Rabu, 11 April 2012
Ancaman Tsunami Lagi
Gempa di Aceh: Gempa susulan 8.8 skala Richter berlaku
11/04/2012 7:11pm
JAKARTA 11 April - Satu lagi gempa kuat 8.8 skala Richter dilaporkan berlaku di daerah Simeulue, Aceh kira-kira pukul 5.43 petang ini (6.45 waktu Malaysia).
Ia merupakan gempa susulan kejadian pertama yang berlaku pukul 3.38 petang di daerah yang sama.
Sebelum itu, gempa susulan dengan kekuatan 6.5 skala Richter turut berlaku pada pukul 4.28 petang.
Gempa tersebut turut mengeluarkan amaran tsunami. - AGENSI
Gempa di Aceh: Pulau Pinang turut bergegar
11/04/2012 7:01pm
Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
PULAU PINANG 11 April – Penduduk yang berada dalam bangunan tinggi di negeri ini berlari keluar selepas merasai gegaran selama dua minit ekoran gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Ritcher yang mengegarkan Aceh, Indonesia petang ini.
Antara kawasan yang merasai gegaran kuat di negeri ini ialah Bukit Gedung, Relau, Tanjong Tokong, Batu Feringgi dan sekitar Persiaran Gurney.
Tinjauan di Persiaran Gurney mendapati orang ramai berpusu-pusu meninggalkan sebuah pusat membeli-belah berhadapan dengan laut sehingga menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas teruk sepanjang satu kilometer.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Azmi Tamat ketika dihubungi Utusan Malaysia menasihatkan orang ramai menjauhi kawasan berhampiran pantai selepas amaran tsunami dikeluarkan selain turut menempatkan anggotanya memantau keadaan. - UTUSAN
Gempa: Arahan berpindah di enam wilayah di Thailand
11/04/2012 6:45pm
BANGKOK 11 April - Arahan berpindah telah dikeluarkan untuk enam wilayah selatan Thailand berikutan gempa bumi di Sumatera hari ini.
Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi mengeluarkan arahan itu untuk wilayah Krabi, Phuket, Phangga, Satul, Ranong dan Trang.
Pada masa ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket telah ditutup untuk sementara. - BERNAMA
Bilik Gerakan di Konsulat Jeneral Malaysia di Medan beroperasi 24 jam
2012/04/11
KUALA LUMPUR: Bilik Gerakan di Konsulat Jeneral Malaysia di Medan beroperasi 24 jam dan boleh dihubungi melalui talian +62614531342/+62614535271/+62614523992.
2012/04/11
KUALA LUMPUR: Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud dicatatkan pada jarak 465 kilometer barat daya Bandar Aceh, sebentar tadi.
Susulan kejadian itu, Agensi Geofizikal Indonesia mengeluarkan amaran tsunami.
- Reuters
2012/04/11
JAKARTA: Agensi mitigasi bencana Indonesia menghantar pasukan penyelamat ke Aceh, susulan gempa bumi kuat bermagnitud 8.7 hari ini, yang disusuli dengan amaran tsunami yang dikeluarkan kerajaan Indonesia.
Gempa bumi kuat itu menyebabkan bekalan elektrik di beberapa wilayah terputus, manakala orang ramai bergegas ke kawasan lebih tinggi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan