatullah,
Selepas serangan Khalid Masy'al tergagal, musnah.

Kusenyum, kulihat
Intifadah Aqsa, bangkitnya ummat,
Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,
Hingga terbunuh jua tercedera berat.

Pagi,
Malam Isnin aku bersolat sendiri,
Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,
Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,
Dan kuniat puasa di pagi hari.

Masjid, 22 Mac 2004 - Fajarnya,
Usai solat Subuh, tiada lama hanya,
Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,
Tiada rasa nyeri, pulanglah,
Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,
Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,
Duniaku, pisahlah,
Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah...

Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin!
Siapa kamu?
Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama Allah?

aniss

Ahad, 1 Ogos 2004

--SURAT CINTA-- (Delima Merkah)


Saudara,
seandainya kau tangisi kematianku
dan kau sirami pusaraku
dengan air matamu
maka di atas tulang-belulangku
yang hancur luluh
nyalakanlah obor buat umat ini
dan teruskanlah perjalanan
ke gerbang jaya

Saudara,
kematianku adalah suatu perjalanan
mendapatkan kekasih
yang sedang merindu
taman-taman di syurga Tuhanku
bangga menerimaku
burung-burungnya
berkicau riang menyambutku
bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara,
puaka kegelapan pasti akan hancur
dan alam ini akan disinari fajar lagi
biarlah rohku terbang
mendapatkan rindunya
janganlah gentar
berkelana di alam abadi
nun di sana fajar sedang memancar

(ditulis beberapa jam sebelum menemui syahid di tali gantung pada tahun
1966)SURAT CINTA UNTUK JIWA
Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya, kerana hanya
cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya
yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya. Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani
bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk ruh-ku dan ruh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh
maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan. Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah?

Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang
membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan. Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut, saat tiada sesal ketika
kebaikan berlalu begitu sahaja, saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yag masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu
hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya " Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu "

--- pesanan terakhir Syed Qutb --- msya

Khamis, 29 Julai 2004

Tanggungjawab bapa - Sebagai pelindung keluarga (Delima Merkah)


Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
http://www.ukhwah.com/

Tarikh: Khamis, 29 Julai 2004 @ 9:58:52
Topik: Umum

Sebaik sahaja seorang lelaki yang telah akil baligh berumahtangga maka terpikul di bahu mereka pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan untuk mereka laksanakan.

Lelaki yang telah berkahwin bertanggungjawab mengetuai keluarganya serta menjadi suami dan bapa kepada anak-anak yang lahir daripada perkahwinan itu.

Malah, tanggungjawab seorang anak lelaki terhadap kedua ibu bapanya juga tidak akan berakhir walaupun beliau telah berkahwin.

Sebagai ketua keluarga, seseorang lelaki yang bergelar suami dan bapa mempunyai peranan dan tanggungjawab yang sangat besar dalam memberi dan menyediakan nafkah kepada isteri dan anak-anak.

Mereka perlu menyediakan keperluan asas keluarga seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan pendidikan.

Menurut Perunding Cara Kekeluargaan dan Keagamaan, Shafiee @ Sapien Khatib Jali, seorang suami perlu memastikan makanan yang diberikan kepada ahli keluarganya adalah berkualiti dan halal, memastikan pakaian yang dipakai oleh ahli keluarga sempurna dan menutup aurat, memberikan tempat tinggal yang selesa dan selamat serta memberikan pendidikan fardu ain dan kifayah kepada ahli keluarga.

``Seorang bapa yang baik ialah mereka boleh menjadi pemimpin, mo del ikutan serta contoh yang baik kepada anak-anaknya.

``Justeru, untuk menjadi seorang pemimpin dan model ikutan yang baik, seorang bapa perlu menjadi pendidik dan berpegang kuat kepada disiplin bagi mewujudkan unsur-unsur kemesraan di dalam keluarga dengan menunjukkan contoh yang terbaik, lahir dari dalam diri,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah `Strategi Kebapaan Efektif' pada kursus bulanan pembangunan keluarga untuk orang awam anjuran Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), baru-baru ini.

Selain itu, menurut Shafiee lagi seorang suami dan bapa juga bertanggungjawab menjadi pelindung keselamatan kepada semua ahli keluarganya.

Malangnya, pada masa sekarang terdapat sebahagian kecil bapa yang sanggup menodai anak kandung mereka.

Terdapat juga bapa yang terlalu garang sehingga anak-anak takut hendak berdekatan dengan bapa mereka dan tidak kurang juga suami yang hanya menjalankan tanggungjawab mencari sumber pendapatan semata tetapi menyerahkan tanggungjawab menjaga anak sepenuhnya kepada isteri.

Dalam pada itu beliau juga memberitahu sebagai seorang suami mereka perlu bergaul dengan isteri mereka secara baik, sentiasa bersabar, memberikan nafkah batin dan merahsiakan hubungan kelamin.

``Seorang suami juga perlu mendidik isteri, memberi mahar, menyediakan tempat tinggal yang layak, memberi nafkah (sara hidup) serta tidak mencampuri isterinya ketika isteri sedang haid,'' katanya.

Beliau juga sempat memberikan beberapa panduan kepada suami untuk menjadi seorang suami yang berkaliber.

Katanya, seorang suami perlu meletakkan matlamat dan visi yang perlu dicapai keluarga agar keluarga berkenaan sentiasa berada dalam keadaan bahagia.

Malah, suami perlu menjadi pemimpin yang berwibawa untuk memimpin keluarga ke jalan yang benar, merangsang keluarga agar lebih komited dalam menempuh hidup, bijak, sabar, sentiasa cuba memenuhi keperluan keluarga, bertoleransi, bertanggungjawab dan menjaga kebajikan keluarga.

``Seorang suami juga tidak boleh mencemuh atau menyalahkan isteri sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Suami tidak boleh merungut semasa atau selepas membantu isteri, tidak mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri, tidak mengambil sikap acuh tidak acuh atau tidak peduli terhadap isteri, bertolak ansur dan sedia membantu isteri dalam apa jua perkara,'' katanya.

Seorang suami yang baik harus memahami kekuatan dan kelemahan isteri, ikhlas ketika membantu dan bersikap empati.

``Suami yang memahami kekuatan isteri membantunya dengan memberikan semangat serta bantuan fizikal dan material diberikan oleh suami ketika isterinya berada dalam keadaan `lemah','' katanya.

Shafiee menjelaskan betapa pentingnya seorang suami menghormati isteri, tidak pernah lupa untuk mengucapkan terima kasih, benar-benar mendengar semasa isteri sedang bercakap, menguruskan rumah tangga dengan semangat sepasukan, mementingkan pendapat isteri serta berlaku adil dengan isteri.

Sebagai lelaki yang bergelar bapa pula, mereka wajib memberi nafkah, menjaga anak, memimpin, mendidik, menasihat mendisiplin dan memberikan kasih sayang kepada anak-anak mereka.

``Jika boleh sentiasa menghabiskan masa bersama anak-anak, beriadah dan berekreasi bersama mereka, menjauhkan keluarga dari persekitaran yang tidak sihat, menjadi teman kepada anak-anak dan mengawal anak-anak menggunakan disiplin.

``Tiga strategi untuk `mendisiplin-kasih' anak-anak ialah dengan cara mengukuhkan hubungan ibu-bapa dan anak secara profesional, komunikasi yang berkesan serta pendekatan psikologikal,'' ujarnya.

Sebagai anak pula, golongan ini juga perlu bertanggungjawab terhadap ibu bapa, memberi sumbangan kepada mereka, membantu, menziarah serta menjalin hubungan mesra dengan sanak saudara.

Oleh Rosmah Dain

Sumber: Utusan Online (29/07/04)

Khamis, 1 Julai 2004

Terapung (Puisi Menarik)


engkau terlalu lama memenjarakanku
dalam gelap,
seperti inikah kiamat?
cuaca sama sekali tak bersahabat
dan kita terapung di samudera luas
begini rupa
juga, seperti jutaan detik lainnya
sejak hari itu kita mati suri
tak menjejak bumi
tak menggapai langit
tak sampai ke mana pun


lalu aku mau mati saja rasanya
"tunggu!", katamu
kemudian aku termangu
mengurai setiap detik, menghitung
sisa cinta yang berceceran
tapi kau batu,
aku jadi kewalahan
menaklukkan waktu.

2004



Sajak Patah Hati I

cinta telah lama mati.
di sini aku mengusung keranda impianku,
menancapkan nisan pada kuburan hati,
sejak wafat sebuah cita-cita
yang hanya mampu bertahan hidup
hanya sekejap.

bersemayamlah kasih
yang tak pernah terbagi.

2004



Sajak Patah Hati II

bakar saja lenganku, kekasih...
agar aku tak menggapai-gapai bayang
untuk dipeluk atau tenunglah aku jadi burung
agar aku dapat terbang bermesra dengan udara
saat kau melayari lautan di senja hari
mencari pelabuhan lain
untuk hatimu.

bakar saja dada ini, kekasih...
agar aku tak dapat merasakan apa pun
ketika mencintaimu

mencintaimu...
hanya sebatas impian
menjelang fajar.

2004



Serenade Biru

aku mencarimu di ujung senja,
ke pekat malam
setangkai aster kubawa serta
kali ini bukan mawar seperti biasa
karena aku tahu, diam-diam
kau tak pernah memupuknya lagi.



aku mencarimu di permulaan pagi,
duri kaktus dalam dekapan
mulai menusuk kalbu
aku tahu, ke mana pun aku mencari
dedaunan yang meranggas meruah di bumiku,
"tak ada cinta lagi", katamu...


aku tahu, setiap kali menyerumu
dan melarikan hati,
tak sampai-sampai aku padamu.

2004

Harris Sukristian

Catatan Harian, 1

aku tak sanggup membuka
pintu. Sebab aku takut,
Tuhan tengah menungguku
bersama catatan harianku

Juni, 2004


Catatan Harian, 2

jangan sentuh catatan harianku!
begitu aku ingatkan padamu; Dewi
biar Dia yang membacanya
di hari di mana kita bersama
dikumpulkan

Juni 2004


Catatan Harian, V

ini waktu yang tidak ditunggu
datang tidak dijemput
pergi menyapu segala kehidupan
yang tertinggal:
catatan harian.

Juni 2004


RATNA AYU BUDHIARTI lahir di Cianjur, 9 Februari 1981. Beberapa karyanya pernah dimuat di beberapa media cetak, seperti Mingguan Pelajar, Koran Priangan, Majalah Sahabat Pena, Puitika, juga HU Pikiran Rakyat. Tergabung pula dalam antologi bersama yaitu, Orasi Kue Serabi (SST, 2001), Enam Penyair Membentur Tembok, Muktamar (SST,2003), Poligami (SST, 2003), Bunga yang Berserak (KSDS, 2003). Dan Harris Sukristian lahir di Jakarta pada 25 Desember 1970. Puisi-puisinya dimuat diberbagai media massa cetak terbitan daerah maupun Ibu kota. Selain itu pernah pula aktif diberbagai kelompok teater, seperti Teater Longser Antar Pulau, Sanggar Kita Bandung, Laskar Panggung Bandung, dan teater Alibi. Kini ia mengelola penerbitan buku Kelir Bandung, bersama rekan kerjanya, penyair Joko Kurnain.

http://www.pikiran-rakyat.com/

introducing
anonymous | Posted on 20.1.2008 at 1:58 PM
hi, salam kenal saya melihat puisi saya yg dimuat di Pikiran Rakyat ada di blog Anda. Rupanya Anda sastrawan juga. Berteman? ini e-mail & FS saya : ratna_g_ayu@yahoo.com terimakasih Ratna Ayu Budhiarti