Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Selasa, 8 Mei 2012

Murtad & Isu isteri PM diragui

Pengerusi NGO Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali mendakwa pasangan suami isteri yang tampil dalam pendedahan mengenai kegiatan memurtadkan orang Islam menerima gangguan selepas video berkenaan ditunjukkan kepada media, awal bulan lalu.

Beliau mendakwa, pasangan berkenaan bukan sahaja diganggu secara fizikal malah turut terlibat dalam kemalangan teruk selepas pendedahan tersebut.

Dakwanya lagi, ada pihak yang mengatakan bahawa pelanggaran itu berkait langsung dengan pendedahan pasangan tersebut.

"Teorinya ialah, ada yang kata perlanggaran biasa, ada yang kata ada kaitan langsung dengan pendedahan dia dalam video tersebut," kata Hasan dalam sidang media di kediamannya hari ini.
Tambahnya, pasangan berkenaan bagaimanapun selamat dalam kemalangan serius yang berlaku "beberapa hari" selepas pendedahan video berkenaan pada 2 April lalu.

Ditanya lanjut, Hasan mendakwa pasangan berkenaan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.
Namun beliau enggan mendedahkan butiran lain berhubung insiden tersebut.

"Saya tidak mahu dedahkan... Hal polis saya tak boleh jawab lebih daripada itu," kata bekas exco hal ehwal agama Islam Selangor itu.

Tambahnya sejak awal lagi beliau tidak mahu mendedahkan identiti pasangan berkenaan kerana bimbang individu berkenaan akan diganggu.

Hasan pada bulan lalu mendedahkan dua video, masing-masing sepanjang 42 minit dan 16 minit, yang didakwa menunjukkan gerakan kristianisasi ke atas orang Islam.

Video berkenaan antara lainnya menunjukkan temubual dengan sepasang suami isteri yang mendakwa pernah dikristiankan oleh sekumpulan mubaligh Australia.



iDAN:

Saya dengar juga ceramah Datuk Hasan Ali ini. Pengakuannya dia masih sayangkan parti PAS tapi dia tak sehaluan dengan KeAdilan. Beliau juga menyeru agar kita orang Melayu tidak mengundi parti DAP. Saya tak pasti apakah kita akan hilang kuasa politik jika menolak DAP; sebab jika kita amati perjuangan politik di Perak; kekuatan politik pembakang adat PR memang bergantung dengan DAP. Tanpa DAP, kuasa PR akan amat tipis di Perak lantaran orang kita Melayu masih amat menyayangi UMNO atau BN berbanding PAS atau PR.

Berbeda dengan politik di Selangor & Pulau Pinang. Kekuatan DAP tidak sehebat di Perak. Jika kita orang Melayu menolak DAP di Selangor & Pulau Pinang harapan UMNO atau BN untuk mengambil kembali kuasa politik amat cerah.

Dalam bualan saya dengan kaum Cina mereka memang telah menolak MCA. Jika BN mempertaruhkan MCA untuk bertanding harapan untuk menang amat tipis apatah lagi jika penduduk di kawasan yang majoritinya kaum China.

Satu perkembangan politik yang menarik dalam bualan saya dengan kaum China, mereka kini telah menerima fahaman poltik PAS. Bukan di peringkat atasan atau pucuk pimpinan tapi pengundi rakyat marhaen amat menyukai corak politik PAS yang berlandaskan perundangan Islam. Yang berkokok lantang menolak Islam lebih kepada pucuk pimpinan bukan suara rakyat jelata. Tok Guru Nik Aziz nampaknya menjadi Idola semua kaum; tak pernah ditakuti mana-mana pihak. Memang Menarik.

Ramai menyukai PM kini tapi ragu-ragu cara hidup isteri PM. Sampaikan ada yang mendakwa isteri PM suka berbelanja mewah & suka membeli belah barangan mewah. Jika kita amati perkembangan politik tanah air sejak merdeka. Tak nampak pun isteri PM diragui rakyat. Sering menjadi ribut atau kemelut dalam politik tanah air sebelum ini adalah lantaran anak atau kroni PM yang buat hal mengutip untung dari kuasa politik ketika waris mereka yang berkuasa. Bukan isteri PM. Orang akan berkata jika suami@PM tak boleh nak kawal perbelanjaan keluarga bagaimana PM nak jaga kemakmuran negara.

Semua ini memeningkan politik Orang Melayu. Tak kira BN atau pun PR amat penting berpolitik secara putih, telus lagi jujur. Kena fahami apa itu saksama terhadapan rakyat di semua taraf kehidupan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan