Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Selasa, 3 Mei 2005

Cinta yang Sebenarnya


« pada: 01 July, 2008, 03:50:03 PM »

CINTA

Tuhan...
Saat aku menyukai seseorang teman
Ingatkanlah aku akan ada sebuah akhir
Sehingga aku tetap bersama yang tak berakhir

Tuhan...
Ketika aku merindukan seorang kekasih
Rindukan aku kepada yang rindu cinta sejatiMu

Tuhan...
Jika kembali mencintai seseorang
Teruskan aku dengan orang yang mencintaiMu
Agar bertambah kuat cintaku padaMu

Tuhan...
Ketika aku sedang jatuh cinta
Agar tak melebihi cintaku padaMu

Tuhan Ketika aku berucap aku cinta padaMu
Biarlah kukatakan kepada yang hatinya terpau padaMu
Agar aku tak jatuh cinta
Dalam cinta yang bukan karenaMu

Sebagaimana orang bijak berucap
Mencitai seseorang bukan apa-apa
Dicintai seseorang adalah sesuatu
Dicintai oleh orang yang kau cinta
Sangatlah berarti

Tapi...
Dicintai oleh seorang pecinta
Adalah segalanya...

ifah90
http://halaqah.net

Isnin, 2 Mei 2005

Maafkanlah keuzuran di dalam berjuang


« pada: 05 August, 2008, 09:01:47 AM »

assalamualaikum

Dari Riyadhussolihin;

( ( ورواه البخاري ) ) عن أنس رضي الله عنه قال : رجعنا من غزوة تبوك مع النبي صلى الله عليه
وسلم فقال : " إن أقوامًا خلفنا بالمدينة ما سلكنا شعبًا ولا واديًا إلا وهم معنا، حبسهم العذر " .
4. Dari Abu Abdillah yaitu Jabir bin Abdullah al-Anshari radhiallahu'anhuma, berkata:
Kita berada beserta Nabi s.a.w. dalam suatu peperangan - yaitu perang Tabuk - kemudian
beliau s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya di Madinah itu ada beberapa orang lelaki yang engkau semua tidak
menempuh suatu perjalanan dan tidak pula menyeberangi suatu lembah, melainkan orang-orang tadi ada besertamu -
yakni sama-sama memperoleh pahala ;
mereka itu terhalang oleh sakit - maksudnya andaikata tidak sakit pasti ikut berperang."
Dalam suatu riwayat dijelaskan: "Melainkan mereka - yang tertinggal itu - berserikat
denganmu dalam hal pahalanya." (Riwayat Muslim)

Hadis sebagaimana di atas, juga diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Anas r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Kita kembali dari perang Tabuk beserta Nabi s.a.w., lalu beliau bersabda:
"Sesungguhnya ada beberapa kaum yang kita tinggalkan di Madinah, tiada
menempuh kita sekalian akan sesuatu lereng ataupun lembah,

5. melainkan mereka itu
bersama-sama dengan kita jua -jadi memperoleh pahala seperti yang berangkat untuk
berperang itu - mereka itu terhalang oleh sesuatu keuzuran."
yakni suatu kekuatan dan keperkasaan yang nyata. Jadi lain sekali dengan sebelum dibebaskannya Makkah
tersebut.

Adapun sabda beliau s.a.w. yang menyebutkan: "Tetapi yang ada adalah jihad dan niat," maksudnya
ialah bahwa diperolehnya kebaikan dengan sebab hijrah itu telah terputus dengan dibebaskannya Makkah itu,
tetapi sekalipun demikian masih pula dapat dicapai kebaikan tadi dengan berjihad dan niat yang shalih. Dalam
Hadis di atas jelas diuraikan adanya perintah untuk suka berniat dalam melakukan kebaikan secara mutlak dan
bahwa yang berniat itu sudah dapat memperoleh pahala dengan hanya keniatannya itu belaka.
Syi'ib (lereng) yang dimaksudkan di sini ialah jalan di daerah pegunungan, sedang Wadi (lembah) ialah tempat yang di situ ada airnya mengalir.

halawah

Ahad, 1 Mei 2005

Ketentuan Tuhan... (Delima Merkah)


« pada: 06 August, 2008, 10:58:51 PM »

Ketentuan Tuhan
Tuhan ketentuan adalah di tangan-Mu
Engkaulah takdirkan segala-galanya terhadap diriku
Apa yang Engkau lakukan terhadapku
aku mahu atau tidak mahu tetap berlaku

Aku hamba-Mu tidak ada kuasa sedikit pun walau sebesar debu
Tuhan aku mengharap dengan rahmat-Mu
apapun yang Engkau takdirkan kepadaku
biarlah membawa kebaikan kepadaku

Miskin, dihina, orang benci, orang suka,
berjaya biarlah dengan rahmat-Mu
Janganlah setiap yang Engkau lakukan terhadap diriku
kerana kemurkaan-Mu

Rahmat-Mu padaku adalah mahal
Sekalipun lahirnya menyusahkanku
Apalah ertinya lahirnya senang, kaya,
orang suka tapi Engkau murka

Kemurkaan-Mu terhadapku
adalah akan mencelakakanku
Kemurkaan-Mu terhadapku
menjadikan aku terumbang-ambing di dalam kehidupan ini

Ini baru hidup di dunia
Apatah lagi di Akhirat sana
jika kemurkaan tetap kekal hingga ke sana

Malanglah aku Tuhan di dunia hidup tidak menentu
jiwa gelisah, bahagia tidak ada
Di Akhirat pula ada Neraka

Tuhan rahmat-Mulah yang aku pinta!
Keampunan-Mulah yang aku harap
Anugerahkanlah padaku salah satu daripada yang dua itu

Agar aku hamba-Mu ini Engkau terima dengan baik
Tuhan dengarlah rintihanku ini
Janganlah hampakan permintaanku

Kabulkanlah doaku dengan rahmat-Mu
Agar aku selamat di Akhirat sana

Dari Minda Abu Atho'Ullah

kanjeng

Sabtu, 30 April 2005

Berapa Sangat ( Kerjaya 7 )


"Berapalah sangat, mereka sudahlah bergaji besar, kita nan bergaji seribu dua ni pun mahu disekat-sekat akan klim yang tak seberapa! " Ayat dari seseorang!.

Percayakah? ada kalangan juruteknik di UPM klim tuntutan lebih masa sebulan melebihi gaji seorang pensyarah?. Rata-rata seorang Juruteknik atau Pembantu Makmal akan klim melebihi RM700 mengikut keperluan & tempat bekerja. Dalam setahun sahaja akan melebihi RM15,000. Emmm! bagi aku rasanya tak salah lantaran kerja makan gaji ini sebanyak manalah ganjarannya. Maka dengan adanya wang lebihmasa tentunya akan dapat jugak meringankan beban tuntutan sara hidup nan makin bertambah.

Jumaat, 29 April 2005

Ahmed Sudan 6 (Kerjaya)


Sepanjang dua tiga hari ini banyak masa ditumpukan untuk baiki pc Ahmed dari Sudan. Sebenarnya bilamana menemui Ahmed aku teringat akan Rahman Sudan nan katanya tengah buat Master kali ke dua di Johor Baharu. Rahman Sudan adalah kawan baikku sekitar ujung 90an. Lalu kini ada lagi pelajar yang sebaik Rahman Sudan ... emmm maka aku rasa senang memanggil Ahmed Sudan.

Ahmed Sudan terlalu baik & rasanya bilamana dia tiba-tiba menghulur duit sebagai upah memang aku tak sampai hati nak menerimanya. Bertengkar panjang dengan dia sebab memang niat aku suka menolong orang sebaik Ahmed. Aku teringat Rahman Sudan dia memang rajin bawa ole-ole ke makmal kayu. Bagi aku kawan atau persabatan itu nilainya lebih tinggi .. pertolongan nan ikhlas rasanya imbuhan dari Ilahi adalah lebih bererti... upah sekadar belanja makan itu dah amat mencukupi. Upah mengupah wang ringgit ni sampai ke mana, paling takut satu hari nanti akan hilang minat diri menolong orang lantaran asyik kemarukan upah, lain ler aku memang buka kedai sendiri perlukan sewa kedai perbagai, perlukan bayar bill atau punyai pekerja nan perlukan gaji.

Rasanya memang tak ada salahnya kalau menerima upah bilamana penat lelah mencari driver serata internet, penat amat mencari punca PC tak jumpa device ...tapi tidaklah sebanyak Ahmed Sudan hulurkan. Ala kadar untuk aku nak beli CD kosong pun sudah cukup. Dalam bab upah ni teringat akan Wak Tasrim nan kerap aku jadi serba salah. Rasanya akan terputus keikhlasan membantu orang bilamana mendapat upah nan terlalu banyak. Sama jugak Isma, nan kerap buat aku jadi serba salah. Letak duit terus lari tak dapat aku nak memulangkan balik duit upah nan memang amat lumayan bagiku.

"Bukan untuk awak iDAN tapi untuk anak-anak awak!" Ayat Ahmed Sudan lebih kurang sama dengan ayat Dr Thomas...!


" Klim lerr iDAN barang sejam dua untuk dapat belanja anak makan KFC, lojik lerr jaga makmal komputer pulang lewat barang sejam dua." Ayat Dr Thomas nan memang payah aku lupai ..ayat tersebut seharusnya lahir dari seorang ketua seorang Islam.

Bila aku fikirkan soal ketua dalam sebulan dua ini memang aku amat geruh. Dari satu hal ke satu hal aku diuji akan kesabaran. Dari aku dihalau tanpa beretika sampailah tuntutan lebih masaku disekat. Aku teringat bualan aku dengan Mizi sebelum syolat jumaat tadi, Ketua nan baik bukan ketua nan pressure pekerja.


hidayah
raiHAn | Posted on 6.9.2005 at 3:42 AM
hidayah dan rahmat datang dari Allah, cuma dari siapa ia disalurkan kita tak tau. yang penting ikhlas hati kita sendiri. Mohon barakah..

Khamis, 14 April 2005

Polimik 5 (Kerjaya)


• 14 April Man Datang… Raihan dapat anak perempuan
• Y5 untuk wireless punya internet.
• Mohomed Ali student master kawan baik Hamid.
• Joh Posko hantar PC.
Galoi Jadi kamera man hari …ni ada present pelajar PhD kat tingkat dua, Fizan jadi salah sorang komiti, dia berpesan jamuan dia tempah untuk 50 orang. Galoi bilang tak sampaipun 30 orang yang datang. Aku puasa hari ini, emm kalau ada nasik yang lebih boleh jugak aku bungkus buat makan tengahhari.

6127 Makwe jawab Anuar bercuti hari ni!! Risau kut Anuar nak guna PC, lamatersadai di lab aku ni. Semuanya dah siap sejak senin lalu.

Leman 6452 tanya pintu 002B dan 002C... Leman suruh isi borang!!!. Jika nak tukar kunci bilik ini.
Man dah jadi Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) datang ke lab cari journal katanya nak sambung Masternya yang tertangguh sebab di berkursus panjang. Sikap Man masih macam dulu, nampaknya dia makan teringin mencari jodoh lantaran status kerjayanya makin stabil.

SuLi 019 3732355 ingin bertanya pasal kunci kabinet, yang dia guna bersama Raihan. Jika dapat kunci kabinet, harap-harap akan selesai untuk nak simpan kekawan yang dihantar tapi tak dituntut semula

6445 telefon pejabat am kak sal yang jawab. Tanya Pasal jamuan atas tu, dia kata tak tahu apa-apa pun. Aku masih Fizan tanya kut ada makanan lebih, Fizan kata datang lerr ada sikit lagi ni.. Bila aku pergi .. ishh banyaknya. Udang masak lemak paling banyak, Fizan bilang Kak Midah yang banyak bungkus daripada makanan tersebut terbuang atau pihak catering tu banwak balik.

Pepetang saya selongkar banrangan di almari KKK ini. Ada kotak macromedia web design studio tapi isi tarak… dreamweaver 3 Flash 4 Fireworks 3, banyak OfficeXP tak jumpa pula bukan lesen win98.!!

Magrib bersama Fizan, dia nampak dah makin rindu kat Shida dan anak-anaknya di Kedah, Shida masih dalam pantang katanya nak balik minggu depan sebab ada pereksa PTK.

Jam 10:00 mlm Kak Nona telefon, Pak Subari dahh bilang sejak petang tadi, Kak Nona akan pulang ke Aceh bersama Dr Median esok jam 8:30 pagi. Pak Subari yang akan hantar. Sian Kak Nona, dia nampak penat amat katanya semalam tak tidur sebab masih kena betulkan beberapa report masternya . Lesu amat dia apatah lagi dia tengah berbadan dua, anak sulung. Kak Nona katanya ada darah campuran, tak pasti .. Bugis atau Belanda, memang cantik dan manja santunnya.

Terasa pulak aku mendera dia, sebab memang perlu amat gerobok besi tu untuk simpan baranganku yang tak ada setor. Setelah semua barangan Kak Nona disimpan aku bual-bual dengan PhD student dari aceh sampai jam 12:00 ++ mlm. banyak isu yang kami bahaskan terutama polimik kerja sini juga politik di Malaysia juga Aceh.

Nampak masalah di Jabatan Kej. Kimia & Alam Sekitar (KKA) semakin ketara. Tahun ini tak sorangpun pelajar dari Indonesia datang mendaftar untuk master & PhD.

Politik Malaysia pula aku menyatakan keadaan di sini amat runcing di segi ekonomi yang dimonopoli oleh bangsa China. Indonesia pula agihan harta negara tidak seimbang, nampaknya Malaysia pun akan mengarah begitu.

Rabu, 13 April 2005

Fizan 4 (Kerjaya)


Fizan nak Tablet Pc kena kontak Poi… malam nanti Poi akan datang.
Poi 019 5641758 Poi2 012 6304447
Asraf 6329 …0196094098.
Ghandi 016-2811604 pc siap hari ini.
6108 atau 6127 Anuar dah call untuk ambik pc masih tak datang
Wak Lan saja yang datang.

Memang keujudan PC meragam tidak pernah redanya di makmalku. Sesungguhnya jika tidak tabah memang akan terbiaran saja PC di makmal. Bagaikan tak menang tangan bilamana memikirkan betapa seharian berhadapan dengan pelbagai kerenah PC.